Bila Dah 15 Tahun Tak Memandu
Salam dears… Yup, dah 15 tahun Mama tak memandu kereta. Sejak kahwin dengan Ayah lah, mentang mentang ada ‘drebar’, maka ku gantung saja lesen memandu tu hehe. Tapi lesen tetap renew tau setiap tahun…renew dan setakat bawa lesen je lah kehulu kehilir hehehe.
Tapi baru baru ni ada keperluan untuk Mama kembali memandu kereta. Nak tak nak, terpaksa juga, no choice! Maka, beberapa minggu sebelum Mama ‘wajib’ memandu sendiri tu kitorang buat kelas latihan memandu setiap hujung minggu.
Alahh Ayah je yang jadi cikgunya, belajar drive kat sekitar area rumah je pun. Dan ronda ronda kat kawasan parking Aeon Big yang paling dekat dengan rumah sebab situ pagi pagi memang kosong ja. So pergi balik, pergi balik laa dok pusing kot situ.
Ketar Lutut!
First time pegang stereng kereta lepas 15 tahun..fuhhh dia punya ketaqqq tu tak tau nak cakap lah. Rasa berpeluh tiak dan memulas perut pun ada. Serius ketaq weh!
Haaa gelak…gelak…korang tak dak fear of driving, korang leh laa gelak ehhh. Yang takut driving, tentu faham camna Mama rasa kan, kan? Kita geng! The struggle is real…
Alhamdulillah sekarang ni dah seminggu gak laa Mama dok drive setiap hari dan rasa takut tu semakin kurang (tapi nebes masih ada huhu).
Bab parking plak…parking mengundur (reverse parking) memang tak pandai lagi walaupun masa training lulus hehe.
Sanggup keluar awal pagi demi nak senang dapat parking
Ehh bukan takat reverse parking, parking masuk ke depan pun masih selow selow, sungguh selow… Entah brapa kali daaa dok keluar masuk, keluar masuk betulkan kereta, betul kan tayar bagi straight laa apa lah hahaha
Adehhh…bila diingat ingat, memang kecut perut wehhh. Mama memang dari dulu lagi takut driving. Sebab tu lah lepas kahwin, biar Ayah je drive. Tapi sekarang bila dah terpaksa, ku gagahkan jua lah jawab nya huhu.
Tapi…tapi…ada rasa seronok gak, rasa macam ‘I’ve gotten my independence’ gitteww. Mama kata kat Ayah, lepas ni panjang lah langkah aii. Nak pergi mana? Shopping? Tengok wayang? On enjin kereta, jalannn. Padahal sekarang ni baru berani drive dekat dekat sekangkang kera ja hahaha
Hmm korang tolong doakan moga Mama semakin berani dan yakin untuk memandu naa. Moga Mama sekeluarga sentiasa ok dan selamat ja, Aamiin.
Mana tau, kot kot pasni Mama boleh drive lagi hebat daripada Ayah kan. Kasi buat kona lipat kalah F1 driver ka….fuiyooo berangan! Hahahaha
282 total views, 123 views today
The post Bila Dah 15 Tahun Tak Memandu… appeared first on Mama Kembar Tiga.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mamakembartiga.com/2019/08/bila-dah-15-tahun-tak-memandu.html/