Birthday Dinner Di Wadihana Islamic Steakhouse


 Assalamualaikum wbt

SEMPENA hari lahir isteri tercenta, mungkin dah faham kot bini tekak minah saleh, Pak Inche bawa makan hidangan barat di Wadihana Islamic Steak House (WISH) di Taman Damansara Aliff. Memang Sk minta Pak Inche sendiri yang pilih tempat makan, tak kisahlah nak makan di Seafood Restaurant kegemaran dia ke, nak makan di Mamu Junction pun tak apo. Yang penting hari tu dapat 'claim' hadiah hari jadi, hihihi.

WISH ni sebenarnya dah lama wujud, cuma kami jer yang belum sampai-sampai lagi. Tak silap Sk, awal-awal dulu, WISH ini bertapak di Bandar Baru Uda sebelum berpindah ke Taman Damansara Aliff. Sebenarnya bukan baru ia membuka restoran di TDA ni, tetapi, angkara pandemik yang melanda negara dan seluruh dunia selama hampir dua tahun menyebabkan kadang terlupa kewujudan WISH ni walaupun ia agak popular di kalangan penggemar hidangan barat.

Milky Island untuk Iman dan Jus Nanas untuk Tuan Tanah Kedaung merangkap 'birthday girl'. Pak Inche minum Jus Limau Nipis. Sirap (gula) untuk jus diasingkan, jadi, ikut kitalah nak manis macam mana. Sk tak tambah gula, maklumlah, dah cukup manis, kan.

Pembuka selera, Wild Mushroom Soup dan Garlic Bread. Sup cendawan bukan dalam tin punya tapi homemade, memang pior rasa cendawan, terlalu sedap, sesuai dengan nama menunya tu.

Rocky Nachos. Boleh pilih nak ayam atau daging lembu, yang ni daging lembu. Sedap teruks ya, ni bukan guna sos bolognese tapi tomato segar. Kerepek bukan biasa-biasa ni.

Grilled Striploin Steak untuk tukang bayo. Pak Inche pilih sos lada hitam. Saiz dagingnya besar, sampai tak mampu nak dihabiskan. Jangan risau, ada dua dayang boleh bantu melicinkan pinggan. Sampingannya 'rocky salad' dan 'wedges' yang sangat sedap.

Chicken Lasagna untuk Iman. Iman sebenarnya buntu nak makan apa. Dia kata cari menu Chicken Chop tak ada. Laaa.. padahal ada aje, dia tak perasan rupanya. Lasagna ni tak rasa macam makanan sejuk beku tau, sebab kadang-kadang jika kita pesan lasagna ni, ada restoran yang gunakan lasagna 'frozen'. Yang ni memang sedap sangat.

Seperti selalulah, nak jaga kesihatan kononnya, padahallll! Grilled Salmon Filled terdapat dua pilihan sos iaitu Orange Butter Sauce dan Spicy Aurora Sauce. Bunyi menariklah pulak aurora tu, kan, kita cuba. Tidaklah mengecewakan cuma bagi Sk ianya tidak sepedas namanya. Sampingannya 'Mashed Potato' dan salad yang sama dengan Striploin Steak tu. Salad dia jenis yang mahal punya, memang padanlah dengan harga hidangan di sini. Sekali sekala bolehlah, selalu-selalu, sendiri mahu ingat, huhuhu.

Puas hati di hari jadi, pagi-pagi dapat makan Makanan Tradisi, malam dapat layan tekak minah saleh, hehehe.

Iman pesan Creme Brulee. Pun sedap.

Creme Brulee semangkuk, kongsi tiga orang. Okeylah tu sebab saiz mangkuknya pun beso.

Dah habis makan, ada staf WISH datang, nak ambil gambar untuk dimuatkan dalam fb page WISH



WADIHANA ISLAMIC STEAKHOUSE
36-02, JALAN ALIFF 3, Taman Damansara Aliff, 81200 Johor Bahru, Johor
Phone: 013-733 3280

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2022/05/birthday-dinner-di-wadihana-islamic.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Alasan Polisi Beri Lampu Hijau Acara Gala Dinner Miyabi Di Jakarta

Alasan Polisi Beri Lampu Hijau Acara Gala Dinner Miyabi Di Jakarta

papar berkaitan - pada 20/5/2022 - jumlah : 146 hits
Polda Metro Jaya memberi lampu hijau acara gala dinner mantan pemain film dewasa asal Jepang Maria Ozawa alias Miyabi Gala dinner akan digelar di salah satu hotel bintang lima di Jakarta
Birthday Abang

Birthday Abang

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 316 hits
Birthday abang sebenarnya 6 haribulan 5 tapi lewat sikit buat sambutan Sebab masa hari jadi dia Kami semua dalam perjalanan pulang dari Raub ke Johor Sampai rumah dari percutian panjang memang banyak benda yang nak diurus Kain baju rumah ke...
Ya Allah Siapakah Gerangannya Jodoh I Ke Hadiah Birthday A Aida Ded4h Tiap Tahun Peminat M1steri Beri Hadiah

Ya Allah Siapakah Gerangannya Jodoh I Ke Hadiah Birthday A Aida Ded4h Tiap Tahun Peminat M1steri Beri Hadiah

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 245 hits
Penerbit Datuk A Aida sekali terharu tetapi dalam masa sama terkejvt apabila dia menerima bunga daripada peminat m1steri bersempena dengan ulang tahun kelahiran pada 20 April lalu Menurut A Aida ia merupakan kali keempat dia menerima bingki...
Main Mercun Tepi Jalan Sambut Birthday Rakan 5 Lelaki Ditahan

Main Mercun Tepi Jalan Sambut Birthday Rakan 5 Lelaki Ditahan

papar berkaitan - pada 18/5/2022 - jumlah : 161 hits
Tangkap layar video tular menunjukkan sekumpulan lelaki bermain mercun di tepi jalan PETALING JAYA Lima lelaki ditahan hari ini selepas disyaki bermain mercun di tepi jalan berhampiran Plaza Tol Setia Alam Shah Alam ketika meraikan hari lah...
Witness Tells Court Uksb Sponsored Zahid Trips Wife S Birthday Bash

Witness Tells Court Uksb Sponsored Zahid Trips Wife S Birthday Bash

papar berkaitan - pada 19/5/2022 - jumlah : 264 hits
The Shah Alam High Court was told today that Ultra Kirana Sdn Bhd sponsored former deputy prime minister Ahmad Zahid Hamidi s overseas trips his wife s birthday and Hari Raya celebration Former UKSB director Harry Lee Vui Khun said the spon...
Alamak Kembar Lah

What Happens In Vegas Must See Motorcycles From The 2025 Aimexpo

The Leadership Versatility Index Unlocking The Power Of Adaptive Leadership

Antara Punca Masalah Kesihatan Makanan Yang Tidak Halalan Toiyibban

Cafe Aesthetic Warunk Koffie By Wood Steel

Yeay Dah Beli Tiket Flight Dah

Sawan Demam Punca Jenis Tanda Tanda Awal

Petua Buat Kuih Talam Berlauk Sedap Ikut Cara Ni Paling Simple


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39


10 Individu Terkaya Di Malaysia

Atikah Suhaime Dipuji Rendah Diri Walaupun Kaya Beli Barang Bayi Online Je

The Commitment To Excellence What Makes Canadian Cigarettes A Premium Choice

10 Pelanggan Pasar Raya Disembur Minyak Cili

Ppim Selar Rayer Dakwa Obses Campuri Hal Ehwal Islam

Ministers Made 236 Overseas Trips In 2024 Cost Rm44m Parliament Told