Birthday Ke 35 Tahun Semoga Tercapai Impianmu
Salam ke 35 tahun suami tersayang. Ni baru ada kesempatan untuk coretkan dalam blog. Ya, sungguh pada bulan 7 lalu amatlah sibuk. Dan pada hari birthday tu pula suami ada interview di Pulapol. Jadi kekangan masa, banyak sungguh nak difikirkan. Sambutan sederhana sebagai tanda ingatan Ini suasana kami sambut birthday ‘abah’ tahun ini. Simple tapi harap suami tahu yang kami semua sayangkan dia. Ewahh, sungguh pada hari kejadian, UN balik kerja dan singgah ke Restoran Ummi untuk booking menu dan meja. Janji tepat jam 8.00 malam kami sampai lauk dah tersedia. Bukan apa, kalau tak buat macam ni.. Allahu, masa menunggu tu pun rasa lama amat sangat. Plan nak deco lawa, tapi sory bab ini UN failed! hhahaha, lepas tempah makanan, pergi kedai sederetan dengan Restoran UMMI. Cuma beli balloon sahaja untuk dipasang. JANGAN gelak, bab ni pun failed! balloon tu nampak laa walaupun tak menjadi… eeee! Balloon tu tertib melekat kat kerusi hanya seketika sahaja…wakakakaka! Menu makanan, UN tempah la sesedap rasa. Suami jenis tak memilih, so ada apa pun dia makan. Cuma untuk nak happykan anak-anak, order Pizza untuk depa. Suka sangat dengan pizza, tapi sekali lagi..JANGAN suruh Un masak. 🙂 Ketap gigi jelah mampu. hahaha Risiko makan kat luar ini satu je, perangai budak-budak. Sarah buat perangai kali ini. Serba tak kena. aduiii… bab ni emosi UN kena kontrol..hahaha dan kau bila jadi mak pak, jangan harap nak makan dengan tenang senang dan lenang. sekali lagi kena sabaqqq banyak-banyak. Ini sahaja mampu untuk meraikan orang yang tersayang. Semoga usia 35 tahun akan berikan kebahagiaan kepada sayang dan apa dihajati akan tercapai dengan jayanya. Kami semua mendoakan kebahagiaan dan kejayaan sayang. Kenangan Sambut birthday : 2016 Kenangan sambut birthday ke 34 – 2018 Kenangan sambut birthday ke 28 – 2012 Dah habis throwback.. tak ingat dah yang tahun sebelum tu.. sorry tapi memang tiap tahun celebrate.. hehehe
The post Birthday ke-35 tahun , semoga tercapai impianMu appeared first on UmmiNani.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://umminani.com/2019/08/birthday-ke-35-tahun-semoga-tercapai-impianmu/