Biar Tersalah Ampun Dari Tersalah Hukum Kata Kata Lembut Cikgu Ini Berjaya Ketuk Hati Ubah Peribadi Budak Nakal


Orang yang berhati keras ini selalunya bila dijentik sedikit, pasti akan melenting. Namun sekeras-keras hati mereka ini, jika diberikan perhatian serta dibelai dengan cara yang betul, ianya pasti boleh dilembutkan.
Kebiasaannya orang yang berhati keras ini cenderung untuk menjadi kaki buli dan selalu buat masalah. Jika ianya tidak dapat dibendung dari awal, pasti buruk akibatnya di masa akan datang.
Dalam perkongsian yang dikongsi oleh guru yang bernama Mohd Fadli Salleh, dia ada berkongsikan tentang pengalamannya mendidik serta membelai salah seorang anak muridnya yang banyak buat hal di sekolah sehingga berubah. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:
Seorang murid, berbadan besar. Jenis pendiam dan serius sahaja muka. Ada pula baran dan mudah terasa.
Berdasarkan pengalaman aku, potensi dia untuk membuli dan jadi pembuli agak besar.
Dari tahun lepas aku perhati anak ini. Gurauan kecil sahaja dari kawan biasanya berakhir dengan pergaduhan.
Beberapa kali sebelum ini aku panggil, beri amaran bahkan hukuman apabila tindakan dia terhadap kawan-kawan agak kasar hingga menangis orang lain kena dengan dia.
Sejak awal tahun ini, aku menggunakan pendekatan berbeza. Aku merapati dia, berkawan dengan dia, selalu puji dia dalam kelas bila dia buat kebaikan.
Bila aku panggil dia ke depan untuk jawab soalan, aku tetap puji walau dia jawab salah. Aku puji keberanian dia untuk tampil. Setiap kali dia tolong apa-apa, aku puji lagi. Dia siapkan kerja rumah (walau meniru kawan), aku puji lagi kesungguhan itu.
Dari situ nampak perubahan yang lebih baik. Dia tidak lagi sekasar dulu. Dan beberapa bulan lepas, dia pukul kawan lagi. Bila aku panggil dan siasat, katanya kawan dia ejek dulu.
Kali ini aku tidak marah-marah. Tidak tengking. Jauh sekali merotan.
Aku pegang tangan dia, aku urut-urut lengan dia.
“Lengan awak ni besar. Lagi besar dari lengan cikgu. Badan awak ni kuat, mungkin lagi kuat dari cikgu.
Tuhan beri awak tenaga yang kuat, badan yang besar bukan untuk awak buli orang. Sebaliknya awak guna kekuatan awak untuk bantu orang.
Jika ada kawan-kawan kena buli dengan orang lain, awak yang kena pertahankan.
Jika lihat kawan-kawan atau cikgu tengah angkat barang berat, awak patut datang cepat-cepat untuk membantu.
Kalau ada orang kacau dan buat jahat pada keluarga awak, awak kena tampil untuk pertahankan.
Sebab awak ni kuat. Ingat pesan cikgu ya. Gunakan kelebihan Tuhan bagi kat awak ni untuk bantu dan lindungi orang lain.
Jangan salah guna badan yang besar dan tenaga yang kuat untuk buli orang. Kalau kawan-kawan bergurau, jangan lagi dipukul mereka.
Awak buat tak dengar sahaja. Kalau melampau sangat, awak report pada cikgu. Biar cikgu yang hukum mereka yang buat orang ni.
Faham tak?”
Dia memandang mata aku lantas mengangguk tanda faham.
Selepas peristiwa itu, aku lihat sangat banyak perubahan pada anak ini. Tiada lagi laporan kawan-kawan dia pukul orang. Bahkan bila aku angkat barang yang berat, laju dia datang hulurkan bantuan.
Hari Karnival tempoh hari, aku panggil dia dan bertanya,
“Ingat lagi apa yang cikgu pesan dulu?”
Dia anggukkan kepala.
“Apa dia?” soalku lagi.
“Jangan buli dan pukul orang. Guna kekuatan untuk bantu orang,” balasnya lancar.
“Bagus. Nah cikgu hadiahkan kupon RM10. Pergilah main puas-puas.”

Tersenyum lebar dia dapat hadiah. Tak disangka-sangka dia pun terima juga.
Nak harapkan naik pentas terima hadiah pelajar cemerlang setahun sekali, memang tak pernah lah. Nak dilantik jadi pengawas atau ketua kelas pun tidak memandangkan sebelum ini dia selalu buat hal.
Namun kebelakangan ini dia sangat behave. Sangat ketara perubahan dia selepas aku guna pendekatan yang lebih mesra.
Pujian, dorongan, kata-kata semangat, memberi peluang dia membela diri dan menyatakan rasa hati, sentuhan dan ganjaran itu ternyata mampu mengubah sikap dia.
Jika pun dia tidak cemerlang dalam pelajaran, namun aku sudah merasa cukup puas hati dengan perubahan sikapnya ini.
Mendidik sikap ini tidak mudah. Ia memerlukan usaha yang berpanjangan dan kesabaran yang banyak.
Dan sebaik ia berlaku, ia adalah satu kepuasan kepada seorang guru. Sungguh!
Teringat aku pada satu pepatah,
“Biar tersalah ampun, dari tersalah hukum.”
#MFS
– Bukan semua kesalahan perlukan hukuman –
Sumber: Mohd Fadli Salleh


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/10/17/biar-tersalah-ampun-dari-tersalah-hukum-kata-kata-lembut-cikgu-ini-berjaya-ketuk-hati-ubah-peribadi-budak-nakal/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Luluh Hati Saya Anak Kucing Mati Dicampak Dari Tingkat 2 Oleh Sekumpulan Budak

Luluh Hati Saya Anak Kucing Mati Dicampak Dari Tingkat 2 Oleh Sekumpulan Budak

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 848 hits
Malang nasib seekor anak kucing dipercayai dicampak dari tingkat dua sebuah pangsapuri di Kuala Lumpur menyebabkan haiwan kecil itu cedera dan nyawa nyawa ikan Menurut individu yang berkongsi mengenai kejadian itu di Twitternya Kid 22 berka...
Lepas Kakak Pergi Tenanglah Ibu Cikgu Dakwa Terjumpa Nota Budak Darjah 5 Sebut Pasal Mati

Lepas Kakak Pergi Tenanglah Ibu Cikgu Dakwa Terjumpa Nota Budak Darjah 5 Sebut Pasal Mati

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 610 hits
Tular di laman twitter hari ini apabila seorang guru memuatnaik ciapan mendakwa bahawa dia terjumpa sebuah diari milik pelajarnya Namun yang menarik perhatian netizen adalah ketika membaca kandungan yang ditulis oleh pelajar yang baru berus...
Kemboja Dibelasah 14 0 Lelaki Ini Setia Berdiri Ketuk Drum Laung Kata Semangat Seorang Diri

Kemboja Dibelasah 14 0 Lelaki Ini Setia Berdiri Ketuk Drum Laung Kata Semangat Seorang Diri

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 797 hits
Selain perlawanan Malaysia menentang Vietnam semalam turut berlangsung perlawanan antara Kemboja dan Iran yang berkesudahan Iran kenduri gol selepas mencatat kemenangan besar 14 0 Perlawanan yang berlangsung di Azadi Stadium Tehran Apa yang...
Pernah Dulu Merungut Dan Tak Puas Hati Pada Isteri Lepas Ubah Semuanya Baru Temui Bahagia

Pernah Dulu Merungut Dan Tak Puas Hati Pada Isteri Lepas Ubah Semuanya Baru Temui Bahagia

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 548 hits
Hidup berumah tangga banyak ragamnya Banyak yang perlu dipelajari demi membina hubungan yang satu ini kekal hingga ke syurga Namun dalam pada mengejar bahagia proses mengenali pasangan mencatitkan seribu pengalaman dan onak ranjau yang heba...
Doktor Kata Jari Mungkin Mati Jari Budak Hampir Putus Terhiris Ketika Main Gril Besi Kat Rumah

Doktor Kata Jari Mungkin Mati Jari Budak Hampir Putus Terhiris Ketika Main Gril Besi Kat Rumah

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 516 hits
Kanak kanak adalah golongan yang cenderung untuk mendapat kecederaan sekiranya pergerakan mereka tidak diawasi oleh penjaga Ini kerana disebabkan sifat ingin tahu serta aktif bermain membuatkan mereka ini berisiko dalam mendapat kecederaan ...
Biar Dr Mahathir Kekal Pm Sehingga Tamat Penggal Kata Azmin

Biar Dr Mahathir Kekal Pm Sehingga Tamat Penggal Kata Azmin

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 416 hits
Biar Dr Mahathir kekal PM kata Azmin Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali hari ini mengambil pendirian untuk menyokong Dr Mahathir Mohamad sebagai sebagai perdana menteri sehingga tempoh mandat pilihan raya umum ke 14 berakhir Keputusann...
Konsert Haus Boom 2019 Menampilkan Ella Hujan Bunkface Pop Shuvit Gerhana Ska Cinta K Clique Budak Nakal Hujung Simpang

Konsert Haus Boom 2019 Menampilkan Ella Hujan Bunkface Pop Shuvit Gerhana Ska Cinta K Clique Budak Nakal Hujung Simpang

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 437 hits
Konsert Haus Boom 2019 Menampilkan Ella Hujan Bunkface Pop Shuvit Gerhana Ska Cinta K Clique Budak Nakal Hujung Simpang Kejayaan penganjuran Haus Boom Music 2018 membuatkan Hausboom Music begitu teruja untuk menganjurkan Hausboom Music 2019...
Laman E Bayar Um Digodam Data Peribadi Kata Laluan Kakitangan Dibocor Di Internet

Laman E Bayar Um Digodam Data Peribadi Kata Laluan Kakitangan Dibocor Di Internet

papar berkaitan - pada 20/10/2019 - jumlah : 391 hits
MALAYSIAKINI Beberapa jam selepas Universiti Malaya memaklumkan tiada maklumat dan data terjejas selepas portal e bayar miliknya digodam dilaporkan sejumlah besar data peribadi kakitangan ID login dan kata laluan dibocorkan di internet Lama...
Baru Saya Faham Kenapa Orang Merentan Pasal Pak Mat Western Individu Kongsi Pengalaman Tak Best Ketika Ke Restoran Pmw

Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

Filem Martabat Misi Berdarah

Hari Lautan Sedunia Jangan Bawa Balik Kulit Siput Jika Ke Pantai

Bukan Tak Nak Cakap Melayu Tapi Memang Mak Bapak Aku Tak Ada Darah Melayu Nak Buat Macam Mana Ameera Khan

Bas Bawa Pelajar Upsi Dipercayai Hilang Kawalan Dan Terlanggar Belakang Alza Jadi Punca Kemalangan

Fleeting Yet Functional The Rise Of Transient Electronics

Fancy Owning A Private Island Or Uninhabited Land


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Elsa Pitaloka Indah Pada Waktunya Chord

How Your Oral Health Affects Your Gut

Giving Back In A Big Way 2 Champion Lembu Sado Shared With Over 1 000 Malaysians

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean

Early Morning Blaze Guts Sm Sains Alam Shah Admin Block

Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month