Bila Muhyiddin Dapat Disingkirkan 18 Mei Julai November 2021 2023




Berdepan tekanan yang berterusan, khususnya daripada UMNO yang terus menagih pelbagai habuan dan jawatan, persoalan yang banyak dibualkan ketika ini ialah sampai bilakah kerajaan PN yang meletakkan Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ini mampu bertahan?Sehingga ini, selain UMNO menuntut lebih banyak jawatan di peringkat Pusat, UMNO di Sabah, melalui surat Zahid Hamidi kepada Muhyiddin, mereka juga menuntut jawatan dalam kerajaan dan GLC untuk empat pemimpin negeri itu.Dalam perkembangan mutakhir, di sebalik Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan menolak tawaran jawatan dalam GLC, Ahli MT UMNO, Abdul Rahman Dahlan menegaskan, pemimpin nombor dua UMNO itu sepatutnya dilantik sebagai menteri atau timbalan perdana menteri oleh Muhyiddin.Sekali fikir, kalau ditawarkan jawatan menteri, tentu mustahil Tok Mat Hasan menolaknya, apa lagi jika ditawarkan jawatan timbalan perdana menteri.Selain itu, kritikan beberapa pemimpin UMNO terhadap Azmin Ali berhubung penolakan 9 negeri untuk melaksanakan PKPB turit dilihat sebagai suatu bentuk tekanan secara tidak langsung terhadap Muhyiddin.Dengan semua ini, hubungan UMNO dengan Muhyiddin dan Bersatu dalam PN, kalau pun belum retak, ia bolehlah dikata dalam keadaan suam-suam kuku situasinya.Meskipun Muhyiddin mengatakan rakyat sudah muak dengan cerita-cerita politik, tetapi bagi UMNO, mereka tidak pernah muak melakukan tuntutan dan tekanan sehinggalah semua kehendak mereka dipenuhi.Secara umumnya, sekurang-kurangnya ada lima cabaran di depan Muhyiddin yang boleh menyebabkan beliau hilang jawatannya dan dengan tekanan berterusan daripada UMNO, sampai bilakah kemampuannya untuk bertahan?Pertama, sidang Parlimen 18 Mei depan ini adalah penangguhan daripada tarikh asal yang yang sepatutnya pada 9 Mac. Ia ditangguhkan berikutan Muhyiddin baru mengangkat sumpah pada 1 Mac dan kerana bimbang usul tidak percaya akan dikemukakan terhadapnya, beliau telah menangguhkannya kepada 18 Mei.Oleh kerana wabak Covid-19 sedang melanda, sidang Parlimen 18 Mei nanti hanya diadakan selama sehari dan sesuai dengan surat pemberitahuan kepada Ahli-Ahli Parlimen bahawa tiada usul, pertanyaan lisan atau sessi soal jawatan, kemungkinan besar tiada usul undi tidak percaya dapat dikemukakan pada hari tersebut.Tetapi, selain PH berterusan mendesak agar sidang Parlimen penuh selama 14 hari diadakan, terbaru, Ahli-Ahli Parlimen Bersatu yang pro Tun Mahathir Mohamad, Warisan dan PH telah pun bergabung tenaga membuat desakan yang sama.Kesepakatan baru ini tentu saja tambah menggerunkan Muhyiddin, apalagi Tun Mahathir sudah memutuskan untuk duduk di barisan pembangkang bersama PH di dalam Parlimen.Untuk itu, sidang Parlimen 18 Mei ini, kalau pun usul undi tidak percaya tidak berjaya dikemukakan kerana keengganan Muhyiddin mengadakan sidang penuh, imej beliau sudah pun tambah merudum dan beliau lebih dilihat sebagai pemimpin yang penakut.Kedua, sidang Parlimen seterusnya pada bulan Julai tidak dapat dielakkan daripada diadakan, selain untuk membentangkan banyak rang undang-undang yang tertangguh, ia juga perlu untuk membahas titah ucapan Yang Dipertuan Agong yang disampaikan baginda pada 18 Mei sebelumnya.Dalam sidang itu nanti, sukar untuk Muhyiddin mengelakkan diri daripada berdepan usul undi tidak percaya terhadapnya. Mahu tidak mahu, bellau mesti mempersiapkan 112 Ahli Parlimen cukup dengan habuan jawatan serta kedudukan sebelum bermulanya sidang Parlimen Julai yang dijadual pada 13 Julai hingga 27 Ogos.Ada seorang dua yang berkecil hati atau berasa jawatan yang diberikan tidak sepadan dengan martabat diri, bererti kedudukan Muhyiddin berada dalam bahaya.Begitu pun, kejayaan usul undi tidak percaya itu juga bergantung kepada sejauh mana Tun Mahathir, Anwar Ibrahim dan PH dapat mencapai persefahaman untuk bekerjasama semula.Gerakan Tun Mahathir secara sendirian atau Anwar secara sendirian, tidak mungkin mampu membuahkan kejayaan untuk menjatuhkan Muhyiddin dan mahu tidak mahu, mereka mesti bergabung semula.Tetapi dengan kesediaan Tun Mahathir untuk duduk di barisan pembangkang bersama PH dan setujunya beliau mengeluarkan kenyataan media bersama PH serta Warisan menuntut sidang Parlimen semalam dengan sendirinya memperlihatkan persefahaman dengan Anwar hampir pasti terjalin semula.Ketiga, sekiranya usul undi tak percaya kepada Muhyiddin tidak berjaya dibawa pada Sidang Parlimen Julai disebabkan Speaker tidak memberi laluan kerana mahu mendahulukan usul-usul kerajaan, usul tersebut boleh dibawa semula pada Sidang Parlimen seterusnya yang dijadual 28 September hingga 26 November.Namun, jika kerajaan terus berhelah tidak membenarkannya juga, pihak pembangkang atau PH boleh melakukannya dengan cara tidak menyokong kelulusan Belanjawan 2021.Jika pembangkang berjaya menolak kelulusan Belanjawan 2021, kerajaan yang dipimpin oleh Muhyiddin selaku Perdana Menteri akan tumbang dengan sendirinya.Keempat, tahun 2021 adalah tahun pemilihan bagi UMNO dan tahun tersebut adalah kritikal bagi Zahid Hamidi dari segi mempertahankan jawatannya selaku Presiden UMNO.Kiranya menjelang tahun 2021 iaitu tahun depan, belum ternampak tanda-tanda Muhyiddin sedia campurtangan dalam kes mahkamah yang sedang dihadapi Zahid Hamidi, Najib Razak dan lain-lain pemimpin UMNO, ramai yang percaya bahawa UMNO akan menarik diri keluar daripada PN.Keghairahan UMNO menggugat kerajaan PH sehingga ia tumbang bukanlah kerana faktor DAP, Melayu terancam, Islam tergugat atau apa-apa sebab yang lain, sebaliknya faktor terbesarnya ialah kerana kes mahkamah yang sedang dihadapi beberapa pemimpinnya, terutama Zahid Hamidi dan Najib Razak.Harus disedari bahawa tanpa kesediaan Muhyiddin untuk campurtangan dalam kes mahkamah yang sedang dihadapinya, Zahid Hamidi hampir pasti akan kehilangan jawatan Presiden UMNO yang disandangnya jika beliau dicabar oleh pemimpin lain yang ada jawatan menteri dalam kerajaan.Dalam budaya UMNO, di mana ada gula, disitulah banyak semut akan datang.Setelah bersusah payah bekerjasama menyokong Muhyiddin menjadi Perdana Menteri, Zahid Hamidi pasti tidak mahu ia akhirnya akan menyebabkan beliau kerugian dengan kehilangan jawatan Presiden UMNO yang disandangnya sekarang.Pemimpin UMNO lain yang ada kes mahkamah juga lebih mungkin bersama Zahid Hamidi dalam perkara ini.Situasi kelima iaitu PRU15 yang dijangka bakal diadakan pada tahun 2023 adalah merupakan tarikh mati yang tidak dapat dielakkan bagi PN berdasarkan pengesahan Timbalan Presiden UMNO, Tok Mat Hasan yang mengatakan parti itu hanya mahu bekerjasama dengan Pas melalui Muafakat Nasional dalam pilihanraya tersebut.Dengan UMNO, BN dan Pas bakal bergabung dalam MN untuk berhadapan dengan PH yang dalam PRU15 akan datang, Bersatu pro Muhyiddin yang sekarang bersama UMNO, Pas dan GPS membentuk kerajaan PN tanpa berdaftar, hanya akan terbiar sendirian tanpa teman yang meyakinkan untuk memenangi pilihanraya.Berdasarkan lima situasi cabaran tersebut, sampai ke tahap manakah Muhyiddin mampu bertahan?Paling ramai menjangkakan, terutama melihat tekanan UMNO yang makin mencengkam, Muhyiddin diramal tidak mungkin mampu membawa hayat politiknya melepasi tahun 2021. (ShahbudinHusin 05/05/2020)




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/05/bila-muhyiddin-dapat-disingkirkan-18.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahkamah Syariah Selangor Dibuka Mulai 13 Mei Jakess

Mahkamah Syariah Selangor Dibuka Mulai 13 Mei Jakess

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 333 hits
SHAH ALAM 4 MEI Operasi hadir secara fizikal tanpa janji temu di mahkamah syariah seluruh negeri ini bermula 13 Mei depan kata Jabatan Kehakiman Syariah Selangor Unit komunikasi korporatnya memaklumkan waktu operasi tersebut adalah dari Isn...
Pelanggar Mudik Akan Dikenakan Sanksi Denda Rp 100 Juta Mulai 7 Mei Hingga 31 Mei 2020

Pelanggar Mudik Akan Dikenakan Sanksi Denda Rp 100 Juta Mulai 7 Mei Hingga 31 Mei 2020

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 252 hits
Pemerintah akan mengambil sikap tegas kepada para pemudik yang nekat pulang ke kampung halamannya di tengah pandemi Covid 19 Larangan mudik yang dikeluarkan oleh pemerintah tidak hanya sekadar pencegahan agar para perantau tidak mudik tetap...
Puncak Dolar Pada Mei Masa Pengharapan

Puncak Dolar Pada Mei Masa Pengharapan

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 337 hits
Bulan terakhir musim bunga adalah masa berbunga hijau yang subur dan yang mengejutkan kedengarannya merupakan puncak kejayaan mata wang AS Dolar AS menggunakan dikenali sebagai hijau mekar seperti bunga di bidang kewangan Namun terdapat ban...
Gbp Usd 4 Mei Laporan Cot Briton Memperoleh Kembali Kepercayaan Pemain Pasaran Utama Spekulator Meningkatkan Penjualan

Gbp Usd 4 Mei Laporan Cot Briton Memperoleh Kembali Kepercayaan Pemain Pasaran Utama Spekulator Meningkatkan Penjualan

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 324 hits
Pasangan Mata Wang GBP USD Carta 1 JamSelamat petang pedagang Menurut carta 1 Jam pasangan mata wang GBP USD terus jatuh pada sebahagian besar hari Jumaat dan sepanjang hari Isnin Oleh itu pada masa ini harga pasangan telah mencapai sempada...
Bayaran Fasa Kedua Bantuan Prihatin Nasional Mulai 04 Mei 2020 Hingga 15 Mei 2020 Secara Berperingkat

Bayaran Fasa Kedua Bantuan Prihatin Nasional Mulai 04 Mei 2020 Hingga 15 Mei 2020 Secara Berperingkat

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 520 hits
Bayaran Fasa Kedua Bantuan Prihatin Nasional Mulai 04 Mei 2020 Hingga 15 Mei 2020 Secara Berperingkat Pembayaran fasa kedua akan dikreditkan terus ke akaun bank dan akan dibuat secara berperingkat Jumlah bayaran adalah seperti berikut B40 I...
I Akaun Kwsp Dikreditkan Bermula 4 Mei

I Akaun Kwsp Dikreditkan Bermula 4 Mei

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 405 hits
Pengeluaran i Akaun KWSP yang diluluskan akan dikreditkan ke dalam akaun bank ahli bermula 4 Mei sehingga 18 Mei ini Lebih 3 51 juta permohonan diluluskan berjumlah RM1 66 bilion
Mahkamah Dibuka Secara Berperingkat Mulai 13 Mei

Mahkamah Dibuka Secara Berperingkat Mulai 13 Mei

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 323 hits
PUTRAJAYA 4 MEI Kes kes yang telah ditetapkan untuk pendengaran di mahkamah terbuka akan bermula secara berperingkat mulai 13 Mei ini Menurut kenyataan yang dikeluarkan Unit Komunikasi Korporat Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan K...
Pelan Perdagangan Pasangan Mata Wang Eur Usd Untuk 5 Mei 2020

Pelan Perdagangan Pasangan Mata Wang Eur Usd Untuk 5 Mei 2020

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 275 hits
Gambaran Teknikal Pasangan mata wang EUR USD menyusut lebih rendah selepas mencapai tahap tinggi 1 1020 pada minggu lalu Pembetulan mungkin mendapat sokongan berhampiran tahap 1 0800 ditandai sebagai gerhana pada carta di sini Juga bahagian...
Pergerakan Harga Usdx Untuk 05 Mei 2020

Pergerakan Harga Usdx Untuk 05 Mei 2020

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 421 hits
Sekiranya kita melihat carta 4 jam untuk USDX kita melihat perbezaan antara CCI dan harganya Berdasarkan indikator teknikal kemungkinan besar indeks USD akan bergerak berhampiran liquidity pool 99 60 dan akan mengisi liquidity void BUY Stop...
Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

15 Creative Diy Fall Garlands To Spruce Up Your Autumn D Cor

Rare Footage Of Fish Rescuing Friend From Snake Catches Netizens Attention

Kacang Pool Roti Rentung Pertama Kali Merasainya

Resepi Tenggiri Masak Sambal Ala Arab Zigni Yemeni

Pengalaman Naik Mahkamah Saman Jpj Bila Kereta Tiada Roadtax Dan Insuran