Biar Tempoh Konsesi Tol Tamat Seperti Dijadual Fadillah




Kerajaan pusat digesa supaya mengabaikan idea untuk mengambil alih lebuh raya bertol, sebaliknya membiarkan tempoh konsesinya tamat seperti dijadualkan.
Bercakap kepada FMT, bekas menteri kerja raya Fadillah Yusof berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini pernah menimbang untuk mengambil alih lebuh raya, tetapi akhirnya mengetepikan idea itu kerana beban kewangan yang terlalu besar.
“Membayar pampasan kepada pemegang konsesi bagi mengelakkan kadar tol dinaikkan pun sudah memakan kos yang tinggi,” katanya, merujuk kepada laporan FMT berhubung cadangan pengambilalihan PLUS Malaysia Bhd berserta liabilitinya pada kos lebih RM35 bilion.
Menurut cadangan itu, kerajaan akan melanjutkan kutipan tol selama 20 tahun, tetapi memberikan diskaun 18 peratus kepada pengguna lebuh raya.
Kadar tol tidak akan dinaikkan, sekali gus menyelamatkan bayaran pampasan berjumlah beberapa bilion ringgit kepada syarikat konsesi.
Fadillah berkata, kerajaan BN sebelum ini percaya adalah lebih baik untuk membiarkan tempoh konsesi sedia ada tamat seperti dijadualkan dan menyalurkan wang yang mungkin diperlukan untuk tujuan pengambilalihan itu kepada usaha memperkukuh dan memperluas akses kepada pengangkutan awam.
“Kami fikir adalah lebih baik kerajaan memberi subsidi kepada pengangkutan awam. Berikan insentif kepada orang ramai supaya menggunakan bas dan kereta api, bukannya disalurkan kepada kenderaan persendirian.”
Katanya, kerajaan sekarang perlu mengkaji dasar sedemikian, bukannya membeli lebuh raya bertol.
“Kerajaan boleh mengenal pasti mereka yang memerlukan subsidi dan berikan kepada mereka pas percuma.”
Fadillah berkata, jika kerajaan benar-benar mahu mengelakkan kenaikan kadar tol, ia boleh memberi pampasan kepada syarikat operator tol supaya kenderaan pengangkutan awam tidak perlu membayar kadar tol yang tinggi, sekali gus menjamin kos mereka kekal rendah.
“Tetapi jika anda membayar apa-apa juga bentuk pampasan, maka anda menghakis wang awam dan ini bermakna dana untuk pembangunan akan berkurang,” katanya.
“Kita perlu ingat bahawa banyak tempat dan golongan rakyat yang tidak mendapat apa-apa manfaat daripada pengambilalihan tol, terutama kawasan luar bandar di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.”
Fadillah, yang juga merupakan ahli Parlimen Petrajaya berkata, bayaran tol dikenakan hanya apabila ia digunakan dan terdapat pilihan percuma lain berbanding lebuh raya bertol.
Rosli Azad Khan.
Perunding kanan pengangkutan Azad Khan juga berkata, konsesi tol harus dibiarkan tamat seperti dijadualkan dan setelah itu lebuh raya terbabit diserahkan kepada kerajaan.
Katanya, rancangan penswastaan kerajaan dilaksanakan supaya dana awam yang terhad boleh disalurkan ke bidang lain.
“Lebih baik dana itu digunakan untuk kesihatan, sekolah, pengangkutan awam dan khidmat sosial lain, selain membantu kumpulan B40.
“Kumpulan B40 tidak mendapat manfaat daripada langkah kerajaan mengambil alih konsesi tol” katanya kepada FMT.
Barjoyai Bardai.
Bagaimanapun pakar ekonomi dari Universiti Tun Abdul Razak, Barjoyai Bardai berkata, kerajaan boleh mengambil alih lebuh raya bertol, tetapi tidak menghapuskan kutipan tol.
“Kerajaan boleh melihat kutipan tol sebagai satu bentuk cukai bersasar. Ia boleh mengutip berbilion ringgit dan menyalurkan dana tersebut kepada aktiviti penyelenggaraan dan pembinaan infrastruktur lain.”
Katanya jika kerajaan mengambil alih lebuh raya tetapi tidak mengutip tol, maka banyak dana awam perlu digunakan untuk menyelenggara lebuh raya tersebut.
FMT




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/11/03/biar-tempoh-konsesi-tol-tamat-seperti-dijadual-fadillah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tukar Kad Touch N Go Tamat Tempoh

Tukar Kad Touch N Go Tamat Tempoh

papar berkaitan - pada 28/10/2019 - jumlah : 1238 hits
Kad yang telah berusia 10 tahun itu tersungkur di Lebuhraya MEX Setelah seminggu Tedi mendiamkan diri dek penangan demam yang belum kebah malam ini Tedi akan usahakan untuk mencoret dalam masa 15 minit Pertamanya Tedi ingin mengucapkan syuk...
Biar Dr Mahathir Kekal Pm Sehingga Tamat Penggal Kata Azmin

Biar Dr Mahathir Kekal Pm Sehingga Tamat Penggal Kata Azmin

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 400 hits
Biar Dr Mahathir kekal PM kata Azmin Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali hari ini mengambil pendirian untuk menyokong Dr Mahathir Mohamad sebagai sebagai perdana menteri sehingga tempoh mandat pilihan raya umum ke 14 berakhir Keputusann...
Foto Berpelukan Seperti Suami Isteri Sebaiknya Nikah Sahaja Pu Syed Tegur Zul Ariffin Dan Intan Najuwa

Foto Berpelukan Seperti Suami Isteri Sebaiknya Nikah Sahaja Pu Syed Tegur Zul Ariffin Dan Intan Najuwa

papar berkaitan - pada 8/11/2019 - jumlah : 976 hits
PENYEBARAN foto aksi mesra memperlihatkan pelakon Zul Ariffin memeluk dan mengangkat Intan Najuwa ketika sedang bermandi manda di pantai menerima teguran Pencetus Ummah Syed PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak berkata ti...
Faizal Sebagai Kawan Tak Harus Cakap Seperti Lawan Kata Lim

Faizal Sebagai Kawan Tak Harus Cakap Seperti Lawan Kata Lim

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 456 hits
BERITASetiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata kenyataan Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu yang mendakwa berseorangan dalam menentang DAP sebagai sukar untuk diterima Lim berkata ini kerana apa yang didakwa Faizal terhadap DAP bukan s...
Hati Hati Jika Anda Mempunyai Kesan Lekuk Seperti Ini Di Kaki

Hati Hati Jika Anda Mempunyai Kesan Lekuk Seperti Ini Di Kaki

papar berkaitan - pada 10/11/2019 - jumlah : 1315 hits
SILA semak jika anda sebenarnya menghidap penyakit Edeme Caranya mudah sahaja lihat dan pegang kaki anda kemudian picit isi kaki dengan jari Jika terdapat lekuk lubang di tempat yang dipicit tadi dan lubang tersebut lambat timbul kepada rup...
Ini Cara Sukses Berdagang Seperti Nabi Muhammad

Ini Cara Sukses Berdagang Seperti Nabi Muhammad

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 306 hits
Nabi Muhammad diketahui sebagai utusan Allah yang menyampaikan wahyu di bumi Selain itu Rasulullah juga dikenal piawai berdagang Lantas seperti apa cara Rasulullah berdagang Prinsip bisnis Rasulullah juga berdasarkan ilmu dagang dalam Al Qu...
17 Bulan Sudah Berlalu Masa Menasihat Sudah Tamat Sekarang Hantam Sajalah

17 Bulan Sudah Berlalu Masa Menasihat Sudah Tamat Sekarang Hantam Sajalah

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 227 hits
Itu kata kata hikmah terbaru A Kadir Jasin Penasihat Media Tun M Ia tersiar dalam fb beliau pada 20 10 2019 Ada kawan tanya apa maksud kata kata hikmah Kadir itu Jawapan saya mudah Itu maknannya Kerajaan PH sudah tidak boleh dinasihati Peka...
Neraka Kirim Salam Untuk Wanita Seperti Ini

Neraka Kirim Salam Untuk Wanita Seperti Ini

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 626 hits
Foto TweetSoalan Nina Rose ni berbunyi dizaman moden ini perlukah seorang isteri minta izin suami kalau hendak keluar atau berkawan dengan mana mana lelaki Jawapannya sangat mudah sis kalau engkau nak jadi penghuni neraka jahanam engkau tak...
Nasib Partai Golkar Bisa Punah Seperti Dinosaurus Bila Salah Urus

Nasib Partai Golkar Bisa Punah Seperti Dinosaurus Bila Salah Urus

papar berkaitan - pada 4/11/2019 - jumlah : 239 hits
Perpecahan di Partai Golkar merupakan dampak adanya tekanan politik dari pihak luar Potensi itu kerap muncul setiap Munas digelar
Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Anak Buah Terpaling Kecil

Tasik Kenyir Jana Ekonomi Terengganu

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025

Beli Barang Atas Dasar Buatan Bangsa Pilihan Atau Sebab Memang Nak Pakai Barang Tu

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Bab 4 April 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jep Syukur Dapat Hadiah Bermakna Dedah Anak Disahkan Autisme

Rules And Strategies Of Different Casino Online

Navigating Workers 39 Compensation A Comprehensive Guide For Lawyers

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Bekas Kakitangan Jkm Dipenjara 468 Tahun Denda Rm180 Juta

Samsung S Innovative Smart Ring Aims To Be Your Health Guardian Plus Exciting Offers Await