Biodata Ringkas Nabi Muhammad Saw Dari Lahir Hingga Wafat
Biodata Ringkas Nabi Muhammad SAW Dari Lahir Hingga Wafat | Alhamdulillah dan syukur kepada Allah SWT serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam. Beliau juga digelar Al Amin (الأمين) yang bermaksud 'yang terpuji'.
Sebagai seorang muslim, kita patut tahu siapakah Nabi Muhammad SAW dengan lebih rapat, tidak hanya sekadar tahu nama sahaja.
Untuk memudahkan urusan pemahaman, di sini Abang kongsikan biodata ringkas Nabi Muhammad SAW. Biodata Nabi Muhammad SAW ni, kalau tak salah Abang, murid tahun 1 ada belajar.
Nama Nabi Muhammad SAW dan Keluarga BagindaNama sebenar Nabi Muhammad SAW adalah Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Nama bapa Nabi Muhammad SAW adalah Abdullah Bin Abdul Muttalib. Nama ibu Nabi Muhammad SAW pula adalah Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
Nama datuk Baginda adalah Abdul Muttalib.
Senarai Nama Bapa dan ibu saudara Rasullullah SAW
Harith Muqawwam Zubair Hamzah ( islam ) Al-Abbas ( islam ) Abu talib Abu lahab ( Abdul Uzza ) Abdul Ka’abah Hijl 10. Dhirar 11. Umaimah 12. Al-Bidha ( Ummu Hakim ) Atiqah Arwa Barrah Safiyyah
Nama Ibu Pengasuh Nabi Muhammad SAW Pengasuh pertama Baginda bernama Barakah Al-Habsyiyyah. Barakah Al-Habsyiyyah turut digelar sebagai Ummu Aiman. Hamba perempuan kepada bapa Rasulullah SAW.
Ibu susu pertama Baginda bernama Thuwaibah, hamba perempuan kepada Abu Lahab.
Ibu susu kedua pula bernama Halimah binti Abu Zuaib As-sa’diah yang lebih dikenali sebagai Halimah Assa’diah atau Halimatus Sa’diah . Suaminya bernama Abu Kabsyah.
Hasil dari ibu susan tersebut, Nabi Muhammad SAW mendapat saudara sesusu.
Senarai Nama Saudara Susuan Rasullullah SAW 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
3. Abu sufyan bin Harith bin Abdul Muthalib
4. Abdullah bin Harith bin Abdul Uzza
5. Syaima’ binti Harith bin Abdul Uzza
6. Aisyah binti Harith bin Abdul Uzza
Asal Keturunan Nabi Muhammad SAW Nabi Muhammad berasal dari keturunan kaum Arab.
Tarikh Lahir Nabi Muhammad SAWNabi Muhammad SAW lahir pada Subuh hari Isnin, bertarikh 12 Rabiulawal bersamaan dengan 20 April 571 M. Tahun ini turut dikenali sebagai tahun gajah sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota kaabah.
Kisah ayah Nabi Muhammad SAW semasa muda - Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid
Sejarah Ringkas Kehidupan Nabi Saat Membesar Usia 5 tahun Peristiwa pembelahan dada Baginda yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan syaitan yang wujud di dalamnya.
Usia 6 tahun Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-abwa’(sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah).
Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.
Usia 8 tahun Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia. Baginda kemudian dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Tolib.
Usia 9 Tahun Baginda mengambil upah untuk mengembala kambing bagi penduduk kota Mekah dengan mendapat upah yang sedikit.
Usia 12 tahun Bersama bapa saudaranya yang bernama Abu Tolib itu, Nabi bermusafir ke Syam buat kali pertama atas urusan perniagaan.
Sesampai di Kota Basrah dalam negeri Sham itu, seorang pendita nasroni bernama Bukharra telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi dikalangan bangsa arab yang akan lahir pada masa itu.
Sejarah Ringkas Kehidupan Nabi Dari Remaja Hingga DewasaUsia 14 / 15 tahun Terlibat dalam peperangan fijar. Baginda Nabi Muhammad SAW telah menyertai peperangan itu dalam beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah dalam medan perang tersebut.
Usia 20 Tahun Baginda telah menyaksikan perjanjian Al-Fudhul iaitu perjanjian damai untuk member pertolongan kepada orang yang dizalimi di kota mekah.
Usia 25 Tahun Baginda bermusafir buat kali ke-2 ke kota syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah Binti Khuwailid. Perjalanan nabi ke syam telah ditemani oleh seorang lelaki ( orang suruhan Khadijah ) yang dikenali sebagai maisarah ( penunjuk jalan ).
Baginda SAW bersama-sama Abu Tolib dan beberapa bapa saudara nabi pergi bertemu Amru Bin Al-Asad ( bapa saudara Khadijah ) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. Mas kahwin perkahwinan nabi adalah sebanyak 500 dirham.
Usia 35 Tahun Banjir besar melanda kota Mekah dan meruntuhkan dinding kaabah. Pembinaan semula ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk kota Mekah.
Rasullullah SAW diberi kemulian untuk meletakkan Hajarul aswad ketempat asalnya semula dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung siapa yang akan meletakkan batu tersebut.
Usia 40 Tahun Menerima wahyu pertama di gua hira’ dipuncah Jabal Nur ( Bukit Cahaya ) sebagai pelantikan nabi dan rasul akhir zaman.
Usia 53 Tahun Berhijrah ke Madinah Munawwarah dengan ditemani oleh Abu Bakar AsSiddiq. Rombongan tiba pada tanggal 12 Rabiul Awwal 01 Hijrah/24 September 622 Masihi.
Senarai Nama Isteri-isteri Rasullullah SAW 1. Khadijah binti Khuwailid
2. Saudah binti Zam’ah
3. Aisyah binti Abu bakar
4. Hafsah binti Umar
5. Ummu Habibah binti abu sufyan
6. Ummu salamah ( hindun binti umayyah )
7. Zainab binti jahsy
8. Maimunah binti haris
9. Safiyyah binti huyai
10. Zainab binti khuzaimah
Nama Anak-anak Rasullullah SAW 1. Qassim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqayyah
6. Ummu Kalsum
7. Fatimah
Nama Anak tiri Rasullullah SAW Halah bin Hind bin Habbasy.
Beliau adalah anak kepada Khadijah bersama Hind. Ketika berkahwin dengan Rasullullah SAW , Khadijah adalah seorang janda.
Umur dan Tarikh Wafat Nabi Muhammad SAWKewafatan Rasullullah SAW di Madinah Munawwarah pada hari Isnin , 12 Rabiul Awwal 11 Hijrah/08 Jun 632 Masihi. Umur Nabi Muhammad SAW semasa wafat di usia 63 tahun.
KesimpulanSemoga biodata Nabi Muhammad ringkas ini dapat memberikan serba sikit maklumat pada kalian semua di luar sana. Banyak lagi sirah dan kisah hidup Baginda dan terasa sangat rugi jika tidak mengenali Baginda dengan dekat.
Dengan bacaan biodata Nabi Muhammad SAW ini, kita dapat tahu tentang tarikh nabi dilahirkan. tarikh Nabi Muhammad wafat, nama isteri-isteri dan anak Baginda, nama bapa saudara, nama saudara-saudara susuan dan banyak lagi.
Akhir kata, marilah sama-sama kita cintai dan kasihi Baginda Nabi Muhammad yang sudah banyak berkorban masa, nyawa, keringat, harga benda, jiwa dan raga demi untuk membantu kita sebagai umatnya.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.abangrock.com/2022/01/bi-nabi-muhammad-saw.html