Beza Pendapat Dalam Pkr Tak Sihat Untuk Parti Pemimpin Cabang
N Faizal Ghazali      
Susulan isu video lucah yang membawa kemelut dalam PKR  akhir-akhir ini membawa senario tidak sihat terhadap parti itu, kata  Naib Ketua Cabang Ketereh, Mohd Sukirman Mustafa
Katanya, PKR  adalah sebuah parti yang berlandaskan reformasi sesebuah institusi  seperti mana ia di asuh kepada setiap anggota sejak awal penubuhan  dahulu.
"Setiap pimpinan atau anggota parti mempunyai hak untuk bersuara selagi ia tidak melanggar etika
"Akhir-akhir  ini pula kita banyak melihat perbezaan pendapat di dalam parti dan ia  adalah satu senario yang tidak sihat," katanya kepada Malaysiakini di  Kota Bharu, hari ini.
Bekas pengarah komunikasi PKR Kelantan itu  berkata demikian sebagai mengulas isu percanggahan pendapat dalam  kalangan pimpinan PKR berkaitan tindakan yang perlu diambil terhadap  Ketua AMK Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz kerana terpalit dengan  dakwaan seks luar tabii.
Terdahulu, Naib Presiden PKR Zuraida  Kamaruddin yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)  menegaskan jika beliau menjadi presiden parti itu, sudah lama tindakan  memacat Haziq akan diambil.
Bagaimanapun gesaan Zuraida itu dibalas Naib Ketua Wanita PKR Faizah Ariffin sebagai tidak menghormati keputusan parti.
Sementara  itu Mohd Sukirman berkata gesaan beberapa pimpinan utama yang mahu  Haziq dipecat daripada parti dibuat berdasarkan akhlak buruk yang  diakuinya sendiri.
"Ini secara tidak langsung menjejaskan reputasi parti selaku parti terbesar di dalam kerajaan pada hari ini.
"Parti  melalui satu kenyataan jelas menolak sebarang perlakuan fitnah dan  tidak bermoral, jadi sudah wajarlah tindakan yang sepatutnya diambil.
"Akar  umbi parti juga pastinya tidak mahu isu yang sudah terpalit ini  menganggu tugas pimpinan dan fokus asal untuk kebajikan rakyat terabai.
"Sebagai sebuah parti yang mempunyai majoriti dalam gabungan seharusnya kita menjadi parti contoh yang terbaik," katanya. 
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2019/06/beza-pendapat-dalam-pkr-tak-sihat-untuk.html