Bezanya Turki Dengan Uae


HANYA dalam tempoh seminggu terdapat dua peristiwa geopolitik yang jelas memberi pengajaran kepada kita tentang kemuliaan dan kehinaan kekuasaan.
Peristiwa pertama melibatkan Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang mengiktiraf Israel dan mewujudkan hubungan diplomatik dengan rejim Zionis itu.
Peristiwa kedua adalah penemuan gas terbesar di Laut Hitam dalam sejarah Turki yang bakal menamatkan kebergantungannya kepada import tenaga dari negara asing.
Berkenaan peristiwa pertama, pengumuman UAE tersebut menjadikan Abu Dhabi sebagai negara Arab ketiga yang mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel selepas Mesir (1979) dan Jordan (1994).
Malah, UAE bukan saja mengiktiraf Israel, tetapi juga sudah bersetuju untuk membuka kedutaan di Israel dan membenarkan Israel untuk membuka kedutaan di negara mereka.
Sebagai timbal balas, Israel berjanji kononnya akan ‘menangguhkan’ rancangan mereka untuk mengilhak (annex) Tebing Barat Palestin – satu rancangan yang mendapat restu dan sokongan kuat Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang turut menaja pelan Deal of the Century.
Akan tetapi, apa yang rejim Zionis itu lakukan? Mereka sebaliknya bertindak mengebom Palestin setiap hari sejak UAE mengumumkan normalisasi hubungan diplomatik dengan Israel.
Zionis Israel tentulah menganggap perkembangan itu sebagai kejayaan besar bagi mereka mengekalkan wilayah Palestin yang telah mereka rampas secara haram melalui Perang 1967.
Perkembangan itu turut memberi kesan kepada perjuangan Palestin untuk bernegara, mempertahankan Baitulmaqdis sebagai ibu negara mereka, apatah lagi untuk mendapatkan kembali wilayah mereka yang telah dirampas sejak 1948 dan 1967.
Bukan lagi rahsia, UAE sememangnya berkongsi pelbagai kepentingan dan pendirian Asia Barat kontemporari dengan Israel antaranya memusuhi Ikhwan Muslimin (yang berjaya ditumbangkan menerusi rampasan kuasa Mesir pada 2013).
Malah, UAE didakwa Turki sebagai bertanggungjawab menaja cubaan rampasan kuasa tentera yang gagal menjatuhkan kerajaan Islamis pimpinan Erdogan pada Julai 2016.
Tekanan Kurang seminggu selepas tindakan UAE itu, penemuan simpanan gas berlaku di wilayah Turki, tepat pada saat Turki diserang hebat dari pelbagai segi kerana pendirian Islamis kerajaan pimpinan Erdogan di pentas antarabangsa.
Antara pendirian Turki itu adalah mengembalikan status Ayasofya warisan Sultan Muhammad al-Fatih sebagai masjid serta menentang tindakan UAE untuk mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel.
Mata wang Lira Turki juga berada dalam keadaan tekanan khususnya selepas AS mengenakan beberapa sekatan ke atas Turki.
Malah, Turki juga disingkir daripada projek pesawat pejuang F-35 dari AS hingga kerugian tidak kurang setengah bilion dolar Anerika semata-mata kerana membeli sistem pertahanan udara S-400 dari Rusia.
Namun begitu, segala tekanan itu tidak menghalang Turki pimpinan Erdogan untuk terus memelihara tiga juta pelarian Syria dalam negaranya.
Segala sekatan dan tekanan ini juga tidak menghalang Turki daripada terus menaja pelbagai biasiswa pelbagai peringkat pendidikan kepada warga bukan Turki termasuklah rakyat Malaysia dan negara-negara Islam dan bukan Islam lain.
Lebih simbolik, penemuan 320 bilion meter padu gas di Laut Hitam itu dilakukan oleh kapal bernama Fatih – sempena gelaran nama penguasa Uthmaniyyah yang menakluki Constantinople, Sultan Muhammad al-Fatih.
Sebelum ini Turki bergantung pada bekalan dari Rusia dan Iran di mana tahun lalu sahaja import tenaga Turki adalah bernilai sebanyak AS$41 bilion.
Penemuan gas itu bakal memberi impak besar bukan sahaja ke atas trajektori kuasa ekonomi, tetapi juga kuasa politik dan ketenteraan Turki. Ternyata, perbandingan Turki dengan UAE ibarat langit dan bumi.
Berita UAE mengiktiraf Israel dikecam hebat, manakala berita penemuan simpanan gas Turki disambut gembira oleh umat Islam di seluruh dunia.
* Abdul Muein Abadi ialah Penyelidik PhD di Faculty of Governance and Global Affairs, Leiden University, Belanda
The post Bezanya Turki dengan UAE appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/08/27/bezanya-turki-dengan-uae/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Turki Akan Gantung Hubungan Diplomatik Dengan Uae

Turki Akan Gantung Hubungan Diplomatik Dengan Uae

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 335 hits
ISTANBUL 25 Zulhijjah 1441H Sabtu Turki berkemungkinan akan menggantung hubungan diplomatik dengan Emiriah Arab Bersatu dan memanggil pulang duta dari Abu Dhabi selepas perjanjian kontroversi dengan negara haram Israel Kementerian Luar Nege...
Diam Diam Trump Nak Jual F 35 Kepada Uae

Diam Diam Trump Nak Jual F 35 Kepada Uae

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 240 hits
RUNDINGAN rahsia oleh penasihat kanan Presiden Donald Trump Jared Kushner untuk menjual sistem senjata canggih termasuk jet pejuang stealth F 35 ke Emiriah Arab Bersatu telah menimbulkan kekeliruan dan kekecewaan di antara agensi dan jawata...
Normalisasi Israel Arab Saudi Tegas Tak Ikut Jejak Uae

Normalisasi Israel Arab Saudi Tegas Tak Ikut Jejak Uae

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 422 hits
BERLIN 1 Muharram 1441H Khamis Arab Saudi menegaskan negara itu tidak akan mengikut jejak langkah Emiriah Arab Bersatu yang mengadakan perjanjian normalisasi dengan negara haram Israel Keputusan berkenaan adalah muktamad sehingga negara Yah...
Uae Mansuh Undang Undang Boikot Isreal

Uae Mansuh Undang Undang Boikot Isreal

papar berkaitan - pada 30/8/2020 - jumlah : 346 hits
Sebelum ini Emiriah Arab Bersatu telah menandatangani perjanjian damai dengan Isreal dan keputusan itu menimbulkan pelbagai reaksi negatif dunia dan menganggap keputusan itu sebagai satu pengkhianatan terhadap Palestin Terbaru UAE mengumumk...
Deal Of The Century Kuasa Lunak Uae Amp Agenda Normalisasi Israel

Deal Of The Century Kuasa Lunak Uae Amp Agenda Normalisasi Israel

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 206 hits
oleh Abdul Mu izz Muhammad18 Ogos 2020 Soft power atau kuasa lunak merupakan daya pengaruh yang berkarektor inspirasional Ia adalah sejenis strategi untuk menarik sokongan dengan sentimen atau emosi Pasca Arab Spring menyaksikan UAE adalah ...
Menteri Balik Dari Turki Tak Payah Kuarantin Dia Kebal

Menteri Balik Dari Turki Tak Payah Kuarantin Dia Kebal

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 527 hits
Nama lagi kerajaan tebuk atap Menteri tak perlu kuarantin apabila balik dari luar negara Rakyat perlu Jika tidak boleh di kompaun RM1000 00 Menteri Kerajaan Tanpa mandat rakyat mana ada rasa bersalah mereka semua betul
Bila Turki Negara Zon Hijau

Bila Turki Negara Zon Hijau

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 217 hits
Bila Menteri pergi Turki Balik tanpa Kuarantin diri Depa bagi alasan negara Turki itu Negara dan kawasan Hijau Dah lah buat salah Berbohong pulak apa yang kawasan hijaunya Kalau New Zealand tu munasabah lah kata Negara hijau sebab pernah si...
Malaysia Sokong Palestin Ph Tentang Perjanjian Damai Israel Uae Mana Hadi Bertaraf Menteri

Malaysia Sokong Palestin Ph Tentang Perjanjian Damai Israel Uae Mana Hadi Bertaraf Menteri

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 364 hits
Petisyen Ahli ahli Parlimen Malaysia mengecam Rancangan Pengilhakan atau rampasan tanah Palestin di Tebing Barat oleh Israel telah diserahkan kepada pihak Kedutaan Amerika Syarikat dan Kedutaan Palestin semalam Menurut Ahli Parlimen Ledang ...
Rakyat Palestin Kecewa Perjanjian Khianat Uae Israel

Rakyat Palestin Kecewa Perjanjian Khianat Uae Israel

papar berkaitan - pada 16/8/2020 - jumlah : 323 hits
BAITULMAQDIS 25 Zulhijjah 1441H Sabtu Rakyat Palestin kecewa dengan perjanjian normalisasi antara Emiriah Arab Bersatu dan negara haram Israel yang dianggap sebagai pengkhiatan terhadap negara mereka Terdahulu Israel kononnya bersetuju untu...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Gegar Vaganza 11 Senarai Lagu Minggu Ke 10 Dan Keputusan Minggu Ke 9

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Tawaran Pakej Haji Terbaik Dan Premium Dari Mkm

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Tips Memilih Mesin Minuman Untuk Cafe Dan Restoran

Minggu Asperasi Dan Kecemerlangan Pelajar 2024 2025

Anwar Tak Mahu Najib Alami Nasib Sama Di Penjara

Jualan Biskut Raya 2025

A Culinary Journey Through The Heart Of Southeast Asia

Consultant