Biodata Rasulullah Shalallahu Alaihi Wa Sallam


"Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wa sallam" adalah ungkapan bahasa Arab yang digunakan oleh umat Islam untuk merujuk kepada Nabi Muhammad SAW. Ungkapan ini mengandungi makna yang sangat menghormati dan menggambarkan penghormatan dan kecintaan umat Islam kepada Nabi Muhammad sebagai pesuruh Allah SWT
Biodata Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wa sallamBerikut adalah beberapa maklumat penting tentang Nabi Muhammad SAW:
Rasulullah: 
Nabi Muhammad SAW adalah Nabi terakhir dalam agama Islam. Baginda dilantik sebagai utusan Allah SWT untuk membawa ajaran dan hidayah kepada manusia. Ajaran yang dibawanya terdapat dalam kitab suci Al-Quran

Teladan: 
Nabi Muhammad SAW juga dikenali sebagai suri teladan bagi umat Islam. Kehidupannya adalah contoh yang sempurna bagaimana seorang Muslim harus menjalani kehidupan seharian, baik dari segi ibadah, akhlak dan akhlak

Sunnah dan Hadis: 
Selain al-Quran, ajaran Nabi Muhammad SAW juga disampaikan melalui hadis (kisah dan sabdanya) yang direkodkan oleh para sahabat. Hadis ini membantu umat Islam lebih memahami ajaran dan amalan yang diajarkan oleh Nabi Muhammad

Kepentingan Shalawat: 
Kalimah "Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wa sallam" sering digunakan dalam doa dan ungkapan cinta kepada Nabi Muhammad. Bercakap tentang Nabi dengan kata-kata penuh penghormatan dan mengiringi doa ini adalah salah satu cara umat Islam menyatakan cinta dan penghargaan mereka kepada baginda

Perlu diingat bahawa bagi umat Islam, mencintai dan menghormati Nabi Muhammad SAW adalah sebahagian daripada iman mereka. Ia juga merupakan salah satu daripada lima rukun iman dalam Islam

Semoga penjelasan ini membantu anda lebih memahami siapakah Nabi Muhammad SAW dan mengapa kalimah "Rosulullah Shollallahu 'Alaihi Wasallam" begitu penting dalam budaya dan kerohanian umat Islam



Nama : Nabi Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muththalibs bin Hashim
Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; karena peristiwa tentara bergajahAbrahah yang menyerang kota Ka'bah)
Tempat lahir : Di rumah Abu Thalib, Makkah Al-Mukarramah.
Nama bapak : Abdullah bin Abdul Muththalib bin Hashim.
Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdu Manaf.
Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapak Rasulullah SAW).
Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih dikenali Halimah As-Sa'diah, suaminya bernama Abu Kabsyah).
USIA 5 TAHUN
💓 Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.
USIA 6 TAHUN
💓 Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah, baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapak Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muththalib.
USIA 8 TAHUN
💓 Datuknya, Abdul Muththalib pula meninggal dunia.Baginda dipelihara pula oleh bapak saudaranya, Abu Thalib.
USIA 9 TAHUN
(Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
💓Bersama bapak saudaranya, Abu Thalib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
💓Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendeta Nasrani bernama Bahira(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
USIA 20 TAHUN
💓Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah', jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
💓Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang didzalimi di Makkah.
USIA 25 TAHUN
💓Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
💓Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
💓Baginda SAW bersama-sama Abu Thalib dan beberapa orang bapak saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapak saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
💓Mas kawin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN
💓Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Ka'bah.
💓Pembinaan semula Ka'bah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.
💓Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ketempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
USIA 40 TAHUN
💓Menerima wahyu di gua Hira' sebagai pelantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
USIA 53 TAHUN
💓Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq.
💓Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal / 24 September 622M.
USIA 63 TAHUN
💓Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah / 8 Juni 632 Masehi.
ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
💚 Khadijah Binti Khuwailid.💚 Saudah Binti Zam'ah.💚 Aisyah Binti Abu Bakar (anak Sayyidina Abu Bakar).💚 Hafsah binti 'Umar (anak Sayyidina 'Umar bin Al-Khattab).💚 Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.💚 Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).💚 Zainab Binti Jahsy.💚 Maimunah Binti Harith.💚 Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.💚 Zainab Binti Khuzaimah (digelar 'Ummu Al-Masakin', Ibu Orang Miskin).
ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1.💜 Qasim2.💜 Abdullah3.💜 Ibrahim4.💜 Zainab5.💜 Ruqaiyah6.💜 Ummi Kalthum7.💜 Fatimah Al-Zahra'
ANAK TIRI RASULULLAH SAW
💙 Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah at-Tamimi (anak kepada Sayyidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).
SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW
IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN1. Thuwaibah → Hamzah2. Abu Salamah → Abdullah bin Abdul Asad
SAUDARA SUSUAN1. Halimah Al-Saidiyyah → Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Muthallib2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza4. 'Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza
BAPAK DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAWANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTHTHALIB
1. Al-Harith2. Muqawwam3. Zubair4. Hamzah 5. Al-Abbas 6. Abu Talib7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)8. Abdul Ka'bah9. Hijl10. Dhirar11. Umaimah12. Al-Bidha (Ummu Hakim)13. Atiqah 14. Arwa 15. Umaimah16. Barrah17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) 
masuk Islam.
Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.
Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku
Dan sesiapa yang mencintai aku niscaya dia bersama-samaku di dalam syurga"(Riwayat Al-Sajary daripada Anas )
اللهم صلى وسلم على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
Nabi Muhammad SAW - Manusia agung
KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH
💓Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bertemu muka dengan Baginda lantas melafazkan keislaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.
Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:
💞 Aku belum pernah melihat lelaki yang segagah Rasulullah saw..
💞 Aku melihat cahaya dari lidahnya.
💞 Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
💞 Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
💞 Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
💞 Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
💞 Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
💞 Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
💞 Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
💞 Wajahnya seperti bulan purnama.
💞 Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
💞 Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
💞 Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
💞 Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
💞 Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
💞 Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
💞 Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
💞 Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
💞Janggutnya penuh dan tebal menawan.
💞 Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
💞 Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
💞 Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
💞 Rambutnya sedikit ikal.
💞 Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.
💞 Rambutnya terbelah di tengah.
💞 Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
💞 Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
💞 Seimbang antara kedua bahunya.
💞 Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.
💞 Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
💞 Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
💞 Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
💞 Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
💞 Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
💞 Warna putihnya lebih banyak.
💞 Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
💞 Warna kulitnya putih tapi sehat.
💞 Kulitnya putih lagi bercahaya.
💞 Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kokoh.
💞 Badannya tidak gemuk.
💞 Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi gagah.
💞 Perutnya tidak buncit.
💞 Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.
KESIMPULANNYA :
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contohsepanjang zaman.
Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.

Maulidur Rasul 2023/1445H
Pada setiap tahun mengikut kalender Islam iaitu pada 12 Rabiulawal adalah tarikh penting bagi seluruh umat Islam
Tarikh sambutan Maulidur Rasul 2023
Maulidur Rasul 2023 akan berlangsung pada 28 September 2023 – Khamis (12 Rabiulawal 1444H)

Hal ini kerana ianya adalah tarikh Maulidur Rasul dalam Islam iaitu tarikh memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW yang kita kasihi

Takwim tarikh penting bulan Islam



~Bonde Senyum Riang~

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.bondezaidalifah.com/2023/09/biodata-rasulullah-shalallahu-alaihi-wa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Salam Maulidur Rasul Infografik Garis Masa Hayat Rasulullah Saw

Salam Maulidur Rasul Infografik Garis Masa Hayat Rasulullah Saw

papar berkaitan - pada 28/9/2023 - jumlah : 197 hits
Assalamualaikum semua Mama ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Maulidur Rasul 1445H 2023M Marilah sama sama kita amalkan sunnah Rasulullah SAW dan memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW Sesungguhnya orang yang paling dekat d...
Keindahan Pekerti Rasulullah Tidak Pernah Mencela Memfitnah Contoh Ikutan Terbaik

Keindahan Pekerti Rasulullah Tidak Pernah Mencela Memfitnah Contoh Ikutan Terbaik

papar berkaitan - pada 28/9/2023 - jumlah : 168 hits
HARAPAN DAILY Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keindahan pekerti dan akhlak Rasulullah SAW yang tidak pernah mencela memfitnah atau memaki hamun sesiapa adalah contoh terbaik untuk dijadikan ikutan Menerusi perutusan Maulidu...
Agong Seru Rakyat Contohi Akhlak Rasulullah Bicara Benar Jauhi Fitnah

Agong Seru Rakyat Contohi Akhlak Rasulullah Bicara Benar Jauhi Fitnah

papar berkaitan - pada 28/9/2023 - jumlah : 207 hits
YANG di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah hari ini bertitah agar rakyat mencontohi akhlak warisan maknawi Rasulullah yang mulia dalam pertuturan dengan bercakap hanya mengenai kebenaran jujur di samping me...
Maulidur Rasul Untuk Rasulullah Yang Kita Kasihi

Maulidur Rasul Untuk Rasulullah Yang Kita Kasihi

papar berkaitan - pada 27/9/2023 - jumlah : 236 hits
Maulidur Rasul Rasulullah Yang Kita Kasihi Selamat menyambut maulidur rasul kepada seluruh pembaca blog tersayang Jom renungi Sejarah Kelahiran Dan Biodata Rasulullah S A W Yang Kita Rindui Rabi ulawal menjelang lagi Datangnya dengan membaw...
Berapa Kali Rasulullah Berkurban Selama Hidupnya

Berapa Kali Rasulullah Berkurban Selama Hidupnya

papar berkaitan - pada 15/9/2023 - jumlah : 224 hits
Pertanyaan Berapa kali Rasulullah allall hu Alaihi wa Sallam melakukan kurban
Naskah Khutbah Jum At 5 Cara Rasulullah Menghadapi Perundungan Dan Bullying

Naskah Khutbah Jum At 5 Cara Rasulullah Menghadapi Perundungan Dan Bullying

papar berkaitan - pada 5/10/2023 - jumlah : 110 hits
Dibawakan oleh Ustadz Ubaidullah Murjani Yatim S Pd I M Pd Pembina Dakwah Centre Indonesia Nurul Musthofa Pembina Ikatan Imam dan Khatib Kalimantan Barat Founder Pusat Kaderisasi Da i Indonesia Hadirin Jama ah Jum at Rahimakumullah Maka dal...
Ini Biodata Rahsia Datuk Dr Radzi Jidin

Ini Biodata Rahsia Datuk Dr Radzi Jidin

papar berkaitan - pada 21/9/2023 - jumlah : 308 hits
Ini Biodata Rahsia Datuk Dr Radzi Jidin 5 Dalam sebuah sesi penggulungan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke 12 di Dewan Rakyat nama Radzi Jidin menjadi tular dalam arena politik negara Tindakan kontroversialnya ketika sesi tersebu...
New Year Wish A Pm For All Malaysians

Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Chinese Freight Train Pops Another Surprise 6th Generation Jet

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Asyik Beri Contoh Pengurusan Dan Kejayaan Usahawan Luar Negara Ja Kenapa Bukan Syed Mokhtar

Lirik Lagu Mungkin Ke Dayang Nurfaizah

Jom Asah Minda Dan Cabar Logik Ini 50 Teka Teki Paling Susah

Sadis Sanggup Abang Kandung Bunuh Adik Sendiri Berumur 3 Tahun

Selesai Majlis Tahlil Untuk Arwah Mak Pah

Menginap Satu Malam Di Muar Traders Hotel