Biar Betul Covid 19 Boleh Jadi Punca Mati Pucuk Di Kalangan Lelaki


Alamak! Berita buruk buat golongan lelaki yang mendapat jangkitan koronavirus, katanya boleh akibatkan masalah mati pucuk!

Covid-19 meningkatkan risiko disfungsi ereksi (ED) atau mati pucuk hampir 6 kali ganda, menurut data daripada kajian pertama yang menyiasat hubungan antara ED dan COVID-19 pada lelaki muda.

Angka awal juga menunjukkan, mati pucuk meningkatkan kerentanan lelaki terhadap jangkitan SARS-CoV-2!

Tambah lagi, golongan lelaki dengan masalah mati pucuk lebih cenderung sebanyak 5 kali ganda menghidap Covid-19.

Bagi lelaki dengan sejarah Covid-19 pula, anggaran risiko untuk terkena ED adalah 5.66 lebih tinggi. Angka tersebut kekal sama walaupun faktor lain telah dipertimbangkan.

Penyelidik dan doktor, seperti Dr. Rahul Mehan, Ahli Urologi di Banner Health di Mesa, AZ, melihat hubungan antara virus Covid-19 dan mati pucuk.

Dr. Mehan telah menyaksikan peningkatan yang signifikan pesakit ED baharu semasa pandemik, terutama lelaki berusia dalam lingkungan 40-an dan 50-an.

Tambah beliau lagi, jangkitan koronavirus memicu tindak balas keradangan yang sangat kuat di seluruh badan, dari hati hingga otak kita, jadi tidak menghairankan disfungsi seksual juga turut terkesan.

Apakah bukti di sebaliknya?
Satu kajian mendapati, orang yang dijangkiti virus korona lebih daripada lima kali, lebih cenderung menghidap ED!

Dalam satu kajian kecil yang lain pula, para penyelidik mengambil sampel tisu zakar daripada dua orang lelaki yang telah dijangkiti Covid-19.

Seorang mengalami simptom yang teruk, manakala yang seorang lagi bergejala ringan.

Sampel diambil sebelum kedua-dua lelaki terbabit menjalani pembedahan untuk gejala mati pucuk yang teruk.

Para saintis mendapati, zarah virus Covid-19 dan disfungsi endothelial terbentuk lama selepas mereka pertama kali dijangkiti.

Pun begitu, masih terlalu awal untuk ketahui dengan pasti kesan jangka panjang virus ini terhadap kesihatan seksual dan reproduktif.

Hubungan antara jangkitan koronavirus dan mati pucuk
Infografik punca mati pucuk.

Jika baru-baru ini anda disahkan menghidap Covid-19 dan alami ‘kesulitan’ di ranjang, virus ini mungkin menjadi punca kekurangan libido (rangsangan seks) anda.

1. Pembuluh darah di zakar rosak
Tahukah anda, terdapat beberapa saluran darah yang kecil dan rapuh di zakar?

Selain membekalkan darah ke bahagian bawah badan, ia juga penting dalam membekalkan aliran darah ke organ pembiakan dan membantu ereksi.

Buat sesetengah lelaki, Covid-19 berupaya mencetuskan hyperinflammation di dalam badan, yang dapat memicu pembekuan darah kecil serta keradangan pada lapisan saluran darah.

Lantas, bekalan darah ke zakar boleh tersumbat atau menyempit, menjadikan pesakit lebih sukar alami ereksi.

2. Sel di testis yang rosak
Testosteron, yang juga penting untuk ereksi, ternyata tidak ‘kebal’ terhadap kesan Covid-19.

Kajian terbaru menunjukkan, Covid-19 boleh menurunkan tahap testosteron dan kesuburan lelaki.

Menurut Dr. Mehan, virus korona memasuki sel dengan bantuan protein ACE2.

Virus ini menggunakan ACE2 untuk menjangkiti testis. Disebabkan testis adalah tempat testosteron dan sperma lelaki dihasilkan, virus ini juga dikatakan berupaya menjejaskan ereksi dan kesuburan.

Secara khususnya, satu kajian di Itali mengesan tahap testosteron lebih rendah pada lelaki yang telah pulih daripada Covid-19.

Kata Dr. Mehan, perkara ini harus menjadi peringatan buat lelaki yang mengalami ED, agar memeriksa hormon mereka untuk memastikan testis berfungsi dengan baik.

3. Impak kepada kesihatan mental
Tidak dinafikan, pandemik ini sedikit sebanyak memberi kesan negatif kepada kesihatan mental kita. Lebih-lebih lagi dengan keperluan isolasi, jarak sosial, kematian ahli keluarga atau rakan, serta kekangan ekonomi.

Maka, tidak mustahil ia boleh menjejaskan libido kalian, kan?

Tambah Dr. Mehan, aktiviti seksual amat berkait rapat dengan kesihatan mental. Untuk mempunyai fungsi seksual yang baik, anda perlu memiliki kesihatan mental yang sihat!

4. Kesihatan menyeluruh yang buruk
ED biasanya menjadi indikasi kepada masalah kesihatan lebih besar yang memerlukan perhatian.

Jika kesihatan kalian sudah pun berada di tahap yang buruk, anda lebih cenderung mengalami ED dan berisiko lebih tinggi dijangkiti Covid-19!

Covid-19 mampu mempengaruhi jantung dan memburukkan lagi kondisi kardiovaskular yang sedia ada, seperti miokarditis, arteri, acute cardiovascular events, dan sejumlah besar komplikasi lain.

Merawat masalah mati pucuk!
Covid-19 sudah cukup menyusahkan dan menyekat kebebasan hidup kita, ditambah pula dengan masalah ED sebagai kesan sampingan, ia boleh menjadi tamparan hebat bagi sesetengah lelaki!

Sekiranya anda telah pulih daripada virus ini dan mengalami ED, dapatkan bantuan daripada doktor atau pakar urologi terlebih dahulu sebelum kalian mendapatkan pil biru (Viagra) atau alat bantuan lain.

Doktor akan bantu menentukan penyebab mati pucuk yang anda alami dan menawarkan beberapa rawatan sebagai solusi.

Salah satu cara mengurangkan risiko terhadap kesan sampingan Covid-19 adalah dengan mendapatkan vaksin!

Tiada bukti menunjukkan vaksin Covid-19 dapat menyebabkan ED atau memburukkannya.

Lagipun, bukankah mencegah itu adalah lebih baik daripada mengubati?

Akhir kata, sentiasa lindungi diri dan orang di sekeliling dengan terus mengikuti garis panduan dan SOP ditetapkan kerajaan, serta dapatkan suntikan vaksin tanpa was-was jika layak ya!
Sumber: freemalaysiatoday

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/05/biar-betul-covid-19-boleh-jadi-punca.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wanita India Disangka Mati Akibat Covid 19 Hidup Balik Sebelum 039 Mayat 039 Dibakar

Wanita India Disangka Mati Akibat Covid 19 Hidup Balik Sebelum 039 Mayat 039 Dibakar

papar berkaitan - pada 23/5/2021 - jumlah : 227 hits
Images Gambar AFP KONGSI ARTIKEL KUALA LUMPUR Seorang wanita berusia 76 tahun dari sebuah kampung di Baramati India yang dipercayai sudah meninggal dunia mengejutkan keluarganya ketika dia bangun beberapa saat sebelum mayatnya disema
Kisah Kisah Sop Kelaut Yang Jadi Punca Covid 19 Di Terengganu Meningkat

Kisah Kisah Sop Kelaut Yang Jadi Punca Covid 19 Di Terengganu Meningkat

papar berkaitan - pada 19/5/2021 - jumlah : 320 hits
Harapkan panas hingga ke petang tetapi hujan pula di tengah hari harapkan kes positif Covid 19 semakin menurun tetapi meningkat secara mendadak sehari selepas penurunan kata Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Perumahan Kesihatan dan Alam Sekita...
Biar Betul Ni

Biar Betul Ni

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 179 hits
HAMZAH RIE NAYahu di rampas tanahair Palestine kerana mereka suka tempat tersebut dibantu oleh rakan senyap mereka Ameriker Pn rampas kerajaan mandat rakyat kerana mereka suka Dan mahu terus berkuasa dibantu oleh rakan senyap mereka maddey ...
Vaksin Covid 19 Boleh Tingkatkan Nafsu Seks

Vaksin Covid 19 Boleh Tingkatkan Nafsu Seks

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 724 hits
BOGOR Sejumlah penerima vaksin Covid 19 di Indonesia mendakwa vaksin itu dapat menjadikan stamina mereka lebih kuat sekali gus meningkatkan nafsu seks Lapor Fajar co id kenyataan itu berdasarkan pengalaman beberapa penduduk selepas menerima...
Ibu Hamil Menyusu Boleh Ambil Vaksin Covid 19 Doktor Beri Panduan Jenis Vaksin Yang Sesuai

Ibu Hamil Menyusu Boleh Ambil Vaksin Covid 19 Doktor Beri Panduan Jenis Vaksin Yang Sesuai

papar berkaitan - pada 26/5/2021 - jumlah : 406 hits
Sejak akhir akhir ini ramai ibu hamil dan menyusukan tertanya tanya adakah selamat bagi mereka untuk mengambil suntikan vaksin Covid 19 bagi melindungi diri daripada virus berkenaan Ada juga yang menyatakan kegusaran akan kesan sampingan ya...
Hiburan Kalau Company Tu Bapak Kita Punya Boleh La Self Lockdown Janna Nick Risau Kes Covid 19 Semakin Meningkat

Hiburan Kalau Company Tu Bapak Kita Punya Boleh La Self Lockdown Janna Nick Risau Kes Covid 19 Semakin Meningkat

papar berkaitan - pada 23/5/2021 - jumlah : 247 hits
Pelakon dan juga pengacara Janna Nick menzahirkan perasaan marah dan tidak puas hati apabila kerajaan enggan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan secara penuh bagi mengekang penularan COVID 19 yang semakin membimbangkan kala ini Janna ata...
Rina Perlu Teliti Elak Lebih Banyak Warga Emas Mati Akibat Covid

Rina Perlu Teliti Elak Lebih Banyak Warga Emas Mati Akibat Covid

papar berkaitan - pada 16/5/2021 - jumlah : 355 hits
Klip video Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Rina Harun yang berlakon sebagai penghantar makanan ke rumah seorang warga emas terus mendapat kecaman warga net Selain isu itu kecaman juga tertumpu kepada ketidakpekaan R...
Pengunjung Ke Terminal 3 Lapangan Terbang Changi Mulai 3 Mei Boleh Dapatkan Ujian Covid 19 Percuma Moh

Pengunjung Ke Terminal 3 Lapangan Terbang Changi Mulai 3 Mei Boleh Dapatkan Ujian Covid 19 Percuma Moh

papar berkaitan - pada 13/5/2021 - jumlah : 300 hits
Images KONGSI ARTIKEL SINGAPURA Orang ramai yang telah mengunjungi Terminal 3 Lapangan Terbang Changi dari 3 Mei akan ditawarkan ujian percuma COVID 19 di tengah tengah bertambahnya kelompok berkaitan dengan pekerja p
Letak La Jawatan Mahyiaddin Dah Tak Boleh Control Dah Covid 7289 Kes

Letak La Jawatan Mahyiaddin Dah Tak Boleh Control Dah Covid 7289 Kes

papar berkaitan - pada 26/5/2021 - jumlah : 383 hits
COVID 19 Lonjakan kes tertinggi 7 289 kes baharuHarits Asyraf HasnanMei 25 2021 00 21 MYTSelangor kekal merekodkan kes tertinggi iaitu 2 642 kes diikuti Johor dan Kuala Lumpur Foto BERNAMAKUALA LUMPUR Malaysia merekodkan kes harian tertingg...
Tattoos Raised And Itchy

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Flexibility In Business Operations

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Lirik Lagu 123 Iman Troye Ft Mal Hamka

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Dayang Nurfaizah Mencintai Cinta Chord

10 Influencer Terkenal Di Malaysia

Kerajaan Pahang Tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa Kepada Rm14 18 Juta Berbanding Rm8 Juta Tahun Lepas

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien