Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Kos Buat Ikut Bajet Pelan Pembinaan


Kos buat bina Rumah Atas Tanah Sendiri Ikut Bajet plan & Pelan Pembinaan tahun 2023

Rumah merupakan sebuah tempat tinggal yang menjadi keperluan asasi setiap manusia. Hartanah adalah suatu aset yang tidak mempunyai susut nilai.
Individu boleh memilih untuk memiliki rumah di atas tanah sendiri, membeli rumah sub-sale atau membeli rumah lelong. 
Bagi individu yang memiliki tanah sendiri, mereka boleh memilih untuk membina rumah di atas tanah mereka sendiri. Pembinaan rumah di atas tanah sendiri ini banyak memberi kelebihan kepada pemilik hartanah.
Ianya bahkan dapat mengurangkan banyak kos pembinaan dan pengurusan pembinaan.
Langkah Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Proses untuk membina sebuah rumah bukanlah sesuatu yang mudah walaupun pembinaan hartanah tersebut di atas tanah sendiri.
BACA SINI >> Semakan SPRN KPKT: Daftar Borang Permohonan di Portal Teduh BACA SINI >> RPGT 2023: Cukai Keuntungan Harta Tanah CKHT Bajet BACA SINI >> Rumah PRIMA 2023: Projek Perumahan PR1MA BACA SINI >> PPAM 2023: Semakan Permohonan Perumahan Rumah Penjawat Awam Banyak kos dan prosedur yang perlu dipatuhi dan ditanggung.
Proses pembinaan ini mestilah dilakukan mengikut Standard Operating Procedur (SOP) yang betul bagi mengelakkan risiko pembinaan yang tinggi. 
Berikut merupakan proses-proses yang perlu dipatuhi jika ingin membina rumah di atas tanah sendiri yang bermula daripada permohonan pembinaan sehingga berjaya membangunkan sebuah rumah;
1. Bina Rumah Mengikut Bajet 10K 15K 20K 30K 50k Bajet merupakan elemen utama yang perlu dititik beratkan sebelum merancang untuk membina sebuah rumah. Ini penting kerana ianya melibatkan kos yang tinggi.
Bajet ini boleh dibahagikan kepada dua (2) iaitu bajet pembinaan rumah dan bajet perhiasan rumah.
Bajet ini bergantung sepenuhnya kepada saiz rumah yang ingin dibina,kos bahan yang digunakan, kos melantik kontraktor, kos hiasan setelah rumah siap dan banyak lagi.
Oleh itu, setiap individu yang berhasrat untuk membina rumah, mereka perlu memastikan kewangan mereka berada di tahap yang stabil.
2. Semakan Status Tanah Pemilik tanah perlu menyemak status tanah milik mereka terlebih dahulu sebelum membina rumah.
Terdapat tiga (3) jenis tanah yang ada di Malaysia iaitu tanah bangunan, tanah pertanian dan tanah komersial.
Ketiga-tiga tanah ini membawa fungsi yang berbeza. Manakala, terdapat dua (2) jenis geran pemilikan tanah iaitu geran individu dan geran kongsi.
Oleh itu, pembinaan rumah sangat sesuai dibina di atas tanah bangunan dengan memiliki geran individu.
Tuntasnya, setiap individu yang berhasrat untuk membeli tanah wajar untuk mengetahui status tanah yang dibeli.
3. Perlantikan Arkitek Setelah mengetahui status tanah dan mempunyai geran tanah, pemilik tanah boleh mula membuat perlantikan arkitek.
Ini kerana arkitek merupakan individu atau agensi yang bertanggungjawab untuk menguruskan pelan, rekaan dan hiasan rumah mengikut citarasa serta keinginan tuan rumah.
Setiap pelan yang dihasilkan mestilah mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). 
4. Pemilihan Kontraktor Pemilihan kontraktor yang betul boleh menjamin kualiti pembinaan rumah yang baik.
Kontraktor yang dipilih mestilah berdaftar melalui CIDB serta pakar dalam profession mereka.
Penilaian kontraktor mestilah dilakukan sebelum membuat pemilihan kontraktor ini.
5. Surat Perjanjian Pemilik Rumah dan Kontraktor Perjanjian pembinaan rumah di atas tanah sendiri mestilah dilakukan dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
Ianya penting untuk memastikan kerja pembinaan yang dijalankan adalah mengikut spesifikasi pemilik rumah dan kerja-kerja pembinaan dilakukan dengan baik.
Ianya juga bertujuan untuk mengelakkan daripada ditipu oleh pihak kontraktor. 
6. Modal Bajet Bina Rumah Modal pembinaan rumah ini boleh dipohon melalui pinjaman institusi perbankkan atau pihak LPPSA.
Modal ini boleh dipohon setelah pelan pembinaan rumah diluluskan oleh PBT dan terdapatnya Perjanjian Pembinaan Rumah antara pemilik rumah dan pihak kontraktor.
Modal pembinaan diperlukan untuk menampung pembiayaan pembinaan rumah sehingga pembinaan rumah siap.
Modal ini bergantung kepada beberapa faktor yang pembinaan rumah seperti keluasan tanah pembinaan, saiz rumah, jenis bahan yang digunakan dan banyak lagi.
Faktor ini secara tidak langsung akan mempengaruhi kos pembinaan rumah. 
7. Penilaian Pinjaman Penilaian ini dilakukan berdasarkan dokumen hartanah pemilik rumah.
Ianya mestilah munasabah setelah meneliti beberapa faktor.
8. Pembinaan Dijalankan Pembinaan ini akan memakan tempoh masa yang panjang.
Oleh itu, pemantauan dari semasa ke semasa mestilah dilakukan.
Pembayaran kepada pihak kontraktor dan individu yang terlibat mestilah dijelaskan bagi mengelakkan daripada projek hartanah ini tergendala.
9. Pembinaan Rumah Siap Setelah pembinaan rumah siap berserta hiasan luaran dan dalaman rumah, pihak PBT akan mengeluarkan satu sijil yang dikenali sebagai Certificate of Completion and Compliance.
Ia menunjukkan projek pembinaan rumah ini telah berjaya dijalankan sehingga terbina sebuah rumah di kawasan tersebut. 
Cara Cagar Tanah Untuk Bina Rumah Pemilik tanah boleh memilih untuk mencagar tanah bagi tujuan mendapatkan pembiayaan untuk membina rumah.
Cagaran tanah ini boleh dilakukan dengan mana-mana institusi perbankkan.
Permohonan cagaran tanah ini boleh dilakukan jika pemilik tanah memenuhi syarat cagaran tanah. 
Tanah yang dicagar ini akan dinilai oleh penilai Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta dengan nilai tanah cagaran mestilah melebihi jumlah pinjaman bank. Tempoh cagaran juga mestilah tidak melebihi tempoh 40 tahun. Ianya mestilah kebenaran Pihak Berkuasa Negeri sebelum dapat mencagar tanah di institusi bank.  Permohonan cagaran ini boleh dikemukakan di mana-mana institusi bank dengan memenuhi syarat cagaran tanah yang telah ditetapkan oleh pihak bank. Pemilik tanah yang layak perlu hadir ke mana-mana cawangan bank untuk membuat permohonan. Geran tanah dan dokumen-dokumen yang berkaitan mestilah dibawa bersama. Pinjaman akan diluluskan jika bank menerima tanah tersebut sebagai cagaran.
Permohonan Pindah Milik Dengan Pejabat Tanah Guna Borang 14A Permohonan berkaitan pemilikan dan pemindahan hak milik boleh dipohon menerusi Pejabat Tanah.
Permohonan ini adalah bertujuan untuk memastikan pembinaan rumah dilakukan oleh tuan tanah dan pemilik rumah.
Geran tanah mestilah di bawah nama pemilik rumah. Ianya akan memudahkan urusan pembinaan rumah di atas tanah sendiri.
Bagi individu yang mempunyai geran tanah di atas penama lain, pemindahan hak milik perlu dilakukan terlebih dahulu di Pejabat Tanah.
Permohonan ini boleh dilakukan dengan hadir ke Pejabat Tanah Negeri dan perpindahan hak milik serta pecah bahagian tanah boleh dijalankan.
Individu yang terlibat perlu hadir bagi tujuan proses ini bagi memudahkan urusan pembinaan rumah.
Proses ini perlu dilakukan dengan persetujuan individu-individu yang terlibat.
Beberapa jenis borang seperti Borang 14A atau 9B perlu diisi bagi tujuan tersebut. Bayaran akan dikenakan bagi transaksi ini.
Setelah selesai permohonan bersama pejabat tanah, pemilik tanah boleh memulakan langkah mereka untuk membina rumah.
Kos Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Banyak faktor yang bakal mempengaruhi kos pembinaan rumah, antaranya termasuklah keluasan tanah, jenis rumah, penggunaan bahan binaan dan banyak lagi.
Kos pembinaan ini boleh mula dirangka setelah pemilik rumah mengetahui reka bentuk rumah yang diinginkan. 
Kaedah pengiraan kos pembinaan rumah di atas tanah sendiri adalah seperti berikut;
[Luas Kawasan Berdinding (LRB) x Harga kontraktor (RM/kaki persegi) ] + [Luas Anjung Berbumbung (LAB) x 1/2 Harga Kontraktor (RM/kaki persegi)]
1. Kos Buat Rumah Atas Sendiri Untuk 1 Bilik Anggaran kos bagi pembinaan rumah 1 bilik adalah seperti berikut;
Luas lantai kawasan berdinding = 1000 kaki persegi Anggaran kadar harga kontraktor per kaki persegi = RM110 Jumlah harga = 1000 x RM110 = RM110,000 Luas lantai beranda dan anjung berbumbung = 300 kaki persegi Anggaran kadar harga kontraktor per kaki persegi = RM70 Jumlah harga =  300 x RM70 = RM21,000 Oleh itu, jumlah anggaran bagi kos pembinaan bagi rumah berkeluasan 1300 kaki persegi adalah RM131,000.
2. Kos Buat Rumah Atas Tanah Sendiri Untuk 3 Bilik 2 Bilik Air Anggaran kos bagi pembinaan rumah 3 bilik dengan 2 bilik air adalah seperti berikut;
Luas lantai kawasan berdinding = 2200 kaki persegi Anggaran kadar harga kontraktor per kaki persegi = RM110 Jumlah harga = 2200 x RM110 = RM242,000 Luas lantai beranda dan anjung berbumbung = 300 kaki persegi Anggaran kadar harga kontraktor per kaki persegi = RM70 Jumlah harga = 300 x RM70 = RM21,000 Oleh itu, jumlah anggaran bagi kos pembinaan bagi rumah berkeluasan 2500 kaki persegi adalah RM263,000.
Kos Pembinaan Rumah Atas Tanah Sendiri 4 Bilik 2 Bilik Air Anggaran kos bagi pembinaan rumah 4 bilik dengan 2 bilik air adalah seperti berikut;
Luas lantai kawasan berdinding = 2500 kaki persegi Anggaran kadar harga kontraktor per kaki persegi = RM110 Jumlah harga = 2500 x RM110 = RM275,000 Luas lantai beranda dan anjung berbumbung = 1000 kaki persegi Anggaran kadar harga kontraktor per kaki persegi = RM70 Jumlah harga = 1000 x RM70 = RM70,000 Oleh itu, jumlah anggaran bagi kos pembinaan bagi rumah berkeluasan 3500 kaki persegi adalah RM345,000.
Contoh Pelan Lantai Percuma Berikut merupakan contoh pelan lantai rumah bagi rumah 3 bilik, 4 bilik dan 5 bilik;
1. Contoh Pelan Rumah 3 Bilik 2. Contoh Plan Rumah 4 Bilik Contoh Pelan Rumah 5 Bilik Cara Surat Permohonan Tanah Felda Tanah FELDA merupakan tanah pertanian yang merupakan tanah milik kerajaan persekutuan.
Individu yang berhasrat untuk membina rumah di atas tanah FELDA, mereka perlu membuat permohonan pembinaan rumah di atas tanah FELDA kepada pihak FELDA.
Rajah di bawah merupakan contoh Borang Permohonan Rumah Tanah FELDA. Pendaftaran juga perlu dilakukan di laman sesawang http://perumahan1felda.my  Syarat kelayakan untuk membina rumah di atas tanah FELDA mestilah dipenuhi oleh pemilik tanah sebelum pembinaan rumah boleh dijalankan.
Tambahan pula, permohonan ini mestilah mendapat kelulusan daripada pihak FELDA dan kerajaan persekutuan.
Sumber Asal Yang Rasmi : Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Kos Buat Ikut Bajet & Pelan Pembinaan
Portal Rasmi Mypt3 : Mypt3


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mypt3.com/bina-rumah-atas-tanah-sendiri

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bina Rumah Sendiri Bawah 100k Pun Ada Dkh Mega Ventures Construction

Bina Rumah Sendiri Bawah 100k Pun Ada Dkh Mega Ventures Construction

papar berkaitan - pada 3/5/2023 - jumlah : 219 hits
Adakah anda memiliki tanah sendiri dan berhasrat untuk bina rumah bermodalkan bawah RM 100 ribu KAMI SEDIA MEMBANTU Macamana cara nak bina rumah dengan DKH Mega Ventures Pembayarannya pula bagaimana ya Harga boleh ikut kehendak pelanggan ka...
Umno K Tan Debek Benar Annuar Kalau Anak Sendiri Tak Ikut Masuk Pas

Umno K Tan Debek Benar Annuar Kalau Anak Sendiri Tak Ikut Masuk Pas

papar berkaitan - pada 21/5/2023 - jumlah : 188 hits
MalaysiakiniBekas setiausaha agung Umno Annuar Musa disindir susulan langkah politik terbarunya memohon untuk menyertai PAS Ketua Penerangan Umno Kelantan Zawawi Othman berkata Annuar perlu mengajak anaknya yang juga Ketua Pemuda Umno Keter...
Mahu Rampas Tanah Rumah Ahli Perniagaan Malaysia Ditembak Mafia Pakistan

Mahu Rampas Tanah Rumah Ahli Perniagaan Malaysia Ditembak Mafia Pakistan

papar berkaitan - pada 5/5/2023 - jumlah : 144 hits
Muhaamad Hafis Nawawimhafis hmetro com myKesan tembakan peluru di rumah Ahli perniagaan Malaysia berasal dari Pakistan yang diserang sekumpulan mafia di daerah Hisari Nehri Pakistan Kuala Lumpur Ahli perniagaan Malaysia bimbang dengan kesel...
Selalu Masak Sendiri Dan Getol Gratisan Perempuan Jepang Bisa Beli 3 Rumah Di Usia 30 An

Selalu Masak Sendiri Dan Getol Gratisan Perempuan Jepang Bisa Beli 3 Rumah Di Usia 30 An

papar berkaitan - pada 21/5/2023 - jumlah : 147 hits
Kini Saki Tamogami tinggal leyeh leyeh aja terima uang dari rumah yang disewakannya sambil menikmati pensiun dini di usianya yang 34 tahun Enak banget hidup
Opr Naik Krisis Kos Sara Hidup Bagi Pemilik Rumah Jadi Lebih Buruk

Opr Naik Krisis Kos Sara Hidup Bagi Pemilik Rumah Jadi Lebih Buruk

papar berkaitan - pada 4/5/2023 - jumlah : 294 hits
04 May 2023 8 51amKenaikan OPR akan menyebabkan orang ramai berasa terdesak untuk mengeluarkan lebih banyak wang bagi membayar pinjaman hartanah kata pemain industri hartanah Kenaikan OPR juga akan menjejaskan kebolehjualan rumah menyebabka...
Menghasut Orang Bab Kwsp Tapi Bab Pekerja Dia Sendiri Pun Tak Tahu Jaga

Menghasut Orang Bab Kwsp Tapi Bab Pekerja Dia Sendiri Pun Tak Tahu Jaga

papar berkaitan - pada 3/5/2023 - jumlah : 313 hits
Haah kan Kemain dia hasut rakyat suruh tuntut pengeluaran KWSP Rupanya pekerja PAS guru guru di PASTI tak dibayar KWSP pun selama ni Memang pemeras betul la Habis cikgu PASTI kena buli dek PAS Tapi bab menghasut rakyat macam dia baik sangat...
Hanya Rm6 1 Juta Kos Rumah Terbuka 3 Negeri Jimat Separuh Dari Seri Perdana 2022

Hanya Rm6 1 Juta Kos Rumah Terbuka 3 Negeri Jimat Separuh Dari Seri Perdana 2022

papar berkaitan - pada 23/5/2023 - jumlah : 207 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Kerajaan membelanjakan RM6 1 juta bagi penganjuran Rumah Terbuka Hari Raya di tiga negeri dianjurkan Jabatan Perdana Menteri Dewan Rakyat diberitahu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Armizan Ali berkata rumah ter...
Ikut Pecah Tanah Peluang Kerja Mau 10 Juta Di Kelantan Tapi Lebai Kuat Pembohong

Ikut Pecah Tanah Peluang Kerja Mau 10 Juta Di Kelantan Tapi Lebai Kuat Pembohong

papar berkaitan - pada 21/5/2023 - jumlah : 213 hits
RMS Jika dikira semua projek pecah tanah termasuk hospital patuh syariah kilang simen bandar perabut gua musang projek stadium projek lapangan terbang Machang lebuhraya rakyat Terminal BAS Tunjung jambatan paklebang peluang pekerjaan untuk ...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation