Bila Anak Obses Pada Sesuatu Ada Tempoh Waktunya Biarkan Saja Asal Tak Jejas Rutin


Pelik bila melihat anak kita terlalu obses akan sesuatu misalnya patung dinasaur, anak patung Barbie dan sebagainya. Obsesi ini seakan sudah sebati dalam diri anak-anak kita. Berkepit 24 jam.
Menurut Dr Airil Haimi Mohd Adnan, Ketua Pusat Pengajian di UiTM Cawangan Perak dan penyelidik aktif ilmu psikologi perkembangan tahun awal serta sosiologi pendidikan usia praformal, obsesi atau minat yang mendalam akan sesuatu boleh mewujudkan rutin dalam diri si kecil sebagai titik permulaan untuknya belajar rutin yang lebih kompleks.

Menurutnya lagi, tak kira apa pun obsesi atau hobi si kecil, positifnya anak akan mempelajari struktur hidup dan mendapat keselesaan melakukan perkara yang biasa seperti pergi ke sekolah setiap hari persekolahan, duduk diam sambil memberi perhatian kepada cikgu, balik ke rumah dan membuat kerja sekolah, dan macam-macam rutin lagi termasuk beribadat, membersih diri, makan-minum dan tidur.
[embedded content]
Kuasai Kemahiran
Jelas, tidak salah untuk papa dan mama menyokong obsesi si kecil. Paling tidak, kita orang dewasa perlu bersikap neutral mengenai obsesi atau minat berkenaan sambil memberi si kecil akan pendedahan kepada perkara-perkara lain yang pasti tidak kurang menarik. Tambahan pula, di sekolah kelak anak harus mempelajari pelbagai ilmu dan bukan hanya memfokus kepada bidang minatnya sahaja!
Para pengkaji pendidikan prasekolah/praformal juga mendapati ada beberapa kesan yang amat positif apabila kanak-kanak terobsesi atau menunjukkan minat yang amat mendalam akan sesuatu.

Antaranya, mereka akan menunjukkan tempoh tumpuan (attention span) yang makin lama, meningkatkan pengetahuan dan ketekunan diri, dan melihatkan kecenderungan yang lebih besar untuk bertanya dan mencari informasi baharu.

Di rumah, mama dan papa boleh menggunakan imaginasi sendiri untuk meluaskan hobi atau obsesi si kecil berkenaan. Tanya kepadanya soalan dan minta penjelasan untuk fakta yang dia tahu, kemudian ‘cabar’ si kecil untuk menggunakan imaginasi untuk memikirkan atau mencipta idea baharu pula. Nah, pemikiran si kecil anda bakal matang dengan cepat.
Obsesi Bukan Petanda Negatif
Obsesi yang terlalu kuat terhadap sesuatu hal juga boleh menjadi petanda keadaan autisme atau seorang anak kecil yang autistik. Akan tetapi, tanpa indikator autisme lain misalnya tidak mampu memberi fokus terlalu lama, tidak suka atau mengelak sentuhan, sukar menerangkan sesuatu hal dan tidak suka bercakap – tidak semestinya memberi petanda anak anda seorang yang autistik.

Namun begitu obsesi atau minat keterlaluan yang bernilai negatif seperti terlalu taksub dengan permainan video, tablet atau aplikasi mainan telefon pintar; suka akan perkara yang kotor atau jijik; amat minat kepada hal atau perlakuan yang lebih sesuai untuk orang dewasa, dan lain-lain lagi – perlakuan seperti ini harus dipantau dan cepat dikawal.
Seperkara lagi, penyelidikan sosio-saintifik mendapati bahawa si kecil lelaki umumnya lebih berkemungkinan untuk memfokus kepada sesuatu obsesi atau hobi berbanding dengan kanak-kanak perempuan. Namun, perlu saya tekankan sekali lagi, dunia kanak-kanak pada usia pendidikan praformal 0 hingga 6 tahun penuh perubahan dan perkembangan.
[embedded content]
Seperti kebanyakan fasa pada peringkat usia ini, obsesi atau hobi kanak-kanak biasanya akan pudar dan berubah-ubah sejajar dengan masa. Pada masa yang sama, siapa tahu kerana sokongan dan dorongan papa dan mama, si kecil anda betul-betul dapat menjadi seorang Doktor Pakar, Saintis Entomologi atau Chef Profesional apabila dewasa nanti?
Semua ini nanti hasil daripada hobi, minat yang mendalam dan obsesinya yang amat keterlaluan pada usia pendidikan praformalnya suatu masa dahulu.
Tinggalkan Komen

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://beautifulnaara.blogspot.com/2019/06/bila-anak-obses-pada-sesuatu-ada-tempoh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tanggungjawab Suami Bukan Saja Bagi Nafkah Sepatutnya Bawa Anak Isteri Ke Syurga

Tanggungjawab Suami Bukan Saja Bagi Nafkah Sepatutnya Bawa Anak Isteri Ke Syurga

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 432 hits
Secara realiti memahami hati seorang isteri tidaklah rumit Sebenarnya apa yang wanita mahu adalah ingin berasa selamat ingin rasa ada ikatan emosi dan merasa yakin bahawa kita akan bersama mereka untuk seumur hidup Sepanjang tempoh perkahwi...
Biarkan Balita Main Gadget Orangtua Menyesal Saat Tahu Anak Alami Rabun Jauh Yang Tak Bisa Sembuh

Biarkan Balita Main Gadget Orangtua Menyesal Saat Tahu Anak Alami Rabun Jauh Yang Tak Bisa Sembuh

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 280 hits
Seorang balita didiagnosa rabun jauh karena sering memainkan telepon seluler selama kurang lebih satu tahun Dikutip dari China Times Xiao Man asal Jiangsu Cina dibiarkan keluarganya untuk bermain gadget selama berjam jam karena dia tenang d...
Marshmallow Elle Tudung Raya Sarung Terus Sedondon Ibu Dan Anak

Marshmallow Elle Tudung Raya Sarung Terus Sedondon Ibu Dan Anak

papar berkaitan - pada 8/6/2019 - jumlah : 488 hits
Dengan Bismillah Marshmallow Elle Tudung Raya Sarung Terus Sedondon Ibu dan Anak dengan 11 pilihan warna kesukaan ramai sudah pun berada di pasaran dan tanpa perlu tangguh tangguh lagi dah boleh anda dapatkan segera di sini Nak diingatkan s...
5 Tahun Menikah Akhirnya Fitri Tropica Hamil Anak Pertama

5 Tahun Menikah Akhirnya Fitri Tropica Hamil Anak Pertama

papar berkaitan - pada 8/6/2019 - jumlah : 293 hits
Kabar bahagia datang dari pasangan Fitri Tropica dan Irvan Hanafi Setelah 5 tahun menikah Fitri Tropica akhirnya hamil anak pertama
Jangan Paksa Anak Kecil Untuk Ikut Beraya Seperti Kita Daya Tahanya Lemah

Jangan Paksa Anak Kecil Untuk Ikut Beraya Seperti Kita Daya Tahanya Lemah

papar berkaitan - pada 8/6/2019 - jumlah : 405 hits
Semasa musim raya ni sebab sekarang musim panas maka perlu ambil langkah dalam menjaga suhu badan anak anak kecil Jika balik kampung buatlah persiapan untuk menjaga kesihatan anak anak kecil Usahalah untuk tidak membawa anak anak keluar rum...
Sambut Raya Dalam Pantang Tengok Anak Pun Anzalna Kenyang Pilih Nama Anak Berkaitan Aidilfitri

Sambut Raya Dalam Pantang Tengok Anak Pun Anzalna Kenyang Pilih Nama Anak Berkaitan Aidilfitri

papar berkaitan - pada 8/6/2019 - jumlah : 322 hits
Melalui fasa pantang semasa raya tiada masalah buat pelakon Anzalna Nasir Walau pun juadah raya terhidang dia akui sudah kenyang menatap bayinya Setelah 3 tahun menanti kehadiran cahaya mata kini bayi sulung yang dilahirkan pada Jumaat 31 M...
Prof Dr Muhaya Pesan Macam Mana Mak Ayah Boleh Sabar Dan Tak Garang Dengan Anak

Prof Dr Muhaya Pesan Macam Mana Mak Ayah Boleh Sabar Dan Tak Garang Dengan Anak

papar berkaitan - pada 8/6/2019 - jumlah : 462 hits
Ramai ibu bapa yang bertanya macam mana tak nak jadi ibu bapa yang garang pada anak Walaupun dah cuba kawal tapi akhirnya terpaksa meletup juga bila tahap kesabaran itu hilang Ada sesetengah tu cakap kalau tak garang perangai anak lagi menj...
Nak Anak Perangai Elok Ke Open House Raya Ibu Ayah Pastikan Cukup Ini Elak Mengamuk Hiper

Nak Anak Perangai Elok Ke Open House Raya Ibu Ayah Pastikan Cukup Ini Elak Mengamuk Hiper

papar berkaitan - pada 8/6/2019 - jumlah : 525 hits
Syawal sudah kini sudah dihari keempat jemputan rumah terbuka raya diterima daripada sanak saudara dan rakan taulan Bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil siap sedia dari awal supaya mood anak sentiasa terjaga Ya memang betul Hanya ibu bap...
Apa Yang Mama Perkenalkan Ketika Masuk 6 Bulan Mempengaruhi Anak Cerewet Makan

Apa Yang Mama Perkenalkan Ketika Masuk 6 Bulan Mempengaruhi Anak Cerewet Makan

papar berkaitan - pada 8/6/2019 - jumlah : 534 hits
Ibu mana yang tidak susah hati jika anak tidak mahu makan Mungkin anak anda tergolong dalam kategori picky eaters iaitu anak yang sangat cerewet dan memilih makanan tertentu Perkongsian dari Puan mengenai masalah anaknya yang kurang berat b...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp