Black Friday Maksud Sejarah Tarikh Budaya Di Malaysia


Di Amerika Syarikat, tarikh Black Friday biasanya cukup sinonim dengan musim membeli belah memandangkan banyak penjual akan membuat promosi Black Friday yang menawarkan harga diskaun yang ada kalanya tidak masuk akal. Namun kini, di Malaysia juga sering kedengaran promosi Black Friday di sana sini.
Tahukah anda apakah itu Black Friday dan mengapakah banyak promosi ditawarkan ketika tempoh ini?
Jom kami kongsikan sedikit fakta dan trivia berkaitan Black Friday.
Pengenalan Istilah ‘Black Friday’ Black Friday adalah hari jualan besar-besaran yang biasanya diadakan selepas Hari Kesyukuran (Thanksgiving) di Amerika Syarikat.
Pada hari ini, kedai fizikal dan dalam talian membuat promosi tawaran diskaun besar-besaran untuk menarik pembeli.
Nama istilah asal ini mula digunakan oleh polis di Philadelphia pada 1960-an untuk menggambarkan kesesakan lalu lintas dan kekacauan yang berlaku akibat orang ramai keluar membeli-belah selepas Thanksgiving.
Manakala dalam konteks perniagaan pula, ia merujuk kepada tempoh di mana peniaga mula membuat keuntungan. Dalam akaun kewangan, “black” (hitam) menunjukkan keuntungan (berbanding “red” yang bermaksud kerugian).
Tradisi ini menandakan permulaan musim membeli-belah Krismas, di mana ramai orang memburu barang-barang idaman mereka dengan harga yang lebih murah sama ada sebagai hadiah sempena Krsmas atau barangan untuk kegunaan sendiri sahaja.
Kebiasaannya hari yang istimewa ini ialah hari membeli-belah paling sibuk ini di Amerika Syarikat dan penjual mengutamakan hari ini dan Cyber ​​Monday memandangkan ramai pembeli yang memang mahu berbelanja besar untuk sambutan Krismas.
Bilakah Tarikh ‘Black Friday’? Black Friday berlaku setiap tahun pada hari Jumaat selepas Hari Thanksgiving, yang disambut pada hari Khamis keempat dalam bulan November. Oleh itu, tarikh ini berubah-ubah setiap tahun, namun begitu ia sentiasa jatuh antara 23 hingga 29 November.
Tarikh Black Friday untuk Beberapa Tahun Akan Datang: 2024: 29 November 2025: 28 November 2026: 27 November 2027: 26 November Budaya ‘Black Friday’ di Luar Negara Di luar Amerika Syarikat, Black Friday juga telah menjadi fenomena global, dengan banyak negara lain yang turut mengikut tradisi ini dan menawarkan promosi yang menarik.
Negara kita Malaysia juga tidak terkecuali dengan promosi jualan sempena hari istimewa ini namun suasananya mungkin tidaklah ‘gila-gila’ seperti di Amerika Syarikat.
Di Amerika Syarikat, sempena hari istimewa ini kebiasaannya kedai akan dibuka lebih awal dan para pelanggan sanggup beratur berjam-jam lamanya di pintu kedai kerana pelanggan yang lebih awal mempunyai lebih banyak pilihan untuk barangan yang boleh dibeli pada harga istimewa.
Artikel berkaitan: 15 SD Card Terbaik Untuk Telefon Pintar, Kamera, Drone & Dash Cam
Hukum Membeli Barang Yang Dijual Sempena ‘Black Friday’ Dalam sebuah video Youtube of Mufti Menk, dijelaskan bahawa tiada salahnya jika kita ingin membeli barang-barang yang ditawarkan ketika tempoh promosi besar-besaran ini.
Namun begitu, jual beli itu perlulah mengikut hukum Islam dan dinasihatkan agar tidak membazir dengan membeli secara berlebihan tanpa mengikut keperluan.
Contoh Promosi di Malaysia Banyak jenama-jenama besar turut menawarwarkan diskaun menarik sempena hari Black Friday.
Sekiranya anda sedang mencari sesuatu, mungkin kini adalah masa yang sesuai untuk beli pada harga lebih murah daripada harga pasaran.
Berikut merupakan antara promosi yang terdapat di Malaysia:
1. Xiaomi Malaysia – Diskaun sehingga RM210!
2. JD Sports – Diskaun sehingga 35%
3. Sephora – Tawaran sehingga 20% diskaun
4. Adidas – Sehingga 50% diskaun + 20% diskaun tambahan
5. SOGO – Sehingga 80% diskaun
6. Bath and Body Works – Promosi Beli 2 Percuma 2
7. Klook – Tawaran menarik untuk pelbagai pakej percutian
Penutup Walaupun bermula di Amerika Syarikat, Black Friday kini diraikan di banyak negara, termasuk Malaysia. Di Malaysia, ia dikenali dengan jualan besar-besaran oleh kedai fizikal dan platform e-dagang seperti Lazada, Shopee, dan Zalora.
Jadi, inilah peluang untuk membeli barangan dengan harga murah, tetapi penting untuk merancang dan mengelak pembaziran!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/tarikh-maksud-black-friday/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=tarikh-maksud-black-friday

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Lepaskan Dapatkan Galaxy S24 Fe Hanya Rm500 Dalam Tawaran Black Friday Awal Samsung

Jangan Lepaskan Dapatkan Galaxy S24 Fe Hanya Rm500 Dalam Tawaran Black Friday Awal Samsung

papar berkaitan - pada 15/11/2024 - jumlah : 155 hits
Anda tidak perlu menunggu tawaran Black Friday yang rasmi untuk mendapatkan diskaun pada telefon baru anda Samsung sudah menawarkan potongan besar untuk telefon Galaxy S24 FE yang popular dengan penyimpanan 128GB hanya untuk RM500 Tawaran i...
Skuad E Sukan Malaysia Cipta Sejarah Muncul Juara Dunia Di Riyadh

Skuad E Sukan Malaysia Cipta Sejarah Muncul Juara Dunia Di Riyadh

papar berkaitan - pada 16/11/2024 - jumlah : 326 hits
Kemenangan pada Kejohanan Dunia IESF di Riyadh Arab Saudi menyaksikan pasukan Malaysia membawa pulang USD70 000 KUALA LUMPUR Pasukan Mobile Legend Bang Bang Malaysia mencipta sejarah apabila menjuarai Kejohanan Dunia IESF selepas menewaskan...
Don T Miss Out Best Water Softener Black Friday Deals 2024

Don T Miss Out Best Water Softener Black Friday Deals 2024

papar berkaitan - pada 25/11/2024 - jumlah : 203 hits
Black Friday is the perfect time to upgrade your home with a water softener and save big Soft water can do wonders for your hair skin and appliances But with so many options available finding the right deal can be tricky Here s your guide t...
Diiktiraf Sebagai Biduanita Negara Tokti Berikrar Mahu Mengekalkan Seni Dan Budaya Warisan Malaysia

Diiktiraf Sebagai Biduanita Negara Tokti Berikrar Mahu Mengekalkan Seni Dan Budaya Warisan Malaysia

papar berkaitan - pada 15/11/2024 - jumlah : 159 hits
Setelah hampir tiga dekad berkecimpung dalam industri muzik Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi membuktikan kenapa gelarannya bukan sekadar dipakai untuk bergaya tetapi benar benar mencerminkan sumbangan luar biasa dalam ...
Promo Black Friday Zus Marrybrown Sushi King Banyak Lagi

Promo Black Friday Zus Marrybrown Sushi King Banyak Lagi

papar berkaitan - pada 28/11/2024 - jumlah : 130 hits
Promo Black Friday kembali lagi Dari hidangan istimewa hingga minuman kegemaran restoran kafe dan jenama terkenal kini berlumba lumba menawarkan promosi eksklusif yang menggoda selera Sama ada anda penggemar burger sushi kopi atau pencuci m...
Biodata Siti Nurhaliza Penyanyi Nombor Satu Malaysia

Biodata Siti Nurhaliza Penyanyi Nombor Satu Malaysia

papar berkaitan - pada 21/11/2024 - jumlah : 185 hits
Biodata Siti Nurhaliza Penyanyi Nombor Satu Malaysia Siti Nurhaliza adalah nama yang tidak asing lagi dalam industri hiburan tanah air Beliau merupakan penyanyi nombor satu Malaysia yang terus mengukir megah namanya sehingga kini Penyanyi b...
Cum Seminggu Hanya 98 Tiket Terjual Penganjur Kata Penyanyi Malaysia Yang Batalkan Show Kl Masih Hutang Duit

Cum Seminggu Hanya 98 Tiket Terjual Penganjur Kata Penyanyi Malaysia Yang Batalkan Show Kl Masih Hutang Duit

papar berkaitan - pada 22/11/2024 - jumlah : 145 hits
Show Aisha Retno Dibatalkan Gara Gara Tiket Laku Kering Baru baru ini penyanyi Malaysia Aisha Retno terpaksa menerima kenyataan pahit apabila show beliau dibatalkan akibat jualan tiket yang tidak jadi Pihak penganjur Kharisma Music Internat...
Liga Malaysia Jaringan Tunggal Ramadhan Bantu Kemenangan Kuching City Fc

Liga Malaysia Jaringan Tunggal Ramadhan Bantu Kemenangan Kuching City Fc

papar berkaitan - pada 22/11/2024 - jumlah : 134 hits
Pemain Pulau Pinang Rafael Vitor Santos De Feritas mengawal bola dari terlepas kepada pemain Kuching City Tchetche Hermain Brice Kipre pada perlawanan aksi pertama pusingan 16 Piala Malaysia di Stadium Bandaraya malam tadi Gambar BERNAMA GE...
Anwar Has Become Inspector Saab Pas Info Chief Says

Photo Goes Viral Ministers Deputies Missing From Dewan Rakyat

Where Will Our Money Come From If We Don T Tax The Rich Anwar Says Tnb Tariff Hike Won T Affect 85pc Of Malaysians

Isteri Bolot Duit Jual Buah Pinggang Suami Lari Dengan Kekasih

Cybersecurity For Small Businesses

Gluten Pengertian Bahaya Kesihatan Dan Panduan Diet Bebas Gluten

Eco Friendly Housing How Wellcamp S Prefab Homes Reduce Environmental Impact

Padi Farmers Welcome New Padi Floor Price Announcement


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Teknik Brain Dump Untuk Pengurusan Minda

Avoiding Unnecessary Pressure In Your Life

Resepi Kek Pilih Kasih

67 Mayat Mangsa Nahas Helikopter Pesawat Di Washington D C Ditemukan

Terjemahan Niat Jahat Polis Digesa Siasat Pertikaian Istilah Kuda Gila

Kasut Pallas Baharu Vgrip Beri Cengkaman Kuat Dan Lebih Selamat Untuk Anak Anak Bersekolah