Bila Marah Sukar Kawal Baran Tangan Pun Sama Naik Time Out Ibu Ini Berkesan


Lain orang, lain cara mendidik anak. Tapi jika cara itu baik dan berkesan untuk ibu bapa dalam membesarkan anak-anak apa salahnya. Masing-masing ada impian untuk melihat anak-anak kita jadi ‘orang’.
Sebab itulah dalam situasi kita nak mengajar sesuatu yang elok untuk anak akan ada cabaran. Sama ada kita sabar atau tak kerana semua itu akan diingat sampai bila-bila.
Perkongsian dari seorang ibu ini, Nazia Suhaimi mengenai caranya mengawal sikap marah dan elakkan tangan naik ketika memarahi anak mungkin boleh dijadikan panduan. Walaupun tak dapat banyak, sikit pun ok dengan tujuan kita nak anak-anak dapat pengajaran dari itu.
Orang kata jangan upload gambar anak-anak kena denda dekat medsos, nanti kasihan pada anak. Tapi percayalah, saya bukan suka-suka nak up. Ada kisah di sebalik gambar ini.
Masa saya balik kampung, saya berbual dengan sepupu saya. Saya mengeluh, saya cakap saya selalu pukul anak-anak bila marah. Dalam keadaan marah tu, sukar nak kawal sebab saya baran. Kalau dah naik angin, tangan pun sama naik.
Sepupu saya tegur, dia cakap apa kata Nazia cuba denda anak berdiri menghadap dinding? Boleh mula seawal usia anak mula faham arahan. Saya tanya nak diri berapa lama? Jawabnya kalau;
2 tahun = 2 minit
3 tahun = 3 minit
4 tahun = 4 minit
Katanya lagi, anak-anak akan faham dia buat salah bila kita denda dia begitu.
Baik, saya cuba.
Lepas balik dari kampung, ada sekali tu Mawar buat perangai lagi. Saya dah nak marah sangat dah ni, rasa baran tu dah datang tiba-tiba saya teringat kata-kata sepupu saya.
Terus saya tunjuk berdiri dekat dinding. Mula-mula Mawar tak nak, saya dah mula naik berang lagi (masa ni baran betul-betul tak dapat kawal) saya tarik Mawar berdiri menghadap dinding. Mawar menangis meraung.
Saya pekakkan telinga. Saya tengok jam, baik 2 minit. Jarum panjang mula bergerak menjalankan tugas.
Tik tok tik tok. Rasa lama sungguh.
Dalam masa 2 minit itu jugalah sebenarnya saya tertampar dengan diri sendiri. Rasa marah meluap-luap macam gunung berapi tadi mula beransur pergi.
Saya lihat Mawar masih lagi menangis.
Sedihnya..
Ya Allah.. Sedihnya tengok anak menangis. Sebelum ini aku selalu pukul Mawar. Aku tak peduli pun janji hati aku puas memukul tapi hari ni tengok ni Ya Allah.. Hari ni aku tak pukul anak..
Saya kesat air mata. Sudah cukup 2 minit.
“Mawar, meh sini” panggil saya yang duduk sedikit jauh dari Mawar. Saya mendepakan tangan.
“Mamiiiiiiii” Mawar teresak-esak berlari anak memeluk saya. Allah Allah.. Sedihnya Ya Allah.. Sayang anak yang ini.
“Mawar tahu kenapa mami denda?” nada suara saya mula lembut. Mawar menggeleng sambil lap air mata.
“Sebab tadi Kakak dah buat salah. Kakak tak boleh buat macam tu” (sambil tunjuk kesalahan itu.)
“Nahh, kalau Kakak buat lagi, mami denda lagi ya. Denda diri dekat dinding lagi.”
Mawar mengangguk perlahan. Esakan tadi mula kendur. Kepalanya masih tunduk takut nak memandang saya.
“Mawar..”
“Sayang Kakak..” terus saya merangkul tubuh kecil ini.
“Mami minta maaf sebab selalu marah-marah..” air mata saya menitis lagi.
Bahasa badan Mawar mula lembut. Agaknya sebelum ini memang takut benar dia dengan saya. Itulah kali pertama saya denda Mawar cara hadap dinding.
Mula-mula saya tak percaya, akhirnya saya faham;
1. Selepas beberapa kali saya denda cara begini, selepas tempoh denda saya terangkan pada anak-anak apa kesalahan mereka jadi mereka lebih faham apa yang kita larang.
2. Anak-anak akan mula menangis dan meraung pada permulaan metod ini, lama-lama mereka faham, bila buat salah mereka sendiri berdiri menghadap dinding.
3. Tempoh denda anak tadi juga tempoh untuk kita sebagai ibu bapa reflects kesalahan diri. Juga tempoh untuk kita bertenang.
4. Bila kita sudah bertenang, kita lebih rasional untuk bercakap dengan anak-anak.
5. Marah-marah sebenarnya tidak menyelesaikan masalah.
Akhirnya, baru saya sedar. Kalau saya marah-marah, anak-anak tak dapat mesej apa yang saya nak sampaikan.
Bila mesej tak sampai, anak-anak akan buat lagi kesalahan yang sama. Bila buat lagi, kita marah lagi. Sudahnya, kita tak berganjak dari circle yang sama.
Terima kasih sepupu, saya mula bergerak mencari ilmu parenting dari titik peristiwa ini.
Sumber: Nazia Suhaimi
 
The post Bila Marah Sukar Kawal Baran, Tangan Pun Sama Naik. Time-Out Ibu Ini Berkesan  appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/bila-marah-sukar-kawal-baran-tangan-pun-sama-naik-time-out-ibu-ini-berkesan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Seronok Anak Bertunang Ibu Sarung Cincin Siap Cium Tangan Bakal Menantu

Seronok Anak Bertunang Ibu Sarung Cincin Siap Cium Tangan Bakal Menantu

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 909 hits
Pertunangan merupakan satu fasa sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan Dalam masyarakat Melayu bertunang itu adalah simbolik bahawa gadis tersebut sudah mempunyai bakal suami dan akan berkahwin tidak lama lagi Bertunang juga boleh diangga...
Tak Payah Marah Marah Lagi Ibu Bapa Boleh Cuba Cara Psikologi Ini Untuk Denda Anak

Tak Payah Marah Marah Lagi Ibu Bapa Boleh Cuba Cara Psikologi Ini Untuk Denda Anak

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 482 hits
Memang tidak mudah untuk mendidik anak tambah tambah pula dengan sikap anak kecil yang tidak mendengar kata dan suka melawan menyebabkan ibubapa mudah hilang kesabaran dan naik hantu Tak elok juga jika sering marah dan memukul anak kerana p...
Marah Sekalipun Elakkan Pukul Atau Menampar Anak Guna Tangan Nanti Lagi Degil

Marah Sekalipun Elakkan Pukul Atau Menampar Anak Guna Tangan Nanti Lagi Degil

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 465 hits
Kebanyakan ibu bapa rasa didikan pada anak anak dah betul Tapi sedarkah kita cara mendidik itu buat anak memendam rasa hinggakan depan kita anak berpura pura baik sedangkan di belakang kita anak buat perangai yang ibu bapa pun sendiri tak j...
Kadar Penularan Cepat Punca Sukar Kawal Koronavirus Kajian

Kadar Penularan Cepat Punca Sukar Kawal Koronavirus Kajian

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 255 hits
Penumpang kereta api dari Wuhan diperiksa ketika tiba di Beijing foto AgensiLONDON Setiap orang yang dijangkiti dengan koronavirus menyebarkan penyakit itu kepada dua dan tiga orang yang lain menurut dua analisis ilmiah mengenai wabak ini S...
Video Ibu Ibu Caci Maki Penjual Cilok Kekasih Putrinya Ga Selevel Sama Anakku

Video Ibu Ibu Caci Maki Penjual Cilok Kekasih Putrinya Ga Selevel Sama Anakku

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 268 hits
Video ini tengah viral menjadi perbincangan pengguna media sosial baik di Twitter maupun Instagram Video tersebut pertama kali diunggah ke Twitter oleh akun WiraWir55057907 Dalam video itu terlihat seorang penjual cilok yang tengah dicaci m...
Muka Muda Tapi Tangan Nampak Tua Cuba 8 Tips Berkesan

Muka Muda Tapi Tangan Nampak Tua Cuba 8 Tips Berkesan

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 426 hits
Lumrah wanita untuk sentiasa tampil cantik maka tidak hairan kebanyakan wanita mengambil pelbagai inisiatif dalam melambatkan proses penuaan kulit agar sentiasa tampil muda remaja Namun ramai wanita hanya menumpukan penjagaan kulit wajah sa...
Sengaja Celup Tangan Bayi Jagaan Beberapa Kali Dalam Periuk Ibu Mengigil Tengok Rakaman Cctv

Sengaja Celup Tangan Bayi Jagaan Beberapa Kali Dalam Periuk Ibu Mengigil Tengok Rakaman Cctv

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 248 hits
Polis Singapura menahan seorang amah berusia 30 tahun kerana mendera anak majikannya yang berusia 16 bulan Wanita terbabit diberkas pada 15 Januari lalu di Block 992B Buangkok Link Butiran penuh tentang kejadian pada 14 Januari lalu itu did...
Potret Kedekatan Nia Ramadhani Dengan Ibu Mertua Sama Sama Cantik

Potret Kedekatan Nia Ramadhani Dengan Ibu Mertua Sama Sama Cantik

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 285 hits
Inilah momen kedekatan antara Nia Ramadhani dengan Tatty Murnitriati ibu mertuanya
Ardi Bakrie Pertama Kali Ajak Naik Motor Posisi Tangan Anaknya Jadi Sorotan

Ardi Bakrie Pertama Kali Ajak Naik Motor Posisi Tangan Anaknya Jadi Sorotan

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 267 hits
Untuk pertama kalinya Ardi Bakrie mengajak ketiga anak anaknya naik motor Siapa sangka bila ternyata anak anaknya menjadi sorotan warganet
The Transformative Practice Of Yoga Cultivating Mind Body And Soul

Start Your Property Journey Here Malaysia S Real Estate Trends And Opportunities

Gangguan Bekalan Air Dah Okay

Anwar Congratulates Catholics Worldwide On Pope Leo S Election

Ai As A Career Catalyst Turning Job Displacement Fears Into Employment Opportunities

We Re In Business As Usual Says Sapura Energy

Surah Al Humazah Dalam Al Quran Dan Terjemahannya

Tiada Sebab Klinik Swasta Farmasi Dapat Keistimewaan Sinar Harian 08 05 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Thailand Beri Amaran Penularan Covid 19 Menjelang Musim Hujan Pembukaan Sekolah

Tips Bajet Harian Cara Jimat Belanja Rumah Tanpa Rasa Tertekan

Rak Essential Oils Diffuser Young Living Yang Comel

Breaking News New Big Recall Now For 500 000 Volvo Vehicles Over Backup Camera Issues

Berjumpa Pengurusi Perniagaan Jerman

Pemilihan Panas Sikit