Bila Si Muda Tegur Si Tua


 

Semasa menulis artikel ini saya menerima menerusi satu WhatsApp group yang saya anggotai, video tertera “pertemuan bersejarah yang digeruni Anwar dan Zahid”. Rasanya ramai yang turut menerimanya kerana klip itu dikatakan diedar secara meluas. Saya tidak tahu sama ada Anwar Ibrahim dan Zahid Hamidi gerun akan pertemuan Muhyiddin dan Mahathir seperti yang didakwa pembikin video itu.
Menurut Pengerusi Proklamasi Orang Melayu, Khairuddin Hassan, pertemuan dua malam lalu di kediaman Mahathir itu manifestasi “penyatuan Melayu secara total” yang sedang diusahakan Mahathir. Sebelum ini, Mahathir pada sidang media pada penghujung Jun menganjurkan pemerintahan mutlak orang Melayu, yang sekaligus dilihat sebagai langkah mengenepikan warga Malaysia bukan Melayu.
Itu video. Ada pula mengenai audio. Rakaman diedar semula setelah ‘menghilang’ kira-kira tiga tahun lalu. Rakaman membabitkan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ketika menjadi ketua Pemuda PH, semasa mesyuarat majlis presiden Pakatan Harapan pada 21 Feb 2020.
Rakaman asal yang tular memang panjang, dianggarkan dua jam lamanya. Ia memperdengarkan kepimpinan PH bertegang leher berhubung peralihan kuasa daripada Mahathir kepada Anwar Ibrahim. Tetapi audio yang saya terima tempoh hari hanya membabitkan pertikaman lidah antara Syed Saddiq dan pemimpin DAP, Gobind Singh Deo. Syed Saddiq begitu bersemangat malah penuh emosi mempertahankan Mahathir.
Ya, pertikaman lidah itu cerita lama, dan kerana ia cerita lama lah yang membuatkan saya pelik. Mengapa ia diputar semula setelah sekian lama? Audio itu diedar semula beberapa hari setelah Syed Saddiq, selaku presiden Muda, mengumumkan partinya akan bertanding solo pada PRN mendatang. Muda mengambil keputusan itu berikutan reaksi dingin PH terhadap hasrat menyertai gabungan itu. Menurut Syed Saddiq, permohonan rasmi sudah dibuat tetapi tiada respon. Mesyuarat yang diatur dibatal pada saat akhir, katanya.
Ada penyokong PH terkilan kerana kepimpinan gabungan itu melengah-lengahkan urusan menerima Muda, lantas ‘memaksa’ Muda bertanding solo. Bagi mereka, apa yang berlaku itu merugikan PH, pada jangka masa pendek (PRN pada 12 Ogos) dan panjang. Mungkinkah rakaman Syed Saddiq mempertahankan Mahathir itu diedar oleh pihak tertentu sebagai peringatan?
Bukan rahsia besar dalam kalangan penyokong PH mencurigai Syed Saddiq, dan percaya beliau masih bersama Mahathir. Ini dikatakan antara faktor PH enggan menerima Muda. Tentu ada faktor lain seperti yang saya huraikan sebelum ini, oleh itu tidak perlu diulang.
Benar Syed Saddiq rapat dengan Mahathir. Bagi saya ini kerana rasa hormat seorang anak muda kepada orang tua. Perlu diingat Syed Saddiq kerap tak bersetuju dengan Mahathir berhubung banyak perkara, apabila beliau meninggalkan PH. Apabila Mahathir menubuhkan Pejuang, Syed Saddiq tidak ikut serta.
Ada pihak dakwa keputusan Syed Saddiq tidak menyertai Pejuang strategi Mahathir. Ketika Syed Saddiq menubuhkan Muda pun, ada mendakwa ia proksi Mahathir yang akan menguntungkan beliau bila tiba masanya. Semua dakwaan itu dinafikan Syed Saddiq.
Beberapa hari lalu, Syed Saddiq menasihati bekas mentornya itu, dan secara terbuka meminta Mahathir menghentikan ‘budaya politik lama’. Syed Saddiq di Twitter menulis:
“Tun yang dihormati, politik lama perpecahan mesti dihentikan. Rakyat Malaysia tidak kira bangsa dan agama sama-sama cintakan negara ini. Mereka mahu melihat Malaysia berkembang menjadi negara maju.”
Cukup setakat itu walaupun panjang lagi nasihatnya kepada Mahathir. Saya secara peribadi percaya kata-kata itu dari hati nurani Syed Saddiq, tidak ada soal agenda tersembunyi, proksi, mahupun kesetiaan membabi muda.
Pada sidang media 4 Julai lalu, Syed Saddiq menegaskan golongan muda akan membuktikan Mahathir salah mengenai “multiracialism” dan sebagainya. “Kami mendukung kepelbagaian bangsa dan yakin ia tidak akan melemahkan negara. Sebaliknya, ia akan menguatkan Malaysia.”
Apa-apa perjuangan memerlukan sokongan dan dorongan golongan muda untuk berjaya. Begitu juga agenda Mahathir. Masa depan milik golongan muda. Berdasarkan pendirian Syed Saddiq dan rakan-rakan, kelompok beliau menolak agenda Mahathir.
Teringat kata-kata Soekarno: “Beri aku 1,000 orang tua nescaya akan ku cabut Semeru dari akarnya. Beri aku 10 pemuda nescaya akan ku goncangkan dunia.” - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/07/bila-si-muda-tegur-si-tua.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dr M Gerak Solo Muda Sia Sia

Dr M Gerak Solo Muda Sia Sia

papar berkaitan - pada 28/6/2023 - jumlah : 141 hits
Mohamad FadliSEPANG Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad menyifatkan tindakan Muda ingin bertanding pilihan raya di enam negeri secara sendirian sia sia jika tidak membantu membentuk kerajaan Beliau berkata sepatutnya calon yang bertan...
Syed Saddiq Dakwa Muda Disisihkan Oleh Anwar Ph

Syed Saddiq Dakwa Muda Disisihkan Oleh Anwar Ph

papar berkaitan - pada 28/6/2023 - jumlah : 269 hits
Malaysiakini Muda menyangkal dakwaan veteran DAP Lim Kit Siang bahawa ia membuat keputusan tergesa gesa dan sepatutnya bekerjasama dengan kerajaan perpaduan Perdana Menteri Anwar Ibrahim Dalam satu kenyataan Presiden Muda Syed Saddiq Syed A...
Walau Berjaya Jadikan Kerajaan Perpaduan Hilang Majoriti Dua Pertiga Muda Tak Mungkin B

Walau Berjaya Jadikan Kerajaan Perpaduan Hilang Majoriti Dua Pertiga Muda Tak Mungkin B

papar berkaitan - pada 28/6/2023 - jumlah : 243 hits
Shahbudin Husin Dengan keputusan Muda untuk bertanding solo pada PRN akan datang ini secara langsung ia bermakna parti tersebut tidak lagi menyokong kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim Secara tidak langsung pula bererti Muda sudah men...
Myra Menyambut Ulangtahun Ke 7 Perkenalkan Projek Kediaman Myra Putri Sesuai Untuk Pasangan Muda

Myra Menyambut Ulangtahun Ke 7 Perkenalkan Projek Kediaman Myra Putri Sesuai Untuk Pasangan Muda

papar berkaitan - pada 27/6/2023 - jumlah : 336 hits
hai assalammualaikumMyra Menyambut Ulangtahun Ke 7 Melancarkan Projek Kediaman Myra Putri Sesuai Untuk Pasangan Muda Korang tengah cari rumah baru ke tu Sabtu lepas nad baru je pergi ke Myra Sales Gallery di Jenderam Hilir Dengkil sempena s...
Yoursay Muda Could Be The Third Force Country Needs

Yoursay Muda Could Be The Third Force Country Needs

papar berkaitan - pada 27/6/2023 - jumlah : 212 hits
YOURSAY Time for Muda to move on for good or bad Kilimanjaro Perikatan Nasional heading towards a state cannot be an option for many Malaysians Pakatan Harapan is running with the hares and hunting with the hounds is no better If it truly m...
Muda Gagal Tarik Pengundi Sukar Beri Peluang Sekali Lagi Dalam Prn

Muda Gagal Tarik Pengundi Sukar Beri Peluang Sekali Lagi Dalam Prn

papar berkaitan - pada 27/6/2023 - jumlah : 215 hits
Kenyataan Presiden Muda Syed Saddiq Abdul Rahman bahawa parti itu akan bertanding secara solo dalam Pilihan Raya Negeri Ogos ini merupakan sikap yang tidak wajar ditunjukkan sebagai sekutu Pakatan Harapan sejak 2022 lalu Menurut Naib Ketua ...
Alternatif Ph Bn Undi Muda Persoalannya Apa Impak Terbesar Muda Buat Sekarang

Alternatif Ph Bn Undi Muda Persoalannya Apa Impak Terbesar Muda Buat Sekarang

papar berkaitan - pada 27/6/2023 - jumlah : 133 hits
Ikatan Demokratik Malaysia mendakwa pentadbiran Anwar Ibrahim mengabaikan reformasi institusi dan pembangkang yang banyak bermain sentimen sebagai sebab ia akan menentang semua parti pada PRN akan datang Setiausaha Agung Amir Hariri Abd Had...
Masak Lemak Cili Padi Ayam Dan Nangka Muda

Masak Lemak Cili Padi Ayam Dan Nangka Muda

papar berkaitan - pada 27/6/2023 - jumlah : 359 hits
Nangka muda ni susah betul nak dapat sekarang Nasib baik masih ada kampung sebelah suami boleh la sekali sekala cari nangka muda kat pokok Dapat la buat gulai Selalu Nangka Muda ni orang buat ikan takang masin dan udang kan Tapi kali ni Kek...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Gegar Vaganza 11 Keputusan Konsert Pertama Dan Senarai Lagu Minggu Ke 2

Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof