Biasalah Budak Budak Tiada Dendam Di Hati Saya Warga Emas Maafkan Pembuli


KUALA LANGAT – Seharusnya bulan Ramadan mendidik menjadi insan berguna namun berlainan pula dengan sekumpulan remaja bertindak luar batasan membuli seorang lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) lembam di Batu 7, Kampung Sijangkang di sini baru-baru ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang pada 7 Mei lalu, Mohd. Mudakir Abdul Wahid, 59 dibuli dengan cara diejek, menjatuhkan motosikal dan dibaling cebisan kotak kerana menegur kumpulan remaja itu supaya menunaikan solat asar.
Insiden itu bagaimanapun tular semalam di laman aplikasi WhatsApp ahli keluarga mangsa dan penduduk kampung sebelum remaja itu dicari bagi memohon maaf kepada Mohd. Mudakri yang merupakan bekas pemandu lori tersebut.
Menurut Mohd. Mudakir, niatnya hanya satu supaya kumpulan remaja tersebut menjaga tiang agama terutama pada bulan Ramadan.
Katanya, dia tidak menyangka penduduk kampung dan ahli keluarganya mencari kumpulan remaja itu susulan penularan kejadian tersebut.
“Kira-kira 1,000 penduduk berhimpun di kawasan rumah hingga di jalan kampung ini bermula pukul 11 malam tadi hingga pukul 2 pagi susulan insiden tersebut.
“Remaja tersebut pun ada datang ke rumah bersama ibu bapa mereka bagi memohon maaf dan saya maafkan mereka” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Jelas Mohd. Mudakir, sudah menjadi kelaziman kepada dirinya untuk meronda-ronda di kampung supaya mengingatkan kepada remaja-remaja yang beriadah tidak tentu hala di kampung ini untuk bersolat.
Ujarnya, dia tidak bercadang memanjangkan perkara itu sehingga membuat laporan polis kerana remaja tersebut mungkin tidak sedar gurauan mereka itu kasar sehingga menjadi tular.
“Biasalah budak-budak, tiada dendam di hati saya dan menganggap isu tersebut telah selesai,” katanya.
Sementara itu, Hairuzaman, 47, yang merupakan adik kepada Mohd. Mudakir memberitahu, amat kecewa dan terkilan terhadap kejadian menimpa abangnya itu.
Tambahnya, abangnya mempunyai masalah mental susulan kemalangan di Jalan Pelabuhan Klang di sini, 34 tahun lalu.
“Walaupun dia begitu, namun tidak pernah menganggu orang lain malah kerap berada di surau apabila tiba waktu solat.
“Kami ada tahu ada yang menyakatnya tetapi tidak seperti dilakukan oleh kumpulan remaja itu. Justeru, diharapkan perkara ini tidak berulang kembali,” katanya.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman mengesahkan kejadian tersebut dengan motif remaja berkenaan adalah untuk bergurau.
“Walau bagaimanapun tingkah laku remaja-remaja itu dilihat agak keterlaluan terhadap seorang warga tua sehingga menimbulkan perasaan tidak puas hati dan marah di kalangan ahli keluarga dan penduduk kampung.
“Setakat ini, tiada laporan polis diterima mengenai perkara ini dan perkara ini diselesaikan dengan baik di peringkat kedua-dua pihak terlibat,” katanya. – K! ONLINE


Sumber: kulihatlangitbiru.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/05/biasalah-budak-budak-tiada-dendam-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rebah Di Rakaat Kedua Warga Emas Dijemput Ilahi Ketika Solat Isyak

Rebah Di Rakaat Kedua Warga Emas Dijemput Ilahi Ketika Solat Isyak

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 389 hits
SEORANG jemaah yang juga tukang masak Masjid Nurul Hidayah Sungai Bemban Trong Taiping meninggal dunia pada rakaat kedua solat Isyak di masjid berkenaan malam tadi Dalam kejadian jam 8 45 malam itu Shaharudin Nordin 65 meninggal dunia akiba...
Remaja Biadap Buli Warga Emas

Remaja Biadap Buli Warga Emas

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 753 hits
TINDAKAN beberapa orang remaja biadap membuli seorang lelaki warga emas menimbulkan kemarahan orang ramai selepas rakaman perbuatan itu tular di media sosial Facebook Dalam rakaman video berdurasi 1 minit 24 saat itu seorang remaja dilihat ...
Biadab Remaja Tarik Kopiah Jatuhkan Motor Warga Emas Buat Netizen Panas

Biadab Remaja Tarik Kopiah Jatuhkan Motor Warga Emas Buat Netizen Panas

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 567 hits
Viral di media sosial video sekumpulan remaja membuli seorang lelaki warga emas di Sijangkang Selangor mengundang kemarahan warga netizen Dalam kejadian itu sekumpulan remaja itu terutamanya remaja berbaju hitam merampas kopiah milik mangsa...
Kes Remaja Buli Warga Emas Dah Selesai Suspek Dihantar Ke Balai

Kes Remaja Buli Warga Emas Dah Selesai Suspek Dihantar Ke Balai

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 723 hits
Apa salah pakcik aku korang buli dia sampai macam ni Tak rasa bersalah ke buli orang tua di bulan puasa bulan yang mulia ini demikian kata anak saudara kepada lelaki warga emas yang dibuli sekumpulan remaja lelaki Menurut sebaik saja kesemu...
Polis Wanita Warga Emas Di Tipu Rm280 000 Dek Tiga Suspek

Polis Wanita Warga Emas Di Tipu Rm280 000 Dek Tiga Suspek

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 363 hits
KUANTAN Teruja untuk mendapat wang mudah seorang wanita warga emas kehilangan kesemua wang simpanannya berjumlah RM280 000 akibat ditipu tiga suspek yang baharu dikenalinya semalam Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Superintend...
Ecurve Meraikan Ramadhan Penuh Nostalgia Buat Warga Emas Pusat Jagaan Alfikrah

Ecurve Meraikan Ramadhan Penuh Nostalgia Buat Warga Emas Pusat Jagaan Alfikrah

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 890 hits
Bulan Ramadhan Al Mubarak menandakan permulaan bulan yang penuh bermakna di mana semua sanak saudara berkumpul Baru baru ini bagi meraikan permulaan bulan yang penuh barakah ini eCurve menjemput sekumpulan warga emas dari Pusat Jagaan Al Fi...
Remaja Buli Oku Warga Emas Satu Kampung Turun Ajar

Remaja Buli Oku Warga Emas Satu Kampung Turun Ajar

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 626 hits
Viral di media sosial bilamana video berdurasi 1 24 minit memperlihatkan sikap kurang ajar remaja membuli sorang warga emas dipercayai Orang Kurang Upaya Video berkenaan juga mendapat kecaman netizen yang melihat video berkenaan dipercayai ...
Kenapa Kau Buat Bapak Aku Macam Tu Sekumpulan Remaja Buli Warga Emas Undang Kemarahan Netizen

Kenapa Kau Buat Bapak Aku Macam Tu Sekumpulan Remaja Buli Warga Emas Undang Kemarahan Netizen

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 628 hits
Viral di media sosial video sekumpulan remaja membuli seorang lelaki warga emas di Sijangkang Selangor mengundang kemarahan warga netizen nbsp Dalam kejadian itu sekumpulan remaja itu terutamanya remaja berbaju hitam merampas kopiah milik m...
Penumpang Warga Emas Buka Pintu Kecemasan Sebab Tak Sabar Nak Keluar Dari Pesawat

Penumpang Warga Emas Buka Pintu Kecemasan Sebab Tak Sabar Nak Keluar Dari Pesawat

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 310 hits
Seorang lelaki warga emas yang baru pertama kali menaiki pesawat komersial ditahan selama 10 hari oleh pihak berkuasa di Zhejiang China selepas dia membuka pintu kecemasan pesawat kerana mahu memotong barisan untuk keluar dari pesawat itu l...
Senarai Badan Berkanun Persekutuan

Persatuan Badan Berkanun Malaysia

Bufet Ramadan 2025 Bazar Citarasa Kita At Ballroom Palm Garden Hotel Putrajaya

Rent A Mechanical Bull For The Ultimate Event Experience

Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth

How To Find Undervalued Domains

Abstaining From Vote Not The Same As Rejection Pn Mp Tells Govt


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Biasalah Pemimpin Pas Taklah Secerdik Mana Pun

Pembangkang Saran Beras Kartel Diperkenal Dalam Kadar Zakat

Proses Bedah Siasat Pegawai Kastam Masih Berlangsung

Video Zarina Anjoulie Dedah Cerita Sebenar Buat Pembedahan Hidung Di Vietnam Cetus Pelbagai Reaksi Netizen

Tolonglah Jangan Normalisasikan Benda Ini Mona Allen Nasihat Suami Isteri Jangan Terlalu Kongsi Hal Rumah Tangga

Memang Semua Orang Mahu Selamatkan Perkahwinan Namun Saya Linda Hashim Nekad Mahu Bercerai