Bila Amalina Disebelah Airmata Ibu Lumpuh Mengalir Sendiri Hanya Menumpang Kasih Kakak


Kasihnya ibu membawa ke syurga. Tiada yang lebih menyentuh hati daripada melihat penderitaan si ibu selepas melahirkan zuriat ke dunia.
Nyawa jadi taruhan apabila seorang ibu lumpuh selepas selamat melahirkan anak perempuannya empat bulan lalu. Tidak sempat untuk mendakap dan mencium bayi yang dikandung, si ibu kini hanya terlantar.
Akibat komplikasi ketika bersalin, Norazlina Hasan, 42, di kaku terbaring di atas katil dan bergantung sepenuhnya kepada sumber makanan yang berupa susu khas yang dimasukkan melalui tiub untuk meneruskan hidup.
SI KECIL BELUM RASA SUSU IBU Si kecil anak ketujuh, Nor Amalina Eliya Ibrahim yang kini berusia empat bulan merupakan anak ke tujuh Norazlina belum lagi merasa susu ibunya sendiri.
Apa yang paling meruntun hati dan menyentuh perasaan, air mata ibu ini menitis apabila Amalina diletakkan dalam pangkuannya. Meskipun badannya dalam keadaan kaku tak bergerak dan tanpa suara,  Norazlina seolah-olah amat rindu untuk memeluk dan membelai anak yang dilahirkan dari rahimnya sendiri
Situasi ini boleh menghiris hati sesiapa sahaja yang dilihat. Apatah lagi apabila Amalina kini hanya mampu menumpang kasih sayang dari kakak. Sentuhan seorang kakak menggantikan kehangatan kasih ibu.

KAKAK SANGGUP BERHENTI KERJA AMBIL TUGAS IBU Kakak sulungnya, Nur Fatin Shahira, 22 yang sanggup melepaskan jawatan sebagai kerani di Petaling Jaya, Selangor semata-mata untuk menjaga dan mencurah khidmat buat ibu dan adik yang baru dilahirkan .
Kini tanggungjawab menjaga adik digalas Nur Fatin. Katanya dari hari pertama hingga ke saat ini adiknya dilahirkan, tidak pernah walau setitik susu ibu dirasai adik.”Adik dibesarkan dengan susu formula kerana ibu tidak sedarkan diri ketika melahirkan adik,” kata kakak penyayang ini.
JANTUNG BERHENTI, PARUT BEDAH BERDARAH KEMBALI Selain itu, gadis ini turut menceritakan detik-detik kelahiran Amanlina di mana nyawa ibunya berada di hujung tanduk. Jantung berhenti berdegup dan parut bersalin berdarah semula.
“Jantung ibu terhenti seketika ketika dibius semasa pembedahan melahirkan adik. Parut lama pembedahan melahirkan anak tujuh tahun lalu di perut ibu juga berdarah kembali ketika saat getir itu.
“Kami bersyukur adik dan ibu dapat diselamatkan tetapi berat sungguh ujian Allah, ibu kami jadi lumpuh seluruh tubuh akibat komplikasi ketika bersalin itu,” katanya.

AWAL KEHAMILAN ALAMI STROK & KENCING MANIS Nur Fatin berkata, ibunya pernah diserang strok dan menghidap kencing manis ketika awal kehamilan adik bongsunya itu. Namun ia tidak mengganggu proses kehamilan Norazlina.
“Ketika itu ibu tak tahu dia mengandung, disebabkan ada darah beku di kepala, ibu menjalani imbasan dan masa rawatan strok itulah doktor dapat kesan ibu mengandung.
“Serangan strok itu tidak menjejaskan kandungan dan ibu boleh mengandung sehingga cukup bulan.
“Tetapi ibu sakit nak bersalin awal seminggu dari jangkaan. Selepas dibawa ke hospital berlakunya komplikasi dan dibedah dua hari kemudiannya,” katanya.

Nur Fatin mengambil alih menguruskan ibu dan adik bongsunya itu kerana ayahnya, Ibrahim Ab Tashid, perlu keluar bekerja sebagai pemandu lori untuk menampung perbelanjaan keluarga termasuk kos perbelanjaan lampin pakai buang dan susu khas isterinya serta sewa rumah.
Bagi anda yang ingin memberikan sumbangan buat keluarga ini boleh menyalurkan ke dalam akaun Maybank Nur Fatin Shahira 164165039410
Sumber: Sinar Harian & Harian Metro
The post Bila Amalina Disebelah, Airmata Ibu Lumpuh Mengalir Sendiri. Hanya Menumpang Kasih Kakak appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/bila-amalina-disebelah-airmata-ibu-lumpuh-mengalir-sendiri-hanya-menumpang-kasih-kakak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Mentua Dibakar Menantu Sendiri Meninggal Dunia

Ibu Mentua Dibakar Menantu Sendiri Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 416 hits
Mangsa A Aganasi Mary 69 disahkan meninggal dunia jam 3 05 petang tadi di Hospital Pulau Pinang selepas menerima rawatan di hospital berkenaan Ketua Polis Daerah Perai Selatan Superintendan Shafee Abdul Samad berkata siasatan awal dijalanka...
Cara Mudah Buat Cincau Sendiri Di Dedahkan Hanya Guna 3 Bahan

Cara Mudah Buat Cincau Sendiri Di Dedahkan Hanya Guna 3 Bahan

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 591 hits
Cara Mudah Buat Cincau Sendiri Di Dedahkan Hanya Guna 3 BahanSedapnya minum air cincau Dicampur dalam sirap bandung atau air soya pun sedap
Bocah 2 Tahun Tewas Di Kandang Buaya Milik Keluarganya Sendiri Hanya Tersisa Tengkoraknya Saja

Bocah 2 Tahun Tewas Di Kandang Buaya Milik Keluarganya Sendiri Hanya Tersisa Tengkoraknya Saja

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 449 hits
Sebagian besar orang biasanya memilihara anjing atau kucing di rumah mereka Tapi bagaimana jika ada keluarga yang memelihara buaya Sebuah keluarga di Kamboja ini memelihara buaya di rumah mereka Sayangnya mungkin mimpi buruk mereka menjadi ...
Bukan Riak Hanya Nak Kongsi Usaha Titik Peluh Sendiri

Bukan Riak Hanya Nak Kongsi Usaha Titik Peluh Sendiri

papar berkaitan - pada 8/7/2019 - jumlah : 308 hits
Siapa sangka di usia 19 tahun penyanyi Ismail Izzani sudah mampu memiliki kereta mewah Mercedes Benz CLA 200 Namun perkongsiannya di media The post appeared first on
Anak Anak Rita Menumpang Kasih Bapa Saudara

Anak Anak Rita Menumpang Kasih Bapa Saudara

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 565 hits
HATI saya berasa sayu dan sebak kerana anak hanya dapat menumpang kasih sayang Pak Long mereka sejak kecil Pak Long adalah abang yang sulung dalam keluarga dan dia memang melayan dua anak saya seperti anak kandung sendiri kata pelakon Rita ...
Ibu Ayah Ini Diy Dapur Mainan Anak Dengan Modal Hanya Rm50

Ibu Ayah Ini Diy Dapur Mainan Anak Dengan Modal Hanya Rm50

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 778 hits
Kadangkala kreativiti ibu ayah yang DIY atau buat sendiri dapur mainan untuk anak perempuannya lebih bermakna dan paling penting membantu merangsang imaginasi anak Sememangnya sokongan dan penglibatan ibu dan ayah dalam setiap perkembangan ...
Dah Ready Ke Kakak Mesej Ringkas Ibu Bapa Ainul Bagi Khabar Gembira Rakyat Malaysia

Dah Ready Ke Kakak Mesej Ringkas Ibu Bapa Ainul Bagi Khabar Gembira Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 8/7/2019 - jumlah : 465 hits
Saban hari rakyat Malaysia menantikan perkhabaran mengenai bidadari syurga Ainul Mardhiah yang masih berada di London berikutan menjalani pembedahan membuang tumor seberat 200 gram di bahagian mulutnya Menerusi perkongsian terbaru yang dimu...
Dukung Sendiri Bayi Lahir Dari Ibu Koma Keajaiban Buat Fouziah Suami Turun Padang

Dukung Sendiri Bayi Lahir Dari Ibu Koma Keajaiban Buat Fouziah Suami Turun Padang

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 521 hits
Baru baru ini viral kisah ibu bersalin ketika dalam koma Kelahiran yang penuh keajaiban itu menarik perhatian ramai termasuk pasangan pengacara rancangan TV Pa Ma Musim Kelima iaitu Datin Fouziah Gous dan suami Datuk Zhafran Yusof Ibu bapa ...
Saya Masih Sayangkan Mawar Terima Kasih Jadi Ibu Terbaik

Saya Masih Sayangkan Mawar Terima Kasih Jadi Ibu Terbaik

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 333 hits
Kemelut rumah tangga Fizo Omar dan Mawar Karim akhinya bertemu titik noktah apabila pasangan itu disahkan bercerai talak satu semalam Reda di The post appeared first on
Karnival Kpdn 2025 Kempen Beli Barangan Malaysia Zon Sarawak 5 7 Sept

September Datang Lagi

Umie Aida Tegur Erma Fatima Jangan Terlalu Terbuka

Selamat Datang September Lembaran Baru Dalam Diam

Prism Perkenalkan Prism Care Servis Penyaman Udara Mudah Mampu Milik Jaminan Sehingga 7 Tahun

Kerajaan Negeri Pahang Beri Amaran Tidak Akan Berkompromi Dengan Pihak Ceroboh Tanah Haram Di Raub

Doa Malam 1 Sept 2025

Al Sultan Abdullah Merasmikan Temasya Warisan Pahang Di Muzium Maritim Pulau Beram Pekan Malam Tadi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Aupu S Archidex 2025 Triumph

Kotak Packaging Produk Kesihatan Supplement Cara Tingkatkan Keyakinan Pelanggan Dengan Design Premium

Avoiding Common Business Mistakes

Sambal Sotong

Cubaan Pertama Buat Kuih Bakar Pandan Guna Air Fryer

Azmin Kata Muhyiddin Dalam Keadaan Sihat Betul Ke Tu