Blog Dilanda Penyakit I M Not Robot
Assalamualaikum dan salam sejahtera .
Blog CCL ni manja betul , kalau terlebih itu dan ini mula la akan jadi problem sikit-sikit . Sekarang ni blog CCL dilanda penyakit " i"m not robot" . Mesti korang pun pernah alami perkara yang sama macam CCL . Mood nak blogwalking dua ke tiga hari ni terus jadi swing-swing mana tidaknya , setiap kali ziarah blog rakan-rakan lain CCL wajib tinggalkan sepatah dua kata komen-komen tanda CCL hadir ke blog blogger lain . Jarang sekali CCL nak jadi silent reader
Sebelum munculnya penyakit " i'm not robot" ini ,ada sehari dua hari , CCL tak sempat nak ziarah blog rakan-rakan lain . Hari tu memandangkan CCL tengah free apa lagi , CCL luangkan masa untuk blog, ziarah rata-rata blogger lain sambil tinggalkan komen setiap entri yang diorang kongsikan . Akibat terbanyak komen di entri sana sini maka muncullah si robot ni .. Hilang terus mood . Sampai hari ini robot ini masih lagi tak hilang-hilang .
Kalau muncul i'm not robot , dah tak boleh tinggal komen di entri ke ??
Bukan tak boleh , boleh sahaja kalau nak komen , tapi kena rajinkan jari untuk klik kotak "i'm not robbot" . Setiap kali komen , setiap kali jugak la kena klik . Agak leceh betulkan . Pada masa yang sama kalau blog korang dilanda penyakit i'm not robot korang terus-terusan tinggalkan komen tanpa henti maka akan landa satu lagi virus iaitu "reCAPTCHA" . Kalau setakat tekan tanda tick pada i"m not robot itu ok lagi la .. dalam terkawal la. Tapi apabila banyak keluar reCAPTCHA yang kena klik gambar kotak-kotak dan korang hanya perlu kenal pasti objek yang diminta dalam gambar tu bagi CCL agak spoil mood . Dua tiga kali kerja pulak kat situ kan . Buang masa .
Bagus juga ada reCAPTCHA ini
Sebenarnya reCAPTCHA ini bertujuan untuk mengurangkan spam yang dilakukan oleh hacker-hacker di luar sana yang kadang tu tidak ada rasa tanggungjawab langsung senang-senang nak godam akaun orang lain . Bagus tujuannya sebenarnya . Tapi kalau tiap-tiap kali nak komen asyik keluar reCAPTHCA kadang-kadang penat juga tau .
InsyaAllah , apabila blog CCL kembali sihat dari penyakit reCAPTHCA, CCL akan kembali ziarah blogger-blogger yang lain
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://cikcappuccinolatte.blogspot.com/2021/08/blog-dilanda-penyakit-im-not-robot.html