Blog Tempat Aku Menulis Tanpa Kekangan
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
tahun 2020 ni, aku mengambil keputusan drastik untuk mengurangkan aktiviti di media sosial seperti Facebook dan Instagram. Harini sudah lebih seminggu aku tak login ke platform tersebut dan sejak dari 31 Disember aku dah uninstall beberapa apps berkaitan media sosial.
Tahun ini, aku kembali menulis di blog-blog yang aku usahakan, buat masa ni ada beberapa yang mendapat sentuhan aku setiap hari. Kenapa kembali menulis di sini?
Sebab utama, ianya lebih baik untuk distrukturkan, tidak ada kekangan apa-apa, dan yang pasti, tidaklah semudah itu ianya disalah ertikan.
Menulis bukan kerana nama
Aku menulis kerana kepuasan, bukan kerana ingin menjadi glamor atau popular. Sekarang ni, platform Facebook dan sebagainya, dah menjadi trend untuk jadi influencer yang mempunyai ramai followers dan sebagainya.
Aku juga pernah terjebak dalam misi menambah followers ni, tapi sampai satu tahap, aku rasa makin kosong hidup ni. Bilangan followers itu tidak menyebabkan kehidupan aku bertambah baik. Jika hidup ini aku hanya nak fokus pada duit, mungkin aku akan melakukan pelbagai lagi perkara.
Namun, walaupun aku tidaklah kaya raya macam orang lain di luar sana, tapi aku merasakan duit itu hanyalah alat untuk memudahkan kehidupan. Duit bukan segala-galanya, maksudnya, usahlah menjadikan maksud kita hidup di dunia ini untuk mencari duit semata-mata.
Lama kelamaan, aku jadi hilang nafsu untuk menulis setiap hari di platform media sosial dan pernah satu ketika, aku menjadi takut untuk menulis.
Puncanya, begitu banyak berita palsu, fitnah dan pelbagai cerita yang baik dan buruk tersebar dengan begitu cepat tanpa usul periksa. Tambahan pula kalau berita itu ditulis oleh influencer tadi. Andai perkara ini tidak diuruskan dengan baik, ianya akan hanya mendatangkan keburukan.
Sampaikan, kebanyakan influencers ini merasakan mereka ini seakan Tuan Besar yang tidak boleh ditegur, kalau ditegur, mulalah ada tulisan balas yang tidak membantu sesiapa pun sebenarnya.
Niat tidak menghalalkan cara
Ada banyak yang kononnya nak menyampaikan maklumat baik dengan membuat eksperimen mengarut. Mana mungkin sebagai umat islam, kita nak gunakan alasan “bereksperimen” untuk membeli nombor ekor atau erti kata lain berjudi.
Kita ni ada agama, ada peraturan yang tidak boleh kita langgar. Usahlah terlalu terpengaruh dengan social media player di luar sana yang membuat pelbagai jenis eksperimen hanya kerana ingin mendapat lebih ramai likes, lebih banyak shares dan sebagainya.
Saban hari, aku membuat laman media sosial ni dengan hati yang tidak tenang. Walaupun memang kekok pada mulanya mengubah rutin tanpa FB dan instagram, demi kebaikan diri sendiri, aku teruskan juga.
Seumur hidup ni, dah banyak kali aku akan berhenti dengan drastik untuk mengubah sesuatu perkara. Tak ramai akan faham, tetapi tak ramai juga yang kisah apa yang kita hadapi.
Semoga usaha untuk memperbaiki diri ini akan dipermudahkan oleh Tuhan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.eizil.com/blog-tempat-aku-menulis-tanpa-kekangan/