Bingka Cempedak




Tiada yang penting dalam hidup ini melainkan Allah. Allah janjikan keredhaan, keampunan serta syurga. Surah Al An Am ayat 91, katakan lah Allah, pedulikan lah orang yang lalai dalam kelalaiannya. Iaitu sentiasa ingat Allah. Bila mana orang kafir Yahudi berkata, Muhammad tidak diturunkan kitab sebagaimana kami diturunkan kitab Taurat. 


Allah menyuruh sentiasa mengingati Allah. Jawab mengikut apa yang Allah suruh dan biarkan mereka. Orang lalai akan berkata, apa seronok bila kamu mengikut perintah Allah. Tak nampak kamu seronok sebagaimana kami seronok. Ini kata kata orang yang lalai. Kerana dengan mentaati Allah, hidup rasa tak seronok. Duduk dalam masjid sebaliknya kami nak duduk di konsert yang boleh kami menari sekali. 


Mereka rasa itu kehidupan yang mereka cari yang dipenuhi dengan keseronokan. Akhirnya ia membinasakan, hati mengalami tekanan dan stress yang tak mampu dibendung. Takut kehilangan apa yang mereka ada. Bimbang untuk berjalan seorang diri. Dah hilang nikmat tidur, hilang nikmat makan dan nikmat kesihatan. Itu sejarah manusia. Kalau berhadapan dengan golongan ini, biarkan mereka. 


Ketika kita melihat kesesatan di sekeliling kita. Kita kena bergembira dengan nikmat yang Allah beri pada kita. Petunjuk yang Allah beri pada kita ialah satu nikmat. Orang beriman diajar untuk sentiasa berdoa supaya ditunjukkan jalan yang lurus. Kena bentengkan diri kita dari kemurkaan Allah yang mengelilingi kita. Kena mensyukuri nikmat penciptaan dan nikmat hidayah yang Allah bagi. Allah ilhamkan kebaikan dalam mentaati perintah Allah. Ada orang tak tahu kenapa mereka diciptakan di dunia ini. Apakah mereka ingat mereka dijadikan dengan sia sia dan mereka tidak akan kembali pada kami? 


Pelihara lah kami dari azab api neraka. Di hadapan kita ada redha dan murka, ada syurga dan neraka. Allah jelaskan matlamat mengapa manusia diciptakan. Orang beriman sentiasa ingat nikmat kejadian dan nikmat petunjuk dan hidayah. Perbetulkan ibadah haji mengikut cara yang diajar. Sentiasa lah ingat Allah. Sedang kamu dulu orang yang sesat. Sekarang Allah bagi petunjuk. 


Kadang kita jahil sehingga Allah ilhamkan kita untuk buat baik dan taat pada Allah. Cara hargai hidayah ialah dengan sentiasa mengingati Allah. Ingat akan Allah akan membawa pada syukur kita kerana engkau memberikan petunjuk. Kalau Allah tak bagi petunjuk, kita tak akan dapat petunjuk untuk kita solat, untuk bentengkan kita dari kesesatan. 


Betapa sangat bernilai hidayah Allah. Tengok dengan pandangan besar. Tidak ada orang yang melihat hidayah itu besar sehingga Allah tambah hidayah. Hidayah menjadikan kita mulia dan bernilai di sisi Allah. 


Tiada ada orang yang melihat dunia itu besar sehingga Allah tambah penghinaan padanya. Bila mati, apa yang mereka ada? Menjadi bangkai yang ditinggakan. Itu lah manusia tanpa hidayah. Berani pertahankan kerana ianya sangat bernilai. 


Sakaratul maut untuk menghapus dosa dan kedua untuk mengangkat darjat orang yang beriman. Keraskan sedikit kesakitan sakaratul maut agar dihapuskan satu lagi dosa. Antara munajat Hassan Basri yang merupakan kesyukuran pada Allah. Tuhan ku engkau berikan nikmat tapi kurang nya syukur aku. Engkau jadikan banyak ujian tapi kurangnya sabar aku. 


Kita mulia kerana Islam. Bukan kita yang bagi kemuliaan pada Islam atau masjid. Islam dan masjid yang beri kemuliaan pada kita. Hidayah yang jadikan kita mulia hari ini. Kalau tidak kita seperti kambing yang menunggu masa untuk disembelih. Kalau pun bawa manafaat di dunia adalah kerana dagingnya boleh dimakan. Kalau tidak kerana kurniaan Allah kita tidak ada apa apa. Hidup penuh bermakna jika ikut susunan hukum dan syariat. Kena buat muhasabah supaya hidup kita akan kembali bermakna. 


Kalau nak dapat syurga dan redha Allah, lihat lah orang yang telah dapat petunjuk dan melalui jalan ini. Mereka orang yang sudah dapat petunjuk. Maka ikut mereka ikut kehidupan mereka. 


Untuk kamu melazimi jalan ini ikut jalan orang yang berjaya. Selepas nabi, ikut para sahabat semuanya. Keseronokan hanya di dunia. Sokong bola sepak. Sokong satu team dan musuhi team lain.  Untuk berfaedah dunia akhirat ialah para sahabat. Baca berkenaan kisah para sahabat. Terutama 10 sahabat yang dijamin syurga. Untuk mencontohi mereka. 


Bukan ikut artis itu ini. Apa kita dapat dengan meminati artis. Tapi kita akan mulia jika kita ikut sahabat. Kita akan dibangkit bersama mereka. Kamu akan bersama orang yang kamu sayang. Kita kenal dan kita akan rasa cinta pada mereka yang melalui jalan yang mulia. Ambil kebaikan syafaat mereka di akhirat kelak. 




Saya menyediakan bingka cempedak untuk menghabiskan buah cempedak yang sangat banyak. Cempedak dah terlebih masak, jadi perlu dihabiskan dengan cepat. 
Bingka cempedak sangat sedap kerana bau dan rasa isi cempedak yang sangat kuat. Lebih lebih lagi isi cempedak yang manis. 
Saya buat dua adunan. Satu menggunakan loyang saiz 10”x10” dan 3 biji menggunakan acuan kemboja. Entri sebelum ini boleh klik di SINI.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....

Bingka CempedakOleh: Azie Kitchen
Bahan-bahan ( loyang 10 x 7 in)240 gram tepung gandum150 gram gula pasir (boleh kurangkan,jika cempedak manis) - guna 140 gram½ sudu kecil garam80 gram mntega - cairkan½ sudu kecil pewarna oren/kuning
Kisar halus:300 gram isi cempeda650 ml santan - guna 2 kotak santan kotak + air2 biji telur
Cara-cara:Tepung, gula dan garam dimasukkan ke dalam sebuah mangkuk dan gaul rata.
Kisar halus santan, cempedak dan telur dan tuangkan ke dalam mangkuk tepung tadi dan gaul sebati.
Tuang mentega cair dan pewarna dan digaul lagi hingga sebati dan tepung tak bergentel gentel. Nota: boleh dikisar untuk pastikan adunan tidak bergentel.
Tuang adunan ke dalam loyang yg dilenser (alas baking paper supaya kuih tak melekat pada dasar loyang).
Bakar hingga masak dan garing permukaan bingka selama 45 min hingga 1 jam pada suhu 170C. Saya bakar 140 minit kerana saya membuat 2 adunan menggunakan loyang 10x10x3.
Sejukkan bingka dan bolehlah dipotong dan disajikan.
Nota:Bakar dalam acuan bahulu kemboja. Panaskan minyak dan tuang 3 senduk adunan (3/4 penuh). Setelah sedikit mengeras, taburkan bijan dan pindahkan ke dalam oven yang telah dipanaskna. Bakar sehingga garing yang disukai.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2022/10/bingka-cempedak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba