Biskut Kelapa Lejen Rangup Bila Kunyah Bakar Guna Air Fryer Je
Bila sebut sahaja Biskut Kelapa, pasti terbayangkan kesedapan dan kerangupan air tangan mak-mak kita ketika masih kecil dulu bukan? Tak nafikan Biskut Kelapa ini memang ‘lejen.’ Dulu-dulu Biskut Kelapa ini antara kudapan wajib yang mesti ada di atas meja hidangan. Kini, Biskut Kelapa masih lagi tetap kekal malar hijau dajn diminati pula anak-anak muda. Nah ini resipi membuat Biskut Kelapa yang dikongsikan oleh Emmy Masturah
RESIPI BISKUT KELAPA
BAHAN-BAHAN:
250g mentega – BELI ONLINE
3/4 cawan gula –BELI ONLINE
1 sudu teh esen vanila – BELI ONLINE
1 biji telur kuning
2 sudu besar serbuk badam
1 biji kelapa
3/4 cawan tepung gandum – BELI ONLINE
BAHAN DISANGAI:
Tepung ubi kayu
Kelapa putih
CARA MEMBUAT:
1. Mentega dikacau bersama gula sehingga kembang.
2. Masukkan 1 sudu teh esen vanila.
3. Masukkan sebiji kuning telur dan kacau
4. Masukkan dua sudu serbuk badam.
5. Masukkan kelapa putih yang sudah disangai dan kacau sebati.
6. Masukkan 3/4 cawan tepung gandum.
7. Akhirnya masukkan tepung ubi kayu yang telah disangai tadi sedikit demi sedikit. Uli sehingga menjadi doh.
8. Terapkan dengan acuan. Bakar dalam air fryer dengan suhu 160C selama 10 minit. Siap. Tunggu sejuk boleh susun dalam balang.
Sumber kredit: Emmy Masturah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Cara Buat Kuih Puteri Mandi Sedap & Mudah Untuk Berbuka
Masukkan 1 Bahan Ni, Kuah Asam Pedas Ikan Jenahak Jadi Lebih Berlemak & Pekat
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
The post Biskut Kelapa Lejen, Rangup Bila Kunyah, Bakar Guna Air Fryer Je appeared first on RASA.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://rasanakmasak.blogspot.com/2022/04/biskut-kelapa-lejen-rangup-bila-kunyah.html