Bila Ada Suami Teman Pergi Check Up Bukan Isteri Je Rasa Bahagia Tapi Bayi Dalam Kandungan Pun Sama


Mana-mana isteri pasti rasa dihargai dan gembira apabila suami sudi menemankannya setiap kali melakukan pemeriksaan antenatal di klinik atau hospital pilihan. Keprihatinan suami sepanjang tempoh kehamilan pastinya dapat memberi semangat kepada ibu hamil yang segelintirnya mengalami alahan kehamilan. Bak kata pepatah, susah dan senang diharungi bersama.
Terdapat doktor yang berpendapat, suami patut menemani isteri sekurang-kurangnya sekali dalam trimester pertama, sekali dalam dalam trimester kedua dan lebih kerap dalam trimester ketiga.

Isteri bukannya meminta diri dimanjakan. Suami yang penyayang kepada si isteri dan anak dalam kandungan biasanya sanggup meluangkan masa yang ada untuk menemani isteri lakukan pemeriksaan antenatal. Percayalah, ia pasti meninggalkan momen berharga buat isteri yang tidak mungkin disedari oleh si suami.
Sumber foto: www.freepik.com Sebenarnya, ada banyak manfaat yang bakal anda peroleh jika kerap menemani isteri melakukan pemeriksaan antenatal kehamilan. Berikut adalah antara kelebihan yang bakal diperoleh oleh para suami;
1. Urusan isteri lebih mudah Dalam keadaan tertentu, mungkin ada segelintir ibu hamil terpaksa membawa anak lain yang masih kecil bersama-sama semasa melakukan pemeriksaan antenatal. Ke hulu ke hilir, si kecil perlu mengikuti isteri termasuklah ke dalam tandas untuk mendapat sampel air kencing.
Sekiranya ada suami bersama, pasti ia lebih memudahkan semua proses rutin pemeriksaan yang perlu dilalui. Isteri pasti berasa lebih lega dan tidak mengeluh kepenatan.
2. Sama-sama belajar tentang kehamilan Pemeriksaan antenatal pertama yang ditemani oleh si suami akan membantu isteri menerangkan kepada doktor dengan tepat maklumat sejarah kesihatan di sebelah bapa bayi yang dikandungkannya. Ini bererti, suami sendiri boleh bercerita lanjut tentang hal itu.
Dalam setiap kali temujanji pemeriksaan antenatal, doktor akan berkongsi pelbagai informasi berkenaan perkembangan kehamilan dan kandungan. Jadi, apabila suami ada bersama, pelbagai ilmu dapat dikumpulkan sebagai persediaan menghadapi proses kelahiran bayi yang anda berdua nantikan kelak.
3. Beri sokongan moral Pelbagai prosedur pemeriksaan antenatal perlu dilalui oleh wanita hamil. Setiap kali temujanji, isteri perlu menjalani ujian air kencing, darah dan paling menimbulkan kembimbangan kepada kebanyakan wanita hamil ialah ujian MGTT yang memerlukannya minum air gula yang pekat.
Sumber foto: www.freepik.com Jika ibu hamil menghidap penyakit atau masalah kesihatan tertentu seperti diabetes, tekanan darah tinggi, berat berat berlebihan, hemoglobin rendah dan lain-lain, pasti ia sedikit sebanyak mengganggu emosinya. Apabila doktor menerangkan tentang risiko komplikasi akibat masalah kesihatan semasa hamil yang mungkin dihadapi, isteri pasti berasa bimbang dengan keadaan bayi dalam kandungan.
Apabila suami menemani isteri, sekurang-kurangnya suami dapat memulihkan semangat dan sama-sama memikirkan tindakan yang sesuai untuk mengatasi masalah kesihatan yang dialami itu.
4. Persediaan menghadapi kelahiran Suami yang kerap menemani isteri melakukan pemeriksaan antenatal pasti mengetahui apa sahaja informasi berkenaan bayi dan isteri. Sambil menunggu giliran berjumpa dengan doktor, anda suami isteri boleh berbincang dan bertanya lanjut dengan jururawat yang menjaga kaunter pendaftaran tentang prosedur bersalin di hospital pilihan.
Selain daripada itu, semasa berjumpa dengan doktor, ringankan mulut untuk bertanya dengan terperinci tentang proses kelahiran seperti tanda-tanda awal bersalin, cara meneran yang betul dan macam-macam lagi.
Sebab itulah pentingnya suami temankan isteri untuk buat pemeriksaan kesihatan. Bukannya isteri tidak boleh berdikari, tetapi kehadiran suami dapat memberi semangat kepada mereka. Bahkan bayi dalam kandungan pun dapat merasai kasih sayang ayah mereka!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
 
The post Bila Ada Suami Teman Pergi Check Up, Bukan Isteri Je Rasa Bahagia Tapi Bayi Dalam Kandungan Pun Sama! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/bila-ada-suami-teman-pergi-check-up-bukan-isteri-je-rasa-bahagia-tapi-bayi-dalam-kandungan-pun-sama/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nama Sama Tapi Rasa Tak Serupa Lelaki Ini Tunjuk Apa Beza Milo Dari Malaysia Dan Indonesia

Nama Sama Tapi Rasa Tak Serupa Lelaki Ini Tunjuk Apa Beza Milo Dari Malaysia Dan Indonesia

papar berkaitan - pada 25/8/2023 - jumlah : 247 hits
Siapa yang tak kenal dengan minuman yang satu ini MILO ia sentiasa menjadi salah satu minuman kegemaran di negara ini Seperti yang diketahui minuman ini sangat sesuai untuk dihidangkan sewaktu sarapan pagi selain air kopi dan teh Air berper...
Temui Sampah Berisi Mainan Star Wars Pasangan Suami Isteri Dapat Durian Runtuh Rm2 17 Juta

Temui Sampah Berisi Mainan Star Wars Pasangan Suami Isteri Dapat Durian Runtuh Rm2 17 Juta

papar berkaitan - pada 12/8/2023 - jumlah : 130 hits
Temui sampah berisi mainan Star Wars pasangan suami isteri dapat durian runtuh RM2 17 juta Suami isteri dari Stourbridge England mendapat durian runtuh selepas menemui bungkusan plastik sampah Berisi koleksi terhad mainan Star Wars yang ber...
Pengalaman Aneh Sakit Panas Dan Rasa Demam Tapi Doktor Kata Sihat Tak Ada Masalah

Pengalaman Aneh Sakit Panas Dan Rasa Demam Tapi Doktor Kata Sihat Tak Ada Masalah

papar berkaitan - pada 22/8/2023 - jumlah : 205 hits
Ini pengalaman sekali seumur hidup Ada sekali tu hari Jumaat 20hb Julai 2012 Saya jatuh sakit lalu pergi klinik di pekan tak jauh dari rumah Doktor buat pemeriksaan kemudian ambil darah Dia syak saya kena demam campak dan mungkin juga posit...
Patutlah Aku Pernah Jumpa Baju Kecil Adik Dalam Lori Suami Rupanya Ini Kerja Mereka Masa Aku Teman Anak Di Hospital

Patutlah Aku Pernah Jumpa Baju Kecil Adik Dalam Lori Suami Rupanya Ini Kerja Mereka Masa Aku Teman Anak Di Hospital

papar berkaitan - pada 12/8/2023 - jumlah : 194 hits
Patutlah aku pernah jumpa baju kecil adik dalam lori suami rupanya ini kerja mereka masa aku teman anak di hospital Sebelum ni adiklah tempat saya mengadu tempat saya meminta bantuan tempat saya bergurau senda tapi dia telah mengkhianati sa...
Jiran Dedah Kanak2 Didera Tiap Hari Ibu Kandung Amp Rakan Tomboy Mengaku Suami Isteri

Jiran Dedah Kanak2 Didera Tiap Hari Ibu Kandung Amp Rakan Tomboy Mengaku Suami Isteri

papar berkaitan - pada 14/8/2023 - jumlah : 209 hits
Kes dipercayai dera yang berlaku di Bandar Layangkasa Pasir Gudang terhadap seorang kanak kanak berusia 7 tahun tular selepas beberapa video serbuan yang dibuat jiran tetangga dikongsikan di media sosial Setakat hari ini ibu kandung kepada ...
Hiburan 10 Tahun Kahwin Baru Dikurniakan Zuriat Suami Terkilan Isteri Meninggal Dunia Selepas 3 Bulan Bersalin

Hiburan 10 Tahun Kahwin Baru Dikurniakan Zuriat Suami Terkilan Isteri Meninggal Dunia Selepas 3 Bulan Bersalin

papar berkaitan - pada 15/8/2023 - jumlah : 207 hits
Baru baru ini tular di platform TikTok seorang individu lelaki berkongsikan kisah dia dan isteri tercinta kekal tabah berkahwin sudah 10 tahun tapi masih belum dikurniakan cahaya mata Berkat doa serta kesabaran mereka pasangan itu dikurniak...
Suami Tergamak Lari Tinggalkan Isteri Sarat Mengandung Tanpa Duit Kenderaan

Suami Tergamak Lari Tinggalkan Isteri Sarat Mengandung Tanpa Duit Kenderaan

papar berkaitan - pada 14/8/2023 - jumlah : 223 hits
SHAH ALAM Keperitan hidup diharungi seorang wanita yang sarat mengandung ditinggalkan suaminya sejak lima bulan lalu berakhir apabila dibantu Lembaga Zakat Selangor Wanita tersebut dijangka akan melahirkan anak keduanya pada akhir Ogos ini
Hiburan Penyondol Mengaku Hantar Sihir Isteri Pelakon Dakwa Anak Dalam Kandungan Hilang Siap Hantar Video Berz Na Dulu

Hiburan Penyondol Mengaku Hantar Sihir Isteri Pelakon Dakwa Anak Dalam Kandungan Hilang Siap Hantar Video Berz Na Dulu

papar berkaitan - pada 23/8/2023 - jumlah : 315 hits
Isteri kepada pelakon Azlan Komeng Nur Nilam meluahkan rasa kesal dengan sikap seorang wanita yang didakwa sering menganggu rumah tangga mereka sehingga tergamak menghantar sihir pemisah Dakwa Nilam wanita itu mengaku ada menghantar sihir d...
Nak Pergi Keja Tapi Teringat Anak Uyaina Arshad Luah Dilema Ibu Bekerjaya

Nak Pergi Keja Tapi Teringat Anak Uyaina Arshad Luah Dilema Ibu Bekerjaya

papar berkaitan - pada 28/8/2023 - jumlah : 365 hits
Benar inilah dilema seorang ibu bekerjaya Luahan pelakon Uyaina Arshad seakan mewakili perasaan mak mak yang terpaksa meninggalkan anak demi menggalas tugas hakiki Akui Uyaina menerusi Instagramnya rasa serba salah selalu menghantui dirinya...
Anwar Has Become Inspector Saab Pas Info Chief Says

Mastering The Skill Of Market Analysis

Photo Goes Viral Ministers Deputies Missing From Dewan Rakyat

Isteri Bolot Duit Jual Buah Pinggang Suami Lari Dengan Kekasih

Where Will Our Money Come From If We Don T Tax The Rich Anwar Says Tnb Tariff Hike Won T Affect 85pc Of Malaysians

Cybersecurity For Small Businesses

Rahsia Mandi Air Sejuk Di Awal Pagi Untuk Menyegarkan Tubuh Dan Pikiran

Gluten Pengertian Bahaya Kesihatan Dan Panduan Diet Bebas Gluten


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Enjoy The Best Gaming Experience With Play88 Malaysia Casino

Perencah Nasi Ayam Hainan Yang Mudah Dan Sedap Digunakan

A Proper System To Manage E Waste Is Both Profitable And Sustainable

Malaysia Asean Chairmanship Off To A Disappointing Start

What Are The Benefits Of Steamed Fish

Hukum Halal Dan Haram Dalam Islam Apa Yang Perlu Anda Ketahui