Bila Anjing Dap Menyalak Pasti Akan Mengikut Arahan Tuannya
ECXO Kerajaan Negeri Perak, merangkap Naib Pengerusi DAP Perak, Aziz Bari, mendakwa tiada undang-undang yang membolehkan memasang bendera terbalik boleh dikenakan tindakan!!!
Dipercayai dakwaan Aziz Bari ini adalah sebagai respon dari tindakan PDRM Johor yang menahan 4 orang di salah sebuah kilang di Johor kerana dengan sengaja telah memasang bendera Jalur Gemilang secara terbalik.
Dalam kenyataannya, Aziz berkata, "Benda ni terlalu mudah atau pun cepat disebarkan, cuma setahu saya tak ada kesalahan."
"Ada undang-undang ke yang menyatakan salah pasang bendera terbalik?"
"Cuma benda ni jangan dimainkan, jangan dipanaskan lah."
"Jadi kalau kadang-kadang tersilap atau pun terlepas pandang, jangan kata ini perbuatan tidak patriotik (atau) anti itu dan ini."
"Jangan digambarkan begitu," kata Abdul Aziz dalam satu kenyataan pada Khamis.
Bagi admin, kenyataan Aziz itu biarlah kita anggap sebagai polemik politik murahan yang bertujuan untuk mendapatkan publisiti tidak bermaruah setelah beberapa kali cubaan beliau untuk menjadi Menteri Besar Perak, yang begitu beliau idam-idamkan masih belum kesampaian.
Namun apa yang cukup admin kesali ialah sikap Aziz yang sanggup memperlekehkan maruah negara demi kepentingan politik peribadi beliau.
Menjawab kenyataan Aziz, apakah Aziz tidak tahu atau sengaja buat-buat tidak tahu atau sengaja menipu dengan mengatakan memasang bendera Jalur Gemilang secara terbalik bukan satu kesalahan dalam perundangan Malaysia.
Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 6 bulan dan denda tidak melebihi RM500 bagi individu yang disabitkan kesalahan di bawah akta tersebut, sekira melakukannya di dalam premis milik individu seperti di rumah persendirian, manakala sekiranya dilakukan di premis milik pertubuhan atau perbadanan, maka boleh dihukum penjara tidak melebihi 6 bulan atau denda tidak melebihi RM500, manakala pertubhan atau perbadanan tersebut boleh didenda tidak melebihi RM1,000.
Anggapan Aziz bahawa orang yang memviralkan atau pihak yang mengambil tindakan tegas terhadap salah laku menghina lambang kebesaran negara adalah satu anggapan yang menggambarkan tiada semangat cintakan negara pada diri beliau.
Lambang kebesaran negara seperti bendera Jaur Gemilang, Lagu Negaraku, Panji Panji Kebesaran Negara dan Jata Negara adalah bukan sahaja menjadi lambang kebesaran, malah menjadi lambang kedaulatan negara.
Kita sebagai warganya, WAJIB merasa marah dan merasa terhina bila lambang kebesaran negara diperlekehkan.
Apakah Aziz menganggap menghina lambang kebesaran negara sebagai sesuatu perbuatan yang tidak disengajakan boleh diterima?
Bagaimana pula dengan penghinaan ke atas Jata Negara oleh Kean Wong dan syarikat penerbitan buku Gerakbudaya dalam buku bertajuk 'Rebirth : Reformasi, Resistance And Hope In New Malaysia'!!!
Bagaimana pula dengan bendera Jalur Gemilang berbucu lima yang dinaikkan di dalam satu majlis rasmi ketika berita abu mayat Setiausaha Agong Parti Komunis Malaysia, Chin Peng dikatakan berjaya diseludup masuk ke dalam Malaysia?
Dan bagaimana pula dengan perbuatan memasang bendera Jalur Gemilang secara terbalik yang dilakukan hampir di seluruh negara ketika bulan kemerdekaan tahun lepas?
Layakkah mereka ini dikekalkan kewarganegaraan mereka sekiranya alasan yang diberikan adalah tidak tahu, tidak sengaja atau tidak perasan?
Dan layakkah Aziz Bari dilantik menjadi Exco Kerajaan Negeri Perak sekiranya beliau mempertahankan perbuatan terkutuk itu dengan alasan dilakukan secara tidak sengaja!!!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://theunspinners.blogspot.com/2020/08/bila-anjing-dap-menyalak-pasti-akan.html