Beza Lim Guan Eng Dengan Menteri Kewangan Sekarang


- @news
-April 11, 2020

KUALA LUMPUR: Kecekapan Menteri Kewangan hari ini iaitu Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz wajar dipuji kerana beliau yang merupakan seorang tokoh korporat dilihat lebih bijak menguruskan kewangan negara tanpa memberi pelbagai alasan bersifat politik.

Menurut Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Sembilan hal ini dapat dilihat apabila kerajaan masih mampu membelanjakan kira-kira RM250 bilion dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyuddin Yassin beberapa minggu lalu.

Menerusi pakej ini, kata Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir, pelbagai inisiatif yang sedikit sebanyak dapat meringankan beban rakyat dari pelbagai latar belakang ekonomi dalam menghadapi cabaran ekonomi ketika ini. Inisiatif yang diberikan Kerajaan kepada rakyat ini turut mendapat pujian daripada beberapa negara termasuk Indonesia.

“Yang hairannya, semasa kerajaan ditadbir oleh Pakatan Harapan (PH), hampir setiap hari Kerajaan dan Menteri Kewangan ketika itu memainkan naratif menakut-nakutkan rakyat kononnya Malaysia hampir muflis,” katanya dalam satu kenyataan.

“Kononnya Malaysia menghadapi defisit kewangan yang teruk hinggakan satu persatu pakej bantuan kepada rakyat yang diperkenalkan oleh Kerajaan Barisan Nasional sebelum itu ditarik balik atau dikurangkan jumlahnya,” katanya.
Semalam, di media-media massa terpapar berita kenyataan daripada kerajaan hari ini bahawa Malaysia masih mempunyai ruang fiskal yang mencukupi untuk menghadapi kemelut ekonomi dek kerana Covid-19 ini.

Ujarnya, kenyataan Datuk Seri Tengku Zafrul itu sekali gus menyanggah tuduhan Kerajaan PH sebelum ini bahawa kedudukan ekonomi negara berada pada keadaan yang teruk.

“Ini adalah satu pembohongan besar kepada rakyat Malaysia,” katanya lagi.

​”Daripada kenyataan Menteri Kewangan itu, sekali gus ia membezakan kebijaksanaan beliau dalam menguruskan kewangan negara berbanding Lim Guan Eng sebelum ini yang lebih gemar bermain retorik politik,’ jelas Mohd Zaidy..Kecekapan Menteri Kewangan hari ini iaitu Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz juga wajar dipuji kerana beliau yang merupakan seorang tokoh korporat dilihat lebih bijak menguruskan kewangan negara tanpa memberi pelbagai alasan bersifat politik.
Ini dapat dilihat apabila Kerajaan masih mampu membelanjakan kira-kira RM250 bilion dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri beberapa minggu lalu.

Menerusi pakej ini, pelbagai inisiatif yang sedikit sebanyak dapat meringankan beban rakyat dari pelbagai latar belakang ekonomi dalam menghadapi cabaran ekonomi ketika ini. Inisiatif yang diberikan Kerajaan kepada rakyat ini turut mendapat pujian daripada beberapa negara termasuk Indonesia.
Yang hairannya, semasa Kerajaan ditadbir oleh Pakatan Harapan (PH), hampir setiap hari Kerajaan dan Menteri Kewangan ketika itu memainkan naratif menakut-nakutkan rakyat kononnya Malaysia hampir muflis.

Kononnya Malaysia menghadapi defisit kewangan yang teruk hinggakan satu persatu pakej bantuan kepada rakyat yang diperkenalkan oleh Kerajaan Barisan Nasional sebelum itu ditarik balik atau dikurangkan jumlahnya.
Hari ini, di media-media massa terpapar berita kenyataan daripada kerajaan hari ini bahawa Malaysia masih mempunyai ruang fiskal yang mencukupi untuk menghadapi kemelut ekonomi dek kerana Covid-19 ini.

Kenyataan daripada Datuk Seri Tengku Zafrul ini sekali gus menyanggah tuduhan Kerajaan PH sebelum ini bahawa kedudukan ekonomi negara berada pada keadaan yang teruk.

Ini adalah satu pembohongan besar kepada rakyat Malaysia.​
Daripada kenyataan Menteri Kewangan itu, sekaligus ia membezakan kebijaksanaan beliau dalam menguruskan kewangan negara berbanding Lim Guan Eng sebelum ini yang lebih gemar bermain retorik politik.

Pengalamannya dalam dunia korporat terutamanya bidang perbankan membuatkan Datuk Seri Tengku Zafrul lebih meyakinkan dalam menguruskan kewangan negara.
Ini jelaslah bahawa, naratif yang digunakan oleh Lim Guan Eng sebelum ini yang memburuk-burukkan ekonomi negara hingga menakutkan pelabur asing adalah bersifat politik semata-mata.

Matlamatnya hanya mahu menabur persepsi di kalangan rakyat serta mahu menutup kelemahannya dalam menguruskan ekonomi negara.
Dengan itu, ini menunjukkan bahawa Kerajaan hari ini memilih untuk tidak memberi pelbagai alasan. Sebaliknya lebih banyak mencari jalan untuk memastikan kebajikan rakyat terus terbela.

Paling penting, kita bernasib baik mempunyai seorang Menteri Kewangan yang lebih baik, jujur dan ikhlas daripada Menteri Kewangan sebelum ini.
Jelas dan nyata, pemimpin Kerajaan hari ini, sepadan dengan sebuah peribahasa Melayu iaitu duduk seperti kucing tetapi melompat seperti harimau. Ini membawa maksud, mereka lebih banyak bekerja dan berfikir daripada hanya bercakap kosong.

DATO’ MOHD ZAIDY ABDUL KADIR
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Sembilan

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/04/beza-lim-guan-eng-dengan-menteri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Sebenarnya Motif Mahathir Dan Lim Guan Eng Buat Pinjaman Wang Melalui Bon Samurai

Apa Sebenarnya Motif Mahathir Dan Lim Guan Eng Buat Pinjaman Wang Melalui Bon Samurai

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 261 hits
1 Dulu ketika mula mula Kerajaan Pakatan Harapan memerintah PH kata hutang Negara sudah mencecah RM 1 trillion ringgit 2 Hutang Negara ini termasuk Hutang Liability Negara 3 Bila Laporan Rancangan Malaysia di bentangkan di Parlimen oleh PM ...
Dipercayai Terlalu Bimbang Kesan Covid 19 Kepada Ekonomi Menteri Kewangan Jerman Didakwa Bunuh Diri

Dipercayai Terlalu Bimbang Kesan Covid 19 Kepada Ekonomi Menteri Kewangan Jerman Didakwa Bunuh Diri

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 245 hits
Menteri Kewangan Hesse Jerman dipercayai telah membunuh diri kerana sangat bimbang tentang bagaimana untuk menangani krisis ekonomi susulan wabak COVID 19 kata pemimpin negeri itu Volker Bouffier pada Ahad Thomas Schaefer 54 ditemui mati be...
Guan Eng Keluar Wad Selepas Bedah Bahu

Guan Eng Keluar Wad Selepas Bedah Bahu

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 250 hits
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dibenarkan keluar hospital hari ini Saya baru saja discaj dari hospital selepas dua malam di sana kerana menjalani pembedahan di bahagian bahu kiri akibat kecederaan tempoh hari katanya Menulis d Twitter be...
Menteri Kewangan Tengku Zafrul Dapat Pengiktirafan Bank Dunia

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Dapat Pengiktirafan Bank Dunia

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 1327 hits
Menurut Dr Richard Malaysia mempunyai kelebihan berbanding negara lain dalam mengharungi impak negatif penularan COVID 19 yang mencetuskan kejutan ekonomi global Beliau berkata Malaysia mempunyai struktur ekonomi yang pelbagai rekod penguru...
Tony Fernandes Untung Buddy Zafrul Jadi Menteri Kewangan

Tony Fernandes Untung Buddy Zafrul Jadi Menteri Kewangan

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 539 hits
HARI ini terkejut baca TONY FERNANDES telah bertemu buddy beliau Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz untuk meminta BANTUAN kerajaan untuk menyelamatkan syarikat beliau Air Asia Kalau ikut bekas Ahli Parlimen dan blogger Wee Choo Keong Zafru...
Matthias Chang I Tried To Warn Mahathir About Kit Siang And Guan Eng

Matthias Chang I Tried To Warn Mahathir About Kit Siang And Guan Eng

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 219 hits
Mathias said he had dealt with Kit Siang in 1987 when the latter aligned himself with Tengku Razaleigh Hamzah Source Astro Awani Lawyer and author of the Future Fast Forward Trilogy Matthias Chang took a swipe at Lim Kit Siang today calling...
Guan Eng Discharged After Shoulder Surgery Says Will Attend Parliament In May

Guan Eng Discharged After Shoulder Surgery Says Will Attend Parliament In May

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 160 hits
Former finance minister Lim Guan Eng was today discharged from a private hospital in Penang after undergoing surgery on his left shoulder Speaking to Malaysiakini Lim said he went for the surgery at Island Hospital due to a shoulder disloca...
The Evolution Of Adult Entertainment

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Pelepasan Cukai Sukan 2024 Senarai 103 Sukan Tersenarai

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Pemilik Kereta Tertekan Hon Kerana Panik Polis

Cara Guna Cimb Dan Cara Check Status Loan Cimb



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Polisi Wanti Wanti Konten Kreator Soal Uu Ite Buntut Galih Loss Ditangkap Ini Isinya

Kondom Berserakan Di Rth Wijaya Kusuma Jakarta Barat Diduga Jadi Praktik Prostitusi Terselubung

Vivo Y200i Smartphone Specifications And Prices

Inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat Pacific Senior Living Bersinar Semasa Sambutan Hari Raya

M U S M

Data Drives Dollars How Competitive Intelligence Optimizes Sales Marketing Roi