Biarlah Tak Larat Layan Anak Sembang Dengarkan Saja Itu Buat Dia Jadi Hebat
Tidak cukup dengan hanya sekadar memberikan anak buku atau dihantar ke sekolah untuk menjadikan mereka insan yang hebat. Sebagai ibu bapa yang cemerlang, kita harus memainkan peranan untuk mendidik mereka dari rumah.
Menurut Dr Ahmad Luqman Bukhari, untuk menjadikan anak hebat, kenalah rajin dan kerap berkomunikasi dengan mereka.
Baca Juga:
Tak Sangka Boleh Ajar Anak Guna Mainan Rosak, Speech Therapist Ini Kongsi Caranya
Dah Besar Dia Tak Peluk Cium Dah. Ayah Ni Kongsi Cara Buat Anak Rasa ‘Dekat’ Dengan Kita!
Susah Fokus & Dengar Arahan, Ibu Ini Kongsi Efek Tonton Kartun Jenis ‘Fast-Paced’
Nak Anak Hebat, Kena Selalu Bercakap Dengan Mereka
Kalau nak anak kita jadi hebat, wajib buat benda ni tau. Kena rajin dan kerapkan komunikasi dengan mereka.
Cakaplah apa sahaja dengan anak kecil kita. Pilih mana-mana topik atau berbual tentang suasana di sekeliling. Biarkan mereka lontarkan idea, berikan komen, galakkan budak-budak bercerita, kerana tu sangat membantu untuk bina pemikiran yang kritis.
Ransangan yang kita beri tu, nampak biasa je, tapi memang mainkan peranan penting dalam perkembangan otak.
Bila kita berborak dengan dia orang, itulah juga peluang mereka belajar benda baru.
Saya nak kongsikan satu kajian ni dengan mak ayah. Bila diteliti, rupa-rupanya parent yang prihatin dan suka bersembang dengan anak biasanya akan bercakap sehingga 940 patah perkataan per jam.
Tapi kena tau jugak, kalau duduk dengan anak tapi TV terpasang, bilangan patah perkataan tu akan berkurangan sampai 770 per jam.
Jika memang biarkan anak dengan smartphone dan tv sahaja, dan berbual sekejap-sekejap saja, lagilah sangat berkurang mereka belajar perkataan baru. Maka sikit juga kosakata yang tersimpan dalam lexical database otak anak kita.
Sebab tu tak usah pelik, anak yang kurang komunikasi dengan mak ayah selalunya kita boleh lihat mereka ni bermasalah dari segi lambat bercakap dan biasanya ketinggalan berbanding anak-anak yang lebih banyak berkomunikasi.
Serius, jadi mak ayah ni kita kena rajin. Rajin berborak. Hehe.
Selain itu Dr Luqman juga ada berkongsi tentang sejenis doa yang boleh diamalkan oleh ibu bapa untuk kebaikan anak-anak. Ia doa yang ringkas tetapi pengertiannya sangat mendalam.
Kita ni punyalah sayang sangat kat anak, tiap kali doa tak lupa minta itu ini dengan Tuhan. Minta biar anak pandai, biar anak sihat, biar anak dengar kata.
Tapi ada satu perkara ni, bagus sangat jika kita mohon betul-betul. Minta biar Allah kasih dan sayang pada anak kita.
Nabi ajar sendiri benda ni weh. Ada satu hari tu, bila Usamah bin Zaid dan Hasan Bin Ali tengah duk atas riba Nabi, Nabi pun ucapkan begini:
اللَّهُمَّ ارْحَمْهُمَا فَإِنِّي أَرْحَمُهُمَا
Maksudnya: “Ya Allah, kurniakanlah kasih sayangMu ke atasnya kerana aku menyayanginya.”
Ha, cantik kan makna doa Nabi. Jom sama-sama kita hafal. Nanti tengah duk saja pun boleh baca.
Kalau tengah riba anak lelaki, kita doakan begini:
اللَّهُمَّ ارْحَمْهُ فَإِنِّي أَرْحَمُهُ
Jika anak perempuan, boleh saja baca begini:
اللَّهُمَّ ارْحَمْهَا فَإِنِّي أَرْحَمُهَا
Simple.
#notaDrALB
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
The post Biarlah Tak Larat Layan, Anak Sembang Dengarkan Saja. Itu Buat Dia Jadi Hebat! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://majalahpama.my/biarlah-tak-larat-layan-anak-sembang-dengarkan-saja-itu-buat-dia-jadi-hebat/