Biodata Artis Scha Alyahya Profail Dan Latar Belakang



Biodata Artis Scha Alyahya. Profail dan Latar Belakang.
Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya (lahir 30 Mei 1983) atau lebih dikenali sebagai Scha Al-Yahya ialah seorang pelakon, pengacara, peragawati dan jurucakap produk Malaysia. Beliau mula dikenali selepas memenangi pertandingan Dewi Remaja 2005/2006 dan membuat kemunculan sulung di televisyen menerusi drama Impian Illyana (2006) dengan memegang watak pembantu sebagai Yati, Scha mula meraih pencapaian luar biasa menerusi watak lakonannya sebagai Dania dalam siri drama Awan Dania (2008-2010) sekaligus melancarkan kerjayanya sebagai pelakon. Selepas berlakon dalam beberapa siri TV terutamanya dalam genre komedi, beliau membuat kemunculan sulungnya di layar lebar sebagai pelakon utama menerusi filem Antoo Fighter (2007) lantas terus dikenali sebagai antara pelakon komedi wanita yang cukup popular. Kredit filemnya yang lain termasuk Histeria (2009), Evolusi KL Drift 2 (2010), Aku Bukan Tomboy (2011) dan Awan Dania The Movie (2012).
Bagi kerjayanya sebagai pengacara, beliau telah mengacarakan rancangan TV termasuk Sehati Berdansa, Muzik-Muzik dan Gempak Superstar. Sebagai jurucakap produk, Scha telah menjadi duta dan jurucakap bagi produk seperti Carefree, Rexona, Yakult, Watsons dan Bio Essence. Beliau telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan bagi kerjaya televisyen dan filem termasuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Festival Filem Malaysia, Anugerah Shout! dan Anugerah Skrin.
Kehidupan awal Beliau dilahirkan pada 30 Mei 1983 di Sungai Petani, Kedah dan merupakan anak kedua daripada empat beradik. Beliau berdarah kacukan Melayu, Cina dan Hadharami. Scha merupakan anak saudara kepada pasangan penyanyi Syed Sobrie dan Datin Sheril Aida. Beliau juga merupakan anak saudara pelakon filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, Usop Wilcha. Scha memiliki Diploma Teknologi Maklumat di Kolej Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL), Shah Alam. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pramugari syarikat penerbangan komersial AirAsia selama setahun (2006-2007). Selepas tamat perkhidmatan selama setahun, beliau melibatkan diri di dalam dunia peragaan, iklan TV dan lakonan.
Kerjaya Beliau memulakan kerjaya hiburan profesional pada 2006 selepas memenangi pertandingan pencarian Dewi Remaja anjuran majalah Remaja terbitan Karangkraf.Selepas memenangi Dewi Remaja, Scha ditawarkan melakonkan watak pembantu menerusi drama Impian Illyana dan watak komedi untuk drama bersiri Bella di TV3, dan seterusnya membintangi drama online Gua.com.my, Luna Fantasiku.
Scha mula meraih perhatian ramai menerusi drama bersiri, Awan Dania yang diterbitkan sebanyak 3 musim, di mana beliau berperanan sebagai Dania, seorang gadis tomboi yang berusaha untuk mencapai impiannya bergelar seorang pramugari. Filem pertamanya berjudul Antoo Fighter yang bergenre komedi memperkenalkan beliau di layar perak sebelum membintangi beberapa filem pecah panggung seperti Evolusi KL Drift 2 (2010), Aku Bukan Tomboy (2011) dan Awan Dania The Movie (2013). Sejak itu, Scha popular dengan watak-watak komedi menerusi beberapa drama seperti Prebet Jamilah, Mimi Mencari Cinta dan Jodoh. Beliau pernah dicalonkan untuk anugerah Artis Komedi Wanita Terbaik dan Artis Komedi Wanita Paling Popular di Anugerah Lawak Warna 2013. Selain itu, beliau juga muncul bersama pelakon Indonesia, Fauzi Baadila dalam muzik video lagu “Mencari Konklusi” oleh kumpulan Hujan.
Pun begitu, beliau pernah mencuba beberapa watak serius, antaranya watak mangsa pelacuran di zaman pendudukan Jepun dalam drama Geisha Melayu Terakhir serta lakonan memberangsangkan sebagai gadis lesbian dalam filem Histeria yang melayakkan Scha dicalonkan untuk kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-22 pada tahun 2009. Tetapi popularitinya lebih diraih menerusi lakonan komedi selain mula menceburi bidang pengacaraan, antaranya bergelar pengacara Muzik Muzik dan Anugerah Juara Lagu selama dua musim. Di luar bidang lakonan, beliau menguruskan butik miliknya, Schapoholic yang diperoleh dari perkataan bahasa Inggeris, “Shopaholic”.
Baca Artikel Menarik : Ada ‘tangan ghaib’ ubah data kematian Covid-19, dakwa Tiong Khairy jadi sasaran Tiong lagi, kali ini isu pembelian vaksin Kekasih pisau cukur saman putera diraja Itali Beliau kembali ke televisyen pada 2016 menerusi peranan Alana Sofea dalam drama bersiri Isteri vs Tunang lakonan bersama Hisyam Hamid, dan setahun kemudian, beliau muncul dengan peranan utama sebagai Syazlin dalam drama bersiri Urusan Hati Cik Drama Queen lakonan bersama Aiman Hakim Ridza Scha telah dilantik oleh gergasi telekomunikasi Malaysia, Maxis sebagai duta telefon pintar NeXT pada 3 November 2017.
Pada 16 April 2018, Scha bersama beberapa selebriti tempatan lain termasuk Hans Isaac, Awal Ashaari, Neelofa, Maya Karin, Joe Flizzow, Nora Danish, dan Kavita Sidhu turut serta untuk kempen menentang buli siber dan penyebaran berita palsu di media sosial.
Pada Hari Raya Aidilfitri 2018, Scha berlakon di samping pelakon muda Lia Natalia menjayakan peranan utama dalam telefilem Baju Raya Eksklusif arahan Shuhaimi Lua Abdullah. Telefilem ini memulakan tayangan perdana di TV3 pada Raya ketiga. Ia mengisahkan tentang dua sepupu, Nurin dan Hazwani yang merancang untuk menjual baju raya eksklusif bagi Aidilfitri akan datang.Scha kembali aktif di layar lebar selepas lima tahun menyepi tanpa sebarang filem terbaharu, beliau tampil bersama Erra Fazira, Sherry Alhadad dan Azhan Rani dalam filem Bikin Filem; Scha memegang watak sebagai Zarina, seorang pelakon yang bercita-cita tinggi yang diperkosa oleh bapanya sendiri.
Dan Scha menjalinkan kerjasama dengan pereka kasut Christy Ng bagi mempromosikan koleksi kasut dan beg tangan terhad untuk sambutan Hari Raya 2019 bagi tempoh tiga bulan.
Kehidupan peribadi Scha dan suaminya, Awal ketika majlis perkahwinan mereka
Pada 4 Mei 2012, Scha berkahwin dengan pelakon dan pengacara Awal Ashaari. Majlis pernikahan mereka diadakan di Hotel Pullman Lakeside, Putrajaya. Ijabkabul dilakukan sendiri oleh bapa Scha iaitu Syed Mahadzir Al-Yahya dengan disaksikan oleh Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Putrajaya, Mohd Salman Idrus. Majlis resepsi perkahwinan mereka diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Siaran langsung majlis perkahwinan menerusi saluran Astro Ria terpaksa dibatalkan kerana masalah teknikal (hujan?). Raqim Ahmad Ramli menjelaskan bahawa masalah itu akan diperbaiki. Sebelum ini, perkahwinan Lisa Surihani dan Yusry KRU berjalan lancar Pasangan ini mendapat cahaya mata perempuan diberi nama Lara Alana, dilahirkan pada 22 Julai 2014.
Pada Mac 2019, Scha dan suami, Awal telah menang satu kes saman menuntut ganti rugi sebanyak RM345,305 juta terhadap syarikat pengedar minyak wangi D’Haja (M) Sdn. Bhd. atas kehilangan hasil jualan produk minyak wangi keluaran mereka.
Pada Januari 2020, Scha telah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam rahim dikenali sebagai endometriosis. Ini menandakan kali kedua Scha menjalani pembedahan endometriosis selepas kali pertama ialah pada 2013, iaitu sebelum beliau melahirkan Lara Alana. Beliau disahkan hamil bayi kedua pada Ogos 2020.
Pada Februari 2021, beliau dikurniakan cahaya mata kedua.

Scha Al-Yahya Kelahiran Sharifah Nor Azean binti Syed Mahadzir Al-Yahya 30 Mei 1983 (umur 38)
Sungai Petani, Kedah, Malaysia Pendidikan Diploma Teknologi Maklumat Pusat pendidikan Kolej PTPL Pekerjaan Pelakon, pengacara, peragawati, jurucakap produk Tahun aktif 2006–kini Pasangan Awal Ashaari (k. 2012) Anak 2 (termasuk Lara Alana Biodata Artis Scha Alyahya. Profail dan Latar Belakang. Baca Artikel Menarik : Abang Viva dapat hadiah superbike Yamaha XJ6 Pemuda Umno lancar kaji selidik berhubung isu pengeluaran KWSP Pening kepala dapat jiran perangai macam ini Hati Mahadi Sedih Dapat Tahu Lamaran Ditolak, Rupanya Kena Prank Dengan Ibu Bapa Heliza [VIDEO] “Jangan Buat Perkara Mengarut!! PU Syed Tegur Trend ‘Unboxing Pengantin’ Di TikTok [VIDEO] Layari Laman Facebook MYKMU
Scha Alyahya rela pilih Norzizi Zulkifli daripada Ellie Suriaty

The post Biodata Artis Scha Alyahya. Profail dan Latar Belakang. appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/01/15/biodata-artis-scha-alyahya-profail-dan-latar-belakang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Yang Bukan Bukan Je Dia Ajar Andi Bernadee Suruh Artis Kpop Bambam Sebut Mak Kau Hijau

Hiburan Yang Bukan Bukan Je Dia Ajar Andi Bernadee Suruh Artis Kpop Bambam Sebut Mak Kau Hijau

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 139 hits
Terkenal dengan perangai gila gila penyanyi buat ramai netizen jeles dengannya baru baru ini kerana dapat berjumpa dengan artis KPOP BamBam Difahamkan Andi telah ke Korea Selatan atas tuntutan kerja yang turut disertai oleh iaitu penggambar...
V Bts Jadi Artis Solo Korea Pertama Debut No 1 Di Carta Jualan Lagu Digital Dengan Christmas Tree

V Bts Jadi Artis Solo Korea Pertama Debut No 1 Di Carta Jualan Lagu Digital Dengan Christmas Tree

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 199 hits
V BTS sekali lagi cipta rekod baharu dengan lagu solonya Pada 4 Januari Billboard secara rasmi mengumumkan bahawa Christmas Tree nyanyian V dikeluarkan sebagai sebahagian daripada runut bunyi untuk drama baharu teman rapatnya Choi Woo shik ...
Saya Artis Bukan Varian Covid 19 Omarion

Saya Artis Bukan Varian Covid 19 Omarion

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 106 hits
Saya artis bukan varian Covid 19 OmarionSource https www mstar com my spotlight bintang global 2022 01 05 saya artis bukan varian covid 19 penyanyi omarion Saya artis bukan varianCovid19 Omarion
Tak Jerat Pelanggan Artis Inisial Ca Polisi Analogikan Dengan E Commerce

Tak Jerat Pelanggan Artis Inisial Ca Polisi Analogikan Dengan E Commerce

papar berkaitan - pada 4/1/2022 - jumlah : 205 hits
Adapun tujuan promosi supaya konsumen mengetahui detail produk dipasarkan Sementara itu di sini konsumen hanya bersifat pasif
Daftar Artis Yang Tajir Melalui Pekerjaan Sampingan

Daftar Artis Yang Tajir Melalui Pekerjaan Sampingan

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 136 hits
Daftar Artis Yang Tajir Melalui Pekerjaan Sampingan Siapa bilang kehidupan sebagai seorang Selebritis akan selalu menjanjikan Jika tidak bijak dalam mengelola uang semua orang juga bisa bangkrut dan bisa mempunyai hutang yang menumpuk Begit...
Kesian Level Artis Kerja Cuci Pinggan Vida Tegur Ashira Rendahkn Artis Sebab Kerja Cuci Pinggan

Kesian Level Artis Kerja Cuci Pinggan Vida Tegur Ashira Rendahkn Artis Sebab Kerja Cuci Pinggan

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 177 hits
MENYIFATKANhanya mencemarkan kerjaya sebagai artis usahawan kosmetik Datuk Seri Vida meminta penyanyi Ashira berhenti daripada mengambil upah mencuci pinggan di kedai makan
Artis Hollywood Yang Masuk Dunia Hiburan Secara Tak Sengaja Ada Justin Bieber Hingga Vin Diesel

Artis Hollywood Yang Masuk Dunia Hiburan Secara Tak Sengaja Ada Justin Bieber Hingga Vin Diesel

papar berkaitan - pada 9/1/2022 - jumlah : 266 hits
Meski tak ada niatan jadi artis kalau memang udah rezekinya pasti bakal ada jalan bahkan dari hal hal tak terduga sekalipun
Pesona Greta Irene Kakak Laura Anna Cantik Banget Disebut Mirip Artis Luar Negeri

Pesona Greta Irene Kakak Laura Anna Cantik Banget Disebut Mirip Artis Luar Negeri

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 150 hits
Kakak Laura Anna Greta Irene belakangan menjadi sorotan Parasnya yang cantik sering kali mendapat pujian Bahkan banyak yang menyebut bahwa wanita berdarah Indonesia Hungaria ini mirip dengan artis luar negeri Elizabeth Olsen Berikut potretn...
Kisah Dishani Chakraborty Dahulu Dibuang Di Jalan Sekarang Jadi Artis Bollywood

Kisah Dishani Chakraborty Dahulu Dibuang Di Jalan Sekarang Jadi Artis Bollywood

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 136 hits
Jakarta dipahami selaku anak dari pemain drama Bollywood ternama Mithun Chakraborty Di balik itu dongeng kelahirannya menyimpan fakta memilukan alasannya yaitu ia sempat dibuang orangtua kandungnya sendiri Sekitar 20 tahun lalu warga Bengal...
Lirik Campak Bintang Faizal Tahir M Nasir

Two In Five Malaysians Might Quit If Required To Work More In Office Randstad

Lumira Di Eka Heights Kehidupan Bermakna Yang Dinantikan

Lumira Eka Heights Seremban Perumahan Gaya Hidup Moden

Plaza Premium Group Expands Flight Club Dining Brand At Kuala Lumpur International Airport Terminal 1

Dap S Dilemma Red Lines And Kuala Kubu Baharu

Ustadz Yang Membodoh Bodohi Jemaahnya Kata Frans Donal Di Bali By Dr H

Catat Nekad Berhaji Tanpa Visa Haji Bisa Dideportasi Dari Arab Saudi



10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria


Alas Meja Baru Beli Di Mr Diy

Kerajaan Tak Perlu Layan Najib Razak

Kek Coklat Lembab Dengan Taburan Cheedar Cheese

Sebuah Tempat Yang Terkenal Dengan Legenda Mitosnya Gunung Santubong Akan Merangkumi Anda Dengan Pengalaman Yang Unik

Sivasangari Dinobatkan Sebagai Atlit Bulan Sukan Dunia

Anak Korea An Dan Kim Bersinar Dengan Hasil Yang Hebat Di Top 5