Blackout Ketika Akad Nikah Majlis Pengantin Ini Bertukar Jadi Candle Light Dinner


“Blackout” Ketika Akad Nikah, Majlis Pengantin Ini Bertukar Jadi “Candle Light Dinner”
Majlis akad nikah merupakan detik paling bersejarah dalam kehidupan setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga.
Ia bukan sahaja menjadi penyatuan dua hati, malah juga mengikat dua keluarga dalam ikatan yang suci dan penuh bermakna.
Detik ijab kabul yang berlangsung dalam majlis ini akan sentiasa diingati sepanjang hayat kerana ia menandakan bermulanya fasa baharu dalam kehidupan berumah tangga.
Majlis yang penuh dengan adab, doa serta restu keluarga ini turut mencerminkan keindahan ajaran Islam yang mementingkan kesucian, keberkatan dan kasih sayang.
Justeru, majlis akad nikah bukan sekadar upacara rasmi, tetapi juga sebuah memori yang kekal terpahat dalam ingatan pasangan, keluarga serta tetamu yang hadir.
Kenduri kahwin bertukar jadi “candle light dinner” Itulah situasi yang dilalui pasangan pengantin yang menjadi tular di media sosial. Detik bersejarah mereka bertukar luar biasa apabila berlaku gangguan elektrik secara tiba-tiba.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @myzahs di TikTok, majlis pernikahan itu diadakan di surau di Kuala Krai, Kelantan. Untuk makluman, pengantin perempuan merupakan rakan baik kepada pemilik akaun TikTok berkenaan.
Pada mulanya, kelihatan pengantin perempuan sedang bersiap bersama rakan-rakannya di dalam bilik sebelum menaiki kereta menuju ke lokasi majlis
Namun begitu, pengantin berdepan pengalaman tidak dijangka apabila bekalan elektrik di kampung mereka terputus tepat pada hari pernikahan.
Walaupun bekalan elektrik terputus, majlis tetap berlangsung dengan lancar dan pasangan pengantin sah bergelar suami isteri.
Video berdurasi 31 saat itu turut merakam orang ramai membantu menerangi suasana dengan lampu telefon bimbit masing-masing ketika akad nikah berlangsung.
Lebih menarik, lilin turut dinyalakan untuk menerangi ruang makan ketika kenduri, sekali gus menjadikan suasana menjamu selera bersama tetamu seakan-akan majlis ‘candle light dinner’.
“Pertama kali jadi begini. Sis terkejut ya! Ada la benda boleh cerita dekat anak dia nanti,” ujar @myzahs.
Video tersebut mendapat pelbagai reaksi dari warga maya Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok memuji suasana atau ‘vibes’ perkahwinan pasangan pengantin itu.
Dalam pada itu, ada juga yang berkongsi pengalaman serupa ketika mereka melalui hari bersejarah masing-masing.
BACA: Dua Remaja Diarah Bayar Saman RM1.2 Juta Selepas Kencing Dalam Periuk “Steamboat” @myzahs First time jadi gini siss terkezutt yaa! Ada la benda boleh cerita kat anak dia nanti
♬ original sound – Kaeya.m – Kaeya.m

 
Sumber: @myzahs via TikTok
The post “Blackout” Ketika Akad Nikah, Majlis Pengantin Ini Bertukar Jadi “Candle Light Dinner” appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/21/blackout-ketika-akad-nikah-majlis-pengantin-ini-bertukar-jadi-candle-light-dinner/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Radin Dikecam Terlalu Santai Kendali Majlis Nikah Fattah Amira Saya Cuma Ikut Permintaan Pengantin

Hiburan Radin Dikecam Terlalu Santai Kendali Majlis Nikah Fattah Amira Saya Cuma Ikut Permintaan Pengantin

papar berkaitan - pada 16/9/2025 - jumlah : 2821 hits
Penyampai radio Era FM Radin Amir Affendy Ahmad Aruani tampil memberikan reaksi selepas dikritik kerana dianggap terlalu santai ketika mengendalikan majlis pernikahan Fattah Amin dan Amira Othman Radin 35 menjelaskan bahawa gaya pengacaraan...
Hiburan Mungkin Dia Terlalu Rindu Fattah Amin Kongsi Momen Disebalik Fatima Enggan Berenggang Ketika Majlis Nikah

Hiburan Mungkin Dia Terlalu Rindu Fattah Amin Kongsi Momen Disebalik Fatima Enggan Berenggang Ketika Majlis Nikah

papar berkaitan - pada 15/9/2025 - jumlah : 4790 hits
Melalui laporan Harian Metro pengantin baru iaitu pelakon Fattah Amin menyifatkan sikap anak perempuannya Fatima yang enggan berenggang ketika majlis pernikahan berlangsung malam semalam atas kerana terlalu merindui dirinya Mungkin sebab te...
Dulang Girls Majlis Nikah Amira Othman Raih Pujian Netizen Video

Dulang Girls Majlis Nikah Amira Othman Raih Pujian Netizen Video

papar berkaitan - pada 16/9/2025 - jumlah : 4318 hits
Dulang Girls Majlis Nikah Amira Othman Raih Pujian Netizen VIDEO Baru baru ini tular satu video di laman media sosial yang memaparkan dulang girls yang membawa hantaran semasa di majlis pernikahan Amira Othman dan Fattah Amin Netizen juga t...
Cuaca Hujan Tertuda Percutian Hujan Rahmat Tetap Meriah Majlis Perkahwinan

Cuaca Hujan Tertuda Percutian Hujan Rahmat Tetap Meriah Majlis Perkahwinan

papar berkaitan - pada 16/9/2025 - jumlah : 2064 hits
Bertemu kawan peminat bunga kertas Saudara Oppon dari Kampung Moggitom Keningau Rancangan Tertangguh Tanpa Di Duga Nampaknya Cuti Sekolah minggu ini dan selama 9 hari tidak dapat ke mana mana Keadaan cuaca hujan setiap hari dan berlakunya t...
Sedapnya Makan Malam Renaissance Kitchen Dinner Buffet

Sedapnya Makan Malam Renaissance Kitchen Dinner Buffet

papar berkaitan - pada 17/9/2025 - jumlah : 2318 hits
Sedapnya Makan Malam Renaissance Kitchen Dinner Buffet Jaranglah tak sedap sajian dari dapur Cafe BLD ni Dah lama tak memanjakan tekak jadi kita bawaklah hero kita makan sempena promosi The post appeared first on
Bertemakan Islamik Ini Kompilasi Momen Indah Di Majlis Pernikahan Fattah Amin Amp Amira Othman

Bertemakan Islamik Ini Kompilasi Momen Indah Di Majlis Pernikahan Fattah Amin Amp Amira Othman

papar berkaitan - pada 15/9/2025 - jumlah : 7633 hits
Majlis pernikahan pasangan selebriti popular Fattah Amin dan Amira Othman berlangsung penuh indah dengan kehadiran keluarga sahabat serta rakan artis terdekat Bermula dengan majlis akad nikah yang sarat emosi hingga ke suasana resepsi yang ...
Amira Othman Adakan Majlis Khatam Al Quran Sebelum Sah Bergelar Isteri Fattah Amin

Amira Othman Adakan Majlis Khatam Al Quran Sebelum Sah Bergelar Isteri Fattah Amin

papar berkaitan - pada 14/9/2025 - jumlah : 8195 hits
Amira Othman Adakan Majlis Khatam Al Quran Sebelum Sah Bergelar Isteri Fattah Amin Penyanyi Amira Othman mengadakan majlis khatam Al Quran hari ini sebelum dirinya sah bergelar isteri kepada pelakon Fattah Amin Menerusi perkongsian era je d...
Hujan Rahmat Mengiring Majlis Perkahwinan 13 09 2025

Hujan Rahmat Mengiring Majlis Perkahwinan 13 09 2025

papar berkaitan - pada 14/9/2025 - jumlah : 4095 hits
Dapat Cenderahati di majlis perkahwinan Hazwan Bin SaminSabtu 13 09 2025 Majlis Perkahwinan Hazwan dengan wanita pilihannya berlangsung meriah dengan kehadiran ramai saudara hadirin taulan Dan ramai orang kampung datang memeriahkan majlis i...
Cara Daftar Saudi Visa Bio Untuk Bakal Haji

Tahniah Malaysia Menggapai Kecemerlangan Bersama

Sistem Semakan Keputusan Pentaksiran Cara Semak Pelaporan Pbd

Usman Awang Peranan Sasterawan Sebagai Patriot

Sabtu Kimchi Homemade Type M

Keadaan Mangsa Banjir Di Aceh Kritikal Bantuan Masih Diperlukan Utusan Melayu Plus 18 12 2025

Delicious Recipe Corned Beef Hash Casserole

Pendapatan Usdt Automatik Solusi Realistik Untuk Kewangan Masa Kini


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Pokok Cili Pelangi

The No Fluff Guide To Local Seo In Parker What Moves Rankings And What Wastes Money

Tragedi Serpentina Kisah Karl Patterson Schmidt Dan Satu Gigitan Fatal

Lebihan Dagangan Malaysia Merosot Drastik 58 8 Pada November 2025 Implikasi Ekonomi Dan Tindak Balas

Budi95 Jimat Rm800 Juta Sebulan Ke Mana Perginya Pm Anwar

Villa H Ark Architecture Tunisia