Bila Ph Berkuasa Zainuddin Maidin Saran Perkhidmatan Teksi Dihapuskan





KUALA LUMPUR 22 Okt. - Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin menyarankan agar perkhidmatan teksi di negara ini dihapuskan berikutan sikap biadap segelintir pemandu teksi terhadap Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Dalam Twitternya, Zainuddin mendakwa sikap biadap pemandu teksi bukan sahaja terhadap Perdana Menteri tetapi juga bersikap kurang ajar terhadap pelanggan awam.
Zainuddin dalam Twitternya juga mendakwa pemandu teksi tidak seharusnya diberi muka kerana mempunyai sifat penipu dan pemeras.
"Pemandu teksi di Langkawi bersikap biadap dalam pertemuan dengan Tun Dr. Mahathir. Itu dengan Tun,  sikap mereka di mana-mana lebih kurang ajar terhadap awam.
"Lebih baik hapuskan sahaja teksi tinggal Grab sahaja.Mereka bukan jenis manusia yg patut diberi muka. Penipu dan pemeras," kata Zainuddin.
Menurut Zainuddin, beliau sendiri banyak kali dikenakan bayaran berlebihan dan mahu kerajaan  bertindak tegas supaya semua pemandu teksi berbudi bahasa seperti pemandu teksi di London yang seratus peratus baik.
Zainuddin berkata demikian sebagai reaksi terhadap segelintir pemandu teksi yang bersikap biadap kerana mengeluarkan perkataan kurang sopan dan keluar dari dewan pada sesi Pertemuan Bersama Pemandu-Pemandu Teksi Langkawi di Dewan Kencana, Langkawi Lagoon semalam.
Tindakan segelintir pemandu teksi tersebut menyebabkan Dr. Mahathir meluahkan perasaan bahawa beliau akan meletakkan jawatan kalau ada yang tidak mahu beliau menjadi Perdana Menteri.
"Saya sendiri banyak kali kena bayaran berlebihan. Kerajaan mesti bertindak tegas supaya semua pemandu teksi berbudi bahasa, bukan ada yang baik dan ada yang jahat. Di London seratus peratus baik.
"Setakat ini lebih 40,000 orang kunjungi Tweet saya kutuk pemandu teksi biadap terhadap Dr. Mahahthir tapi persatuan teksi dedahkan itu perbuatan individu pemakan dedak dan bukan anggotanya. Ajar mereka." kata Zainuddin.
Pada sesi Pertemuan Bersama Pemandu-Pemandu Teksi Langkawi lebih 200 pemandu teksi meluahkan perasaan agar perkhidmatan Grab diharamkan kerana didakwa menyebabkan punca perkhidmatan mereka tergugat.
Dr. Mahathir mengulangi pendirian bahawa perkhidmatan e-hailing Grab tidak akan dihapuskan untuk mewujudkan persaingan antara pemandu teksi.
Bagaimanapun kata Perdana Menteri, pihaknya akan mencari kaedah terbaik bagi memastikan nasib pemandu teksi di negara ini turut dibela.-UTUSAN ONLINE


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://celahgelegar.blogspot.com/2018/10/bila-ph-berkuasa-zainuddin-maidin-saran.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+celahgelegarblogspotcom+%28CELAH+GELEGAR%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Where Did Nie Ching And Zainuddin Maidin Come From

Where Did Nie Ching And Zainuddin Maidin Come From

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 331 hits
SCHOOLS universities and other agencies under the Education Ministry are banned from subscribing to Malay broadsheetUtusan Malaysia and its weekend edition Mingguan Malaysia even if there are sponsors for them Deputy Education Minister Teo ...
Wajarkah Mahathir Letak Jawatan Kerana Pemandu Teksi

Wajarkah Mahathir Letak Jawatan Kerana Pemandu Teksi

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 765 hits
Jika ditanya adakah anda berpuashati dengan servis teksi pada hari ini Kami rasakan jawapan tidak lebih tinggi daripada bersetuju Dengan charge yang dikenakan tinggi daripada GRAB dan menggunakan alasan sukar untuk beralih kepada GRAB adala...
Mengejutkan Orang Kanan Tun Dr Mahathir Dedah Pemandu Teksi Buat Kecoh Orang Upahan Umno

Mengejutkan Orang Kanan Tun Dr Mahathir Dedah Pemandu Teksi Buat Kecoh Orang Upahan Umno

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 417 hits
Mengejutkan Orang Kanan Tun Dr Mahathir Dedah Pemandu Teksi Buat Kecoh Orang Upahan Umno
Memang Wajar Pemandu Teksi Mengamuk Di Depan Mahathir

Memang Wajar Pemandu Teksi Mengamuk Di Depan Mahathir

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 417 hits
oleh Ab Jalil Backer Dulu masa ada dua tiga kerat pemandu teksi boo PM Najib Razak kamu Pakatan Harapan seronok dan membesar besarkannya Sekarang bila kena kepada PM Mahathir Mohamad kamu hendak marah dan cakap pemandu teksi kurang ajar Kam...
Fb Mahathir Legend Mahu Terbalik Bakar Teksi

Fb Mahathir Legend Mahu Terbalik Bakar Teksi

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 284 hits
Suara Tanpa SempadanSHAH ALAM Sebuah Twitter yang dipercayai penyokong tegar Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad mengugut untuk membakar dan menterbalikkan teksi teksi Ugutan ini disuarakan selepas daripada kekecohan yang dicetuskan oleh s...
Persatuan Teksi Dakwa Perjumpaan Dengan Dr M Disabotaj

Persatuan Teksi Dakwa Perjumpaan Dengan Dr M Disabotaj

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 367 hits
Pengerusi Perjiwa Malaysia berkata individu yang menimbulkan kekecohan itu bukan anggota persatuan mereka
Geng Teksi Umum Untuk Lumpuhkan Kl Kerana Kerajaan Ph Kuat Menipu

Geng Teksi Umum Untuk Lumpuhkan Kl Kerana Kerajaan Ph Kuat Menipu

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 398 hits
Nampaknya sudah bergema ketidak puasan hati yang sangat maksimum persatuan Teksi terhadap Kerajaan PAKATAN HARAPAN Moga mereka buat himpunan raksasa dan ajar kerajaan penipu ini Kami yang marhein ni pun dah cukup berbulu dengan kerajaan asy...
Teksi Sabar Dah Hilang Agaknya

Teksi Sabar Dah Hilang Agaknya

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 339 hits
Pemandu teksi mencatat sejarah sebagai kumpulan pertama masyarakat yang bangkit dengan berdemo di bangunan Parlimen Jun lepas apabila janji pilihanraya mengenai mereka tidak dilaksanakan regim Malaysia baru Hari ini berdemo lagi dengan oran...
Thee Bold Stories Pilihan Beg Travel Untuk Pengembara Moden

Cuba Carik Dimana Dajjal Dalam Ini Gambar

Sendiri Buat Cerita Sendiri Bersorak Gila Betul Pemuda Pas Ni

Apa Jenama Tayar Yang Lembut Untuk Serap Hentakan Kereta

Breakthrough Insights New Clinical Trial Results Unveil Potential Of Incretin Therapies

Demam Denggi Simptom Rawatan Petua Sokongan

Smm Says Conditional Nod For Farhash Linked Firm Scrapped To Sue Media

Consumer Credit Law Risks Squeezing Poorer Households Further Says Think Tank


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Seorang Wanita Melecur 5 Rumah Atas Air Musnah Dalam Kebakaran Di Tawau

Drama Epok

Bila Dua Hati Belajar Memaafkan

Mykad Rosak Panduan Lengkap Cara Ganti Dengan Mudah Dan Cepat

Thailand Kemboja Bertempur Masuk Hari Ketiga 33 Terbunuh Phnom Penh Desak Gencatan Segera

Peserta Wanita Himpunan Turun Anwar Alami Sesak Nafas Dikejarkan Ke Hospital