Bina Kerjaya Dalam Bidang Jualan Untuk Jana Pendapatan Tanpa Had


Kalau anda masih belum mempunyai sebarang pekerjaan, apa kata anda bina kerjaya dalam bidang jualan bermula hari ini juga.
 
Saya akan huraikan apa sebabnya.
 
Pada mulanya, saya ingin meletakkan tajuk “bina kerjaya dalam bidang perniagaan” untuk artikel ini. Kemudian, bila saya fikir-fikirkan semula, saya rasa macam tak berapa sesuai. Bila sebut bidang perniagaan, ianya seperti agak “berat”. Jadi saya pun buat keputusan untuk guna sahaja istilah bidang jualan.
 
Buku pertama yang saya beli yang membincangkan tentang topik jualan adalah buku karangan Brian Tracy. Tajuknya ialah The Psychology of Selling atau dalam edisi terjemahannya berjudul Psikologi Menjual.

Masa tu, saya baru je lulus exam untuk jadi ejen takaful.
 
Itu pengalaman pertama saya dalam bidang jualan. Baru saya tahu, rupa-rupanya bidang jualan ni bukannya mudah. Jika kita tak ada ilmu dalam bidang jualan, memang sukar nak dapatkan jualan walaupun hanya satu polisi sahaja.


Saya sedar yang menjual ini sebenarnya adalah merupakan suatu kemahiran yang kita boleh pelajari dan boleh jadi mahir.
 
Kemahiran menjual itu sendiri, adalah suatu kemahiran yang penting, yang dapat membantu kita semua menghasilkan pendapatan.
 
“Tapi saya tak pandai menjual! Kalau bekerja dengan orang tu saya pandailah…”
Sebenarnya anda bukannya langsung tak pandai.
 
Mungkin saya boleh katakan, yang anda tidak diberikan pendedahan berkenaan dengan kepelbagaian cara dan teknik yang boleh digunakan untuk buat jualan.
 
Sewaktu awal-awal dulu, saya cukup risau dan takut kalau perlu terlibat dengan aktiviti menjual. Saya akui yang saya dulu memang tak suka menjual.
 
Tahu tak kenapa saya kata saya tak suka menjual?
Sebenarnya, bila saya fikir-fikirkan semula, kenapa saya tak suka menjual, puncanya adalah kerana saya tidak mempunyai pengetahuan yang baik berkenaan bidang jualan.
 
Pertama, saya bukanlah lahir dalam keluarga orang bisnes. Kebanyakkan ahli keluarga saya adalah seorang pekerja yang bekerja dengan majikan.
 
Oleh kerana saya bukannya berasal dari keluarga yang terlibat secara aktif dalam bidang jualan, maka bidang ini sebenarnya agak asing bagi diri saya. Agak mustahil untuk saya bertanya kepada ahli keluarga saya selok-belok bidang jualan dan meminta nasihat berkaitan dengan bidang jualan.
 
Kalau betul-betul minat nak belajar cara menjual dengan betul, saya perlu cari sendiri ilmu tersebut.
 
Apabila saya mula menceburkan diri dalam bidang jualan, saya dapati ada banyak perkara baru yang saya pelajari.
 
Kemudian saya terfikir, adakah sebenarnya sebab utama kenapa orang kita tak minat dalam bidang jualan, sebabnya mereka tak mempunyai pendedahan dan maklumat yang betul, tentang kaedah dan cara untuk membuat jualan.
 
Boleh jadi, selama ini mereka asyik terjumpa role model yang salah, yang tak kena dengan jiwa mereka, menjadikan mereka merasakan yang bidang jualan ini tak sesuai untuk mereka.
 
Walhal, jika kita perhatikan dengan teliti, kaedah atau strategi menjual ini sebenarnya ada banyak.
Kalau teknik A tak sesuai dengan kita, kita tinggalkan teknik tersebut dan cari teknik lain.
 
Saya sebenarnya nak bercerita mengenai kerjaya dalam bidang jualan, yang pada pemerhatian saya, agak jarang dipromosikan kepada generasi muda.
 
Dalam posting ni, saya ingin kongsikan mengenai 12 perkara yang mungkin anda jarang dengar dibincangkan berkaitan dengan bidang jualan.
 
(1) Seni mendengar secara aktif Apabila kita terlibat dalam bidang jualan, kita perlu melatih deria kita supaya menjadi lebih aktif.
 
Kita boleh mendengar, maka mendengarlah secara aktif.
Kita mampu melihat, maka melihatlah dengan pandangan yang teliti.
 
Apa yang kita perlu dengar, dan apa yang kita perlu lihat?

Sebenarnya, apabila kita banyak luangkan masa kita dengan bercampur dengan golongan pelanggan yang kita sasarkan, kita sebenarnya akan dapat lihat apa sebenarnya yang mereka perlukan, yang mungkin kita mampu tawarkan.
 
Dari masa ke masa, mereka ini akan cuba sampaikan sesuatu.
Cuma terpulang pada kita, sama ada nak mendengar ataupun tidak.
 
Kadang-kadang tu, kita memang boleh mendengar, tapi tak faham ataupun faham benda lain.
 
Ada masanya jualan sukar untuk kita lakukan.
 
Kita cuba untuk menyelesaikan masalah yang tak wujud.
 
Ataupun kita menawarkan penyelesaian kepada orang yang tak menghadapi sebarang masalah yang kita mampu selesaikan.
 
Semua ini bertitik tolak daripada kegagalan kita untuk mendengar dan cuba memahami apakah sebenarnya kehendak golongan yang kita sasarkan.
 
(2) Membina hubungan jangka masa panjang Dalam bidang jualan, kita tak sepatutnya terlalu fokus untuk mendapatkan tempahan produk pada hari ini juga. Memanglah, kalau boleh kita nak setiap orang yang kita jumpa, yang kita bercerita mengenai produk yang kita promosikan, akan terus buat pembelian.
 
Hakikatnya, manusia ini perlu masa untuk buat keputusan, terutama sekali yang berkaitan dengan komitmen kewangan.
 
Mungkin disebabkan terlalu banyak pengalaman masa lalu yang kurang baik, membuatkan dia jadi lebih berhati-hati sebelum terus membuat sebarang pembelian.
 
Tak nak beli hari ini?
Tak apa.
 
Kita berikan layanan dan khidmat sokongan yang terbaik.
Boleh jadi, esok lusa dia akan datang semula kepada kita untuk buat pembelian setelah dia benar-benar yakin dengan keputusan tersebut.
 
Begitu juga halnya dengan landskap perniagaan yang dijalankan diinternet.
Kali pertama bakal pelanggan melihat tawaran kita di platform e-commerce, dia mungkin tak akan terus buat pembelian.
 
Itu normal.
Namun apa yang kita boleh lakukan adalah untuk terus yakinkan mereka, bahawa tawaran kita ini adalah tawaran yang terbaik dan memberi nilai tambah kepada kehidupan pelanggan.
 
Kadang-kadang saya akan mengajak pembaca blog ini, untuk sertai program-program buat duit online yang saya sendiri pernah join sebelum ini.

Saya join, saya usahakan dan Alhamdulillah, saya juga berjaya hasilkan pendapatan.
Saya rasa perkara ini baik untuk disebarkan lalu saya ajak lebih ramai orang untuk turut serta.
 
Tapi dalam ramai-ramai yang saya ajak, cuma beberapa kerat sahaja yang akan mengambil tindakan.
 
Boleh jadi sebab mereka tak faham atau tak nampak, bagaimana program-program yang saya syorkan boleh memberi manfaat kepada mereka. Apa yang mereka nampak, hanya halangan dan alasan, kenapa semua ini tak akan berjaya.
 
Tapi dari masa ke masa, saya akan cuba terangkan dan buktikan, bahawa apa yang saya syorkan bukan sekadar omong kosong.
Ia memang berpotensi untuk membantu anda untuk jana pendapatan tambahan.
 
Kalau isunya adalah, tak tahu macam mana nak buat…
Itu semua boleh diajar dan dipelajari.
 
Kalau isunya adalah anda tak ada platform untuk siarkan konten anda, itu juga boleh diatur.
Saya tak ada masalah untuk sediakan platform dan bantu siarkan konten yang anda hasilkan.
 
Selagi mana konten tersebut, masih lagi selari dengan jenis konten yang biasa saya siarkan, In Shaa Allah saya akan beri ruang.
 
Tapi kalau isu sebenarnya adalah semata-mata anda tak ada hati, atau tak ada keinginan untuk bertindak, itu memang tak ada siapa yang boleh bantu.
 
Sebab diluar sana memang ada orang yang macam ni.
Dia tak nak sebab… dia memang tak nak.
 
(3) Rahsia disebalik penolakkan pelanggan Penolakkan atau rejection adalah sebahagian daripada jualan.
 
Kadang-kadang kita tak akan dengar secara jelas, bahawa bakal pelanggan menolak tawaran kita. Tapi kita boleh faham melalui tindakan dan reaksi terhadap tawaran yang kita berikan.
 
Penolakkan ini tak seharusnya dianggap sebagai sesuatu yang bersifat peribadi.
Terdapat banyak lagi sebab lain, kenapa bakal pelanggan menolak tawaran kita.
 
Adakalanya sebab-sebab penolakkan tersebut langsung tak ada kaitan dengan kita.
 
Sebagai contoh, mungkin bakal pelanggan tersebut memang tak ada duit nak beli.
Selepas ini, apabila anda buat tawaran kepada bakal pelanggan, dan mereka kata tak nak, atau tak berminat, kita move on sahaja dan pergi ke bakal pelanggan yang seterusnya.
 
(4) Teknik penceritaan untuk membuat jualan Teknik penceritaan atau storytelling, merupakan satu teknik yang sangat powerful untuk membantu kita menghasilkan jualan.
 
Terutama sekarang ini, kita berada dalam era dimana proses menghasilkan konten (kandungan) menjadi lebih mudah untuk dilakukan. Teknik asasnya adalah bercerita.
 
Kalau anda ada kemahiran untuk bercerita, atau suka bercerita maka anda boleh juga boleh gunakan kaedah ini untuk membantu anda membuat jualan.
 
Persoalan sama ada anda ingin gunakan platform apa, sama ada
1. Blog
2. Media sosial
3. Youtube
4. Tiktok
dan sebagainya… itu semua jatuh nombor dua.
 
Sesetengah orang, dia memang seronok bercerita dan berkongsi cerita.
Orang lain yang mendengar pula seronok dan asyik mengikuti cerita yang dia sampaikan.
 
Cuba bayangkan, orang seperti ini menggunakan skil dan bakat yang memang sudah sedia ada pada dirinya untuk membuat jualan.
 
(5) Style unik anda dalam membuat jualan Saya percaya, setiap orang mempunyai cara dan style unik tersendiri dalam membuat usaha jualan.
 
Ada orang suka buat jualan melalui panggilan telefon secara random.
Ada orang tak suka cara tersebut.
 
Ada orang lebih suka membuat jualan melalui pentas dan bercakap dengan penonton yang ramai.
Lagi ramai penonton, lagi bersemangat dia membuat persembahan jualan.
Jika cara ini tak sesuai untuk anda, tinggalkan dan carilah cara lain.
 
Ada orang lebih selesa membuat jualan melalui kaedah penghasilkan konten.
Tak kiralah sama ada kandungan dalam bentuk artikel mahupun video.
 
Apabila kita buat jualan melalui pendekatan menghasilkan konten, kadang-kadang kita tak fikir sangat pun tentang nak buat jualan.
Sebaliknya, kita lebih fikir bagaimana cara untuk buat konten yang lebih baik untuk golongan yang kita sasarkan.
Tau-tau, dapat notification yang kita berjaya buat jualan.
 
Saya kira, saya adalah individu yang lebih selesa untuk buat jualan dengan menghasilkan konten.
Konten yang saya selesa dan lebih suka untuk hasilkan, adalah konten dalam bentuk artikel.
 
Saya percaya, dekat luar sana sebenarnya ada ramai lagi individu yang seperti saya.
Pada mulanya saya merasakan bidang jualan ini terlalu sukar dan tak sesuai untuk saya.

Kemudian apabila saya dah mula faham, bagaimana strategi content marketing ini berfungsi, barulah nampak betapa bidang jualan ini rupanya tidak seperti yang saya fikirkan selama ini.
 
Saya seronok menghasilkan kandungan.
Lebih seronok lagi, bila kandungan yang saya hasilkan ada yang berjaya hasilkan jualan secara automatik.
 
Sama ada anda perasan ataupun tidak, melalui posting ini juga, saya sebenarnya ada membuat percubaan untuk menjual sesuatu kepada anda. Ya, andalah.
Yang sedang membaca posting ini.
 
(6) Etika dalam bidang jualan Saya tahu dan faham, memang wujud diluar sana individu yang tak menitikberatkan soal etika dalam kerjaya jualan.
 
Mereka tanpa segan silu melakukan perkara-perkara seperti
1. Mencuri konten orang lain untuk jual produk sendiri
2. Menipu dalam menggunakan testimoni
3. Menulis keterangan produk yang tak tepat
4. Menggunakan gambar produk yang sebenarnya bukan menggambarkan keadaan sebenar.
5. Melarikan diri selepas mengambil duit pelanggan
 
Ini merupakan dilema yang melanda setiap orang yang berada dalam bidang jualan.
 
Kesemua perkara ini, bila kita lakukan, ia mungkin boleh bantu kita hasilkan jualan.
Tapi apa kos yang terpaksa kita bayar?
 
Untuk jangka masa panjang, orang akan mula kenal kita sebagai individu yang tak boleh dipercayai dan perlu dijauhi. Pada masa itu, jual apa pun, susah nak laku.
 
(7) Manfaatkan Teknologi dalam proses jualan Perkembangan dari segi teknologi sebenarnya turut memberi manfaat kepada pemain dalam bidang jualan. Cara kita membuat jualan pada hari ini, mungkin terdapat perbezaan berbanding cara yang digunakan oleh mereka yang lebih senior berbanding kita.
 
Teknologi boleh dapat membantu kita menjadikan proses yang sebelum ini hanya boleh dilakukan secara manual menjadi automatik.
 
Kemudian dewasa ini kita mula diperkenalkan dengan teknologi Artificial Intelligence, seperti
1. ChatGPT
2. Google Bard
 
Tapi, apakah impak atau kesan daripada kewujudan teknologi ini?
 
Pada sudut yang positif, teknologi AI ini dapat membantu para usahawan untuk menjimatkan masa dalam membuat usaha jualan dan mencari maklumat.
 
Tapi, apalah gunanya teknologi kalau tak digunakan?
Ataupun, ada teknologi tapi tak tahu macam mana nak gunakan?
Ini pun satu masalah juga.
 
Akhirnya, teknologi ini semua hanyalah suatu alat yang jika digunakan dengan betul, akan dapat membantu memudahkan kerja dan rutin harian kita.
 
(8) Seni memujuk tanpa melibatkan paksaan Membuat jualan bukanlah dengan memaksa orang lain untuk membeli sesuatu yang mereka tidak perlukan.
 
Anda mungkin pernah berhadapan dengan situasi seumpama ini. Ada jurujual yang agak agresif dalam pendekatan jualan yang dia lakukan. Dia memujuk dan lama-kelamaan ia mula kelihatan seperti memaksa pelanggan untuk membeli produk yang dijual.
 
Kita pun kadang-kadang tertanya-tanya juga.
Dia ni tak faham bahasa ke? Aku dah kata tak apalah… itu maknanya aku tak minatlah.
 
Sebenarnya dalam bidang jualan ini, kita tak perlu guna pendekatan memaksa. Sebaliknya, kita boleh guna pendekatan memujuk.
 
Kaedah memujuk ini adalah pendekatan yang lebih lembut bagi meyakinkan bakal pelanggan bahawa produk atau perkhidmatan yang kita tawarkan ini benar-benar memberi manfaat kepada mereka.
 
Kita cuba fahami, apakah keperluan, kemahuan dan kebimbangan mereka, dan tunjukkan bagaimana tawaran kita berupaya untuk memberi jalan penyelesaian bagi masalah yang mereka sedang hadapi.
 
Kaedah yang seperti ini lebih mesra dan lebih mudah untuk memupuk hubungan baik untuk jangka masa panjang.
Mungkin pada hari ini, dia tak beli apa-apa dari kita.
 
Tapi setidak-tidaknya, dia tak bencikan kita, dan dimasa akan datang kalau kita ada produk yang boleh memenuhi keperluan mereka, at least mereka selesa dengan kita.
 
(9) Aktiviti jualan dalam kehidupan seharian Sama ada sedar ataupun tidak, setiap hari kita sebenarnya terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan aktiviti jualan.
 
Dari kita mula bangun tidur, sampailah kita lelapkan mata semula. Ianya berlaku dan terus berlaku sama ada kita sedar ataupun tidak.
 
Saya nak bagi contoh situasi.
 
Pada satu hari, rakan anda tegur anda tentang jam tangan yang anda pakai.
“Lawa jam tu, beli kat mana tu?”
“Aku beli kat City Chain.”
“Cantikla!”
“Of course la, sebab tu aku beli. Ko kalau nak beli jam, aku suggest ko beli kat situ jugak. Tempat lain aku tak berapa rekemen sangat, sebab tak tentu lagi ori ke tak jam yang ko nak beli tu nanti…”
 
Atas ni adalah contoh perbualan yang biasa berlaku. Kadang-kadang topiknya adalah jam tangan, barangan elektrik, hotel, tempat perlancongan, restoran dan macam-macam lagi.
 
The best part is, ada antara kita yang beriya-iya bercerita tentang sesuatu produk, seolah-olah macam kita dibayar untuk jadi promoter produk tersebut. Kalau kita memang dibayar, ataupun kita akan diberikan serba sedikit komisen untuk bercerita tentang sesuatu produk, itu lainlah. Tapi yang saya pelik tu, sesetengah orang ni bercerita secara percuma sahaja.
 
Bukannya tak boleh. Mestilah boleh, cuma kalau kita lihat dari perspektif untung dan rugi, apa yang dilakukan itu adalah sesuatu yang merugikan. Kan lebih baik kalau kita bercerita tentang sesuatu produk, atau perkhidmatan, dan pada masa yang sama jika orang yang dengar cerita kita tu kemudian beli produk tersebut, lalu kita di bayar komisen.
 
Ini tak. Kita yang penat-penat bercerita, kemudian sedap je syarikat tu dapat sales. Sikit pun tak nak kongsi dengan kita yang dah banyak berjasa ni. Tak adil, kan?
 
Hari ini anda mungkin masih belum nampak. Tapi saya percaya, satu hari nanti anda akan nampak betapa sebenarnya apa yang keluar dari mulut anda itu sebenarnya sangatlah berharga.
 
Ada orang yang bukan setakat percaya pada kata-kata anda, malahan orang sanggup bayar untuk apa-apa yang anda cadangkan. Tapi sayang, jika anda tak berada dalam bidang jualan, anda tak dapat manfaat secara langsung melalui perkara tersebut.
 
Tiada keuntungan yang dikongsikan kepada anda.
Tiada bayaran komisen yang masuk ke akaun bank anda.
Semuanya anda buat secara sukarela.
 
Jika anda inginkan komisen atas hasil usaha anda bercerita tentang sesuatu produk, maka sertailah dan libatkanlah diri dalam bidang jualan.
 
Apabila kita cuba meyakinkan orang lain, bahawa pandangan kita adalah yang paling tepat, itu sebenarnya adalah salah satu usaha kita untuk menjual idea kita.
 
Apabila kita bekerja, kita sebenarnya menjual kemahiran, kepakaran, keilmuan dan sebagainya kepada majikan kita. Selagi mana kita masih lagi perform dalam bidang kerja kita, selagi itu syarikat kita bekerja akan terus membayar (atau membeli) perkhidmatan kita.
 
Sudah tentu, kebanyakkan kita tidak melihat ini semua sebagai suatu usaha jualan atau cuba mengaitkannya dengan bidang jualan.
 
Bagi mereka, ini semua adalah sebahagian daripada perkara rutin harian mereka.
Itu sahaja.
 
Tapi sebenarnya bila bercakap pasal membuat jualan, ia tak terhad kepada menjual produk atau perkhidmatan.
Ia mempunyai ruang lingkup yang lebih luas sebenarnya.
 
(10) Jadikan pembelajaran suatu proses berterusan Cepat berpuas hati adalah musuh untuk meraih kejayaan dalam bidang jualan.
Terlalu cepat berputus asa juga adalah pantang dalam bidang jualan.
 
Seorang jurujual yang profesional, perlu sematkan dalam diri, bahawa ada banyak ilmu dan skil baru yang berguna diluar sana. Dia terbuka untuk belajar.
 
Mereka bersedia untuk berhadapan dengan landskap pasaran yang sentiasa berubah.
Teknologi baru akan terus diperkenalkan.
Golongan yang selama ini menyokong perniagaan kita, kini makin meningkat usia dan berubah dari segi citarasa.
 
Untuk kekal berada dihadapan, sekaligus untuk sentiasa memastikan pendapatan kita sama ada dalam bentuk keuntungan jualan atau pun komisen tetap stabil, kita juga perlu bersedia untuk berubah bagi memenuhi keperluan dan kehendak pasaran yang dinamik.
 
Jangan penat bila melibatkan ilmu.
 
(11) Apa yang saya boleh jual hari ini? Setiap hari kita tanyakan soalan ini pada diri.
“Apa yang aku boleh jual hari ini untuk tambahkan pendapatan?”
 
Kalau sebelum ini, kita mungkin lebih cenderung untuk bertanyakan soalan seperti
“Apa kerja part time yang aku boleh buat untuk tambahkan income?”
 
Kita ubah sedikit paradigma.
Melalui bidang jualan, kita juga boleh hasilkan income yang lumayan.
 
Tiada had, berapa banyak pendapatan yang kita boleh hasilkan melalui bidang jualan.
Ini sudah tentu berbeza dengan kerja makan gaji, yang rata-ratanya dibayar mengikut bilangan jam kita bekerja.
 
Sebagai contoh, kita dibayar RM7 untuk satu jam bekerja.
Dalam sehari, berapa jam masa yang kita ada untuk bekerja?
Ada hadnya bukan?
 
Pengalaman menjadi jurujual online
Saya sangat berterima kasih dengan platform affiliate network seperti
1. Involve Asia
2. Accesstrade

Kerana membuka peluang kepada individu seperti saya, untuk menyertai mereka sebagai ejen pemasaran dan membenarkan saya untuk mempromosikan ratusan atau mungkin ribuan produk diinternet.
 
Walaupun saya belum pernah lagi mencapai jualan 1,000 produk dalam masa satu hari, tapi saya percaya, dengan pengalaman menjual yang saya perolehi, setiap usaha yang saya lakukan adalah untuk mencapai kearah sasaran itu.
 
Terlalu banyak yang anda boleh jual jika anda berada dalam bidang jualan!
 
Ya, sangat banyak yang anda boleh jual. Dari sekecil-kecil barang sehinggalah barang yang paling besar dalam dunia. Dari semurah-murah barangan, sampailah barang yang paling mahal dalam dunia ni. Semua ini anda boleh jual dan anda boleh dapat komisen atas hasil usaha anda itu.
 
Untuk mendaftar ke program Involve Asia dan mula mempromosikan pelbagai laman web yang menjual beribu-ribu jenis produk pun mudah sahaja.

Boleh klik sini untuk mendaftar dengan program Involve Asia.
 
Ataupun boleh baca artikel saya sebelum ini.
Klik untuk baca: Cara MUDAH buat duit dengan Involve Asia?
 
(12) Kehidupan yang lebih seimbang Saya masuk dalam bidang jualan, salah satu sebabnya adalah kerana saya inginkan kehidupan yang seimbang.
Orang kata, work-life balance.
 
Tapi adakalanya bidang jualan ini memerlukan kita untuk meluangkan masa yang lebih lama untuk menyediakan material yang berkaitan, bagi membantu untuk membuat jualan.
 
Masa bekerja mula jadi tak teratur.
Setiap malam perlu tidur lewat untuk menyiapkan kerja yang masih belum siap.
Kemudian keesokkannya perlu bangun awal bagi untuk menyambung apa-apa yang masih belum sempurna.
 
Setiap kali saya mula merasakan, jadual dan rutin kerja saya semakin tidak teratur, saya akan ingatkan diri saya, kenapa saya pilih untuk masuk dalam bidang jualan ini.
 
Pastinya, saya memilih bidang ini, bukan untuk merasai pengalaman kerja yang tak teratur ini semua.
 
Penutup Dalam dunia jualan, kejayaan selalunya datang kepada individu yang memilih jalan yang kurang dilalui.
 
Walau apa cara pilihan anda, untuk mencari rezeki, sama ada kerja makan gaji atau bidang jualan, pastikan ianya halal. Setiap satu cara yang dipilih, ada kelebihannya.
 
Kerja makan gaji, pendapatan lebih stabil.
Kerja dalam bidang jualan, pendapatan ada naik dan turun, tetapi berapa banyak kita mahukan terpulang pada kita.
 
 
The post Bina kerjaya dalam bidang jualan untuk jana pendapatan tanpa had! appeared first on Blog Sabree Hussin.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sabreehussin.com/bina-kerjaya-dalam-bidang-jualan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ppa Raikan Jualan Rm1 Juta Beri Sokongan Kepada Ekonomi Tempatan Usahawan Wanita

Ppa Raikan Jualan Rm1 Juta Beri Sokongan Kepada Ekonomi Tempatan Usahawan Wanita

papar berkaitan - pada 8/9/2023 - jumlah : 293 hits
Organisasi bukan keuntungan Persatuan Pembangunan Artisans telah berjaya mencapai kejayaan dengan memperolehi RM1 juta jualan melalui platform dalam talian outlet bazar secara fizikal dan sokongan penting daripada entiti swasta Kejayaan ter...
Ipr Insan Mesin Vending Terbengkalai Atau Jualan Terlajak Laris

Ipr Insan Mesin Vending Terbengkalai Atau Jualan Terlajak Laris

papar berkaitan - pada 7/9/2023 - jumlah : 280 hits
Kempen Pilihan Raya Kecil parlimen Pulai yang cuba dipanaskan menggunakan isu perkauman oleh PN tidak mengecualikan isu ekonomi dan salah satunya ialah program Inisiatif Pendapatan Rakyat Inisiatif Usahawan Makanan yang didakwa telah terben...
Jualan Bakso Di Lokasi Kebakaran Hutan Laku Keras

Jualan Bakso Di Lokasi Kebakaran Hutan Laku Keras

papar berkaitan - pada 11/9/2023 - jumlah : 363 hits
Petugas kecemasan itu mengerumuni penjual bakso di lokasi kebakaran hutan InstagramJAKARTA Bakso yang dijual seorang lelaki di Indonesia laris ketika dia menjaja makanan itu di kawasan kebakaran hutan di daerah Kubu Raya wilayah Kalimantan ...
Esok Rabu Jualan Rahmah Bergerak Sampai Ke Parlimen Paya Besar Di Dun Lepar

Esok Rabu Jualan Rahmah Bergerak Sampai Ke Parlimen Paya Besar Di Dun Lepar

papar berkaitan - pada 12/9/2023 - jumlah : 280 hits
Di antara inisiatif kerajaan perpaduan di dalam mengurangkan bebanan rakyat adalah dengan mengadakan jualan rahmah secara bergerak meliputi kesemua Dun seluruh negeri yang bermula beberapa bulan yang lalu Jualan rahmah ini adalah program ju...
Kumpulan Resep Dimsum Sederhana Cocok Jadi Camilan Dan Ide Jualan Nih

Kumpulan Resep Dimsum Sederhana Cocok Jadi Camilan Dan Ide Jualan Nih

papar berkaitan - pada 15/9/2023 - jumlah : 313 hits
Bikin dimsum sendiri selain bisa lebih hemat dan puas juga bisa dijadikan ide jualan yang menjanjikan lo
Perancis Haramkan Jualan Iphone 12

Perancis Haramkan Jualan Iphone 12

papar berkaitan - pada 13/9/2023 - jumlah : 291 hits
PERANCIS pada Selasa mengarahkan Apple menarik balik penjualan iPhone 12 selepas ujian mendapati model itu menghasilkan tahap sinaran melebihi had lapor Agensi Anadolu Pemasaran iPhone 12 dihentikan di Perancis sehingga Apple menawarkan kem...
Khairul Aming Dedah 2 4 Juta Unit Sambal Nyet Terjual Jualan Cecah Rm33 5 Juta

Khairul Aming Dedah 2 4 Juta Unit Sambal Nyet Terjual Jualan Cecah Rm33 5 Juta

papar berkaitan - pada 7/9/2023 - jumlah : 267 hits
Pempengaruh media sosial dan usahawan Khairul Aming berkongsi berita gembira apabila produk sensasinya Sambal Nyet telah terjual sebanyak 2 4 juta unit setakat ini Khairul Aming yang merupakan seorang influencer dan cef selebriti yang telah...
Beri Bantuan Alat Bantu Usaha Bobby Nasution Inginkan Produksi Dan Pendapatan Umkm Meningkat

Beri Bantuan Alat Bantu Usaha Bobby Nasution Inginkan Produksi Dan Pendapatan Umkm Meningkat

papar berkaitan - pada 27/9/2023 - jumlah : 133 hits
Wali Kota Medan Bobby Nasution memberikan bantuan kepada kelompok usaha maupun koperasi yang membutuhkan alat bantu usaha
Ada Had Nak Rotan Anak Terlebih Rotan Tak Jadi Mendidik Tapi Anak Jadi Pendendam

Ada Had Nak Rotan Anak Terlebih Rotan Tak Jadi Mendidik Tapi Anak Jadi Pendendam

papar berkaitan - pada 9/9/2023 - jumlah : 181 hits
Cuba renung semula niat kita pukul anak untuk hukum atau mengajar Jika setakat nak lepaskan geram itu kesilapan besar Perlu juga diketahui jika nak rotan anak ada hadnya Menerusi perkongsian Puan Wawa Shauqi melalui pengalamannya sendiri na...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Merry Christmas And Happy New Year

Retreat Hujung Tahun Di Kampung Cheq Homestay

Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe