Bicara Najib Esok Tiga Saksi Dipanggil Hari Pertama



KUALA LUMPUR — Tanpa melengahkan masa, pihak pendakwaan yang diketuai oleh Peguam Negara Tommy Thomas akan mula membentangkan kes terhadap Datuk Seri Najib Razak berhubung dana SRC International Sdn Bhd pada Rabu dan sudah bersedia dengan tiga orang saksi pertama yang akan memberi keterangan.

Perbicaraan ditetapkan berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan menarik balik penangguhan prosiding yang dibenarkan oleh Mahkamah Rayuan kepada Najib yang pada 8 Februari memfailkan permohonan bagi menangguhkan perbicaraan sementara menunggu keputusan Mahkamah Rayuan berhubung rayuan “interlocutory” untuk didengar.


Loading... Ketua Hakim Negara Tan Sri Richard Malanjum, yang mengetuai panel tujuh hakim Mahkamah Persekutuan, berkata Mahkamah Rayuan tidak mempunyai bidang kuasa untuk berbuat demikian dan dengan itu, memerintahkan Mahkamah Tinggi menetapkan tarikh perbicaraan.
Perbicaraan kes Najib membabitkan dana SRC itu mulanya dijadualkan berlangsung dari 12 Februari hingga 29 Mac tetapi ditangguhkan sebanyak dua kali selepas Mahkamah Rayuan pada 11 Februari dan 21 Mac membenarkan penangguhkan prosiding sementara menunggu untuk mendengar rayuan-rayuan berkaitan.

Menurut sumber-sumber dari Jabatan Peguam Negara, pihak pendakwaan akan membentangkan kes dengan Thomas membacakan kenyataan pembukaan.

“Selepas itu saksi pertama akan dipanggil untuk memberi keterangan. Kami bersiap sedia dengan tiga orang saksi tetapi ia bergantung bagaimana perbicaraan berlangsung pada hari itu.

“Kami juga telah menyediakan kenyataan saksi-saksi dan selepas saksi membaca kenyataan, pihak pembelaan akan memulakan pemeriksaan balas ke atas mereka, “ kata sumber-sumber ketika ditanya mengenai prosiding semasa perbicaraan.


Sumber-sumber memberitahu bahawa ketiga-tiga saksi itu adalah pegawai kerajaan dan pengusaha bank yang telah disapina oleh pihak pendakwaan pada Jumaat lepas.

“Pihak pendakwaan telah menampilkan lebih 60 saksi untuk memberi keterangan dalam kandang saksi pada perbicaraan ini,” kata sumber itu.

Najib, 66, perdana menteri Malaysia yang keenam, adalah perdana menteri pertama yang diheret ke mahkamah.

Pada 4 Julai 2018, Najib, yang juga anggota Parlimen Pekan, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tiga pertuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan menyalahgunakan kuasa berhubung dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Bagi pertuduhan pertama, Najib didakwa, sebagai seorang penjawat awam dan ejen, iaitu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia, Penasihat Emeritus SRC International Sdn Bhd (SRC) dan dalam kapasiti itu diamanahkan dengan penguasaan ke atas wang milik SRC International befrjumlah RM4 billon, telah melakukan pecah amanah jenayah sejumlah RM27 juta.

Beliau dituduh melakukan perbuatan itu di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan Ambank Group, No 55, Jalan Raja Chulan, di Kuala Lumpur antara 24 Disember 2014 dan 29 Disember 2014 mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Najib didakwa sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan diamanahkan dengan penguasaan ke atas wang milik SRC berjumlah RM4 bilion, telah melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang sejumlah RM5 juta di tempat dan tarikh sama.

Bagi pertuduhan ketiga, Najib didakwa sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan diamanahkan dengan penguasaan ke atas wang milik SRC berjumlah RM4 bilion, telah melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang berjumlah RM10 juta di tempat sama antara 10 Februari 2015 dan 2 Mac 2015, mengikut seksyen sama Kanun Keseksaan.

Bagi pertuduhan keempat, Najib didakwa, sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia, telah menggunakan jawatan untuk suapan bagi dirinya berjumlah RM42 juta apabila dia mengambil bahagian atau terlibat dalam keputusan bagi pihak kerajaan Malaysia untuk memberikan jaminan kerajaan bagi pinjaman-pinjaman berjumlah RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) kepada SRC International Sdn Bhd.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di Pejabat Perdana Menteri, Presint 1, Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya, antara 17 Ogos 2011 dan 8 Februari 2012.

Pertuduhan itu, mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pada 8 Ogos, bekas perdana menteri itu mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan menerima wang yang sama RM42 juta yang merupakan hasil aktiviti haram ke dalam dua akaunnya empat tahun lalu, milik SRC International Sdn Bhd.

Bagi ketiga-tiga pertuduhan, Najib didakwa telah menerima, masing-masing RM27 juta, RM5 juta dan RM10 juta, yang merupakan hasil aktiviti haram, yang dipindahkan mengikut Sistem Pemindahan Dana dan Sekuriti Secara Elektronik Masa Nyata (Rentas) ke dalam akaun miliknya di AmIslamic Bank Berhad menggunakan nombor akaun 2112022011880 dan 2112022011906.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan AmBank Group, No. 55, Jalan Raja Chulan, di sini, antara 26 Disember, 2014, dan 10 Februari, 2015.

Pertuduhan-pertuduhan itu difailkan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 yang memperuntukkan penalti mengikut Seksyen 4(1) akta yang sama.


Perbicaraan akan berlangsung di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Selain Thomas, pasukan pendakwaan juga terdiri daripada Datuk Sulaiman Abdullah dan Datuk V. Sithambaran yang dilantik sebagai timbalan pendakwa raya dan timbalan pendakwa raya Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria, Manoj Kurup,  Budiman Lutfi Mohamed dan Muhammad Izzat Fauzan.

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengetuai pasukan pembelaan dan dibantu oleh Harvinderjit Singh, Muhammad Farhan Muhammad Shafee, Rahmat Hazlan dan Syahirah Hanapiah. — Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.com/2019/04/bicara-najib-esok-tiga-saksi-dipanggil.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saksi Pertama Dipanggil Pendakwa Kata Ada Bukti Najib Beli Butik Di Hawaii

Saksi Pertama Dipanggil Pendakwa Kata Ada Bukti Najib Beli Butik Di Hawaii

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 239 hits
Saksi pertama perbicaraan Datuk Seri Najib Razak atas tuduhan penyelewangan dana SRC International Sdn Bhd dipanggil petang ini Muhamad Akmaludin Abdullah 35 penolong pendaftar Suruhanjaya Syarikat Malaysia dipanggil pihak pendakwa pada jam...
Terkini Kelibat Ellie Suriaty Turut Memberi Sokongan Bila Najib Selesai Bicara Kes Src Hari Pertama

Terkini Kelibat Ellie Suriaty Turut Memberi Sokongan Bila Najib Selesai Bicara Kes Src Hari Pertama

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 495 hits
Terkini Kelibat Ellie Suriaty Turut Memberi Sokongan Bila Najib Selesai Bicara Kes Src Hari Pertama
Najib Duduk Kandang Tertuduh Tersenyum Keluar Mahkamah Pada Perbicaraan Hari Pertama

Najib Duduk Kandang Tertuduh Tersenyum Keluar Mahkamah Pada Perbicaraan Hari Pertama

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 333 hits
Najib Razak disambut penyokongnya yang melaunngkan BoosKu ketika hadir perbicaraan hari pertama Foto BBC News KUALA LUMPUR Seorang penyokong bekas perdana menteri Najib Razak membuat kecoh di hadapan bilik bicara Mahkamah Tinggi Jenayah di ...
Langsung Hari Pertama Perbicaraan Najib Tamat

Langsung Hari Pertama Perbicaraan Najib Tamat

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 375 hits
LAPORAN LANGSUNG Hakim menetapkan 15 April untuk perbicaraan seterusnya
Hari Pertama Lahir Sudah Diambil Air Tulang Belakang Kisah Duka Anak Cerebral Palsy Ini Meruntun Jiwa

Hari Pertama Lahir Sudah Diambil Air Tulang Belakang Kisah Duka Anak Cerebral Palsy Ini Meruntun Jiwa

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 483 hits
Setiap orang tua pasti menginginkan anak yang sehat dan sehat Tetapi siapa yang menduga orang tuanya ketika anak mereka lahir pada hari pertama diambil kembali tulang belakangnya setelah 11 jam kelahiran Lebih menyedihkan lagi kehidupan ana...
Mana Kau Acab Esok Hari Terakhir Pihak Berkuasa Mahu Hentikan Misi Pencarian

Mana Kau Acab Esok Hari Terakhir Pihak Berkuasa Mahu Hentikan Misi Pencarian

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 350 hits
Mana kau Acab Esok hari terakhir Pihak berkuasa mahu hentikan misi pencarian Buntu dan bagaikan hilang punca telah masuk hari ketujuh sejak dan misi pencarian Mohd Ashraf masih lagi dilakukan sejak dilaporkan hilang pada 23 Mac lalu Mohd As...
Zahid Rasuah Pecah Amanah Gubah Wang Haram 20 Saksi Dipanggil

Zahid Rasuah Pecah Amanah Gubah Wang Haram 20 Saksi Dipanggil

papar berkaitan - pada 23/3/2019 - jumlah : 295 hits
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 18 hari bermula 8 Julai depan untuk perbicaraan 47 kes pecah amanah rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akal Budi yang dihadapi Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Tarikh itu dite...
Pembanu Tadbir Di Penjara Tiga Hari Dan Di Denda Rm20 000

Pembanu Tadbir Di Penjara Tiga Hari Dan Di Denda Rm20 000

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 216 hits
KUANTAN Seorang Pembantu Tadbir dipenjara tiga hari di Mahkamah Sesyen di sini hari ini sejurus mengaku salah atas dua pertuduhan mengeluarkan resit palsu pada Februari dan Mac 2017 Selain itu Mohd Hisham Mohd Kamaruddin 35 turut dikenakan ...
Menangis Lihat Anak Buat Kali Pertama Selepas Koma 138 Hari

Menangis Lihat Anak Buat Kali Pertama Selepas Koma 138 Hari

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 374 hits
KOTA BHARU Seorang ibu yang koma selama 138 hari akibat komplikasi semasa beranak hanya mampu mengalirkan air mata melihat anak lelaki sulungnya buat kali pertama semalam Menangis Lihat Anak Buat Kali Pertama Selepas Koma 138 Hari
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar

Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

Pemilik Kafe Tanah Aina Fareena Nafi Terima Notis Rasmi Peringatan Penutupan Parkir Restorannya



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Salam Nuzul Alquran Kuiz Menguji Pengetahuan Tentang Al Quran

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Linkedin Menjadi Mitra Plan Indonesia Buka Peluang Kerja Bagi 400 Pencari Kerja Baru Di Jawa Tengah

5 Hidden Features Of Wordpress Com

Hospital Kuala Pilah

From Gear To Gear Exploring The Mechanics Of Ram And Dodge Transmissions