Bila Pkp Macam Biasalah Kita Home Edit Kitchen Edit Dan Fridge Edit
BILA PKP, MACAM BIASALAH KITA HOME EDIT, KITCHEN EDIT DAN FRIDGE EDIT - baru ada masa nak citer projek zaman PKP 1.0 dan 2.0 tempoh hari. Ni angka positif Covid naik kembali huhuhu. Baru nak bertenang dengan virus dan statistik COvid-19 , naik pulak kes satu duni bulan ini ! Perghhhhh, PKP balik ke macam mana ? Bukan Malaysia je yang kes naik, banyak negara juga naik dah ni. Nak cakap banyak pun tak boleh , kang ada yang marah hehehe. Tak apa lah, apa pun mummy nak tepek aktiviti PKP 1.0 dan 2.0 baru ini.BILA PKP, MACAM BIASALAH KITA HOME EDIT, KITCHEN EDIT DAN FRIDGE EDIT
Serius tau, BILA PKP, MACAM BIASALAH KITA HOME EDIT, KITCHEN EDIT DAN FRIDGE EDIT. Kalau tak PKP tu, macam tu je lah rumah. Nak kemas pun sekadar kemas je lah. Nak bagi sistematik tu macam tak ada masa je.
Bekas putih dalam peti ais tu , bagus sangat. memang mummy suka sebab dia macam bagi space, nak sumbat coklat, gula-gula, buah sangat sesuai.
Kalau tak ada bekas tinggi gitu, bertabur nanti coklat, gula-gula dan buah.
Keburukkannya bila barang semua tak ada (habis) tak restock, nak kena bawa keluar dan kemas kat luar pulak
Rak pantry sebelah peti sejuk. Dulu plan nak buat kitchen cabinet facing me facing. Tapi macam malas la pulak. So letak je heavy duty rack kat sini.
Atas tu, tempat letak blender, rice cooker, dan tempat letak gula, bawah pula tempat letak periuk kukus, rempah ratus, garam, dan ala-ala pantry punya barang.|
Tempat rempah ratus, garam, megi je yang di edit. Beli bekas macam tu, botol tak mudah jatuh.
Mujur ada bekas ngan dengan almari kami tu. Gigih ukur mengukur !
Semua bekas tu, beli di Mr DIY sahaja. Banyak pilihan, dan stok pun banyak.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azlindaalin.com/2022/02/bila-pkp-macam-biasalah-kita-home-edit.html