Bihun Goreng Macam Bodo Bodo Sikit


Tiap-tiap hari naik bingung fikirkan nak masak apa untuk anak anak ni.... alhamdulillah la sekarang dah boleh makan bihun goreng atau mi goreng yang warna merah. Kalau tak, memang kena goreng bihun putih ajelah.. tak merasa nak pakai cili kering. Dulu dulu, asal nampak merah je, terus tak nak makan.
Kat rumah MY stok bihun memang kena sentiasa ada. Bihun kan bahan kering yang tahan lama, so boleh dimasak bila bila masa aje. Bak kata mentua MY kalau ada tetamu sesat, boleh juga di seng seng kan bihun buat makan tetamu. MY pun usik usik mentua, tetamu sesat datang kena bacakan ayat Kursi tak? Masa tu mentua macam blur blur je dengar....hahaha...
Tapi MY kalau ada tetamu datang secara mengejut, order pizza je... malas nak kelam kabut. 
Bihun goreng MY ni memang super simple dan senang gila. Takde sayur-sayur, takde hiasan-hiasan. Memang sesuai la dengan nama resepi kan... kalau letak sayur, memang sakit mata tengok sayur tu semua bersusun kat birai pinggan tu. Tapi sebenarnya, masa goreng bihun ni takde sayur yang sesuai nak regukan dengan bihun ni. Pelik pula rupa bihun taruk kacang panjang dengan bendi nanti.


Bahan bahan untuk menggoreng bihun:
● Sebungkus bihun Jasmine (biasa guna yang ni)
● Sebiji bawang merah besar
● 4 ulas bawang putih
● segenggam kecil udang kering (kalau tiada udang kering, bilis pun berguna)
●  15 tangkai Cili kering ( buang biji dan rendam air panas)
● 5 ekor sotong
● 2 keping fish cake
● sos tiram, kicap manis, kicap masin (option)
● garam
● gula dan MSG


Cara cara menggoreng bihun macam bodo-bodo sikit:
● mula-mula, rendam bihun dengan air paip/air bertapis.  (Jangan sesekali rendam dengan air suam/air panas. Nanti bihun benyek atau lembik). Jangan rendam awal atau berjam-jam lamanya.. Selalunya nak start siang cili kering baru MY rendam bihun.
● Kisarkan bawang merah, bawang putih, cili kering, udang kering.
● Tumis bahan di kisar sampai pecah minyak.
● Masukkan segala penambah perisa yang disukai seperti Sos tiram, kicap manis, kicap masin, kalau suka boleh letak perencah bihun goreng adabi.
● Masukkan Sotong & fish cake. Perlahankan sikit api. Lepas air sotong dah keluar, tambah suku cawan air. Air jangan banyak2, takut bihunnya benyek nanti. 
● Masukkan garam, MSG & gula.  Kemudian, masukkan bihun yg dah di tos. Gaul semua sampai rata
● Anak anak MY suka bihun yang putus putus, pendek pendek, so sambil gaul atas kuali tu, MY akan tikam tikam bihun tu dengan penuh perasaan, macam tengah drive, nak achive. Kalau suka bihun panjang panjang, jangan tikam tikam, gaullah dengan lemah lembut, penuh estrogen, macam bodo - bodo sikit.. 
● Kalau bihun tu rasa kering, atau bihun tu rasa kejung, baru tambah air panas sikit. Letak sikit sikit pakai sudu.
● Syukur...dah selesai bab sarapan pagi... bihun takde sayur, ada sotong dan fishcake aje sebab itu je yang senang. Nak taruk isi ayam, isi daging semua... maaf... tak rajin. Lagipun nama resepinya bihun bodo kan... kalau dah banyak sangat awasnya... dah nama bihun goreng special ala sajian istanawarna pula kannn...





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziankhalil.com/2021/06/bihun-goreng-macam-bodo-bodo-sikit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nasi Goreng Sardin Malas Malas Bukan Bodo Bodo

Nasi Goreng Sardin Malas Malas Bukan Bodo Bodo

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 349 hits
Cerita semalam Seperti yang dirancang untuk makan tengahari nak masak nasi goreng sardin sebab pagi dah menjamu Resipi nasi goreng sardin masak cara FizaPanaskan minyak goreng ikan bilis sampai garing Angkat dan ketepikan Guna minyak yang s...
Suami Kalau Isteri Masak Pujilah Sikit Baru Lah Isteri Tu Rasa Macam Dihargai Dan Hilang Semua Penat Memasak Tu

Suami Kalau Isteri Masak Pujilah Sikit Baru Lah Isteri Tu Rasa Macam Dihargai Dan Hilang Semua Penat Memasak Tu

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 420 hits
GAMBAR SEKADAR HIASAN Balik kerja dengan baju tak sempat tukar kadang kadang isteri ni terus je ke dapur untuk bersilat memasak Tapi bila ada tak kena suami terus kritikan masakan isteri tu
Tukang Masak Kongsi Tips Goreng Telur Mata Yang Menjadi Bulat Elok Macam Dekat Kedai

Tukang Masak Kongsi Tips Goreng Telur Mata Yang Menjadi Bulat Elok Macam Dekat Kedai

papar berkaitan - pada 7/6/2021 - jumlah : 386 hits
Telur mata merupakan antara makanan yang mudah untuk disediakan Tambahan pula telur mata ini memang sedap walaupun hanya dimakan dengan kicap
Bihun Goreng Tukar Selera Tapi Penatnya

Bihun Goreng Tukar Selera Tapi Penatnya

papar berkaitan - pada 18/6/2021 - jumlah : 313 hits
Assalamualaikum SEMALAM pagi masa Pak Inche hendak keluar ke pejabat Sk pesan supaya dia makan nasi tengahari tu Sebabnya Sk nak ubah selera nak masak Bihun Goreng untuk makan malam Pak Inche tidaklah pula membantah mungkin dia pun dah jemu...
Hampir 9 Ribu Like Wanita Ini Kongsi Rahsia Masak Bihun Goreng Sempurna Tak Lembik

Hampir 9 Ribu Like Wanita Ini Kongsi Rahsia Masak Bihun Goreng Sempurna Tak Lembik

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 513 hits
Bila bercakap tentang bihun goreng pasti ramai mengaku penat nak mencuba masak bihun goreng yang cantik dan sempurna Kadang kadang lembiklah ada masa putus putus bihun jadinya Tambah menyedihkan bila bihun yang dimasak bergumpal dan tak sek...
Bihun Goreng Hailam Yang Sedap Sangat

Bihun Goreng Hailam Yang Sedap Sangat

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 553 hits
Pernah ke makan Bihun Goreng Hailam Kalau Mee Hailam berkuah tu mesti ramai yang tahu kan dan pernah rasa kan Rasanya lebih kurang mee hailam lah cuma ianya digoreng dan tak ada kuah Bihun ni adalah paling ringkas nak sediakan sebab bahan t...
Video Orang Lelaki Suka Perempuan Lembut2 Biar Macam Bodoh2 Sikit Prof Muhaya

Video Orang Lelaki Suka Perempuan Lembut2 Biar Macam Bodoh2 Sikit Prof Muhaya

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 481 hits
Satu klip video Kenapa Wanita Lambat Dapat Jodoh oleh pakar bedah mata dan motivator Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad menjadi bualan hangat netizen di Twitter
Resipi Bihun Goreng Singapore Versi Ringkas Tapi Sedap

Resipi Bihun Goreng Singapore Versi Ringkas Tapi Sedap

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 396 hits
Resipi Bihun Goreng Singapore Versi Ringkas Tapi Sedap Bila dah hujung hujung bulan ni kan Semua barang dapur dah susut Termasuk lah bawang merah Bila pergi kedai boleh terlupa pula nak beli bawang merah Pada hal dah set dalam kepala nak be...
Macam Mana Korang Meeting Sebenarnya

Macam Mana Korang Meeting Sebenarnya

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 375 hits
Boleh dikategorikan pegawai kerajaan yang tidak kompeten Benda serius sebegini boleh flipflop antara kementerian Sepatutnya ketua pengarah kementerian perlu bertanggungjawab Tukar kepada pegawai yang lebih kompeten dalam menjalankan tugas A...
Buying Semaglutide Online In Canada What You Should Know Before Ordering

Mb Pahang Luangkan Masa Tinjau Keadaan Mangsa Banjir Di Pps Dewan Serbaguna Jaya Gading Nasihat Sentiasa Waspada

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc

Perlu Monitor Chart Setiap Hari Untuk Untung Kripto

Sultan Nazrin Mosques Should Tackle Food Security Environment And Health Challenges

Indonesia Hantar Pulang 30 Tan Bantuan Beras Daripada Uae

Anggota Khidmat Malaysia Maran Bersama Adun Luit Terus Komited Bantu Mangsa Banjir Menerusi Operasi Cuci Rumah

Kilang Di Tebrau Diserbu 356 Pekerja Asing Ditahan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025

Lirik Lagu Mikraj Agung Munif Hijjaz X Ustaz Faizan

Menyingkap Rahsia Molekul Revolusi Ai Dalam Meramalkan Dan Merekabentuk Kehidupan

Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Bronzed Beauty A Lithe Yamaha Xsr700 Street Tracker By Crooked