Beza Zakat Emas Pelaburan Vs Zakat Emas Hiasan


Zakat emas pelaburan merupakan satu daripada dua kategori zakat emas. Kategori zakat emas yang kedua ialah zakat emas hiasan atau zakat barang kemas. Terdapat perbezaan antara zakat emas pelaburan dan emas perhiasan.
Jongkong emas dikategori di dalam zakat emas pelaburan atau simpanan.Emas perhiasan yang dipakai perlu ikut nilai uruf di negeri masing-masing. jika disimpan perlu dikeluarkan zakat emas bila cukup haul dengan berat 85 gram ke atas. Kewajipan Membayar Zakat Emas Orang Islam wajib membayar zakat ke atas emas yang mereka miliki. Kewajipan menunaikan zakat emas telah disebutkan secara terang dan jelas dalam kitab suci al-Quran yang bermaksud:
Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu.
[At-Taubah (9): 34-35] Rasulullah S.A.W telah pula telah bersabda melalui hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A. yang bermaksud:
Siapa sahaja yang menjadi tuan punya emas dan perak dan tidak menunaikan zakatnya, pada hari kiamat nanti akan disediakan kepadanya hamparan api yang dipanaskan oleh neraka. Dengan api itulah akan diselarkan rusuk dan belakangnya.
(Sahih Muslim) Lihatlah betapa keras amaran yang telah diberitahu di dalam Kitab Al-Quran dan Hadith Nabi Muhammad S.A.W.
Bagaimana perkiraannya?
Perkiraan Zakat Emas Pelaburan Atau Simpanan (Termasuklah Emas Hiasan Yang Tidak Dipakai) Emas yang disimpan adalah emas yang tidak dipakai, iaitu emas yang benar-benar menjadi simpanan dan tidak digunakan sebagai perhiasan walaupun fizikalnya sama seperti emas perhiasan termasuk barang kemas yang tidak dipakai kerana sudah rosak atau lama.
Emas kategori ini juga termasuk barang perhiasan yang dimiliki oleh lelaki sungguhpun pemakaiannya haram disisi syarak. Jika jumlah berat emas yang disimpan itu menyamai atau melebihi nisab 85 gram, serta melepasi tempoh masa 12 bulan atau setahun (cukup haul), maka wajib dikeluarkan zakat ke atasnya sebanyak 2.5 peratus (%).
Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud:
Tiada wajib atas kamu sesuatu pun iaitu pada emas sehingga ada 20 dinar (85 gram) dan telah cukup haul wajib padanya setengah dinar. Apa yang lebih dari itu, mengikut kiraan yang sama.
(HR Abu Dawud) Dalam kategori pertama ini ialah emas yang disimpan atau sebagai pelaburan. Ini termasuklah syiling, wafer, jongkong, perhiasan rumah, akaun simpanan emas patuh syariah (ada emas fizikalnya). Dalam kata lain, sebarang bentuk emas fizikal samada disimpan sendiri atau disimpan dalam akaun kecuali yang digunakan sebagai barangan kemas. 
Kadar nisab emas kategori simpanan atau pelaburan di sini ialah 85 gram. Ini bermaksud, anda hanya perlu membayar zakat sekiranya berat keseluruhan emas adalah melebihi angka ini. 
Perkiraannya adalah seperti berikut: 
Berat emas x harga semasa pada hari itu x 2.5%
Sekiranya berat emas anda ialah 90 gram dan harga semasa ialah RM270 setiap gram, maka; 
90 grams x RM270 = RM24,300 x 2.5% = RM607.50.
Zakat anda adalah RM607.50. 
Anda boleh membayar zakat ini di mana-mana pusat pungutan zakat di negara ini. Sila layari laman web Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan untuk mengira zakat emas pelaburan atau simpanan anda.
Perkiraan Zakat Emas Hiasan Hukum asal sebarang bentuk pemakaian emas hiasan atau barang kemas tidak diwajibkan zakat. Dengan dijadikan emas sebagai barang perhiasan dan kegunaan peribadi, emas berkenaan tidak lagi bersifat subur dan berkembang.
Namun barang perhiasan tetap diwajibkan zakat sekiranya pemakaiannya terlalu banyak sehingga berlebihan dan melampaui kadar yang biasa (uruf) dipakai. Apa yang berlebihan dengan adat dan kebiasaan adalah dilarang atau tidak digalakkan oleh syariah. 
Barangan kemas adalah emas yang dipakai oleh wanita. (Adalah haram bagi lelaki Islam memakai emas di badan mereka.) Ini termasuk cincin, rantai, loket, gelang tangan, subang, dan sebagainya. Dan untuk menjadikan perkara ini jelas, anda masih perlu membayar zakat walaupun isteri dan anak perempuan tidak menggunakan barangan kemas itu dan hanya membiarkannya berada di dalam laci! 
Nilai uruf emas perhiasan di Malaysia adalah berlainan mengikut negeri. Jika di negeri Selangor dan di Wilayah Persekutuan nilai uruf ialah 800 gram. Jika anda berada di negeri yang lain, anda boleh Google zakat emas hiasan bagi negeri masing-masing kerana nilai uruf berlainan mengikut negeri.
Nilai uruf 800 gram bermaksud, anda hanya membayar zakat emas hiasan sekiranya berat keseluruhan barangan kemas melebihi berat 800 gram. Tidak ada zakat perlu dikeluarkan sekiranya berat emas perhiasan anda berada di bawah 800 gram itu. Seterusnya, zakat hanya perlu dibayar sekiranya anda memiliki emas itu untuk tempoh satu tahun hijrah.
Formulanya adalah seperti berikut: = Berat emas dipakai (jika melebihi nilai uruf) x Harga Emas Semasa x 2.5% Kadar Zakat
Sebagai contoh, sekiranya berat barangan kemas anda ialah 900 gram dan harga semasa ialah RM230 setiap gram, anda kemudian memasukkan angka-angka ini ke dalam formula: 
900 gram x RM230 = RM45,000 x 2.5% = RM5,175.
Maka zakat emas hiasan anda ialah RM5,175. 
Sila layari laman web Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan untuk mengira zakat emas hiasan anda.
Perkiraan Zakat Emas Dalam Akaun Emas (Passbook) Tanpa Fizikal Emas / Akaun Emas Maya Emas pelaburan passbook atau akaun simpanan emas maya tidak patuh syarak sekiranya tiada pegangan emas fizikal. Zakat hanya dikenakan ke atas pelaburan pokok sahaja sekiranya jumlahnya melebihi nilai nisab tahunan. Ia dikira mengikut formula Zakat Wang Simpanan.
Sila layari laman web Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan untuk mengira zakat emas simpanan bagi akaun emas yang tak patuh syariah. Tip Mudah Ingat Tarikh Cukup Haul Nisab Zakat Emas Jika anda menghadapi masalah untuk ingat tarikh cukup haul nisab zakat emas anda, tip paling mudah ialah cukupkan nisab pertama 85 gram (bagi emas simpanan) pada tarikh-tarikh penting dalam kalendah Hijrah.
Sebagai contoh, genapkan berat 85 gram akaun emas simpanan Gold Accumulation Program (GAP) di Public Gold pada 17 Ramadhan iaitu hari Nuzul Al-Quran. Oleh itu mudah bagi anda untuk ingat tarikh bayaran zakat dengan lebih tepat memandangkan pada bulan inilah semua orang Islam perlu membayar zakat fitrah.
Insya Allah semoga dimudahkan urusan umat Islam untuk mengumpul kekayaan dalam bentuk emas untuk mentaati perintah Allah S.W.T agar dapat mengeluarkan zakat yang kerap disebuat bersekali dengan perinath paling utama iaitu Solat.
Jika anda ingin buka akaun simpanan emas patuh syariah, sila layari Gold Accumulation Program di sini.
The post Beza Zakat Emas Pelaburan VS Zakat Emas Hiasan first appeared on Pelaburan Emas Tips Mudah Melabur Emas.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.pelaburanemas.org/beza-zakat-emas-pelaburan-vs-zakat-emas-hiasan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=beza-zakat-emas-pelaburan-vs-zakat-emas-hiasan

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Piala Dunia Terjun Fina 2021 Pandelela Raih Pingat Emas

Piala Dunia Terjun Fina 2021 Pandelela Raih Pingat Emas

papar berkaitan - pada 6/5/2021 - jumlah : 330 hits
Pandelela Rinong telah melakar sejarah apabila berjaya merangkul pingat emas pertama buat Malaysia di kejohanan terjun Piala Dunia FINA 2021 di Jepun Beliau mempamerkan terjunan bertenaga bagi mengungguli acara 10m platform individu yang be...
Warga Emas Kena Denda Rm5 000 Gara Gara Tanggal Gelang Pink Positif Covid 19 Di Raub

Warga Emas Kena Denda Rm5 000 Gara Gara Tanggal Gelang Pink Positif Covid 19 Di Raub

papar berkaitan - pada 8/5/2021 - jumlah : 587 hits
RAUB Seorang warga emas dikompaun RM5 000 kerana tidak mematuhi perintah pencegahan penyakit oleh pihak berkuasa selepas dia menanggalkan gelang yang menandakan dia diawasi semasa ke klinik Tindakan wanita berusia 72 tahun itu menanggalkan ...
Emas Akhirnya Memecahkan Halangan 1 800

Emas Akhirnya Memecahkan Halangan 1 800

papar berkaitan - pada 8/5/2021 - jumlah : 296 hits
Semalam niaga hadapan emas untuk penghantaran pada bulan Jun meningkat 1 8 atau 31 40 Pada COMEX harga mencecah 1 818 60 dan ditutup pada 1 815 70 tertinggi pada 12 Februari Perak juga menghampiri tahap tertinggi Februari Harga naik 0 96 di...
1 411 Warga Emas Di Kelantan Ponteng Suntikan Vaksin

1 411 Warga Emas Di Kelantan Ponteng Suntikan Vaksin

papar berkaitan - pada 6/5/2021 - jumlah : 273 hits
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan mendapati sehingga semalam seramai 1 411 warga emas di negeri itu gagal menghadirkan diri untuk menerima suntikan vaksin Covid 19 walaupun sudah berdaftar Pengarahnya Dr Zaini Hussin berkata sejak 22 April ...
Analisis Awan Ichimoku Emas

Analisis Awan Ichimoku Emas

papar berkaitan - pada 4/5/2021 - jumlah : 267 hits
Harga emas telah memulakan minggu ini dengan kuat dan harga keluar dari awan Ichimoku Kekal berada di atas awan Daily Ichimoku adalah kunci untuk trend jangka pendek dan sederhana dari kedudukan ini Trend dalam carta Harian adalah kenaikkan...
Warga Emas Bawa Mayat Isteri Naik Basikal Jiran Takut Nak Tolong

Warga Emas Bawa Mayat Isteri Naik Basikal Jiran Takut Nak Tolong

papar berkaitan - pada 3/5/2021 - jumlah : 282 hits
Penularan wabak Covid 19 yang semakin serius di India telah menyaksikan pelbagai peristiwa sedih dan tragis termasuk kisah menyedihkan seorang warga emas berusia 70 tahun yang terpaksa membawa mayat isterinya menggunakan basikal Ini kerana ...
Emas Meningkatkan Momentum Baru

Emas Meningkatkan Momentum Baru

papar berkaitan - pada 4/5/2021 - jumlah : 280 hits
Emas diperdagangkan lebih tinggi pada 1 780 berbanding 1 766 rendah hari ini Biasnya tetap meningkat selepas perkembangan terbarunya Pecahan salah dengan pemisahan yang besar di bawah tahap sokongan langsung menandakan momentum kenaikan bar...
Emas Mencapai Sasaran Utama

Emas Mencapai Sasaran Utama

papar berkaitan - pada 8/5/2021 - jumlah : 215 hits
Emas diperdagangkan pada tahap 1 818 di bawah paras tertinggi 1 822 hari ini Logam kuning telah meningkat dalam jangka pendek setelah membatalkan penurunan yang berpotensi Harganya juga didorong oleh penurunan USD Harga telah mencapai sasar...
Dikompaun Rm5 000 Dek Kedegiian Warga Emas Tanggal Gelang Pink

Dikompaun Rm5 000 Dek Kedegiian Warga Emas Tanggal Gelang Pink

papar berkaitan - pada 8/5/2021 - jumlah : 320 hits
nbsp KedegiIan warga emas yang menanggalkan gelang merah jambu untuk ke klinik membawa padah apabila dia dikompaun RM 5 000 semalam Ketua Polis Daerah Raub Superintendan Kama Azural Mohamed berkata wanita berusia 72 tahun yang tinggal di Ka...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa