Bipolar Mood Disorder
Bismillah.. Nak share pengalaman. Penyakit mental ada bermacam jenis. Diantaranya adalah bipolar mood disorder.
Kecoh pasal orang pasar memukul seorang Orang Kurang Upaya (OKU) berlaku di negeri Terengganu
Mereka yang bipolar ni, ada 2 fasa. Satu manic, satu lagi depressive. Manic tu macam yang korang tengok dalam video tu la, nampak macam provoke or whatsoever
Tapi dia tengah sakit. Kadang makan je ubat, tapi ada something yang trigger chemicals dalam otak dia, so ubat tak berapa fuction, tu yang jadi macam tu. Fasa depressive pulak nanti dia senyap je, duduk rumah je taknak jumpa orang, atau tidur je sepanjang hari.
Biasanya fasa manic tu tak lama, ada la seminggu kot. Fasa manic macam banyak cakap, kacau orang, dan macam² lagi
Kebanyakkannya dia luahkan lalu mulut dia tu la. Manic pun ada macam² cara, ikut individu. Masa tu ada situasi²nya dia akan contact orang tu orang ni, nak mendapatkan apa dia nak tu.
Family members yang dah faham, akan dengar je tapi takde menurutkan kalau yang over limit. Kalau fasa depressive tu buat la apa pun nak dapatkan perhatian dia, dia buat dek je
Korang, kalau nampak kejadian dalam video macam semalam, jangan ambil tindakan sendiri. Negara kita ada undang². Boleh call 999 bagitahu apa masalah. Biar yang berwajib selesaikan.
Biasa kalau nampak polis ke doktor ke, insyaallah habis fasa manic dia tu.
Dia dah habis manic, dia lupa dah kejadian tu. Hang yang pukul tu dapat apa? Masuk penjara, pastu orang marking sampai mati. Seronok ke
Tapi Allah lorongkan sesuatu perkara tu bersebab. Mungkin Dia nak ahli keluarga lebih ambil berat. Mungkin Dia nak kita ni makin berjaga²,jangan mudah menghukum. Mungkin Dia sedang menghukum orang² yang tak sabar tu
Apa pun setiap takdir Allah pasti ada hikmahnya untuk orang² yang mahu berfikir
Wallahua'lam
Kredit kepada Nor Ashikin
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sha-myheart.blogspot.com/2025/01/bipolar-mood-disorder.html