Biar Nama Pendek Indah Pengertian Elak Nama Panjang Ikut Trend Tak Ada Maksud
Sepanjang kehamilan, ibu ayah sudah memikirkan nama untuk diberikan kepada anak. Berbulan-bulan merancang, senarai pun panjang. Akhirnya akan ada beberapa nama yang dibuat short listed. Saat melahirkan, nama sudah tersedia, tinggal didaftarkan sahaja.
Ada sesetengah ibu ayah memilih nama yang panjang dan pelik-pelik. Berbelit lidah mahu menyebut. Kemudian ditegur datuk dan nenek kerana nama itu susah untuk disebut, jadi selesa memberi si bayi nama timangan.
Sebagai contoh, Muhammad Daryan Miqael Ruzaman dan akhirnya hanya dipanggil Baby Yan. Atau Melisa Jamila Qatrina Adrianna, akhirnya cuma disapa dengan panggilan Adik. Letih pula nak disebut panjang atau nanti di kemudian hari bila anak nak mtulis nama penuh mereka kan?
Semalam, selebriti berbakat besar Alif Satar telah membuat pengumuman tentang kelahiran anak lelakinya melalui laman Instagram. Hari ini, selain memuatnaik foto wajah anaknya itu, Alif turut memberitahu nama anaknya itu Muhammad’ Ali. Short and sweet! Selain namanya mudah, juga mempunyai maksud yang baik.
Artikel Menarik: [Menu Sup Untuk Bayi & Kanak-Kanak Kurang Sihat. Pembuka Selera Anak Makan]
Dalam perkongsiannya itu, Aliff turut memaklumkan bayinya mempunyai sedikit masalah dengan pernafasannnya, tetapi sudah semakin baik. Kata ayah mithali ini lagi, tidak sabar untuk bawa bayinya itu pulang ke rumah dalam masa beberapa hari lagi.
View this post on Instagram
Assalamualaikum,Muhammad ‘Ali..
Terima kasih pada semua yang mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga, setiap doa anda sangat bermakna bagi kami. I read all of your comments and i pray that Allah swt grant all of your doa’s for all of us. He had just a little trouble breathing but is now getting so much better, thanks to all the medical staff at @pantaihospitalkualalumpur . Can’t wait to take ‘Ali home in a few days! #FutureMessageForMuhammadAli
A post shared by Alif Satar
(@alifsatar) on Sep 20, 2019 at 4:28pm PDT
Assalamualaikum,Muhammad ‘Ali..
Terima kasih pada semua yang mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga, setiap doa anda sangat bermakna bagi kami. I read all of your comments and i pray that Allah swt grant all of your doa’s for all of us. He had just a little trouble breathing but is now getting so much better, thanks to all the medical staff at @pantaihospitalkualalumpur . Can’t wait to take ‘Ali home in a few days! #FutureMessageForMuhammadAli
Artikel Menarik: [Selalu Batuk & Berkahak, Satu Hiris Nipis Kunyit Dalam Masakan Anak Bagus Kuatkan Antibodi]
TIP MEMILIH NAMA ANAK
Pa&Ma senaraikan beberapa panduan untuk membuat pilihan nama anak. Semoga dengan perkongsian ini, dapat memberi sedikit sebanyak input buat anda yang mahu memilih nama anak. Seharusnya proses memilih nama anak tidak mengambil masa yang lama, jika setiap pasangan sepakat dan memilih nama yang mudah.
1. Nama umpama doa
Nama yang dipilih umpama doa buat anak. Pilihlah nama dengan pengertian yang baik dan sempurna. Elakkan memilih nama popular, tetapi tidak membawa sebarang maksud.
2. Jangan terlalu panjang
Kalau boleh, janganlah terlalu panjang. Bukan sahaja memberi kesukaran untuk anak menulis nama mereka tetapi menyusahkan ketika proses mengisi borang dan sebagainya.
3. Ada ciri Islamik
Letakkan nama dengan ciri Islamik. Sebagai contoh, anak lelaki bolehlah diletakkan Muhammad pada awal namanya atau pilihlah nama-nama tokoh Islam. Diharapkan dengan pemilihan nama ini, sifat keperibadian mereka juga dapat ditonjolkan dalam diri anak.
4. Gunakan ejaan betul
Ejalah nama anak dengan betul. Nama yang baik adalah apabila ia turut boleh dieja dalam bahasa Jawi.
Artikel Menarik: [Dapatkan Semula Tubuh Anak Dara Selepas Bersalin, 100 Hari Jaga Makan Dan Disiplin Ikut Pantang]
5. Hati ketiga atau ketujuh
Seeloknya nama anak diberikan pada hari ketiga atau ketujuh kelahirannya. Tiada larangan sekiranya anda menamakan mereka lebih awal.
Dari Samurah Radhiyallahu ‘anhu, Imam Ahmad dan Ahlus Sunnah meriwayatkan, ia berkata : “Rasulullah bersabda :
“Setiap anak tergadaikan dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ke tujuh (kelahirannya) sekaligus dinamai dan dicukur rambut kepalanya” [At-Tirmidzi menetapkan hadits ini Hasan Shahih]
Sumber: Alif Satar
The post Biar Nama Pendek, Indah Pengertian. Elak Nama Panjang Ikut Trend, Tak Ada Maksud appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/biar-nama-pendek-indah-pengertian-elak-nama-panjang-ikut-trend-tak-ada-maksud/