Bicara Kes Rasuah Ahli Parlimen Baling Dan Abang Bermula 16 Mac 2020


Bernama Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim bersama abangnya, Abdul Latif (tiga kanan) berjalan keluar selepas selesai hadir untuk didakwa berikutan terima rasuah RM5.2 juta dan melakukan pengubahan wang haram RM139 juta di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI 
KUALA LUMPUR – Perbicaraan kes rasuah Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan abangnya Datuk Abdul Latif akan bermula pada 16 Mac tahun depan di Mahkamah Sesyen di sini.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu menghadapi tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta berhubung projek jalan raya di Perak dan Kedah, serta sembilan pertuduhan pengubahan wang haram hampir RM140 juta, manakala abangnya menghadapi dua pertuduhan bersubahat dalam perlakuan kesalahan oleh Abdul Azeez.

Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi menetapkan 13 hari bermula 16 hingga 20 Mac ; 1 hingga 3 April ; 18 hingga 20 Mei serta 29 dan 30 Jun 2020 untuk perbicaraan, semasa sebutan kes itu hari ini.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Adam Mohamed memberitahu mahkamah bahawa pihaknya akan memanggil sekurang-kurangnya 30 saksi pendakwaan.

“Pihak pendakwaan juga tidak mengemukakan rayuan terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan pendakwaan untuk memindahkan kes ini ke Mahkamah Tinggi.

“Bagaimanapun, pada 6 Dis lepas pihak pendakwaan telah menerima salinan notis rayuan daripada pihak peguam yang telah memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi itu,” katanya.

Peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Abdul Azeez, 52, mengesahkan bahawa pihaknya telah memfailkan notis rayuan itu pada 6 Dis lepas.

Dalam prosiding itu, peguam Fudhail Zulaini mewakili Abdul Latif, 61.

Pada 28 Nov lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali menolak permohonan pihak pendakwaan untuk memindahkan kes Abdul Azeez dan Abdul Latiff dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

Pada 16 Jan lalu, Abdul Azeez mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta, berhubung projek jalan raya di Perak dan Kedah serta sembilan pertuduhan pengubahan wang haram hampir RM140 juta.

Bagi pertuduhan rasuah, dia dituduh melakukan kesalahan itu di CIMB Bank Cawangan Menara UAB, Jalan Tun Perak, di sini pada 8 Dis 2010 dan di Affin Bank Berhad, Setiawalk, Persiaran Wawasan, Pusat Bandar Puchong, Petaling, Selangor pada 13 Jun 2017 dan 10 April 2018.

Bagi kes pengubahan wang haram, dia dituduh melakukan kesalahan itu di sekitar Lembah Klang antara 8 Mac 2010 dan 30 Ogos 2018.

Tiga pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, manakala sembilan pertuduhan di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Abdul Latif pula menghadapi dua pertuduhan bersubahat dalam perlakuan kesalahan oleh Abdul Azeez, yang telah secara rasuah menerima wang tunai berjumlah RM4 juta daripada Mohammad Redzuan sebagai upah, membantu Syarikat Menuju Asas Sdn Bhd mendapatkan projek pembinaan jalan secara tender terhad, daripada Kementerian Kerja Raya Malaysia.

Projek melibatkan Lebuhraya Persisiran Pantai Baru: Kerja-Kerja Menaik Taraf Jalan Persekutuan FT005 (Teluk Intan ke Kampung Lekir, Perak Darul Ridzuan) yang bernilai RM644,480,000.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di Affin Bank Berhad, Setiawalk, Persiaran Wawasan, Pusat Bandar Puchong, Petaling, Selangor antara 13 Jun 2017 dan 10 April 2018.

Pertuduhan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Seksyen 28(1)(c) akta sama.— BERNAMA



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/12/bicara-kes-rasuah-ahli-parlimen-baling.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wong Chen Bidas Ahli Parlimen Ph Tak Hargai Rafizi

Wong Chen Bidas Ahli Parlimen Ph Tak Hargai Rafizi

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 310 hits
Mohamad Fadli PETALING JAYA Ahli Parlimen Subang Wong Chen membidas tindakan ahli Parlimen Pakatan Harapan yang dilihat tidak menghargai sumbangan dan pengorbanan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli Setidak tidaknya kata beliau mereka sepatutnya...
Apple Mac Pro Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga Bermula Dari Rm 25 999

Apple Mac Pro Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga Bermula Dari Rm 25 999

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 390 hits
https ift tt 2E3iXMR Apple Mac Pro mula dijual di beberapa negara pasaran utama semalam Di Malaysia ia masih lagi belum dijual tetapi harganya kini diketahui menerusi laman rasmi Apple Bagi yang berminat sebuah Mac Pro jenis menara ditawark...
Whatsapp Papar Iklan Niaga Bermula 2020

Whatsapp Papar Iklan Niaga Bermula 2020

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 406 hits
Aplikasi WhatsApp menjadi pilihan ramai berikutan ianya mudah dan tidak menimbulkan masalah kepada pengguna sebagai alternatif untuk menghantar atau menerima mesej dalam komunikasi seharian Namun bermula tahun depan WhatsApp akan mula menay...
Anwar Senaraikan Ahli Parlimen Sokong Kamu Jadi Pm Kelapan Khairuddin

Anwar Senaraikan Ahli Parlimen Sokong Kamu Jadi Pm Kelapan Khairuddin

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 176 hits
Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta menyenaraikan nama nama Ahli Parlimen yang menyokongnya untuk menjadi Perdana Menteri kelapan Penyelaras Parlimen Jasin Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menegaskan nama nama itu kelak perlu dimaklumkan Presi...
Perkhidmatan Adobe Akan Dikenakan Caj Tambahan Sst 6 Bermula Januari 2020

Perkhidmatan Adobe Akan Dikenakan Caj Tambahan Sst 6 Bermula Januari 2020

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 406 hits
https ift tt eA8V8J Pada Belanjawan 2020 yang lepas kerajaan telah pun sekali lagi mengingatkan yang mana sejumlah perkhidmatan digital akan dikenakan caj SST sebanyak 6 bermula daripada Januari 2020 kelak Selari dengannya sejumlah penyedia...
Bermula Januari 2020 Iklan Di Facebook Akan Dikenakan Caj Sst Sebanyak 6

Bermula Januari 2020 Iklan Di Facebook Akan Dikenakan Caj Sst Sebanyak 6

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 373 hits
FACEBOOK mengumumkan mereka akan mengenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan sebanyak enam peratus bermula tahun depan Berdasarkan notis pengebilan cukai yang dimuat naik oleh Facebook menyatakan bahawa ia membabitkan pengiklan yang mempunyai ...
Rakyat Sarawak Nikmati Air Percuma Bermula Januari 2020

Rakyat Sarawak Nikmati Air Percuma Bermula Januari 2020

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 247 hits
KUCHING 16 Dis Setiap isi rumah di Sarawak akan menikmati air percuma bagi RM5 pertama bil air domestik yang bersamaan dengan kira kira 11 300 liter air percuma menurut Kementerian Utiliti Menurut kenyataan kementerian itu hari ini pemberia...
Ahli Parlimen Perlu Berdisiplin Kata Presiden Bn

Ahli Parlimen Perlu Berdisiplin Kata Presiden Bn

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 256 hits
Ahli Parlimen perlu berdisiplin kata presiden BN Dikemas kini 22 minit yang lalu Diterbitkan pada 4 Dec 2019 1 40PM
Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Pesanan Datin Thalia Kepada Wanita Jadilah Wanita Yang Mahal

Thousands Rally On Labour Day Demand Better Rights

Set Up Gig Workers Commission Quickly Says Anwar

Continuous Learning

Embark On The Journey Of Family Togetherness With Sharp This Parents Day

Pengangguran Hilang Kerja Dan Kerja Luar Bidang

Awak Solat Tak 5 Waktu Jika Tidak Awak Balik Saja



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Lunch Di Kedai Makan Os Gerik Perak

Diperlakukan Buruk Oleh Kerabat Tetap Balas Dengan Kebaikan

Meneladani 3 Nilai Semangat Ki Hajar Dewantara Sebagai Bapak Pendidikan Indonesia

Beyond The Buzz Exploring The Science Behind Mushroom Gummie

Senandung Buruh Kasar

Dibunuh Kerana Tak Mahu Rujuk Selepas Bercerai Mayat Disumbat Dalam Bagasi