Bila Dah Lama Tak Update Blog
Assalamualaikum. Hai semua! Bila dah lama tak update blog, aku rasa kekok pulak menaip entri. Sudah sebulan lebih blog terbiar. Entri yang terakhir pun cerita pasal apa-apa entah mengarut jek. Apalah nak jadi dengan aku nie. Blog malas nak update, assignment pun malas nak buat.
Ini pun tiba-tiba teringat kat blog sebab beberapa hari lepas kawan baik aku beritahu, kawan dia suka baca blog aku. Malunya kite! Haha! Kadang-kadang aku rasa bersalah sebab jarang update blog. Aku dah mengecewakan hati orang yang suka baca blog aku. Kahkahkah! Tapi bila hantar assignment cincai buat last minit kat pensyarah, tak rasa bersalah pulak erk
*hentak kepala dua kali kat bantal*
Kadang-kadang aku rasa macam nak aktif blogging semula macam dulu, tapi kadang-kadang juga aku rasa macam zaman blogging aku dah berakhir. Keghairahan aku terhadap blog dah tak macam dulu lagi. Adakah ini kerana aku semakin matang dalam menilai erti sebuah kehidupan? Wehhh, macam takde kena mengena lah pulak! :B
Okay lah. Sebenarnya aku memang ada banyak cerita nak kongsi dalam blog nie tapi aku tak tahu nak mula dari yang mana satu dulu. Bila aku dah tak tahu nak mula dari yang mana, jadi aku rasa tak payah kongsi lagi senang kot. Lepas tue terus peluk bantal busuk dan scroll Instagram
By the way, minggu nie memang aku rasa penat gila sebab aku ada 4 pembentangan dalam masa 3 hari berturut-turut dan kena hantar satu assignment subjek major. Alhamdulillah. Rasa lega sikit sebab dah selesai. Minggu depan kena hantar satu laporan terjemahan, slide pembentangan yang dah diperbaiki, ujian berterusan subjek major dan yang paling nervous sekali ialah ujian akhir untuk subjek English Pronunciation Skills (100% coursework). Wish me luck! ;)
Hari Sabtu minggu depan dah start study week. Jyeah! Tak sabar nak balik rumah tapi tiket bas belum beli lagi! Risau pulak. Sebab cuti 1 Mei hari tue tiket bas habisssss! Dah 2 tahun belajar kat USM dan itulah kali pertama tiket bas ke Melaka habis. Dulu masa first year senior pernah cakap, tiket bas ke Melaka memang tak pernah habis sebab tak ramai budak Melaka kot kat sini
Bila dah lama tak update blog... Macam-macam aku sumbat dalam entri nie.
Everyone has their own story. There's a reason why they are the way they are. Think about that before you judge someone. :)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://arolpunyeblog.blogspot.com/2015/05/bila-dah-lama-tak-update-blog_23.html