Biarkan Berkawan Dan Kenal Persekitaran Didikan Cara Halus Yang Buat Anak Pandai
Sebagai seorang ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat anak-anak. Begitu juga dengan personaliti TV, Lufya Omar yang begitu mengambil berat soal perkembangan anaknya, Laana Haura. Tidak mahu terlalu ‘menekan’ anaknya, Lufya lebih selesa memperkenalkan persekitaran kepada anaknya itu. Lufya dan suaminya lebih suka memberi pendedahan dan mengajar Haura perlahan-lahan mengikut kemampuan anaknya.
Artikel Menarik: [Dalam Pantang Perah Susu Dapat 1oz Normal. Bukan Bermakna Susu Ibu Sikit Ya!]
Ketika Pa&Ma bertanyakan tentang cara mereka mendidik Haura, Lufya memberitahu yang dia dan suami suka membawa Haura keluar ke rumah teman yang juga mempunyai anak kecil supaya mereka dapat berkawan. Jika tidak, mereka akan bawa Haura ke taman permainan untuk berjumpa kawan-kawan di sana dan melatihnya agar berani berkomunikasi dengan orang lain.
“Saya lebih selesa jika Haura explore sendiri semua perkara di sekitarnya. Saya banyak bawa Haura keluar berjumpa orang agar dia mudah mesra dan lebih yakin untuk bergaul. Untuk akademik, dia masih kecil. Jadi saya tidak terlalu memfokuskan untuk dia belajar sahaja. Pun begitu, saya tetap dedahkan dia pelajaran asas seperti menggunakan kad imbas untuk memperkenalkan abjad, nombor dan huruf jawi. Saya juga gunakan cara ini untuk memperkenalkan jenis-jenis haiwan kepada Haura.”
Untuk susu Haura, Lufya memberi anaknya minum susu kambing. Menurut Lufya, anaknya itu tidak cerewet dan suka makan. Makanan kegemaran anaknya itu adalah nasi putih bersama telur goreng dan kicap. Kalau bukan telur, Haura suka juga makan ikan goreng. Selain itu, Haura juga sukakan telur rebus, madu, kurma dan keju.
Kata Lufya lagi, penting untuk ibu bapa mengambil berat soal pemakanan anak supaya mereka membesar dengan baik. Makanan yang baik juga boleh memberi kesan kepada perkembangan minda anak.
Artikel Menarik: [Nak Dapat PHD in Breastfeeding Tak Mudah. Banyak Cabaran Nak Kena Tempuh Dulu!]
Selain menggunakan alat bantuan mengajar seperti kad imbas dan sebagainya, ibu bapa harus mementingkan soal pemakanan anak-anak juga. Dengan pemakanan yang baik dan penuh nutrisi, sudah tentu anak-anak akan membesar dengan sihat. Pa&Ma berharap dengan perkongsian ini dapat memberi inspirasi kepada anda.
Sumber foto: Lufya Omar
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://beautifulnaara.blogspot.com/2019/09/biarkan-berkawan-dan-kenal-persekitaran.html