Bila Di Timpa Masalah Cari Tiga Jalan Ini
" Bila dirundung kebuntuan dan masalah buatlah 3 perkara ini :-
1) Zikrullah (Solat, Ingat Allah, Sebut Nama Allah, Sabar)
2) Rapatlah diri dengan ulama
3) Bertemulah dengan Wali Allah , kerana mereka milki hikmah.
Inilah nasihat daripada Syeikh Zainul Asri Hj Ramli kepada masyarakat di luar sana. Setiap manusia tidak terlepas daripada masalah yang sering di bersama-sama kita. Contohnya Naim sendiri pun tidak terlepas dari masalah jua. Apa tindakan kita kita dapat masalah? Jawapan sudah ada di atas. Kerana ia sangat kena dengan jiwa masyarakat 'awam' macam kita.
Bagi orang Islam amnya, kita tidak di beri galakan dan nasihat untuk kembali di atas jalan agama. Kalau ada masalah, jangan kita mencari bahan yang memabukkan dan jangan mencederakan diri sendiri. Kerana agama dapat membentuk peribadi kita menjadi lebih baik. Dengan ulama kerana dapat kita di beri nasihat yang berguna pada diri sendiri. Insha Allah.
Yang lebih penting di dalam kehidupan kita, jangan kita berputus asa dengan Tuhan Yang ESA. Bersangka baik kepada Allah, setiap ujian adalah Rahmat daripada Nya . Untuk mendidik jiwa kita agar rasa bertuhan itu ada. Jangan terus lalai dan alpa, Bermuasabah diri kita kembali.
Manusia sering ada masalah di hadapan hatta di belakang. Akan tetapi , jika semangat kita kuat, nescaya kita mampu menyelesaikan masalah itu sendiri kelak, dengan bantuan Allah jua. Oleh itu, jangan sekali tidak mengangkat tangan untuk berdoa. Cepat atau lambat doa itu makbul itu perkara kedua. Yang utama kewajipan berdoa adalah sangat baik. Kerana Allah bagitau, berdoalah pasti aku (Allah ) makbulkan.
Bersangka baik itu kena sentiasa ada di dalam diri kita . Kerana kelak kita di timpa musibah , jiwa kita akan berkata-kata inilah kasih sayang dan rahmat daripada Allah. Jangan sekali kali kita mencela musibah dan menyalahi Allah asbab di timpa musibah. Kerana akan membawa hati yang tidak baik..
Akhir sekali...
" Ujian adalah tarbiyyah daripada Allah, Apakah kita akan sabar atau sebalik "
Wallahualam.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://pemudattbc.blogspot.com/2019/07/bila-di-timpa-masalah-cari-tiga-jalan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+KeArahMencariRedhanya+(Ke+Arah+mencari+redhaNYA)