Bila Hujan Di Sepanjang Hari


Masih lagi catatan di bumi pulau Langkawi. Cerita bulan Julai, tapi ‘rajin’ sangat menulis, itu yang sampai ke bulan Ogos tak siap entri. Banyak juga catatan lain yang tertangguh. Beberapa minggu terakhir ini, ada beberapa hari dalam setiap minggu saya menemani encik suami bekerja di luar kawasan. Bila di luar, memang jaranglah saya menulis blog. Bila dah balik rumah, sibuk menguruskan hal-hal di rumah dan melayan penat badan. Umur semakin meningkat, stamina pun semakin berkurang. Lagi pula tak rajin bersenam macam blogger Nur. Kalau nak stamina sentiasa dalam keadaan baik, kenalah rajin bersenam. Bukan tak tahu, tapi itulah nak cari semangat untuk konsisten bersenam itu yang susah

Berbalik kepada cerita entri ini. Semasa hari terakhir kami di Langkawi, hujan mulai turun pada awal pagi dan berterusan sehinggalah kami naik feri pada waktu petang. Sampai di Kuala Kedah dan balik rumah di PP pun hujan masih tak berhenti. Cuma kadang-kala lebat, kadang-kala gerimis dan kadang-kala hujan berhenti seketika. Keadaan cuaca ni sesuai dengan ramalan cuaca yang saya semak sebelum ke Langkawi - diramalkan peratusan terjadinya hujan tinggi pada hari tersebut. Sebab itulah saya aturkan supaya aktiviti Mangrove Tour dibuat pada pagi hari pertama kami di sini

Kalau tak hujan, kami nak naik Cable Car untuk ke Skybridge. Tapi sebab hujan, kami menghabiskan masa dengan membeli coklat dan pusing-pusing Langkawi dengan kereta sajalah. Siap terperangkap dalam kesesakan di hadapan sebuah sekolah rendah sebab lalu pada waktu puncak (ibu bapa penjaga nak ambil anak di sekolah)

Ke mana je kami pergi? Biarlah foto-foto berikut yang meneruskan cerita…
Kami masuk ke sebuah kedai coklat yang terletak di Jalan Pantai Cenang

Coklat Whittaker’s Slab Almond Gold/Peanut - RM12.90. Ada orang kirim, kami beli juga satu bungkus Peanut. Sedap! Rugi beli satu je

Nutella Spread dan Lotus Biscoff Spread. Kami beli Lotus Biscoff Spread Crunchy 400g - RM13.90. Tertera di situ, harga promo. Kalau harga biasa di sini, tak tahulah berapa. Beli saiz kecil sebab tak pernah makan kot tak sedap. Sekarang dah sebulan, isi tinggal di dasar botol je. Sedap ke tak sedap tu? 
Stesen Petronas, Harbour Park, Jalan Pantai Kok.Singgah isi minyak kereta di stesen Petronas. Lain macam reka bentuk stesen ni. Ni gambar sisi bangunan. Nak ke tandas, kena pergi bahagian tengah bangunan. Ada lagi yang menarik di sebelah stesen minyak ni…
Kelihatan deretan kapal layar di sebelah bangunan stesen minyak. Oh, rupanya inilah Telaga Harbour Park & Marina. Sebuah pelabuhan untuk kapal layar dan perahu layar. Sementara encik suami mengisi minyak kereta, saya sibuk memotret foto di sini di dalam hujan gerimis. Nak turun ke laluan bawah tu pun boleh, tapi lain kali jelah semasa cuaca cerah. Berjalan masa hujan/mendung, foto pun kurang menarik

Macam seronok je kalau dapat belayar dengan kapal layar kan…
Pusing-pusing di pekan Kuah. Sampai di Menara MAHA yang masih dalam proses akhir pembinaan. Tapi di waktu malam sudah pun meriah dengan lampu yang bertukar warna. Boleh lihat pada video di entri INI

Selepas tu kami cari kedai makan. Buka aplikasi Google Maps, buat carian ‘makan sedap near me’. Belek satu persatu senarai kedai makan yang dipaparkan, baca ulasan, baca waktu operasi. Dah jumpa kedai, jomlah kita pergi makan. Alhamdulillah jumpa kedai makan yang sangat memuaskan hati. InsyaAllah catatannya pada entri terakhir di Langkawi





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2022/08/bila-hujan-di-sepanjang-hari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hari Ini Dalam Sejarah Imbau Kembali 15 Perkara Yang Berlaku Sepanjang Tahun 2010

Hari Ini Dalam Sejarah Imbau Kembali 15 Perkara Yang Berlaku Sepanjang Tahun 2010

papar berkaitan - pada 10/8/2022 - jumlah : 227 hits
Jom kita imbas kembali apa yang berlaku dalam tahun 2010 kira kira 10 tahun yang dahulu nampaknya banyak yang berubah dan menjadi sejarah tentang perkembangan hari ini Zaman kegemilangan BlackBerry Perasmian Burj KhalifaBangunan tertinggi d...
Make Up Tahan Lebih Lama Sepanjang Hari

Make Up Tahan Lebih Lama Sepanjang Hari

papar berkaitan - pada 27/7/2022 - jumlah : 321 hits
Assalamualaikum Make Up Tahan Lebih Lama Sepanjang Hari Apabila bekerja sepanjang hari kadang kadang dalam aircond kadang kadang di tengah panas boleh menyebabkan make up tidak tahan lama Apatah lagi apabila berpeluh Kalau pakai foundation ...
Genap 6 Bulan Hari Ni Neelofa Beri Hint Wajah Comel Muhammad Bilal

Genap 6 Bulan Hari Ni Neelofa Beri Hint Wajah Comel Muhammad Bilal

papar berkaitan - pada 30/7/2022 - jumlah : 260 hits
Sempena genap 6 bulan hari kelahiran Bilal usahawan Noor Neelofa akhirnya memberi hint wajah comel anaknya di Instagram Wow Bantal bus k favorite dia tu tutup mata tengah tidur Bukan tutup hidung ya Anak ku Muhammad Bilal genap 6 bulan hari...
Tiada Satu Hari Pun Saya Tak Ingat Arwah Nak Sangat Jumpa Dalam Mimpi Shuib

Tiada Satu Hari Pun Saya Tak Ingat Arwah Nak Sangat Jumpa Dalam Mimpi Shuib

papar berkaitan - pada 30/7/2022 - jumlah : 237 hits
Usahawan dan pelawak popular Shuib Sepahtu sukar membuang perasaan sedih atas pemergian arwah isteri Allahyarham Siti Sarah Raissuddin yang telah genap setahun meninggal dunia mengikut kalendar Islam Saya reda cuma rindu yang sangat unik Se...
Butik Ke 41 Siti Khadijah Ampang Dibuka Sambutan Hari Pertama Sangat Meriah

Butik Ke 41 Siti Khadijah Ampang Dibuka Sambutan Hari Pertama Sangat Meriah

papar berkaitan - pada 31/7/2022 - jumlah : 369 hits
BUTIK KE 41 SITI KHADIJAH AMPANG DIBUKA SAMBUTAN HARI PERTAMA SANGAT MERIAH Assalammualaikum semua Hari ini 30 Julai 2022 adalah tarikh istimewa buat jenama tempatan kesayangan ramai iaitu Siti Khadijah Selepas melalui pelbagai liku perniag...
Berakhir Mou Hari Ini Ketua Puteri Umno Gesa Disegerakan Pru 15

Berakhir Mou Hari Ini Ketua Puteri Umno Gesa Disegerakan Pru 15

papar berkaitan - pada 31/7/2022 - jumlah : 329 hits
agendaily com31 07 2022Ketua Puteri UMNO Datuk Zahida Zarik Khan Foto kredit UMNO OnlineBaharu sahaja berakhir memoramdum persefahaman antara kerajaan dengan Pakatan Harapan hari ini desakan supaya mengadakan pilihan raya umum ke 15 mula ke...
Shuib Masih Rindu Namun Sudah Reda Tiada 1 Hari Pun Tak Fikirkan Siti Sarah

Shuib Masih Rindu Namun Sudah Reda Tiada 1 Hari Pun Tak Fikirkan Siti Sarah

papar berkaitan - pada 30/7/2022 - jumlah : 275 hits
Hari ini genap setahun penyanyi terkenal Allahyarham Siti Sarah Raissuddin meninggal dunia mengikut kalender Islam Hal tersebut sememangnya sangat menyedihkan buat para peminat dan tentu saja buat suami tercinta Shuib Sepahtu Menerusi lapor...
Haqiem Stopa Rimas Dengan Gelaran Ikon Permotoran Penat Disindir Setiap Hari

Haqiem Stopa Rimas Dengan Gelaran Ikon Permotoran Penat Disindir Setiap Hari

papar berkaitan - pada 30/7/2022 - jumlah : 212 hits
Nama TikToker terkenal Haqiem Stopa rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi Setiap hari ada sahaja kisah berkenaan dirinya yang menjadi topik utama bualan netizen di media sosial Seiring dengan kecaman kecaman yang diterima nampaknya popular...
Ramai Sayu Lihat Hidayah Ziarah Pusara Abam Abang Hari Ni Sayang Bawa Anak Kita

Ramai Sayu Lihat Hidayah Ziarah Pusara Abam Abang Hari Ni Sayang Bawa Anak Kita

papar berkaitan - pada 29/7/2022 - jumlah : 238 hits
Sudah dua tahun pemergian pelawak terkenal Allahyarham Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan atau Abam Anaknya bersama isteri tercinta Siti Nurhidayah Mohd Ali iaitu Syed Uthman Hamzah Al Juffrey sudah pun berusia 3 tahun Baru baru ini Hi...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya