Bila Ultras Dah Naik Muak


 

Harimau Malaya tunjuk peningkatan dahulu untuk penyokong datang atau penyokong yang perlu berbondong-bondong ke stadium untuk dorong skuad kebangsaan meningkat? Yang mana pun harus didahulukan, tindakan terbaharu Ultras Malaya untuk memboikot Pestabola Merdeka bermula malam ini, adalah berita tidak baik buat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Penyokong selaku antara kekuatan pasukan Harimau Malaya yang sentiasa ditagih kehadiran mereka nampaknya sudah muak dengan FAM dan enggan terus diperkotak-katikkan. Mungkin mereka berasa dipergunakan semata-mata.
Apa yang mendorong tindakan Ultras ini? Ultras Malaya disertai oleh Ultras dari Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, dan Kuala Lumpur sebelum ini meluahkan menerusi media sosial rasa tidak puas hati mereka terhadap FAM.

Sakit dan terus sakit. Biar je jangan diubat. Kosongkan stadium! Tutup Curva Pestabola Merdeka! #ResetBolasepakMalaysia, kata satu ciapan UM’07 di laman X awal bulan ini.
Ultras Panthers menambah isu peletakan jawatan ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon, surat layang, dan tiada empati atas kejadian yang menimpa pemain kebangsaan terutama kes Faisal Halim yang menjadi mangsa serangan simbahan asid di Kota Damansara 5 Mei lalu antara faktor mereka membuat keputusan itu.
Selepas hampir tiga bulan tidak diturunkan, Faisal disenaraikan Selangor FC dalam perlawanan separuh akhir kedua Piala FA pada 3 Ogos tetapi tidak bermain dan masuk sebagai pemain gantian ketika mengalahkan Kelantan Darul Naim 2-0 dalam aksi Liga Super di Stadium MBPJ seminggu selepas itu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Shuhaily Mohd Zain berkata pada 9 Julai lalu risikan berterusan pihak polis masih lagi berjalan. Meskipun tiada perkembangan terbaru dapat dikongsi, tambahnya, ia tidak bermakna polis berhenti membuat siasatan.
Ultras Kuala Lumpur pula menyatakan bantahan terhadap beberapa perkara melibatkan badan induk bola sepak negara sebagai alasannya menyertai boikot berkenaan.
Berbalik kepada soalan awal tadi mengenai mana yang perlu didahulukan, penghargaan sebenarnya perlu dirakamkan terhadap Ultras kerana mereka sentiasa berdiri kukuh di belakang Harimau Malaya selama ini.
Ambil contoh ketika Harimau Malaya turun untuk melakukan perhitungan dengan Taiwan dalam aksi terakhir Kumpulan D pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), 11 Jun lalu.
Di sebalik tugas hampir mustahil untuk skuad kebangsaan memenuhi tuntutan mendapatkan tujuh gol tanpa balas ke atas Taiwan bagi memburu tiket ke pusingan ketiga, Ultras tetap memenuhi curva mereka di SNBJ untuk dikecewakan oleh Harimau Malaya yang hanya mampu meraih kemenangan 3-1.
Kesudahannya, jaya atau gagalnya matlamat tujuh gol itu tidak bermakna apabila Kyrgyzstan dapat memintas Malaysia daripada pungutan mata dengan mengikat Oman 1-1 di Muscat yang sepak mulanya sejam selepas berakhirnya pertemuan Malaysia-Taiwan itu.
Ketua jurulatih Taiwan, Gary White, menyandarkan kekalahan 1-3 pasukannya kepada Ultras Malaya dan ekor Harimau Malaya yang dikatakannya mencetuskan atmosfera menakjubkan di sebalik bilangan mereka kurang daripada 15,000 orang.

Penyokong anda sangat menakjubkan dan anda patut berbangga dengan mereka, kata White pada sidang media selepas perlawanan.
Kini, dengan Ultras sudah mengumumkan boikotnya lebih awal, langkah itu dijangka dituruti oleh penyokong selebihnya atau dikenali sebagai ‘ekor Harimau Malaya’ berdasarkan kurang 1,000 tiket yang sudah terjual sehingga Ahad lalu.
Apalah maknanya Pestabola Merdeka — yang telah lama hilang serinya berbanding saingan lapan hingga 12 pasukan pada masa lalu dengan reputasi kejohanan tertua di Asia — jika tiada suasana pesta di SNBJ dengan penyokong memilih untuk menjauhkan diri?
Lagipun, pesta bola edisi ke-43 ini yang disertai tiga pasukan undangan — Filipina (147 dunia), Tajikistan (102 dunia), dan Lebanon (117 dunia) — sekadar menawarkan peluang buat Malaysia (135 dunia) memperbaiki ranking di samping memenuhi kalendar antarabangsa FIFA buat pasukan kebangsaan.
Harus ramai juga yang tersentuh hati dengan rayuan Faisal yang sebak tidak dapat mewakili negara kali ini kerana baru pulih daripada kesan melecur di sebahagian tubuh dan mukanya, merayu agar Ultras Malaya membatalkan keputusan memboikot Pestabola Merdeka.

Skuad kebangsaan perlukan sokongan kerana banyak berlaku kebelakangan ini termasuk apabila Pan-gon tinggalkan kita. Namun, kita perlu sokong jurulatih baharu, Pau Marti (Vicente), katanya.
Dalam pada itu, pemain tengah kebangsaan Syamer Kutty Abba menghormati pendirian penyokong untuk memboikot tetapi berharap mereka akan tetap menyokong tanpa mengira di mana mereka berada.

Kami akan mencuba untuk memberikan sesuatu untuk penyokong kembali percaya dan datang ke stadium. Apabila kami memenangi perlawanan pertama, mungkin mereka boleh datang dalam perlawanan kedua untuk menunjukkan yang kita melalui segalanya bersama-sama, katanya dalam sidang media semalam.
Menggelar tindakan boikot itu sebagai isyarat ‘tsunami’ kepada FAM untuk memperbaiki sebarang kelemahan, penganalisis sukan Pekan Ramli berkata peminat sudah muak dengan segala drama dan masalah dalam FAM yang masih tidak menemui jalan penyelesaian.

Peminat memboikot sebenarnya lebih kepada nak memberikan amaran atau satu isyarat kepada FAM. Ia bukan hanya kerana isu Pan-gon tetapi isu secara menyeluruh dengan pelbagai rentetan masalah terutama kegagalan skuad kebangsaan kita, katanya.
Hamidin dalam sidang medianya Khamis lalu menuduh jurulatih dari Korea Selatan itu tidak profesional dengan memberi pelbagai alasan untuk menamatkan kontraknya dengan Harimau Malaya lebih awal 16 Julai lalu sedangkan dia sudah mencapai persetujuan sebagai jurulatih baharu kelab Korea, Ulsan Hyundai.
Soalan yang patut ditanya ialah mengapa Hamidin terlalu mudah melepaskan Pan-gon sedangkan FAM boleh menuntut untuk dia menghormati kontraknya sehingga akhir tahun depan atau membayar pampasan untuk menebus baki kontrak.
Sebaliknya, presiden FAM itu cuba berselindung di sebalik alasan FAM menjadi mangsa hanya kerana Pan-gon mendapat tawaran yang lebih baik dan memilih untuk meninggalkan Malaysia dengan alasan yang tidak betul.
Tidak mungkin Hamidin lupa pengumuman Pan-gon selepas perlawanan Malaysia-Taiwan, Jun lalu mengenai hasratnya untuk terus kekal membimbing pasukan negara selepas berakhirnya kempen Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.
Jika Hamidin — terpilih antara tujuh Ahli Jawatankuasa Eksekutif FIFA mewakili Asia untuk penggal 2023-2027 — boleh ‘diperdayakan’ Pan-gon, kita boleh bayangkan kekecewaan Ultras Malaya.
Jadi, boleh disimpulkan pada kaca mata Ultras, masalahnya berpusat di FAM sendiri.
Apakah FAM mahu ambil langkah memperbaiki keadaan? Apakah Hamidin sedia mengetepikan protokol — beliau memakai lencana FIFA — untuk berunding dengan Ultras seperti disaran sesetengah pihak?
Barangkali Hamidin sedia mempertimbangkan saranan Ultras tapi belum sedia bersemuka kerana bimbang akan dituntut supaya berundur menjelang Kongres Tahunan FAM ke-61 tahun depan.
Memulangkan kata-katanya, disebabkan kelemahan FAM, Harimau Malaya jadi mangsa bermain di stadium sepi. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/09/bila-ultras-dah-naik-muak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sama Naik Lacurkan Agama

Sama Naik Lacurkan Agama

papar berkaitan - pada 27/8/2024 - jumlah : 108 hits
Saya mendapat video dari Ustaz Zaharudin Muhammad untuk di ulas https vt tiktok com ZS2rVjmHm 1 UZM ni kawan lama kenal sejak 20 tahun dulu memang pakar bab syariah 2 Pakar macam mana pun bila bias akan tersilap UZM ialah menantu Hj Hadi 3 ...
Produksi Beras Bulan Agustus Hingga Oktober Naik Program Pompanisasi Berhasil

Produksi Beras Bulan Agustus Hingga Oktober Naik Program Pompanisasi Berhasil

papar berkaitan - pada 24/8/2024 - jumlah : 85 hits
BPS menyampaikan proyeksi peningkatan produksi beras nasional yang akan terjadi di bulan Agustus September 2024
Badang Pikul Motosikal Naik Gunung

Badang Pikul Motosikal Naik Gunung

papar berkaitan - pada 28/8/2024 - jumlah : 73 hits
KOSMOTangkap layar menunjukkan Suradi selamba mengusung motosikal di jalan yang curam dan berbukit Instagram pekalonganinfoJAKARTA Aksi seorang lelaki di Batang wilayah Jawa Tengah yang mengusung sebuah motosikal di kawasan pergunungan meng...
Naik Skuter Pasangan Petahana Al Haris Abdullah Sani Daftar Calon Gubernur Jambi Ke Kpu

Naik Skuter Pasangan Petahana Al Haris Abdullah Sani Daftar Calon Gubernur Jambi Ke Kpu

papar berkaitan - pada 28/8/2024 - jumlah : 61 hits
Dengan senyuman pasangan calon pemimpin Jambi tersebut langsung menyapa masyarakat dan pendukungnya
Naik Pangkat Jadi Komjen Ini Sederet Prestasi Kapolda Papua Mathius Fakhri

Naik Pangkat Jadi Komjen Ini Sederet Prestasi Kapolda Papua Mathius Fakhri

papar berkaitan - pada 23/8/2024 - jumlah : 89 hits
Tugas Mathius di Papua dimulai dari 2014 sebagai Dansat Brimob Polda Papua hingga 2017
We Won T Deport Zakir Naik As Long As He Keeps Quiet Says Anwar

We Won T Deport Zakir Naik As Long As He Keeps Quiet Says Anwar

papar berkaitan - pada 23/8/2024 - jumlah : 110 hits
Prime Minister Anwar Ibrahim said so long as controversial preacher Zakir Naik did not create issues he would let the matter of extradition rest KUALA LUMPUR Prime Minister Anwar Ibrahim says he is not willing to consider extraditing Zakir ...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage

Daun Gugur Dijadikan Baja Kompos

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Sanusi Told To Name Those Sabotaging Kedah S Investments