Biden Sekat Resolusi Pbb Supaya Israel Boleh Terus Bedil Gaza


Israel terus membedil Genting Gaza malam semalam dalam siri serangan berterusan selama seminggu yang telah membunuh lebih 200 penduduk setakat ini, sekali gus memaksa para pemimpin dunia untuk mencari penyelesaian.
Dalam satu panggilan telefon dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu semalam, Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menyokong gencatan senjata, tidak lama selepas para diplomat berkata bahawa Washington telah menyekat rancangan ketiga resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menamatkan keganasan tersebut.
Menurut White House, Biden menyatakan sokongannya terhadap gencatan senjata dan berbincang mengenai penglibatan AS dengan Mesir serta negara-negara lain untuk rancangan tersebut.
“Biden menegaskan sokongannya terhadap hak Israel untuk mempertahankan diri daripada serangan roket.
“Beliau menggalakkan Israel untuk melakukan segala yang termampu bagi memelihara keselamatan orang awam,” ujar kenyataan tersebut.
Sementara itu, pihak berkuasa tempatan berkata, sejumlah 212 penduduk Palestin terbunuh di Gaza termasuk sekurang-kurangnya 61 orang kanak-kanak dan lebih 1,400 tercedera dalam serangan udara Rejim Zionis.
Manakala pejuang Hamas telah melancarkan kira-kira 3,350 serangan roket ke arah Israel sejak konflik itu bermula pada 10 Mei lepas, yang merupakan serangan terbanyak sejak bertahun lamanya.
Dalam pada itu, Rejim Zionis melancarkan tembakan artileri terhadap Lubnan semalam sebagai serangan balas terhadap serangan roket yang dilancarkan negara itu, yang gagal mengenai Israel.
“Enam serangan tersasar dikenalpasti datangnya dari Lubnan dan tidak mengenai wilayah Israel,” ujar tentera Israel dalam satu kenyataan.
Menurut sumber tentera Lubnan, tiga roket dilancarkan dari selatan Lubnan, tidak jauh dari sempadan Israel.
“Situasi di kawasan itu kini dalam keadaan tenang,” tulis misi keamanan PBB di Twitter.
sumber: Kosmo Online
The post Biden sekat resolusi PBB supaya Israel boleh terus bedil Gaza appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suaraviral.org/biden-sekat-resolusi-pbb-supaya-israel-boleh-terus-bedil-gaza/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas Serang Pejabat Media Israel Bedil Pusat Kesihatan Di Gaza

Selepas Serang Pejabat Media Israel Bedil Pusat Kesihatan Di Gaza

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 497 hits
GAZA 4 Syawal 1442H Ahad Negara pengganas Israel dilaporkan melepaskan dua peluru berpandu ke lokasi kemudahan kesihatan di Gaza kata pegawai dalam satu kenyataan hari ini Menurut Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza peluru berpandu berke...
Serangan Terbaru Israel Di Gaza 26 Warga Palestina Termasuk 8 Anak Anak Terbunuh

Serangan Terbaru Israel Di Gaza 26 Warga Palestina Termasuk 8 Anak Anak Terbunuh

papar berkaitan - pada 16/5/2021 - jumlah : 389 hits
Israel kembali melancarkan serangan udara di Gaza pada Minggu menewaskan 26 warga Palestina termasuk delapan anak anak Serangan ini dilakukan jelang fajar atau sebelum Subuh
Satu Satunya Lab Covid 19 Di Gaza Tidak Bisa Berfungsi Lagi Setelah Dibom Israel

Satu Satunya Lab Covid 19 Di Gaza Tidak Bisa Berfungsi Lagi Setelah Dibom Israel

papar berkaitan - pada 18/5/2021 - jumlah : 341 hits
Satu satunya laboratorium Covid 19 di Gaza Palestina tidak bisa berfungsi lagi dan tidak bisa melakukan tes Covid karena klinik di mana laboratorium itu berada dihantam serangan Israel pada Senin
Rumah Susun 13 Lantai Di Gaza Ambruk Setelah Dihantam Serangan Udara Israel

Rumah Susun 13 Lantai Di Gaza Ambruk Setelah Dihantam Serangan Udara Israel

papar berkaitan - pada 12/5/2021 - jumlah : 275 hits
Rumah susun 13 lantai di Gaza dilaporkan ambruk setelah dihantam serangan rudal dari pesawat perang Israel
Presiden Turki Kutuk Tindakan Biden Lulus Jual Senjata Kepada Israel

Presiden Turki Kutuk Tindakan Biden Lulus Jual Senjata Kepada Israel

papar berkaitan - pada 18/5/2021 - jumlah : 548 hits
unable to retrieve full text content 160 ANKARA 8211 Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan pada Isnin mengecam rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat Joe Biden kerana meluluskan penjualan senjata kepada Israel lapor Agensi Berita Xinhua Presi
5653 Krisis Palestin Israel Pbb Perlu Hantar Pasukan Penjaga Ambil Alih Wilayah Getaran 11 05 2021

5653 Krisis Palestin Israel Pbb Perlu Hantar Pasukan Penjaga Ambil Alih Wilayah Getaran 11 05 2021

papar berkaitan - pada 13/5/2021 - jumlah : 363 hits
KUALA LUMPUR Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu didesak menghantar Pasukan Penjaga Pendamai dari negara berkecuali untuk mengambil alih semua wilayah Palestin yang diduduki secara haram oleh Israel Persatuan Pengguna Islam Malaysia berkata PB...
Pernah Dedah Pemilik Chelsea Penyumbang Utama Dana Israel Pejabat Media Di Gaza Dibom Israel

Pernah Dedah Pemilik Chelsea Penyumbang Utama Dana Israel Pejabat Media Di Gaza Dibom Israel

papar berkaitan - pada 16/5/2021 - jumlah : 442 hits
Konflik terbaru Israel Palestin yang kembali tercetus pada penghujung Ramadan lalu kini telah mengorbankan sekurang kurangnya 103 nyawa termasuklah 27 kanak kanak manakala 580 lagi cedera Ia disahkan Menteri Kesihatan Palestin di Gaza Di Is...
Seluruh Rakyat Tanpa Mengira Kaum Agama Dan Juga Ideologi Perlu Terus Mengutuk Israel

Seluruh Rakyat Tanpa Mengira Kaum Agama Dan Juga Ideologi Perlu Terus Mengutuk Israel

papar berkaitan - pada 19/5/2021 - jumlah : 461 hits
KUANTAN Seluruh rakyat tanpa mengira kaum agama dan juga ideologi perlu terus mengutuk kekejaman serangan Israel terhadap rakyat Palestin Ini bukan sahaja membabitkan isu agama tetapi kemanusiaan sejagat yang memerlukan seluruh dunia mengec...
Ayam Perap Mayo Sedap Mudah Resipi Ringkas Menjilat Jari

Pelancong Amerika Syarikat Puji Rnr Malaysia Apakah Benar Rnr Malaysia Lebih Baik

Aset Selamat Masih Bersinar Emas Naik Tengah Ketidakpastian Politik

Kulit Kaki Gatal Ingatkan Salah Hormon Rupanya

Lirik Lagu Pendengar Cerita Angga Candra

Seeking Clarity On Co Teaching Model

Cuktech Unveils Smart Charging Essentials For Every Modern Device

Ralat Tak Tengok Supermoon


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Malaysia Dan China Memperkukuh Kerjasama Anti Rasuah Dalam Mesyuarat Di Vienna

Sesi Praktikal Dalam Kursus Kejurulatihan Profesional Diploma Afc Fam Membangunkan Kemahiran Dan Pengetahuan Pelatih

Anak Rajin Bantu Di Rumah Kunci Keyakinan Di Masa Dewasa

Pm Anwar Mahu Sistem Pendidikan Bebas Daripada Jumud Biar Pelajar Berfikir Amp Berhujah

Zambry Kadir Bagi Hint Rombakan Kabinet Tak Lama Lagi Masa Saya Pun Hampir Tamat

Lelaki Wanted Sosma Maut Ditembak Di Stesen Minyak