Bila Si Kembar Berhutang


Salam dears… Budak budak hilangkan atau rosakkan barang adalah perkara biasa kan? Si kembar ni pun sama lah. Hari ni hilang pemadam, esok pensel, lusa botol air lah pulak. Diorang ingat Mama diorang ni cop duit agaknya, asal hilang ja “Mama belikan baru boleh?”. Haishh letih!
So mulai awal tahun ni Mama buat peraturan baru – siapa hilangkan atau rosakkan barang, dia kena ganti dan beli sendiri barang tu. Kalau dia tak ada duit, boleh pinjam duit Mama dulu tapi lepas tu mesti bayar balik. Kira hutang dulu lah.
Haaa bila dah kena guna duit sendiri ni, masing masing lebih berhati hati. Setakat 4 bulan sekolah ni, baru 1 botol air yang hilang dan belum ada insiden kain sampin hilang lagi berbanding tahun lepas, awal tahun dah hilang sampin! So Mama rasa, so far cara ni agak berkesan lah juga.
Tapi..cara ni juga menyebabkan si kembar dah ada hutang dengan Mama. Dengan anak pun nak berkira ka? Ini bukan berkira, tapi ini adalah melaksanakan undang undang..gitteww hahaha
Bila Si Kembar Berhutang Dengan Mama… Alkisahnya gini…dalam bulan lepas spek mata si Faris patah sebab si Fauzi dan Faris dok main lawan lawan ka camna ntah, terkena spek Faris dan bingkainya patah!
Apa lagi terketaq ketaq laa budak dua orang ni minta maaf sambil kata diorang akan kongsi duit untuk buat spek baru. Bila Mama kata harga spek boleh cecah ratusan ringgit, masing masing dah tak senang duduk dah. “Kita boleh pinjam duit Mama dulu kan?” pakat tanya.
Masa kat kedai spek tu pun, nampak sangat si Faris dan Fauzi ni gelisah. Faris siap tanya harga ni berapa, tu berapa masa pilih bingkai. Sebelum ni, mana dia kisah pun harga benda tu berapa. Dah sendiri kena bayar, baru tau takut hahaha.
Setiap satu dia tanya ni berapa harga? Hahahaha Alang alang pergi ke kedai spek murah di Sungei Wang tu, selain bingkai baru, terus buatkan kanta yang elok gak iaitu Alpha Blue 420. Mama suka kanta ni sebab berkualiti, tak silau, tapis sinaran UV tapi harga murah RM60 saja.
Pastu Mama pilihkan bingkai yang elok juga, yang fleksibel boleh lentur jadi potensi untuk patah tu kurang lah kan. Actually kat situ bingkai murah RM60 pun ada, dan si Faris dan Fauzi ni dok aim yang murah tu sebab diorang yang kena bayar kan.
Tapi Mama kata “No, sapa suruh patahkan spek? Sekarang korang kena ikut apa yang Mama pilih!”. Masing masing muka seposen pasrah “ok Mama” je lah hahaha.
Redha je lah kena ikut apa yang Mama pilih haha Dah Hutang, Sila Bayar! Harga spek tu RM240 dan diorang kena bayar balik kat Mama RM100 seorang. Lagi RM40 Mama sponsor hahaha. Jadinya sejak tu pakat dok menabung simpan baki duit belanja sekolah untuk bayar hutang kat Mama ni haaa.
Bila cukup RM10 ja, bayar. Pastu kumpul lagi RM10 dan bayar lagi. Yup, Mama suruh bayar ansuran gitu sebab nak ajar diorang bila berhutang wajib bayar. Kalau tak mampu bayar sekaligus, bayar secara ansuran sikit sikit pun takpa. Janji bayar!
Hasil menabung duit belanja sekolah, buat bayar hutang kat Mama hehe Mama selalu pesan kat diorang, bila pinjam duit tu maksudnya kita berhutang dan tak kisah lah berhutang dengan siapa pun..Mama Ayah ka, adik beradik ka, kawan kawan ka..hutang tetap hutang dan wajib dibayar!
Jangan buat diam, buat lupa sampai orang yang bagi hutang tu pula yang nak kena dok kejar. Tak boleh gitu ye anak anak.. Ada faham? Ok good..hehehe
Sebenarnya kalau diorang tak bayar pun Mama halalkan je, bukannya anggap hutang pun. Dan duit yang diorang bayar kat Mama ni pun Mama bagi balik kat diorang gak, buat duit belanja sekolah diorang.
Hmm memang kadang kadang tu rasa macam kejam gak, dengan anak pun buat gini. Tapi Mama rasa perlu, sebab nak diorang faham tentang tanggungjawab dan nilai duit. Barang sendiri mesti jaga elok elok dan hutang mesti bayar. As simple as that, kan?

108 total views, 108 views today
The post Bila Si Kembar Berhutang… appeared first on Mama Kembar Tiga.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mamakembartiga.com/2019/04/bila-si-kembar-berhutang.html/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Karena Foto Ini Syahrini Dan Reino Barack Disebut Kembar

Karena Foto Ini Syahrini Dan Reino Barack Disebut Kembar

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 197 hits
Syahrini baru saja mengunggah sebuah foto kebersamaannya dengan Reino Barack Dalam foto tersebut mereka terlihat begitu mirip Bahkan adik Syahrini Aisyahrani menyebut bahkan mereka terlihat seperti kembar
Tak Biasalah Buat Benda Haram Ni Macam Kembar Adik Haneesya Tak Sanggup Jadi Maknyah

Tak Biasalah Buat Benda Haram Ni Macam Kembar Adik Haneesya Tak Sanggup Jadi Maknyah

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 307 hits
Siapa yang tidak kenal dengan bekas peserta Dewi Remaja Haneesya Hanee suatu ketika dulu pernah dihimpit dengan kontroversi namun kini dilihat kembali bersemangat meneruskan kariernya Model hitam manis jika diperhatikan amat rapat dengan ke...
Si Kembar Nak Masuk Klia College

Si Kembar Nak Masuk Klia College

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 622 hits
Salam dears Sejak bawa si hari tu Mama berangan kan best kalau salah seorang kembar ni jadi pilot atau kerja dengan syarikat penerbangan ka boleh lah maknya ni menumpang travel merata kannn hehehe Tambah plak ada sorang ex ofismate Mama ni ...
Terekam Usg Janin Bayi Kembar Ini Saling Adu Jotos Dalam Kandungan Ibunya

Terekam Usg Janin Bayi Kembar Ini Saling Adu Jotos Dalam Kandungan Ibunya

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 269 hits
Meskipun repot untuk mengurus dua anak sekaligus memiliki anak kembar menjadi dambakan beberapa pasangan suami istri Seorang perempuan asal China baru baru ini telah membuat gempar warganet karena kehamilan bayi kembarnya Ibu bayi kembar in...
Orang Ingat Kembar Kandungan Makin Membesar Suami Kasihan Tasha Manshahar Bawa Perut

Orang Ingat Kembar Kandungan Makin Membesar Suami Kasihan Tasha Manshahar Bawa Perut

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 313 hits
Bila kandungan makin membesar sememangnya para suami akan kasihankan isteri membawa perut Apatah lagi bila lihat perut ibu hamil besar ramai yang menyangka kandungan kembar Itulah yang dialami suami Tasha Manshahar penyampai radio Zayan Raq...
Fasa 2 Landasan Kembar Ktm Bukan Sekadar Kerja Baik Pulih

Fasa 2 Landasan Kembar Ktm Bukan Sekadar Kerja Baik Pulih

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 400 hits
Fasa 2 Landasan Berkembar Lembah Klang telah berada di bawah pemerhatian beberapa pihak sejak perjanjian itu dibatalkan dan kemudiannya ditender semula oleh kerajaan PH Projek KVDT2 melibatkan kerja baik pulih 211km landasan kereta api KTM ...
Foto Bareng Chelsea Olivia Dan Natasha Wilona Disebut Seperti Kembar

Foto Bareng Chelsea Olivia Dan Natasha Wilona Disebut Seperti Kembar

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 355 hits
Chelsea Olivia dan Natasha Wilona foto bersama Wajah oriental kedua artis cantik ini membuat mereka disebut mirip bahkan seperti kembar
Pendarahan Otak Masalah Mata Dialami Oleh Anak Kembar Pramatang Ini Yang Penting Jangan Menangis Depan Anak

Pendarahan Otak Masalah Mata Dialami Oleh Anak Kembar Pramatang Ini Yang Penting Jangan Menangis Depan Anak

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 240 hits
Sebelum ini Puan Marliza pernah berkongsi kisah tentang anak kembarnya yang lahir pramatang dan salah seorang dari kembar kekurangan berat badan Baca Melalui entri terbaru beliau berkongsi bagaimana anak kembarnya berjuang untuk terus hidup...
Anak Kembar Autisme Dipandang Sinis Ibu Kecewa Mentaliti Orang Sekeliling

Anak Kembar Autisme Dipandang Sinis Ibu Kecewa Mentaliti Orang Sekeliling

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 709 hits
Sudah semestinya seorang ibu mahukan yang terbaik untuk anak anaknya malah sering berdoa agar dikurniakan cahaya mata sihat tubuh badan dan akal Walau bagaimanapun seorang ibu kepada pasangan kembar autisme Noor Afif Fitri dan Noor Afiq Far...
Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Vivo Malaysia Memperkenalkan Inisiatif Eksklusif Untuk Pengguna Celcomdigi Di Malaysia

Meet Studio Your New Favorite Way To Develop Wordpress Locally

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Drama Projek Exit

Surah Al Ikhlas Bacaan Rumi Terjemahan

Pelepasan Cukai Sukan 2024 Senarai 103 Sukan Tersenarai

Cara Guna Cimb Dan Cara Check Status Loan Cimb

Berjalanlah Di Atas Jalan Kebenaran

Persoalannya Kenapa Nak Butthurt Dengan Cadangan Akmal