Blog Bertukar Wajah Dengan Header Blog Baru Design By Azhafizah
Blog Bertukar Wajah Dengan Header Blog Baru Design by Azhafizah | Assalamualaikum... Tak sabar nak update blog sebenarnya tapi penyakit malas tu dok ada je.. Lagi pun masa agak terhad untuk mengadap blog dan blogwalking buat masa ni.. Ini pun sebab anak tidur awal, so bolehlah mengadap sejam dua.. Hehe.. Sebelum ni agak lama juga aku stop berblogging dan sekarang aku kembali untuk menyinari kembali blog aku yang dah lama terbiar ni.. Untuk memulakan sesuatu yang baru, kenalah ada semangat baru dan aku kembali mencantikkan blog aku supaya kelihatan lebih segar.. Moga-moga mood blogging sentiasa ada bersama aku.. Hehe.
Tukar Template Baru Untuk Naikkan Kembali Semangat Berblogging
First sekali aku tukar template blog untuk kembalikan semangat berblogging aku.. Sebenarnya sayang dengan template lama.. Aku suka template lama tu.. Disebabkan trafik sangat teruk dan atas nasihat seorang rakan blogger ni, dia suruh aku cuba tukar template.. Dengan hati yang agak berat, aku tukar lah template ini.. Yeah, alhamdulillah trafik naik dengan baik.. Ini sememangnya memberikan aku lebih semangat untuk blogging..
Jangan tak tahu ye, template juga memainkan peranan penting dalam menaikkan trafik blog.. Yang penting, template tersebut responsive, full seo dan sangat ringan loadingnya.. Sekali klik dah terpapar.. Tak perlu tunggu lama.. Itu adalah ciri-ciri blog yang baik.. Ewahhh... Cam cikgu lak.. Hehe.. Itu apa yang aku tahu la.. Selebihnya masih belajar lagi..
Aku tukar template ni baru je lagi.. Dalam bulan puasa ni jugak.. Memang nekad buat pembaharuan.. 100% blog bertukar wajah.. Dari warna hitam ke warna pink.. Asalnya nak kekalkan warna hitam.. Dek kerana kena consult dengan seorang penasihat aku ni, dia soh aku tukar warna supaya lebih segar dan bersesuaian dengan keperibadian pemilik blog.. Cewahh.. Gitu sekali penasih 25% aku ni.. Haha..
Dan warna pilihan kami adalah pink.. Hehe.. Dah cuba warna lain tetapi lebih sesuai dengan pink katanya.. Tutorial memasang template blog ini memang dah tersedia step by step.. So, mudah untuk aku edit blog aku ni sendiri.. Thankz too rakan blogger yang sorang ni banyak bantu aku semasa pemasangan template blog ini di buat.. Banyak jugak aku tanya dia.. Sampai tengah malam pun dok kacau dia lagi.. Nasib baiklah dia tak ketiduran lagi dan nak layan kerenah aku yang macam-macam ni.. Thankz zaza.. Dan, inilah blog menarik aku dengan template blogger simple.. hiks..
Header Blog Baru Design by Azhafizah
Yeah aku suka hasil tangan Azhafizah.. Sememangnya kena dengan citarasa aku.. Banyak kali dah rasanya aku guna servis dari fiza ni untuk buat header blog dan watermark.. Serius memang cantik dan berbaloi-baloi design yang dihasilkan.. Kalau nak diikutkan aku sendiri pun boleh buat header blog sendiri.. Aku tahu cara membuat header blog.. Tetapi, kreativiti tu yang tak berapa nak ada.. Hehe.. So, kali ni sekali lagi aku guna kreativiti fiza untuk hasilkan header blog terbaik untuk aku..
Aku ni agak cerewet sebenarnya.. Nasib baiklah fiza dah faham dengan kerenah aku ni.. Kalau tak mesti dia dah give up dengan aku.. Sorry fiza.. Beberapa design fiza cuba hasilkan untuk aku dengan tulisan yang cantik... Setelah aku bertanya ramai orang, akhirnya aku decide untuk pilih yang ini.. Kata anak sedara aku, design ni lebih nampak muda.. Haha.. Macam-macam la.. So, inilah pilihan aku juga..
Lagi best bila fiza hadiahkan watermark sekali untuk aku.. Alhamdulillah rezeki bulan ramadhan.. Moga fiza juga dilimpahi rezeki yang halal olehNya.. Thankz Fiza.. So, tak payah nak fikir pasal watermark dah.. Fiza dah hadiahkan sama design dengan header blog.. Sebelum ni, aku edit watermark sendiri je masa edit gambar.. Lepas ni dah boleh guna watermark cantik dari Fiza pulak..
Tempah Header Blog dan Watermark Cantik Dengan Azhafizah
Korang yang mana ada blog tu, kalau rasa nak cantikkan blog korang, bolehlah tempah header dan watermark dengan Azhafizah ni.. Banyak lagi servis yang dia buat sebenarnya.. Sampul duit raya pun boleh tempah tau.. Dah dekat nak raya ni, boleh la tempah sampul duit raya kan.. Hehe.. Tapi tataw la buka lagi ke tak tempahannya.. hehe.. Kalau dah close, kenalah cuba tahun depan ye.. Hiks..
Ok, bagi aku, design fiza memang menarik dan sentiasa up to date... Ianya juga boleh memberi semangat pada aku.. Bila tengok blog rasa tenang jerk.. Haaa gitulah perasaan aku sekarang ni.. Hehe.. Korang yang nak edit blogspot korang tu bagi new look, boleh cuba servis dari Azhafizah.. Gerenti puashati.. Serius babe.. Jom terjah blog beliau..
Blog Azhafizahhttp://www.azhafizah.com/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.leaazleeya.com/2020/05/blog-bertukar-wajah-dengan-header-blog-baru-design-azhafizah.html