Bila Anak Buat Salah Berulang Kali Kita Marah Tengking Rupanya Ada 1 Benda Kita Lupa Nak Buat


Melenting dan marah memang tidak dapat lari bila berhadapan dengan anak-anak yang membuat kesalahan berulang kali. Tapi apakah perkara ini betul untuk dilakukan kepada anak kecil yang masih sedang mempelajari tentang dunia ini menerusi bermain dan mencuba?

Perkongsian daripada kaunselor Puan Farhan ini benar-benar membuka mata supaya tidak terlalu bersangka negatif kepada si kecil. Siasat dan tanya dulu sebelum marah!
Sebagai manusia yang normal, kita suka bersangka sangka. Kadang kadang sangkaan kita itu menyebabkan kita selalu melihat perkara negatif dalam diri anak anak.
Kita sangka apa yang kita lihat dan fikir itu selalu benar, walaupun hakikatnya tidak semua sangkaan kita itu benar.
BANYAK KERENAH TAPI PERLU BERSANGKA BAIK
Setiap hari, dalam berhadapan dengan anak anak, terlalu banyak kerenah mereka yang kita harus hadapi. Sampai satu tahap kita susah mahu bersangka baik dengan anak anak.
PERISTIWA 1: BUKA PINTU PETI SEJUK LAMA
Pada suatu hari saya sedang sibuk memasak di dapur. Kemudian melihat anak saya membuka peti ais dan berdiri lama di depan pintu.
Kemudian, apa yang terjadi, saya marah dia kerana sangkaan saya dia mahu bermain main sahaja.
“Kakak, jangan main dalam peti ais, nanti rosak peti ais tu!”
Saya menegur dia dengan suara yang agak tinggi. Kemudian, anak saya pandang muka saya dan dengan muka yang sayu. Dia berkata
“Kakak lapar lah ibu, nak makan”
Alahai, rupanya lapar nak makan.
Saya sudah bersangka yang buruk kepada anak saya, rupa rupanya dia lapar. Mungkin sudah tidak faham sangat menunggu makanannya disediakan.
PERISTIWA 2: CURAH MAKANAN IKAN BANYAK & IKAN MATI
Saya teringat juga satu peristiwa di mana anak saya telah memasukkan makanan ikan dengan banyaknya ke dalam akuarium.
Perbuatan itu telah menyebabkan air keruh dan ada ikan yang mati.
Sangka saya, dia buat itu suka suka dan memang ada niat yang tidak baik pada ikan ikan tersebut. Saat itu saya rasa sangka kecewa dan marah. Namun, ketika itu saya sabar dan bertanya kenapa dia melakukan perbuatan itu.
Kata anak saya, dia sebenarnya mahu beri ikan makan. Ikan nampak lapar, tetapi entah bagaimana penutup makanan ikan itu terbuka dan tumpah lah makanan ikan dengan banyak.
Ketika saya dengar penjelasan dia saya terdiam. Begitu banyak sangkaan buruk kepada perbuatannya itu. Sedang hakikatnya dia sebenarnya ingin memberi ikan makan dan bukannya sengaja ingin membuat ikan tersebut mati.
IBU AYAH PERLU BERSANGKA BAIK SUPAYA DIDIKAN LEBIH BERHIKMAH
Dalam mendidik anak, kita perlu banyak meletakkan sangkaan baik kepada mereka.
Anak kacau kita solat sebenarnya dia nak solat bersama, tapi belum tahu bagaimana untuk melakukannya.
Anak suka lawan kita mungkin kerana kita selalu berkasar pada mereka.
Bermula dengan sangkaan yang baik lah kita akan semakin rajin memberi nasihat dengan lembut dan berhikmah dalam mendidik anak-anak.
TANPA SANGKA BAIK, KITA AKAN SELALU NAMPAK BURUK ANAK
Tanpa sangka baik kita akan sentiasa nampak keburukan pada anak anak. Walau kita berdoa, kita selitkan kemarahan kita, nasihat pun selalu diberi dengan bebelan yang menyakitkan.
Selalu selitkan dalam doa kita:
“Ya Allah, aku tahu anak aku baik, anak aku soleh solehah. Jika dia berbuat silap atau salah mungkin dia tidak sengaja atau dia belum mampu untuk mengawal dirinya, berilah kekuatan untuk aku melihat kebaikan dalam setiap perbuatan anak anak”
SANGKA BAIK & SABAR AKAN DIBERI GANJARAN BESAR, BERLAPANG DADALAH IBU AYAH
Saya faham nak bersangka baik dengan anak bukan mudah. Kita akan selalu rasa anak kita nakal, menyusahkan, menyakitkan hati, tak dengar kata.?
Namun, ingatlah satu perkara, Ibu bapa yang sentiasa memandang kebaikan pada anaknya, bersangka baik dan bersabar atas setiap perbuatan anak anak akan diberi ganjaran yang cukup besar.
TIADA ADA ANAK YANG NAKAL, YANG ADA HANYA ORANG TUA YANG TIDAK SABAR
“Tidak ada anak yang nakal, yang ada hanyalah anak yang belum tahu. Tidak ada anak yang nakal, yang ada hanyalah orang tua yang tak sabar. Tidak ada anak yang nakal, yang ada hanyalah pendidik yang terburu-buru melihat hasil.”
Habib Muhammad Al-Habsyi
Fikir yang baik baik, natijahnya pasti akan baik.
Sumber: Puan Farhan

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Bila Anak Buat Salah Berulang Kali, Kita Marah & Tengking. Rupanya Ada 1 Benda Kita Lupa Nak Buat appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/bila-anak-buat-salah-berulang-kali-kita-marah-tengking-rupanya-ada-1-benda-kita-lupa-nak-buat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Usap Belakang Cium Anak Kalau Tengah Marah Baru Si Kecil Lebih Tenang Senang Nak Suruh Minta Maaf Bila Buat Salah

Usap Belakang Cium Anak Kalau Tengah Marah Baru Si Kecil Lebih Tenang Senang Nak Suruh Minta Maaf Bila Buat Salah

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 312 hits
Dalam membesarkan anak anak yang masih kecil memang banyak cara yang dipraktikkan oleh setiap ibu ayah Ada yang tegas orangnya dan ada juga yang jenis lembut Memang tak dinafikan setiap orang ada cara yang tersendiri dalam mendidik anak ana...
Kalau Nak Marah Jangan Tengking Anak Tip Orang Jepun Didik Anak Jadi Pandai

Kalau Nak Marah Jangan Tengking Anak Tip Orang Jepun Didik Anak Jadi Pandai

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 464 hits
Ibu bapa di negara matahari terbit memang sangat tegas dan menitikberatkan rasa hormat menghormati sebagai budaya dalam mendidik anak anak Bahkan negara tersebut sangat terkenal dengan sikap mereka yang rajin berdisiplin dan pandai Manakan ...
Ada Benda Menumpang Dalam Anak Patung Nak Bertuan Ibu Ini Kongsi Pengalaman Seram

Ada Benda Menumpang Dalam Anak Patung Nak Bertuan Ibu Ini Kongsi Pengalaman Seram

papar berkaitan - pada 29/10/2020 - jumlah : 419 hits
Lazimnya patung menjadi pilihan ibu bapa kerana mereka yang ada anak kecil memerlukan permainan untuk merangsang perkembangan anak anak Biasa kita dengar ada sesuatu suka menumpang dalam pantung mainan yang cukup sifatnya bertujuan untuk me...
Setiap Hari Anak Anak Berebut Nak Ibu Doakan Mereka Rupanya Ini Rahsia Yang Ibu Buat

Setiap Hari Anak Anak Berebut Nak Ibu Doakan Mereka Rupanya Ini Rahsia Yang Ibu Buat

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 488 hits
Anak anak memang lumrah sukakan perhatian daripada papa dan mama Ketika mereka sedang membesarlah saat paling sesuai untuk papa dan mama mengajar mereka tentang adab dan peribadi yang baik Jangan lupa untuk sentiasa mendoakan anak jadikan a...
Rasa Nak Marah Anak Ayah Ni Ajar Caranya Hati Tenang Anak Dengar Kata

Rasa Nak Marah Anak Ayah Ni Ajar Caranya Hati Tenang Anak Dengar Kata

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 483 hits
Anak kecil ni lagi di marah lagi teruk perangainya Kenapa jadi macam ni Sebabnya anak belajar dari apa yang kita buat pada mereka Cara kita tengking pukul marah marah sebenarnya buat anak fikir mereka pun boleh buat seperti itu juga jika ra...
Bertuah Punya Anak Tiga Kali Tambah Sabun Baju Tetap Bvsuk Bila Diper1ksa Rupa Rupanya

Bertuah Punya Anak Tiga Kali Tambah Sabun Baju Tetap Bvsuk Bila Diper1ksa Rupa Rupanya

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 396 hits
Menjaga anak anak yang sedang aktif diakui bukanlah perkara yang mudah Kesab4ran dari segi emosi dan ment4l sangat penting dalam mendidik anak yang bermacam macam rag4m ini Seperti perkongsian seorang individu di laman facebook Anak Sepahka...
Semangat Mommy Meneran Ingatkan 3kg Rupanya Syaheera Syukur Allah Mudahkan Perjalanan Bersalin Kali Ni

Semangat Mommy Meneran Ingatkan 3kg Rupanya Syaheera Syukur Allah Mudahkan Perjalanan Bersalin Kali Ni

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 290 hits
Rezeki melahirkan anak sememangnya berbeza beza Ada yang mengambil masa yang lama ada pula yang cukup mudah melahirkan Bagi isteri Fad Bocey Syaheera Rahman dia bersyukur kelahiran anak keempatnya dipermudahkan Allah Selamat melahirkan bayi...
Lepas Tengok Isteri Meneran Pertama Kali Tengok Proses Bersalin Cef Naem Insaf Nak Lebih Hargai Sayang Isteri

Lepas Tengok Isteri Meneran Pertama Kali Tengok Proses Bersalin Cef Naem Insaf Nak Lebih Hargai Sayang Isteri

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 513 hits
Pengalaman menyaksikan sendiri isteri bersalin di depan mata tentunya membuatkan suami tahu betapa besarnya pengorbanan seorang isteri Proses bersalin yang ibaratnya perjuangan bertarung nyawa demi melahirkan zuriat sendiri adalah sesuatu y...
Boleh Jadi Anak Yang Kita Geram Marah Masa Kecil Bila Besar Kebanggaan Ibu Ayah

Boleh Jadi Anak Yang Kita Geram Marah Masa Kecil Bila Besar Kebanggaan Ibu Ayah

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 341 hits
Setiap kelahiran anak tak kiralah anak lelaki atau perempuan mereka sememangnya mempunyai kelebihan Cumanya ia belum terserlah sewaktu usianya masih kecil Jika kita rasa penat dengan pelbagai cabaran sepanjang mereka nak membesar ingatlah i...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Anak Anak Tak Izin Rita Rudaini Kahwin Lagi Mommy Seorang Pun Dah Cukup

Coretan Penuh Makna Syasya Rizal Setelah Bergelar Ibu

Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching