Blog Semakin Terabai
BLOG SEMAKIN TERABAI | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. SATU JANUARI. SATU REJAB. CANTIK. Hari pertama dibulan pertama. Tahun 2025. Ya Allah. Masuk tahun ketiga mama tidak bersama-sama kami. Bererti masuk tahun ketiga juga PC balik kampung. Alhamdulillah.
Masih hujan. Panas sesekali. Tapi panas sekarang lain sangat-sangat rasanya. Panasnya lain macam. Menakutkan. PC selalu cakap pada diri sendiri. Mungkin ini tempias yang sangat-sangat tipis dari neraka untuk amaran kepada umat akhir zaman. Untuk ingatkan diri sendiri. Untuk takutkan dan sedarkan diri sendiri.
Ya, semua berbalik pada diri sendiri. Mengurus banyak perkara. PC rasa blog PC ni semakin terabai. Tiba-tiba rasa sedih. Sungguh. PC sayang blog ni. Tapi sejak setahun ni terabai sangat-sangat. Adakala semangat berkobar-kobar. Kadang rasa macam jatuh sangat-sangat. Banyak faktor juga. Tapi rasa sayang tidak pernah pudar dan rasa nak mengarang pun tidak hilang. Tapi kekangan yang buat PC tewas.
2024. Merudum sangat-sangat blog PC. 104 konten sahaja. Hidupnya segan. Tapi tidaklah mati. Tiada seri. Tiada motivasi. Tiada kekuatan untuk berdiri. Macam ada tiang yang patah. Allahuakbar. Tenteram jiwa dan fikiran menyumbang peranan. Nampak kecil sebenarnya berdampak besar pada seorang blogger suam-suam kuku macam PC ni. Ya Allah.
2025. Kadang apa yang direncana tidak menjadi yang terbaik untuk kita. Allah swt gantikan dengan jalan cerita yang lebih baik dan manis. Mungkin di awalnya kita menangis. Segalanya mungkin. PC mencari dan membina rentak kembali. Mencari semangat dari banyak sisi yang ada. Semoga semuanya kembali seperti dulu-dulu yang semangatnya kental. Aamiin
NOTA PC : bissmillah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.perducinta.com/2025/01/blog-semakin-terabai.html