Bismillah Ogos 2021
Salam Sejahtera semua pengunjung Malaykord yang dihormati. Dah lama rasanya aku tak menulis di sini. Seperti biasa team kami busy dengan operasi malaykord yang semakin hari semakin laju progress nya. Aku dapati industri muzik online ni semakin laju dan berkembang deras. Hampir boleh dikatakan setiap hari ada sahaja lagu2 terbaru . Ya kami telah pun mula cover lagu2 dari barat, western, korea dan negara2 asia lain. ia juga bergantung pada permintaan. jika permintaan nya tinggi kami akan turutkan kerana yang menggunakan Malaykord ini juga anda. Pada awalnya kami tidak berapa bersetuju untuk post lagu2 luar. kerana tujuan Malaykord pada asasnya adalah untuk mengumpul chord-chord lagu tempatan dan menjadi satu blog store yang tersusun dan berstruktur. Tapi kami sedar permintaan dan trending melebihi segala-galanya pada zaman ini . jadi kami putuskan untuk turutkan trends yang telah ada ini dan teruskan pengstrukturan chord-chord lagu melayu ini sehingga tahap yang lebih optima.
Ada beberapa isu dan projek tahun ini yang tergendala. Ada beberapa perkara yang perlu kami perincikan. Dalam sibuk team kami menaik taraf dan mengstruktur Malaykord dari segi penggunaan teknologi baru dan penyusunan genre yang lebih banyak. Perkara itu mula mendapat kekangan yang ketara pada zaman serba laju ini. Dilema team kami yang kecil ini untuk menyediakan chord yang banyak setiap bulan dan meneruskan naik taraf adalah sesuatu yang memerlukan masa yang banyak dalam 1 hari. Dan kebanyakan team kami bukan sepenuh masa membuat perkara ini. Tapi itu bukan alasan untuk kami tidak melakukan terbaik untuk pengguna kami. Kami masih lagi terus dan terus melakukan terbaik agar anda selesa berada di sini. Dan kami mula mengeluarkan modal dan invest pada Malaykord. Rasa nya sudah tiba masa duit perlu dikeluarkan juga untuk Malaykord tetap relevan dan mengikut aliran semasa.
Antara beberapa projek yang kami ingin higlight kan adalah . IOS Malaykord. ya . kami dalam kerja sama dengan beberapa rakan untuk membina Malaykord versi IOS ini. Soalan dia bila nak ada? yup perkara untuk tembus ke Apps Store Apple bukan satu perkara yang mudah . sejujurnya kami telah di reject oleh apps store dari 2 tahun lepas lagi dan sudah banyak modal telah dikeluarkan untuk melakukan perkara ini. tetapi pada 5 bulan yang lepas kami masih lagi mencuba untuk menembus masuk ke Apps store. Doakan kami temui jalan. Kerana pelbagai cara telah kami lakukan untuk diterima oleh Apple. Dan kami tahu ia bukan mudah. Harap semua pengguna IOS bersabar dengan perkara ini. Projek ini masih diteruskan sehingga kami berjaya menemui solusi nya.
Untuk Projek tutorial guitar. ya . ia masih berjalan lagi kami masih mencari talent2 di serata Malaysia, Indonesia, Brunei , Singapura yang ingin berkerjasama dengan kami. Ini antara cita2 aku untuk perkembangan Malaykord. agar Malaykord boleh dan bisa menjadi One Stop Centre untuk Music Education. Bukan sahaja guitar , piano, ukelele dan sebagainya. cita-cita besar aku. But benda ini bukan mudah rasanya dah setahun lebih benda ni berlangsung dan results nya agak slow. Antara sebab perkara ni terjadi adalah kami terlalu bergantung pada rakan partner kami untuk menyediakan contents dan kami tak punyai ramai talents yang mampu memberi video secara konsisten. But terima kasih diucapkan atas komitmen rakan2 yang menyumbang video pada kami. Anda antara penyumbang terbesar projek tutorial ini berjalan sehingga kini. Dengan izin tuhan satu hari nanti projek ini akan kami gerakkan secara mega. Kami masih dalam mengumpul sumber dan mencari peluang untuk projek ini dapat berkembang. Maaf juga pada pengunjung yang tertunggu-tunggu perlaksanaan projek ini. Semoga satu hari nanti cita-cita kita ini akan tercapai.
Terima Kasih ,
#Killjols
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://killjols.blogspot.com/2021/08/bismillilah-ogos-2021.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+Killjols+(Killjols)