Bila Orang Gomen Naik Gaji


 

Tak perlulah saya hurai secara teknikal, terperinci, dan spesifik pelarasan gaji baharu bagi penjawat awam yang diumum semalam oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Kesimpulannya gaji mereka naik.
Sebaik berita pengumuman disiar, seorang kenalan yang menganggotai kumpulan sembang WhatsApp (yang saya juga berada di dalamnya) melahirkan kesyukuran kerana kerajaan naikkan gaji. 
Alhamdulillah buat kakitangan kerajaan dan pesara kerajaan, kata beliau. Kenalan saya itu sudah bersara daripada perkhidmatan awam.
Berkata pula seorang lagi kenalan yang juga orang pencen: 
Dari segi kadar nampak reasonable tapi dari segi amaun, naik gaji banyak sebab bosku dah bagi gaji tinggi. Saya tidak faham apa yang beliau maksudkan. Tidak pula saya cuba dapatkan penjelasannya. Cuma bertanya pada diri sendiri adakah si pencen itu tidak sependapat dengan kawannya tadi yang bersyukur?
Realitinya penjawat awam boleh dianggap golongan bertuah. Mereka sering dapat increment, dapat bonus tahunan, dapat duit raya setiap tahun, dan kerap juga dapat one-off payment.
Semasa PKP waktu pandemik Covid-19 dulu, kakitangan kerajaan tenang-tenang saja sebab akhir bulan gaji tetap masuk. Tidak seperti orang yang hilang sumber pendapatan waktu itu. Tidak pernah ada retrenchment kakitangan kerajaan. Mereka yang tidak berdisiplin dan sebagainya bukan mudah untuk disingkir, kecuali kesalahan yang dilakukan amat besar.
Umum tahu ada kakitangan kerajaan yang dedikasi, kerja keras, rajin, dan bertanggungjawab. Diakui juga ada kaki ponteng, kuat ambil MC, datang lambat, kerja sambil lewa.
Hakikatnya kedua-dua golongan dapat kenaikan gaji, walaupun PMX kata mereka yang malas dan ponteng tidak akan merasai kenikmatan gaji naik kali ini. Untuk ini terjadi bos-bos mereka mesti gigih mengasingkan the rotten from the good ones. Easier said than done.
Saya tak tahu berapa gaji orang gomen sekarang tetapi kata kawan yang tahu akan skim gaji kerajaan, gaji mereka bukan rendah macam dulu bila mana ramai termasuk saya tidak minat kerja kerajaan.
Namun yang membimbangkan apabila gaji orang gomen naik harga barangan turut naik. Bak kata tajuk berita akhbar Kosmo 15 Ogos lalu: Esok gaji ‘gomen’ naik, jangan pula lusa harga barang mahal.
Kata pakar ekonomi Zarinah Yusof yang dipetik FMT, kenaikan penjawat awam boleh membantu mengimbangi kos sara hidup dan bukan punca peningkatan harga barangan secara langsung.
Menurut beliau kenaikan harga barangan secara umumnya berlaku apabila terdapat kekurangan bekalan, permintaan tinggi, kos bahan mentah meningkat, dan kejatuhan mata wang.
Saya bukan pakar ekonomi tetapi apa yang saya lihat selama ini bila gaji kakitangan kerajaan naik harga barangan pun melambung. Itu realiti yang tidak boleh dinafikan. Maka orang yang gajinya tak naik, pekerja swasta, bekerja sendiri, termasuk golongan peniaga tertentu terkesan. Terpaksa hadap barangan mahal.
Apa pun majoriti rakyat tidak marah dan tak jaki kakitangan kerajaan dapat kenaikan gaji. Yang diminta seperti yang dilapor akhbar The Star semalam yakni sebelum pengumuman Anwar ialah 
Malaysians hope civil servants’ pay raise will mean better service. Boleh?
CNA Singapura melaporkan langkah mengejut PMX melantik seorang pegawai daripada luar ‘kelompok pegawai kerajaan elit’ untuk jawatan ketua setiausaha negara memecah ‘tradisi’ dan isyarat 
serious reforms in the public sector are underway.
Menurut CNA lagi, 
Close advisors to Mr Anwar acknowledge that when the premier took power after the country’s November 2022 general election, he privately declared that bringing greater discipline and professionalism was his top priority in the public sector workforce where corruption had become rampant.
Jadi adakah Anwar akan keluarkan rotan sekarang selepas beri apa yang kakitangan kerajaan mahu? Pasti PMX expects them to deliver. Ertinya semua penjawat awam kerja kuat untuk perkhidmatan cemerlang yang rakyat mahu? Kakitangan yang jahat tidak akan buat jahat lagi? Yang suka rasuah tidak makan suap lagi? Sebab gaji dah sedap sekarang?
Oleh kerana pengumuman kenaikan gaji dibuat pagi semalam khutbah Jumaat juga bercakap mengenainya. Khatib mengingatkan nilai positif bukan sahaja akan memberi kebaikan kepada individu pekerja, ia memberi impak besar kepada tatakelola pentadbiran dan rakyat keseluruhannya.
Oleh kerana majoriti kakitangan kerajaan terdiri daripada orang Melayu beragama Islam pasti yang lelaki sudah mendengar khutbah semasa di masjid untuk mendirikan sembahyang Jumaat semalam.
Yang wanita bolehlah Google khutbah Jumaat 16 Ogos 2024 berjudul 
Nilai dipelihara, Produktiviti diperkasa. Semuanya akan terbentang. Kalau boleh layan video kelakar di TikTok takkan tak boleh hayati khutbah, betul tak?
Saya akhiri penulisan ini dengan petikan khutbah itu:

Tanamkan muraqabah (menyakini bahawa diri kita sentiasa dalam pengawasan Allah) dan dengan itu kita akan lebih cermat dalam menunaikan amanah yang telah diberi. Ingatlah bahawa setiap pekerjaan yang kita lakukan di dunia ini akan dihisab di akhirat kelak.
Eloklah kakitangan kerajaan menghayati peringatan itu. Melainkan mereka sudah tak kisah tuntutan agama. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/08/bila-orang-gomen-naik-gaji.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Beri Naik Gaji Pun Ada Penjawat Awam Bising Rupanya Dia

Beri Naik Gaji Pun Ada Penjawat Awam Bising Rupanya Dia

papar berkaitan - pada 17/8/2024 - jumlah : 147 hits
Naik gaji pun ada penjawat awam bising rupanya dia HarapandailyAda juga penjawat awam yang bising walaupun bakal menikmati peningkatan pendapatan antara 16 8 hingga 42 7 peratus Seorang pengguna X SaifulAdn berkongsikan tangkap layar seoran...
Gaji Naik Tinggi Kerja Harus Terbaik

Gaji Naik Tinggi Kerja Harus Terbaik

papar berkaitan - pada 16/8/2024 - jumlah : 88 hits
Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan pelarasan gaji sebanyak 15 peratus kepada pegawai kumpulan pelaksana dan pegawai kumpulan pengurusan dan profesional Manakala bagi pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi pula pelarasan gaji akan diberika...
Kerajaan Umum Gaji Penjawat Awam Naik 15 42 Peratus Ikuti Contoh Pengiraan

Kerajaan Umum Gaji Penjawat Awam Naik 15 42 Peratus Ikuti Contoh Pengiraan

papar berkaitan - pada 8/8/2024 - jumlah : 283 hits
Kerajaan Umum Gaji Penjawat Awam Naik 15 42 Peratus Kerajaan Umum Gaji Penjawat Awam Naik 15 42 Peratus Kerajaan Malaysia telah mengumumkan berita yang menggembirakan bagi penjawat awam di seluruh negara Dalam langkah untuk meningkatkan kes...
Pegawai Kerajaan Ni Patut Tak Boleh Bagi Naik Gaji Ni

Pegawai Kerajaan Ni Patut Tak Boleh Bagi Naik Gaji Ni

papar berkaitan - pada 6/8/2024 - jumlah : 103 hits
Jamzuri ArdaniIni memalukan Pegawai pegawai kerajaan yg perangai mcm ni sepatutnya tak ada tempat dlm kerajaan madani Menteri KBS jgn lembik kasi ajar cukup cukup
Video Pdip Kritik Nota Keuangan Jokowi Beban Gaji Pns Era Prabowo Naik Bansos Turun

Video Pdip Kritik Nota Keuangan Jokowi Beban Gaji Pns Era Prabowo Naik Bansos Turun

papar berkaitan - pada 20/8/2024 - jumlah : 89 hits
Fraksi Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan mengkritik postur belanja negara era Prabowo Subianto yang disusun oleh Pemerintahan Presiden Joko Widodo
Kira Gaji Anda Disini

Kira Gaji Anda Disini

papar berkaitan - pada 16/8/2024 - jumlah : 75 hits
2024 eCentral ilishing family Serba Digital Sdn Bhd 201801017213
Boleh Semak Gaji Baharu

Boleh Semak Gaji Baharu

papar berkaitan - pada 5/8/2024 - jumlah : 97 hits
Penjawat awam boleh menyemak dan mengetahui kadar baharu gaji pada minggu depan susulan pelarasan gaji menerusi Sistem Saraan Perkhidmatan Awam yang diperkenalkan kerajaan Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Mohd Shaiful Ibrahim...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik