Bila Suami Jadi Contact Rapat Pesakit Positif Covid19


Hello hello hai!! Terkejut baca tajuk tu kan? Saya lagi terkejut bila suami jadi contact rapat!!
Hari ni hari ke 4 Selangor under PKPB. Anak-anak dah seminggu tak ke sekolah, dan yang bagusnya pembelajaran masih diteruskan.
Sapa kata korang bebudak boleh senang lenang duduk rumah?? Wajib buat homework lah ceritanya. Bagus juga at least diorang ada aktiviti selain menghadap TV dan gajet lain.
Hari ke 3 PKPB (16/10/2020) Ni cerita hari Jumaat lepas. Masuk hari ke 3 saya WFH. Bagus juga bekerja dengan guna sistem ni. Kat mana-mana pun masih boleh access. Suami masih bekerja macam biasa. Dia kerja construction, jadi memang cara kerjanya memang memerlukan untuk pergi ke site.
Jam 4 petang sambil tengok TV, tetiba suami call. Nada suara tu memang buat saya berderau darah. Sangat ingatkan ada kes kematian.
Suami : Ju, ni ada berita tak baik lah.
Saya : Ya Allah kenapa ni bang?
Suami : Jiran kita, Haji XXXXX positif Covid19. Abang kan kayuh basikal dengan dia Ahad lepas (11/10/2020).
Mak aih rasa luruh jantung mak bila suami jadi contact rapat jiran yang +ve Covid19. Terus berdebar dan rasa tak tentu arah. Tetiba rasa sakit-sakit badan dan sendi. Sakit kepala. Panik habis. Memang psiko betul 😅.
Saya bagitau bos dan kawan pejabat saya tak dapat follow jadual Work From Office next week. Saya bagitau cerita tu dan syukur diorang paham. Dan of course saya pun tak nak sebarang kemungkinan berlaku pada diorang disebabkan saya puncanya. Nauzubillah.
Tiada simptom gejala Selain banyakkan minum air masak, kami juga ikhtiar dengan makan habbatus sauda
Kami pun ambil Vitamin C. Kerapkan cuci tangan, berkumur dan guna sanitizer
Tapi kan saya tanya jugak suami, jiran kami tu ada simptom ke? Katanya TIADA. Memang jiran tu rasa sihat je, tak sakit tekak, tak batuk tapi badan je rasa nak demam. Itupun sikit jela. Maksudnya memang betullah virus ni takde simptom yang ketara.
Suami pun setakat ni Alhamdulillah tiada sebarang tanda yang mencurigakan. Sebab dia duduk bersebelahan masa singgah minum waktu diorang berbasikal bersama sekumpulan tu.
Kami pun jaga-jaga jugalah. Memang kerapkan cuci tangan, pakai sanitizer.
Ambulan datang ke rumah Jumaat, jam 7.45 malam. Pak guard perumahan kami ada update dalam group whatsapp yang ambulan ada masuk ke area perumahan. Dan ambulan tu terus hantar jiran kami ke Hospital Sungai Buloh untuk kuarantin.
Sebenarnya memang hal ni tak dihebohkan dalam whatsapp group kejiranan kami untuk jaga emosi si pesakit. Cumanya adalah peringatan diberi sebab dah ada kes kat sini kan.
Biasanya waktu petang, ada je anak-anak yang main kat luar rumah ni. Tapi sejak kejadian ambulan datang tu, dah takde tengok diorang kat padang permainan tu.
Berjangkit dari bos di tempat kerja Jiran tu katanya berjangkit dari bos di tempat kerjanya. Saya rahsiakanlah tempat kerja tu ya. Kronologi and tu lebih kurang macam ni.
14hb Okt – Bos nya dikabarkan +ve Covid
15hb Okt – Jiran buat test sebab dia ada contact rapat dengan bosnya.
16hb Okt – Jiran tu dapat result +ve Covid
KKM andaikan dia kena jangkitan pada 2hb Oktober, dan pergi kayuh basikal pada 11hb Oktober dengan geng-geng jiran kami. Saat ni memang saya ingatkan suami untuk terus buat swab test.
Kos Swab test di MSU Medical Centre. Ramai yang buat test ni, husband kata beratur panjang dah sampai AEON
Semoga dieprmudahkan urusan frontliner kita ni, dan harapnya result ujian ni -ve lah hendaknya. Husband kata ramai dari pekerja Proton yang datang buat test
Sabtu. 8.30 pagi suami terus ke MSU Medical Centre untuk buat swab test. Dan kosnya RM280 per person dan bayar guna Debit Card. Suami ajak saya sekali.
Tapi saya kata biarlah dia yang test dulu. Dan saya berdoa moga resultnya negatif. Dan yang penting kami semua masih kuarantin kan diri di rumah. Memang tak ke mana-mana pun sejak PKPB dikuatkuasakan.
Saya paling kesiankan anak-anak yang masih kecil ni. Janganlah kami diuji Ya Allah. Saya fikir macam-macam dah. Dan sentiasa berdoa Allah lindungi kami, dan lindungi kita semua dari sebarang jangkitan.
Husband kata swab test sakit bila dicucuk di hidung. Dia tu dahlah sinus, balik rumah terus selsema hahaha. Kesian betul shuben kita ni. Takpela minggu depan bolehla rehat kat rumah.
Kita kuarantin bersama-sama sambil menunggu result swab test tu 😄.
The post Bila suami jadi contact rapat pesakit positif Covid19 appeared first on Ajumohit.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ajumohit.com/2020/10/bila-suami-jadi-contact-rapat-pesakit-positif-covid19.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wanita Lumur Najis Pada Petugas Kesihatan Kerana Berang Suami Positif Covid19 Nak Dibawa Ke Hospital

Wanita Lumur Najis Pada Petugas Kesihatan Kerana Berang Suami Positif Covid19 Nak Dibawa Ke Hospital

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 270 hits
Tak puas hati dengan urusan rawatan suaminya seorang isteri tergamak melumurkan najis ke PPE yang dipakai petugas kesihatan Kompas com melaporkan isteri kepada pesakit Covid 19 itu melakukan perbuatan tersebut terhadap tiga orang petugas di...
Melaka Pesakit Warga Emas Covid19 Miang

Melaka Pesakit Warga Emas Covid19 Miang

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 294 hits
Seorang jururawat di Hospital Melaka mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual seorang lelaki warga emas yang sedang mendapatkan rawatan Covid 19 di hospital itu Sabtu lalu Mangsa berusia 29 tahun itu dikatakan diganggu lelaki miang berusia ...
Nak Anak Rapat Dengar Cakap Mak Ayah Senang Je Ikut Cara Terapis Ni Buat Boleh Cipta Emosi Positif Anak

Nak Anak Rapat Dengar Cakap Mak Ayah Senang Je Ikut Cara Terapis Ni Buat Boleh Cipta Emosi Positif Anak

papar berkaitan - pada 5/10/2020 - jumlah : 426 hits
Nak tarik perhatian anak anak nak mereka dengar cakap kita itu sebenarnya ada cara yang boleh kita jadikan rutin Perkongsian oleh Terapis Cara Kerja Puan Siti Aisyah Rozalli mengenai kaedah yang diinspirasikan oleh ayahnya boleh digunakan u...
Menteri Jabatan Perdana Menteri Dr Zulkifli Positif Covid19

Menteri Jabatan Perdana Menteri Dr Zulkifli Positif Covid19

papar berkaitan - pada 5/10/2020 - jumlah : 343 hits
Menteri Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri memaklumkan beliau kini disahkan positif Covid 19 oleh Kementerian Kesihatan Alhamdulillah sehingga saat ini keadaan kesihatan saya adalah baik Saya menyeru orang ramai...
Main Badminton Dengan Kontak Rapat Pesakit Covid 19 Wany Hasrita Menggigil Buat Swab Test

Main Badminton Dengan Kontak Rapat Pesakit Covid 19 Wany Hasrita Menggigil Buat Swab Test

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 458 hits
Hari Selasa lalu saya ada buat swab test Covid 19 sebab saya ada bermain badminton dengan kawan yang mempunyai contact rapat pesakit Covid Ahad malam lalu dapat tahu source
Klinik Swasta Di Taman Daya Ditutup 2 Pesakit Sah Positif Covid 19

Klinik Swasta Di Taman Daya Ditutup 2 Pesakit Sah Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 347 hits
KLINIK SWASTA DI TAMAN DAYA DITUTUP 2 PESAKIT SAH POSITIF COVID 19 JOHOR BAHRU Jabatan Kesihatan Negeri Johor hari ini mengesahkan penutupan sebuah klinik swasta di Taman Daya di sini selepas dua pesakitnya didapati positif COVID 19 Pengara...
Dua Kakitangan Tm Positif Covid 19

Dua Kakitangan Tm Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 309 hits
KUALA LUMPUR Telekom Malaysia Berhad sahkan dua kakitangannya positif COVID 19 Menurut TM kedua dua kakitangan itu didapati positif di dua pejabat yang berbeza Seorang daripada anggota berkenaan bertugas di Menara TM ONE di Damansara Kuala ...
Doa Agar Terlihat Cantik Wajah Bercahaya Dan Memancarkan Aura Positif

Doa Agar Terlihat Cantik Wajah Bercahaya Dan Memancarkan Aura Positif

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 402 hits
Siapa sih yang tidak ingin terlihat cantik Terlihat cantik menjadi impian seluruh wanita karena sudah menjadi tabiat alamiahnya mereka selalu ingin terlihat cantik baik lahiriah maupun batiniah Banyak wanita yang ingin tampil cantik dengan ...
Dahlah Positif Dadah Roadtax Tamat Tempoh Lesen Pun Tak Ada Menipu Polis Pula

Dahlah Positif Dadah Roadtax Tamat Tempoh Lesen Pun Tak Ada Menipu Polis Pula

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 911 hits
JOHOR BAHRU Polis menafikan dakwaan pemandu kereta jenis Perodua Myvi bahawa dia mengelak kenderaan berhenti di hadapannya hingga terlibat kemalangan dan mengakibatkan kematian di Kilometer 4 Jalan Johor Bahru Kota Tinggi di sini semalam Ke...
Patut Pun Pn Terkucil Lagi

Pn Tersungkur Analisa Keputusan Prk Ayer Kuning

Ucapan Selamat Hari Tldm Ke 91 Dari Agong Zahir

Deliciious Feat Nakalness Tahan Chord

Ayer Kuning Voters Reject Politics Of Fear And Hatred Says Asyraf

Sarapan Pengantin Rumah Terbuka Aidilfitri Mengopi Di Hari Sabtu

Tribute To 40 Years Of Music What To Look Forward To At Amy Search S Solo Concert This Saturday

Pope Francis Laid To Rest As 400 000 Mourners Honour His Legacy With Open Heart


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tahun Melawat Malaysia 2026 Syarikat Telco Diarah Perbaiki Kualiti Perkhidmatan

Sky Mirror Pantai Sasaran Kuala Selangor Pengalaman Magis Pantulan Cermin Langit Di Malaysia

Kisah Seorang Apeque Yang Menjual Sebuah Basikal Kepada 5 Orang Yang Berbeza

Kashmir Kembali Bergolak Pada Tahun 2025

Koleksi Mikrokontroller

10 Pantang Larang Orang Dulu Dulu Yang Macam Merepek Tapi Ada Logiknya Juga